Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Puer's Kidsdom. Show all posts
Showing posts with label Puer's Kidsdom. Show all posts

Monday, February 1, 2021

Tips bila anak SAKIT PERUT atau KEMBUNG


As a first time mother mesti kita risau and tak tahu nak buat apa bila anak menangis cakap sakit perut kan?

Ibu pon sama. Dah la kita tak boleh nak nampak kan apa ada dalam perut tu? hehehe..

So apa kita nak buat?

Haa jom baca tips ibu nak share macam dalam pic ni.



*klik pic untuk tumbesaran


1) Baringkan anak supaya dia selesa. 

2) Then if mommy takde hot compress tu, boleh la ambil botol air je. Isi dengan air panas/warm, then balut dengan kain. Dah tu boleh la tuam atas perut anak untuk bagi anak lagi calm.

3) Pastu jangan bagi anak minum sekali banyak. Bagi minum sikit-sikit supaya perut tak sebu.

4) Sambil tu cuba cek perut anak kita tu kembung ke tak.

5) Kembung? Jom urut menggunakan COMFY BABY dari Puer's Baby.
Balm organik special untuk semua peringkat umur.

BAGAIMANA TEKNIK URUTAN SESUAI BILA ANAK KITA KEMBUNG?


Ok cara paling SENANG yang kita boleh apply ialah teknik urutan

"I LOVE YOU"

Tengok step kat picture bawah ni ok?



And, paling berkesan kalau mommies buat urutan dengan COMFY BABY.

Sebab apa?

Sebab dalam Comfy Baby terdapat 7 jenis essential oil yang berkualiti seperti:

- Lavender
- Peppermint
- Lemongrass
- Digize
- Oranges
- Lemon
- Oregano

Nampak tak semua essential oil ni adalah essential oil yang sangat power untuk masalah penghadaman.
And kalau nak beli setiap satu EO pon dah berapa kan?

Dengan Comfy Baby 30g harganya cuma RM39 sahaja dah dapat 7 kebaikan EO!
Hahhh! Best ke idokkkk???

Bagi ibu, Comfy Baby ni memang wajib bawak ke mana-mana sebabnya perut ibu ni sangat sensitif. Asal berjalan ke tempat baru mesti laa sakit perut. Kalau tak bawak Comfy Baby ni susah hati sangat. Malam mesti berguling sakit perut. Spoiled mood holiday.

Kalau sapu, fuh! Baba pulak terseksa terpaksa dengar angin meletus. Kikikiii.. Lega perut!

So nampak tak?
Nama je Comfy Baby tapi dari newborn sampai ke orang tua boleh guna.

BERBALOI!

Berminat nak cuba baby balm organic from Puer's Baby?
Roger ibu @ 0196035169

Whatsapp je cakap "Saya nak cuba baby balm organik!"🙋





Saturday, March 16, 2019

Tips jaga anak yang terkena HFMD

Hai semua!

Lamanya ibu berhutang pasal post HFMD ni kan? hehehe.. ibu busy bebenor! Ampun tauuu~

Ok cerita ni cerita tahun lepas. Masa ni elok-elok DH setahun, lepas sambut birthday dia 2-3 hari lepas tu dia demam. Kali ni demam dia lain macam. Sebab DH selalu demam dia diam melepek je. Tapi kali ni dia akan menangis yang macam sakit sangat tu.

Dua hari demam tinggi, lepas dah kebah ibu perasan ada naik rashes kat tangan dia. Ibu cakap kat baba,

"Rasanya Ayang tahu anak kena apa ni. Tapi takpelah, kita tengok esok macam mana. Makin spread tak rashes dia ni." Masa ni ibu dah suspek DH kena HFMD.


Pagi tu ibu perasan kat tangan je. Bila dah petang ke malam baru rashes tu spread 
kat kaki sampai ke bawah peha tu.

Second day keluar rashes ibu bawak dia pergi PMC untuk confirmkan diagnosis.
HFMD ni takde ubat melainkan doc akan treat based on symptoms.
Kalau demam, bagi ubat demam.
Kalau sakit dalam mulut bagi mouth spray.
And untuk rashes tu doc cakap biar je. Tak perlu sapu apa-apa.

Rashes dah jadi blister. Ibu nak mandikan dia pon rasa ngeri.

On Day 3, ibu agak surprise jugak dengan hasil tips yang ibu apply ni.
Siang blister masih merah & berair.
Malam dah start kecut. Whattttt??

Dah 4 semua blister dah mengecut.
Legaaaa sangat ibu tau!

Day 5-6 semua blister dah kering and start mengelupas.
Alhamdulillah...

Day 7 banyak blister yang dah mengelupas.

Lepas semua kering ibu sambung kuarantin dia lagi seminggu untuk elakkan dia sebar virus ke orang lain pulak.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang ibu guna utuk apply kat rashe and blister DH kan? Ok ibu ikhtiar dengan set Therapy Balm dari Puer's Kidsdom. Ibu sapu setiap hari dengan Lovely Skin & Baby Booster.



Kenapa ibu pilih dua balm ni?

Sebab dalam Lovely Skin ada kandungan Frankincense essential oil yang telah terbukti kajian eo ni membantu banyak masalah kulit.

Dalam Baby Booster pulak ada kandungan Tea Tree essential oil. Tea Tree terbukti sangat bagus untuk wound healing proses sebab dia bertindak sebagai natural antibacterial.

Ibu ikhtiar je. Selebihnya kita tawakal jela. =)

Bila menjaga anak yang terkena HFMD, ini tips yang perlu ibu bapa tahu:

1) PLEASE PLEASE PLEASE jaga hygiene. Make sure cuci tangan betul-betul. DAN KERAP! Setiap kali lepas handle anak dengan HFMD, tolong cuci tangan. Jangan sentuh sana-sini tanpa cuci tangan.

2) TOLONG KUARANTIN anak tu. Jangan jadi selfish sangat bawak anak sana-sini dengan keadaan dia tengah HFMD tu sebab HFMD ni sangat mudah terjangkit kepada orang lain. As for me, total ibu kuarantinkan DH selama 2 minggu.

3) Kalau anak taknak makan, takpe! Dalam mulut mungkin tengah sakit. Kita yang dewasa ada ulcer seketul dalam mulut pon sakit kan? Apa lagi budak. Bagi makanan yang sejuk contoh macam aiskrim supaya dapat kurangkan sakit ulcer dalam mulut. Bagi susu dengan amount yang sikit tapi kerap.

4) Tolong cek sama ada anak ada kencing atau tak. Kalau sampai tak kencing tu maknanya tahap dehidrasi anak dah kritikal ya. Sila segera ke hospital.

Lepas DH dah sembuh dari HFMD, ibu sanitize semua toys dia and lap semua perabot rumah dengan sanitizer. Risau kalau-kalau ada ada budak kecik datang rumah and terjangkit dari DH. Alhamdulillah dalam masa seminggu semuanya balik pada asal.

So far ini jelah tips yang ibu dapat kongsi pengalaman ibu menjaga DH masa dia kena HFMD. Harap ada info berguna untuk parents lain kat luar sana. =)

Till then.
Thank you sudi baca! 

Monday, January 28, 2019

Solution bagi eczema, kulit kering atau nappy rash?


Assalamualaikum semua!

Memandangkan sepanjang minggu lepas Lovely Skin paling banyak sekali orang order, so ibu nak cerita sikit la pasal balm ni.

Dalam Lovely Skin ni ada 4 jenis essential oil yang membantu masalah skin macam eczema, kulit sensitif or kulit kering.

4 jenis essential oil (EO) tu:
- Lavender
- Frankincense
- Myrrh
- Tea Tree Oil

Setiap essential oil ni sangat pricey ye kalau nak beli satu-satu. Naik pening tengok harga. Hehehee.. Tapi kami datangkan solution bagi mereka yang tak nak beli EO sebotol tu boleh la try therapy balm ni sebab lagi affordable untuk semua. =)

Apa kegunaan Lovely Skin ni?

  • membantu mengurangkan masalah eczema
  • mengelakkan kulit kering dan mengelupas
  • boleh digunakan untuk HFMD or chickenpox sebab bantu kecutkan blister tu dengan sangat cepat!
  • membantu mengecutkan jerawat
  • mengurangkan symptom allergy or kegatalan
  • bagus digunakan untuk newborn bagi mengelakkan ruam susu dan nappy rash


Durrah Hanna memang pengguna tegar Lovely Skin ni sebab kulit dia sangat la sensitif. Even kena gigit nyamuk or semut kulit dia akan jadi membengkak pastu tinggal parut hitam. Alahaiiii..

And kalau nak tahu, tahun lepas ngam ngam lepas sambut birthday Durrah yang pertama, dia terkena virus HFMD. Masa tu ibu rasa nak nangis tau sebab dia asyik meragam je. And at that time tak keluar lagi rashes or blister tu. Lepas sehari baik demam baru keluar. Next post ibu cerita details pasal pengalaman ibu manage dia time HFMD ni ya.

Kali ni ibu nak share testimoni pengguna Lovely Skin dulu. =)

Parut chickenpox pudar

Kesan gigitan serangga cepat kecut

Parut pudar dengan penggunaan setiap hari

Testimoni eczema, kulit eczema makin soft dan tak kering

Kesan gigitan semut cepat pulih

Lovely Skin ni antara best seller ibu tau! So kalau ada mommies yang nak cuba, jom la whatsapp ibu. =)

Tunggu next post pasal HFMD ok?


Si Penjual Balm,
Myra Anne
019035169





Friday, January 25, 2019

Si Penjual Balm

Assalamualaikum semua!

Ya Allah lama sangat blog ni bersawang kan? Ada yang ingat kite lagi ke? hehehee..

Last post dulu pasal Okin. Now Okin pon dah hilang. Sobsss! Dengan kehadiran Okin masa tahun 2017 dulu banyak sangat rezeki datang bergolek. Agaknya rezeki jaga haiwan kesayangan Rasulullah.

Kitorang dapat beli rumah yang bakal siap hujung tahun ni. Plus, kitorang dah ada anak! Yeayyy Alhamdulillah. Dah 1 tahun 8 bulan umur Durrah Hanna (DH).

Dengan adanya DH, bisnes ibu sebagai si penjual balm makin berkembang. Ibu banyak share testimoni sendiri dari DH. Dan Alhamdulillah dapat membantu ibu-ibu lain kat luar sana untuk selesaikan masalah berkaitan anak dorang jugak.

Antara masalah yang ibu dah bantu:
- Anak susah tidur malam
- Anak kerap meragam
- Anak kembung
- Anak kerap sembelit
- Anak yang ada masalah kulit sensitif
- Baby yang flu or batuk which is tak digalakkan lagi makan ubat

Eh, macam-macam lagi la!

Menarik kan?

Before tu ibu nak tekankan ini bukan ubat tau! Ini cuma sapuan alternatif untuk bantu masalah harian berkaitan anak-anak. Tapi yang best nya satu keluarga boleh guna balm ni. Dari newborn, sampai ke atok nenek pon boleh guna. =)

Nak tahu balm apa tu?

Namanya...

Jeng Jeng Jeng.... drum roll please!!!!


PUER'S KIDSDOM!!!!

Eh, macam pernah dengar je? Yup, baru semalam keluar TV Alhijrah. hehehe.. And nak bagitahu jugak la.. Founder tu kawan baik ibu dari kecik cenonet sampai dah besar ni tau! dah 22 tahun berkawan. I'm so proud of her!!! Iskkk! sebak pulak tetiberrr. huhuuu..


Jangan terkeju tengok pic comel ibu tu. Hehehee.. 
Tu masa event kat Maeps Serdang December lepas.


Dan inilah rangkain produk Puer's Kidsdom yang makin dapat banyak tempat di hati parents kat luar sana tuuuu..

Next post ibu akan cerita pasal balm ni secara details ok? Ibu nak pergi post barang customer dari Shopee kejap. Till next time!

Muahhhhhh!

Si penjual balm,
Myra Anne
0196035169.



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE