Tuesday, September 29, 2015

Wonder Cheese!!!

Assalamualaikum.

Pernah dengar pasal Wonder Cheese??? Kalau tak pernah, Wonder Cheese adalah sejenis makanan yang akan membuatkan korang rasa taknak stop kunyah.. Bak kata sorang Doctor kat Hospital Ampang.

"Ada letak d****h ke macam mana dalam Wonder Cheese ni. Ketagih baq ang!"

Ok yang "baq ang" tu aku sengaja tambah kasi nampak lagi gempak. Kihkihkihhh.


Rasa dia ala-ala Super Ring macam kita makan masa kecik-kecik tu, Cuma lagi cheesy dan pedas sikit. Sedapppp!!! Aku baru tayang pic ni kat Fb haritu. Berduyun order masuk. hehehe. Layan wooo makan benda ni. Lagi2 letak kat SOHO aku tu ha. Perghhh!!! Sambil ketik-ketik laptop sambil tu sempat kruk krak dalam mulut. Eheheh.

Siapa nak angkat tangan!

Sebalang gemok ni RM25. Nak COD boleh jugak.

COD area:
  • Bangi - on Friday only! 
  • Menjalara, Kepong / Sri Damansara - any day. Whatsapp dulu set date and time.
  • Paya Jaras / Bdr Baru Sg Buloh - whatsapp dulu. Bisa di atur.
  • Taman Sri Rampai, Wangsa Maju - pon bisa di atur. kita plan dulu. =)
Selain dari tempat ni kita pos je okeyyyy? 

Kalau nak try boleh whatsapp 019 6035169 (Myra)

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai



Monday, September 28, 2015

Myra Baked : Vanilla Choc Chip Muffin

Assalamualaikum.

Masa raya haji haritu hencik lebah request muffin. So jadi la Vanilla Choc Chip Muffin kita. Ehehehe.. Nasib baik 2-3 hari before tu ada share satu resepi yang simple lagi sedap ni. So kita try laa..

Resepi dari Fb Adamsufi Mazri . Korang klik link tu yee.. =)

Cookies tu boleh jugak kalau korang nak. Meh order kat hakak. huhuu..

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai


Sunday, September 27, 2015

Kebaikan ESP Shaklee (PENGUMUMAN PENTING!)

Assalamualaikum.

Saya nak buat satu pengumuman penting! Sila teruskan pembacaan ya?


Ini berkaitan ESP. Hot produk si Shaklee tuuu. Saya sedang mencari 3 orang pelanggan bertuah yang membuat pembelian dengan saya sebelum 30 SEPTEMBER 2015. Untuk apa???

Untuk saya beri 5 FREE GIFT kepada anda! Cuma ada 5 FREE GIFT untuk setiap 3 PELANGGAN BERTUAH!

Sebelum tu, meh saya share apa kebaikan ESP Shaklee ni.


Saya dah rembat SATU CANISTER dengan HARGA PROMO. Awak bila lagi? Jangan bulan depan whatsapp saya cakap nak harga promo ye. Masa tu semuanya dah terlambat. Kalau nak reserve dulu pon boleh. Jom kita whatsapp macam mana cara. =)

Untuk pertanyaan lanjut :
Instagram : myraanne35
Whatsapp : +6019 6035169


Saturday, September 19, 2015

Roti Bakar Moden Telur Goyang

Assalamualaikum.

Sempena Hari Malaysia haritu, dan sempena nak merasmikan oven baru aku pon senang hati bakar roti insipired by Napat ni.

Bahan:
- tray cupcake
- roti Gardenia
- telur
- sosej
- sos tomato / sos prego (kalau nak lagi sedap)
- sos cili
- black pepper
- cheese mozarella

Cara:
- lenyek roti dengan roll tu biar dia jadi nipis
- masukkan dalam tray cupcake tu
- letak sos untuk layer paling bawah
- susun sosej yang dah dihiris tadi.
- pecahkan telur
- tabur cheese mozarella

Bakar selama 20 minit 190'C. (ikot oven korang)
Aku guna oven brand Elba.

Before makan, ikot suka la nak letak sos cili ke ape ke.. ikot selera korang. Dalam pic ni takde cheese sebab lupa beli. Second round buat baru tabur cheese. Memang sedap!!!! heheheh.








Paling best bila telur goyang tu meleleh camtu. Auuummm!!!! Hehehe. serius berebut2. Tu yang ada second round. Ayah aku pon siap order lagi satu. Selamat mencuba!!! =)

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai


Sunday, September 13, 2015

50 jars of The Cookies Kingdom

Assalamualaikum.

Minggu lepas dah selamat deliver 50 jars of cookies for wedding gift kat customer. Customer ni kawan aku jugak. Dia order untuk sponsor VIP gift untuk wedding kawan dia. Sweet sangat kan.. Eheheheee..

Pakej termasuk reben (mengikut tema)

Ni la sahabat yang selalu support apa-apa yang aku buat tu. =)


Congrats pengantin! Semoga kekal bahagia ke syurga. Aamiin.

Ini pic dari pengantin. Aummm!
Comey je. Ehehee..

Minimum order : 50 jars
Whatsapp : +6019 6035169
Instagram : The Cookies Kingdom


WAHW needs SOHO?

Assalamualaikum.

Phewww.. Rasa macam whole week ni busy habis! Minggu ni takde off day untuk diri sendiri walaupun i am only working at home wife (WAHW) tapi setiap hari ada je aktiviti yang memerlukan aku keluar rumah. Heheheh.. Sampai lah ke Ahad ni masih ada kerja yang menunggu.

Semalam dan hari ni aku dah start mengemas bilik kecik kat rumah MIL aku tu sebab aku nak tolak rak-rak dalam bilik aku ni ke bilik kecik tu untuk lebih ruang dalam bilik aku ni. Plannya nak set up small office kat dalam bilik.



Yang ni paling simple and aku suka sebab dinding bilik aku pon memang kaler biru. Ehehehe..

Ini pon praktikal jugak sebab ruang dalam bilik aku tu kecik je.. 


Semua pic sumber Google

Harap-harap la menjadi plan aku ni. Kena tengok bajet jugak ni. Mula-mula nak beli rak sebab drawer 5-tier yang beli kat Econsave masa zaman bujang dulu dah hampir nak roboh. Hehehee.. so meja dalam next-to-buy list. 

Kejung kaki kadang tu bila buat segala kerja aku atas katil sebab lama sangat bersila. Almaklumlah sebab aku kan buat tempahan guest book apa semua. Kalau buat kerja-kerja online ni tahan lagi. Agak penat duduk boleh meniarap ke, baring ke.. Kalau buat kerja-kerja handmade nak buat aksi superman apa nye dah atas katil bersepah dengan craft paper. =P

Hencik lebah cuba nak merealisasikan impian aku ni dengan nak sponsor duit tapi aku rasa macam tak best pulak sebab aku yang teringin itu ini so nak usaha sendiri la. Tapi maybe sikit-sikit tak cukup duit tu boleh mintak dia topup. Kikikiii.. =)

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee atau The Cookies Kingdom ;

Instagram : The Cookies Kingdom
Whatsapp : +6019 6035169





Wednesday, September 9, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Ikhtiar Untuk Hamil

Assalamualaikum.

Bersambung siri Sehari Satu Kebaikan - special untuk ESP. =)

Ada yang masih tak tahu apa itu ESP?



Ok, saya nak highlight pasal NON-GMO SOYA.

Apa itu Non GMO Soya ye? Non GMO Soya maksudnya "NON GENETICALLY MODIFIED ORGANISM dimana kandungan soya dalam ESP ini tidak diubah secara genetik oleh manusia.

Soya yang kita makan dalam seharian tu ialah GMO Soya dan saya setuju yang pengambilan GMO Soya secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat. Yelah, ciptaan Tuhan ni kalau kita dah ubah genetic dia mestilah ada kesannya kan? =)

Ok, boleh tengok testimoni ni.


Khasiat ESP untuk kesuburan

  • ESP akan membaiki sel-sel dalaman kita yang rosak supaya bahagian rahim lebih sihat
  • ESP membantu membetulkan hormon yang tidak seimbang
Dua ni je saya nak highlight. Sebab apa? Sebab kan kita tengah cerita pasal "Ikhtiar untuk hamil?" =)

Bila sel-sel rahim kita bertambah improve, dan bila hormon kita sudah seimbang baru lah proses untuk kesuburan tu berlaku. Percaya tak yang kalau kita stress pon orang kata susah nak lekat? Sebab bila kita sentiasa ada dalam keadaan yang stress, sel-sel badan kita akan rosak. Dan jangan risau sebab dalam ESP ni ada kandungan Thiamin dan Niacin yang bagus untuk menaikkan mood dan mengurangkan kemurungan. 

Ok, siapa nak join saya untuk meningkatkan kesuburan? Kita sama-sama cuba ye. Sebab saya pon masih dalam golongan TTC (try-to-conceive). Rezeki tu milik Allah. Jadi please jangan stop usaha ye.

Sebab selain masalah kesuburan yang kita boleh improve, kulit kita pon akan makin cantik. Pernah dengar tak,

"Kalau nak cantik luaran, kita repair dari dalam."

Promo ESP masih berlangsung. 1 canister RM150. 
Promo BELI 7 DENGAN HARGA 6 CANISTER : RM11x / canister
Promo BELI DUA 5% DISCOUNT : RM 12X / canister

Mana lebih jimat? Tepuk dada tanya selera. =)

Untuk pertanyaan lanjut,
Whatsapp : +6019 6035169


Childhood friends : A friends that you just can't replace.

Assalamualaikum.

Ahad lepas berkesempatan date dengan childhood bestfriend. Rinduuuuu sangat kat depa bertiga ni. Disebabkan hencik lebah standby kerja masa weekend, so aku suruh Fahmi jemput aku kat BSC untuk gerak ke Jibby & Co.

Lepak-lepak sampai hencik lebah datang jemput. Seronok!!!

My favourite dish kat Jibby ni tapi lupa apa nama dia.
Boneless chicken maryland kot. Hehehe..

Tengah gosip tiba-tiba waiter datang bawak two slice cakes. Semua blur. Rupa-rupanya hencik lebah call sorang chef kat Jibby ni suruh hantar kat kitorang cake. Aummmm! Shweet angat hencik lebah ni. heheheh.

Yaya and Amal dok gosip lupa aku and Fahmi kat sebelah.

Fahmi : kawan balik sekolah masa Form 2 naik bus Selangor sama-sama.

Yaya. Merangkap bff dan sedara bau-bau asham bacang.

Akmal @ Mal The Singing Lawyer


True friends say good things behind your back and bad things to your face. And that is sooooo us! Ailebiyuuu bestfriends.!

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai






Monday, September 7, 2015

DIY Flower Bouquet for Nafis

Assalamualaikum

Hari tu masa jumpa Dato' Rusly kat Kuala Kubu Baru dia ada cakap,

"Orang yang functional adalah orang yang jika diberi sesuatu kepadanya akan terhasil sesuatu yang lain dari barang itu."

Maka aku pon terperasan yang aku ni mungkin tergolong dalam orang yang functional. Kikikikiii.. Sebab bila aku dapat kertas, aku jadikan card atau guest book.
Bila dapat tepung aku jadikan cookies.
Dan tadi, bila dapat fresh flower aku jadikan flower + choco bouquet.






Not bad for the first timer huh?? hehehe.. So inilah hasil first time aku buat flower bouquet. Ni semua sebab kawan aku si Hidayah tu. Dia kat Sabah now, so dia nak surprise kan cousin dia ni ha. Dikerahnya daku buat bouquet ni. Dah la konon dari Anonymous. Poyo gila! Pulak tu terjadi perkara lawak masa deliver bouquet ni. 

Aku pakai la shades demi nak cover sikit muka biar si cousin dia ni tak kenal. Udah ler dengan aku rabun tak pakai lens. Nasib tak tertonggeng jatuh pulak kan. Pastu masuk-masuk je kedai si Nafis ni dia terus tegur aku, "Eh, Kak Nanad kan?" 

Ahahahaha. Takde guna la aku bershades bagai. Dia kenal jugak aku walaupun pernah sekali dua je jumpa gitu-gitu. Hahahah.. Nak tergelak-gelak aku kat situ tapi maintain cover cun. Muka si Nafis terpaksa di crop sebab Hidayah ni ngengada suruh tutup muka la apa la kalau nak update. Apa-apa la Dayah oii.

Happy Birthday, Nafis! Harap Nafis suka la bunga tu. Kita bedal je buat tengok demo kat Youtube. Heeee.. =)

Till then. Good night!

#SuperWifeStory
#tokeikedai






Saturday, September 5, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Memperbaiki masalah kulit


Assalamualaikum.

Dah baca first entry pasal Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Membekalkan tenaga ? Kalau belum, klik je link tu. Terima kasih. =) 

Hari ni kita kupas pasal ESP memperbaiki masalah kulit ya? 



Kandungan dalam ESP 

Kita focus kat Riboflavin ok? Jom kita faham secara ringkas.

Riboflavin

  • dikenali sebagai Vitamin B2
  • membekalkan immune kepada tubuh untuk melindungi tubuh dari radikal bebas, juga jangkitan kuman dan bakteria
  • masalah kulit kering dan bersisik dapat dihindari dengan mengamalkan Vitamin B2 secara berterusan.
  • membantu pembentukan sel darah merah yang baru
  • membantu tubuh badan mudah menyerap zat vitamin dan mineral
Ok, so far boleh faham kan? =)

Promo ESP sepanjang September tau!

Retail price : RM150
Promo BELI 7 dengan HARGA 6 canister : RM11x / canister
Promo BELI 2 5% Discount : RM12x / canister

Murah kan? Banyak betul turun harga kan? =)
Untuk sebarang pertanyaan,

Whatsapp : +6019 6035169

#SuperWifeStory
#tokeikedai

Friday, September 4, 2015

#azimkikintunang : DIY mini pelamin, DIY gift, DIY make up & Catering (bukan DIY) =P

1 Ogos 2015

Selamatlah one of our Darling in family, Cik Kikin bergelar tunangan orang. Adiknya dah langkah bendul dulu. Tapi takpe. Mana-mana dulu pon boleh. Asal kan dah halal. Tapi kalau si Azim tiba-tiba mintak nak kawen memang Angah pelangkung ko. SPM dulu woi! hehehe..

DIY mini pelamin tunang


Disebabkan taknak membazir dan atas permintaan Ibu, maka Cik Kikin pon sewa la DIY pelamin ni. Kitorang buat sendiri je. Macam biasalah.. kalau ada sedara-mara kawen ke tunang ke.. memang aku paling sibuk. Dah macam lifetime kontrak pulak buat gift, hantaran or guest book. Hehehee..

Penatnya lahai buat benda alah ni walaupun mini pelamin je. Buat 4 orang. Aku, Cik Kikin, Dila (bini cousin) and si Yunnade. Berpeluh tiak ye. Asham angat. Hahahaha..

Untuk sewa semua benda ni korang boleh tengok IG Mini Pelamin Budget . No tepon 017 877 2404 (Kak Liza). Tempat pick up kat Selayang Baru.

DIY Cookies for Gift

Giant cookies - topping Sunflower seed & Pumpkin Seed



Cookies ni aku buat sendiri laa. Dibantu si Yunnade. Topping cookies tu bakal abam ipar yang request. Heheheh. Ikot laa. Yang penting sedap ye. Terasa lemak-lemak gitu bila gigit seeds tu.

Boleh follow IG The.Cookies.Kingdom or page FB Homemade Cookies Sungai Buloh. No tepon 019 603 5169. Pick up kat Sungai Buloh.

DIY Hantaran




Hantaran bakul buah, coklat & tafsir Al-Quran : DIY by me
Victoria Sandwich : IG Teratai Cakes and Bakes
Sirih junjung : IG Petals 2 u

DIY Make up



Disebabkan Cik Kikin ni takut nak hire MUA sebab dia ni memang tak pernah make up.. maka sekali lagi aku jadi bidan terjun pulak. Malam before tu, kitorang belajar kat Youtube je cara buat smokey eyes. Nasib ada rupa. kihkihkihh.. Tang kening je dia buat sendiri sebab aku tak reti. =P

Eye shadow NAKED beli kat kawan aku. Murah baq ang. Aku nyaris2 beli yang harga RM35. Sekali dekat dia RM15 je. =D

Ni FB dia : Aziera Khoriri

Hand bouquet tu recycle masa aku kawen dulu. Order kat IG Pastelicious_handbouquet

Catering

Sayur goreng jawa


Ikan bakar

Asam pedas daging tetel

Kambing golek

Seriously semua lauk licin. Lagi-lagi daging tetel tu. Heheee.. So far family kitorang kalau buat event memang biasanya ambil catering dari Chef Zaini ni. Lauk-lauk dia memang terbaik!!! Nak lauk kampung boleh, western pon boleh. =)

Catering Chef In Action. No tepon : 019 385 9494 (Zaini)


Susah benor nak snap pic cukup corum. Ni pon si Azim takde haa.

Anyway, congrats Along! Tasabar nak berabam ipar sebab abam biras dah berderet. Heheee. Jaga hubungan baik-baik. Orang kata time bertunang ni banyak dugaan. Angah dulu tak pernah rasa dugaan bukan-bukan. So tak boleh nak cakap banyak. =P

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai









Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE