Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 29, 2010

Rojak

HADIAH DARI CIK SAYUNK
mekaceh Cik Sayunk sebab sudi la buang2 masa anda untuk edit2 kan saya pic cumel nih. dah lama dia bagi. tapi baru la ni nak upload sebab selama ni aku upload asek failed jek sampai aku sakit jiwa. len kali boleh buat lagi yaa?? huhu.. mekaceh.. mmmmuuaahhh!!!


HUJAN
skang hujan..sejuk.baguslah.sedap aku nak sambung tido kejap lagi.malam kang keje lagi.2nd nite.hopefully sume go smoothly.partner aku EL.anak dia admit kat wad sebelah.so terpaksa keje ngan Assistant Nurse je.err..hujan2 ni.tetiba rindu awak lah!! nape ya??
HOLIDAY
sangat2 perlukan holiday kat beach.nak dengar bunyi angin laut,nak jalan kat pantai sambil ombak pukul2 kaki.nak jalan tanpa selipar supaya dapat rasa suam2 pasir tu meresap kat tapak kaki. tenang nya!! ohh~


Theme Park
masih perlukan tempat untuk bersuka ria.nak main gelongsor air banyak2.nak jerit kuat2.hehe..ini aim bulan depan. mahu pegi!!! yeaaahhh~


zzZZzzzz...


Jangan cuba2 kat saya ya?? tak baik..heee...

I Can Live Without You

Badan menggigil.
Kaki pon tak larat nak pijak.
Tangan menggeletar.
Perut memulas2.
Pinggang sengal2.
Kepala pun dah pusing.
Muka habis pucat.

Mulalah rasa nak terlentang
Takmo bangun lagi.
Nak tido sepanjang hari.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Oooohhhh....PMS!
go away!
Aku lebih selesa tanpa kau.
Shhhuuhhh2...

Please!!
Go Away...

Sunday, November 28, 2010

Hari Seronok Saya.

Entry ke tiga untuk hari ni. sila ampunkan aku yang galak benor menghupdate harini ya?? heee~


27 Nov 2010 bersamaan dengan semalam hari Sabtu telah menjadi salah satu dari Hari Seronok aku dengan dia. hehe.. aku keluar pegi Mid Valley je pon. nak teman dia carik hadiah untuk mak,abah and abang dia. bukan selalu teman dia shopping. boleh la aku tumpang sekaki kan?? hehe..


so jalan2 and shopping. sempat la rembat seluar untuk abang dia and perfume untuk abah. untuk mak?? err.. tak jumpa yang sesuai untuk mak kat Mid Valley nih. tunggu bila aku balik sg.buloh aku carikan mak baju before diorang pegi holiday. 


pastu suka sangat. sebab apa?? sebab ni...


dapat ring dia belikan. gantikan ring lama yang orang curik tu. hehehe.. siap ada tulis "stay with me". Auuwwww!!! u are so romantic bro! hehehe...


pastu sempat aku rembat t-shirt scarlet yang longgok2 harga rm10 tu. hehehe.. cam bese kalo nak beli baju bila aku malas nak pegi fitting dia akan tolong fit kan letak belakang aku ukur bahu ngam ke tak. alaa..cam mak2 selalu buat tu.hehe.. pastu boleh la pulak dia bantai gelakkan aku kan sebab baju tu cam kecik pulak walaupon dah size L. hey, cutting dia kecik kot! grrr~ ada sorang akak and pakwe dia kat situ dah gelak2 tengok aku. ciss!! lu memang saje kan malukan gua..heheh..


pas makan kat Secret Recipe kitorang gerak pergi tengok wayang Haunted Changi. cite macam dokumentari sikit kot. kalo nak tahu review lebih pasal cite ni, klik SINI. bila dah hujung baru nak seram sikit. sikit je. iya, aku tak tipu. pergi la tengok sendiri kalo tak caya.






pastu..pastu lagi?? hehe.. oklah. then, kitorang pon balik laa.. hehehe.. tataa~ 


nak siap2 pegi keje. mmuuaahhhh~

Melepak sekitar Taiping

salam geng!! rajin pulak aku menghupdate arini ya?? ini gara2 merajuk ngan ibu yang tak jadi datang bawak aku gi makan kenduri la ni.. ehehehe..

okeh,ini cerita time aku balik kampung haritu. balik Taiping dulu sebab kazen aku kawen then baru gerak balik umah Tok kat Selama Perak. so time kat Taiping tu kitorang jenjalan snap2 pic.hoho~ mari kita enjoy!!

 rojak ayam ni sangat super sedap! teringin la pulak.
malam nanti nak pegi carik la kat kedai mamak depan tu.
 ni ala2 cam food court la kat Taiping ni. makanan sini boleh kata 
sume sedap2..tapi kalo pegi sini kitorang mesti order rojak la..
si kat belakang tu kedai rojak sedap yang aku order kat atas tu.
 ni pulak kat Lake Garden,Taiping.
tengok ibu n ayah. sempat pulak dating. hehe..

 tengok kami gedik2 nak angkat kaki.
itu pulak muka sunburn yang aku dapat masa pegi
Desawaterpark aritu.. haish!! hitam dah~
jauh beza ngan ibu.
tapi boleh sama cam ayah.
yeaahhh!!!!
 hehe..

okeh.itu saja. nak tido.
malam ni keje malam.
1st night.
tataaa~

OU-ing with BFF

holllaaaaa~
haaa..saje nak tunjuk pic kegiatan haram masa lapang aku 
ngan BFF tersayang.
setiap kali aku cuti and dorang pon cuti sem,
kitorang mesti date tau! 
spent time together ngan BFF.
kan satu terapi??
huhuu...
selalu kitorang lepak One Utama jela pon. 
dekat ngan umah.
tak payah pegi jauh2..

ini bestie aku paling aku sayang. oppss~ hencik lebah. kamu jangan jeles ya??
hehehe.. ini Akmal or aku panggil dia Amal.kitorang bestfren sejak Darjah4. tapi ekceli aku kenal dia dari tadika dah...
 yang belakang tu Yaya.
rapat ngan dia sejak Form3.duduk dalam kelas sebelah2.
and guess what??
time Form3 ni baru aku tahu dia anak buah makcik aku belah laki dia.
so kira sedara gak la kitorang ni kan??
.dua budak comel.
Myra n Yaya.
err...macam tak kena pula. 
mereka panggil aku Nad lah!
Nad n Yaya.
better.
Mmmuuaaahhhh kat korang!!!
 dia tinggi. saya rendah. dia bakal lawyer.saya nurse.saya comel. dia...errr...
*cisss!! tak payah kau nak perasan kat situ ya Myra??
 tak tahu nak caption apa.
 Amal insist nak snap pic aku dalam kedai ni sampai kene marah ngan tokeh kedai.
hehehehehe....pastu selamba dia cakap "sory!" 
padahal dah tau tak leh snap pic.hohoho~
 maaf lah.pic ni tak beredit. huhu..
ini Famy. dia bakal cikgu.
kitorang rapat masa Form2.
selalu balik sekolah sama2.
see..i'm in Arabic style. thanx to Youtube. =)
 Famy and Amal.
okeh cukup!
mari kita Peace....
yeah!
*nampak sungguh tidak matang pic last sekali ni ya??

Monday, November 15, 2010

Cerita Tunang dan Kahwin saya.

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

*sumber dari Bloomberg. tetiba dari Bloomberg kan..dari SINIla..ahahah...

pastu kan laju2 aku message hencik kesayangan cite pasal artikel ni. terus dia cakap kat aku jangan pikir banyak sangat. huh,aku bukan apa.. aku ni kan la memang fobia bab2 tunang ni. nape entah. kalo boleh memang aku takmo tunang2 ni. tapi aku cakap kat dia kalo nak tunang gak tak payah la nak bagi aku hantaran ke hape yaa.. simple2 sudah. sarung cincin je. *aku memang suka cincin* hehehe...

pastu kan ade skali tu borak ngan hencik Aju, kawan si hencik lebah ni pasal kos kawen.. aku pon cakap ar ngan dia aku suka simple2. dia boleh tak caya pulak cakap aku. betol la!!! aku tak tipu naa..aku memang suka yang simple.asal kawen sudah..

aku memang impikan majlis kawen yang simple tapi penuh ngan orang2 yang aku sayang. paling penting mesti kena ada ibu,ayah and atok ya? kalo takde, mau meraung kot aku time kawen tu.heheh.. meh cek list kawen aku yang entah bila akan langsung ni. hahaha...

1) kenduri mesti mau simple. tak payah la grand2 nak buat kat hotel bagai.buat kat padang depan umah atok je..^_^ err..tema maroon,hitam n gold cam smart kan?

2) walaupon simple, tapi aku nak pakai baju yang super duper gojes. supaya laki aku tak pandang lain dah time bersanding tu. hahahaha...nak tempah baju kalo boleh. ikot cita rasa sendiri..
*ekceli takot kalo sewa baju, takde size pulak. buat malu je.hehe..

3) pelamin mesti mau ada bunga2 segar. sweet oh!!!

4) nak pegang bunga lily yg sangat santek tu.

5) nak bagi door-gift labu sayong yang cumel2 bagi melambangkan ibu aku orang Kuala Kangsar. huhu.. bangga sikit!

6) nak masakan ala kampung. bosan ah makan rendang daging,ayam masak merah and air sirap time kenduri. huhu.. kalo boleh, biar ada fevret lauk aku. sambal tempe ikan bilis. huahuahua... simple kan?

7) duit hantaran tak payah la mahal2. ikot yang awak mampu. ehem2..hehehe...

8) nak design kad kawen cantek2 tapi murah punya. aku memang suka barang murah yang nampak mahal. tak payah nak belanja lebih. huhu..

9) photoshoot! mesti mau tangkap pic menarik tertarik ko memang bombastik! sebab nanti boleh tunjuk and berlagak kat anak cucu cicit cocot yang nenda dorang ni time muda bukan maen howt + photogedik photogenik depan camera.nanti boleh dorang selit pic nenda dorang ni kat blog dorang pulak. ngeee~

10) VVIP - ibu,ayah,along,eby,adek,azim,atok,opah,makcik pakcik sekalian,sepupu sepapat,nenek2 sedara kat kampung tu ha..mak,babah,along,angah,ateh,acik..<--keluarga mertua. ecececehhh...haha.. ima,nana,amal,yaya,famy,kak ruby,kak azriena..isk! banyak la pulak. tapi takpe. cukop nye bajet tu. hehe.. rakan2 blogger, boleh jugak datang. tapi saya pon tak tahu bila saya kawen. hehehehe...

ok,sudah2. takmo cite pasal kawen lagi. takde orang masuk minang pon. sedih =_=' adakah saya tak laku sebab ada parut appendicectomy di right illiac fossa?? hikhikhik..nanti saya pakai Bio-Oil la kasik hilang itu parut ya?? ngeee~ pastu duit hantaran kasik lambung sikit sampai belas2 riban ek. wakakakakaaa~ <--baru tadi cakap ikot kemampuan =_=

ok..mengantuk dah. babai~

Tuesday, November 9, 2010

Fun at Melaka

hola geng!!! ha mesti ada yg rindu ngan blog aku yang menyepikan diri setelah beberapa lama kan. contoh terdekat Cik Sayunk la.. ehehehe~ ha ni entry untuk kamoo.. hehe.. 31 October and 1 November lepas aku pegi Melaka. dengan kawan keje aku Cik Aisyah. kitorang gerak naek bus pukul 4.40pm kat belakang Tesco Puchong tu. pastu bus tu pegi amek orang kat Stesen Bukit Jalil pulak.

masa kat Stesen Bukit Jalil ni ada la peristiwa yg buat aku menyampah je ngan perangai orang2 macam ni tau! lepas semua orang naek bus tuh, tetiba ada la sorang girl ni dia tak dapat sit. Uncle driver dah bengang. dia cek tiket kot2 ada orang yg tiket bus jam 5.30pm naek bus dia. tapi takde. lepas beberapa lama cari2 tapi takde jugak orang nak ngaku. at last budak tu kene duduk kat bahagian belakang yg tempat enjin tu. panas kot bontot duduk situ sampai Melaka. tapi Uncle driver tak puas hati sebab tak cukup sit. tetiba terkantoi sorang makcik duduk belakang driver yang tiket dia bertarikh 30October 2010. hello makcik!!!! ni dah 31hb la.. tu tiket semalam!! <--jerit dalam hati je. sengal je makcik tu. dah la dia bawak anak dia. pastu Uncle driver suro turun dia mati2 taknak. last2 Uncle driver suro dia share sit ngan anak dia. so girl tu pon dapat la duduk. hamek ko makcik.. dah la anak makcik tu sehat. sure lenguh kaki kene pangku anak dia. 

sampai dalam kol 6.40pm camtu. kitorang tunggu kawan aku Kak Teddy datang jemput. pastu kitorang pegi check in kat Hotel Johan. hotel ni hotel bajet je. tapi bersih yang amat. and pasangan Muslim yang belum bernikah di larang check in di sini ya. korang jangan nak gedik2 pulak buat maksiat kat tempat Johan ni. kang kene pelangkung baru tau!! after rehat2 kejap kitorang pon pegi la makan kat tepi UITM kat bandar tu. Kak Teddy cakap orang panggil kedai tu kedai Maybank sebab location nya terletak betul2 belakang Maybank. tak pasal2 Maybank dapat nama. hehehe...

then after isi perut penuh2 kitorang jalan pegi Jonker Walk pulak. sangat mengecewakan ye kawan2. sebab  aku sampai dalam kol 10lebih camtu kot. tapi sebok gerai2 tu nak tutup dah. hey! camne nak maju bisnes ni? kalo kt KL pukol 12malam tu la waktu puncak orang nak datang tempat2 camni tau! huhu...<--marah sebab tak dapat shopping banyak2.

okeh. mari kita mulakan dengan gambar pertama. 

ni aku ngan Cik Aisyah depan simpang masuk ke Jonker Walk. tempat ni wajib pergi ya kawan2. kalo tak, korang rugi. tapi dia bukak on weekend je. and tutup kol 12malam.


 Jonker Walk. 

 ni banguna depan Jonker Walk. santek kan??

ni pulak air cocktail yang banyak jual kat Jonker nih. aku pon tak tahu halal ke haram benda alah ni. yang aku suka botol2 dia je. cute!!!
ni aku yang sengal. ahahahaha...depan Jonker Gallery.
sayang,mana kamoo??? <--dialog takde kene mengena.
oppsss!!!mekaceh pada orang penting ni!!! Kak Teddy..yang sudi jemput kitorang dari Melaka Sentral, bawak jalan2 sume.. mekaceh kak!!!
kat Dataran Pahlawan. tak dapat landing2 kat padang ni sebab
dorang tengah buat preparation pe entah.
ini Cik Aisyah lagi..hehehe..
ini saya yang pasan cumel.
sama tak cam Cik Fatin Liyana yang comey tu dengan ada nya reben hello kitty tu? hehehehe...
mekaseh kat Cik Fatin kerana jadi sumber inspirasi saya untuk jadik gojes. (walaupon la tak gojes mana kan..)haha..
poyo tak?? ngeee~
setiap tahun pegi Melaka tapi baru la ni aku dapat snap pic depan A Famosa ni haa...
sian aku kan???
ini kat tempat orang baling2 duit tu.. nape entah orang nak baling duit dalam tu eh??
tak paham aku...
ni pose yang bajet cam berangan gitu ar..
hehehehe...
tengok muka cuak+gayat aku masa naek Menara Taming Sari nih.
ekceli aku bayangkan solero shot kat Genting tu.
tu ar muka jadi cam gitu...heheheh...

ini kat hotel masa nak check out!
hoyeh2!!!balik KL~huhu...


ok la..aku ingat sampai sini jela weh.aku penat berhari2 upload gambar. lembab yg amat bodben aku nih. nak je aku baling kat pool bawah tu. tapi kang langsung tak dapat online lak.huhu.. 

tunggu cerita lain dari aku pulak ya?? mmuaaahh!

so long...and good bye.<--lirik lagu Helena.


Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE