Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

Penawar Sakit Lutut + Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang pernah terbaca cerita aku kat sini pasal sakit lutut. Again, nak cerita lagi kali ni sebab ada TAWARAN ISTIMEWA untuk mereka yang mengalami masalah ni. =)


Yuppp! This was my knee xray back in 2014

Kepala lutut tu senget lepas tu dia bergesel dengan tulang lain. T_T Because of this pain yang menyebabkan aku resigned my position as a Staff Nurse dulu. Gila kauuu! Kadang masa kerja nak menangis rasa. Turun naik tangga nak ambil ubat la, nak trace investigation result la, proceed discharge.. phewww!

Sakit hokehhh??? Tu belum time drive and solat. Memang most of the time kaki aku bahagian lutut kanan ni bengkak je. Disebabkan memang sebelum start sakit lutut lagi aku dah amalkan Ostematrik + Omega, jadi aku teruskan je. My BFF pulak cadangkan ambil VIVIX. So demi kesihatan, aku ambil jugak. 

Alhamdulillah after 2 weeks on Vivix, dah terasa perubahannya. Tapi BFF cadangkan pulak ambil Collagen. Yang buat aku makin sayang, dia jugak yang hadiahkan sekotak Collagen untuk aku. (Lebiyu, Mimi!) Amazingly, dengan izin Allah after 2-3 sachet, sakit lutut TOTALLY GONE!!!!

Shaklee Collagen Powder (SCP)

Sekotak ada 15 sachet. Aishhh! Cukup ke 15 sachet tu? In shaa Allah, cukup! Sebab lepas 3 sachet pon dah terasa kebaikan dia. =) Tapi, untuk lagi hebat kesan dia, sila lah amalkan selalu SCP ni. Meh aku share sikit kebaikan SCP ni.


1) Menyokong kesihatan sendi
2) Mengurangkan kedutan dan garis halus, mengecilkan liang pori
3) Melembapkan kulit
4) Membantu masalah jeragat dan kulit tidak sekata
5) Menganjalkan kulit
6) Membantu menegangkan ASET WANITA

Sebab apa SCP ni power sangat??? Sebab kandungan utama SCP ni adalah dari Sisik Ikan Merah yang tahan lasak dan tinggi kapasiti yang membantu mengekalkan kelembapan. Shaklee ni bagusnya sebab dorang akan guna bahan yang berkualiti dan premium je untuk membezakan mereka dari produk yang lain. =)


Sesiapa yang mengalami masalah sakit lutut, aku memang cadangkan sangat cuba Collagen ni. Bukan masalah sakit lutut je yang akan berkurang, tapi dapat sekali awet muda, menegangkan aset, rambut pon cantik.. =D

Produk SCP ni tengah ada promosi bulan ni. Sebab tu aku saja share lagi sekali kisah sakit lutut aku ni. Promosi TAMAT 31 MAY 2016.

Untuk dapatkan konsultasi percuma pasal produk ni, bolehlah

WHATSAPP : 0196035169 (Myra)

No call please. Sebab kadang aku tengah baking, tak pon deliver barang sana sini.. so please whatsapp only ok? I will entertain your question later. =)

Till then.

Your trusted distributor,
Myra Anne Noridin
SID 915005







Thursday, April 21, 2016

Tips Melegakan Migraine


Musim panas ni mesti ramai diserang migraine kan? Yang tak pernah kena pon boleh tiba-tiba kena. Eheee... Jangan risau! Aku ni adalah orang yang berpengalaman jugak pasal migraine ni. Ahahaha. Bongkak kedengarannya kan? Tapi serious la. Berapa tahun kot aku menderita migraine ni. Sekarang Alhamdulillah.



Aku share tips yang aku selalu amalkan la ye? Yang memang terbukti berkesan untuk aku. Ada jugak yang aku cadangkan cuba cara aku ni dorang cakap melegakan.

1) Kalau boleh or kalau larat, pergi mandi, sejukkan kepala tu.

2) Dah mandi, lap kepala kering-kering. Tapi aku suka je kepala basah sebab rasa sejuk. Ehehee..

3) Ni point yang paling penting! Set Migraine wajib ada dalam simpanan korang kalau dah korang memang mudah diserang migraine tak kira masa, di mana sahaja. Macam aku, aku memang amalkan OSTEMATRIX dan B COMPLEX dari SHAKLEE. Bertahun-tahun kena migraine. Lepas konsisten setahun dengan set ni Alhamdulillah sampai sekarang jarang sangat-sangat kena nak dibandingkan dengan dulu sebulan dua-tiga kali.

**Ada study mengatakan mereka yang kerap migraine ni ada masalah kekurangan Magnesium. Refer SINI


4) Sediakan ais dalam icebag.

Aku guna icebag macam ni. Kalau takde, letak je ais dalam plastik, ikat ketat-ketat lepas tu balut plastik tu dengan kain. Takde la ko terkejut tiba-tiba sejuk kat kepala kan.

5) Baring dan tinggikan bahagian kepala. Kalau biasa guna satu bantal, bila migraine ni gunalah dua bantal. Kekdah ni untuk turunkan tekanan dalam kepala. Masa ni maybe korang akan rasa loya teruk ke apa. Tapi jangan risau.

6) Ingat lagi icebag tadi? Dah baring ni boleh la tuam kat bahagian yang sakit. Sebab biasanya migraine ni akan attack one side kat kepala kita kan? Masa tuam ni memang ko rasa kepala macam nak pecah. Sakitnya Allahuakbar! tapi bawak bertenang. Masa ni urat saraf ko tengah mengecut memang agak sakit.

**Boleh refer sini pasal Cold Therapy & Migraine

7) Tutup lampu dan tidur!
Sebab ada yang experienced Photophobia masa diserang migrain. (ME! ME!) ehehe.. kalau takde sensitive to light pon tutup jela lampu. Apa jadah nak tidur dengan lampu bukak kan. Tak feel langsung. Hahahaha.

Lepas diserang migraine, perkara paling biasa kita dapat rasa yang bahagian tengkuk dan bahu kita sakit sangat rasa macam sengal-sengal teruk tu. Kat sini, OSTEMATRIX + B COMP lagi sekali membantu sebab dua-dua ni bantu lancarkan perjalanan darah dan release muscle stress. 

Dapat dan boleh hadam tak tips yang aku bagi ni?

Kalau tak paham boleh roger-roger eh. 
Whatsapp je 019 6035169.

Till then.



















Friday, April 1, 2016

Dugaan Pagi Ini


Assalamualaikum.
Selamat pagi!

Pagi ni excited nak buatkan bekal nasi goreng botak untuk asbeng sebab tu memang favourite dia. Barang-barang pon dah prepare semalam so harini tinggal campak-campak je.. Dah siap tumis cili, masukkan carrot apa semua, aku pon terus lah masukkan nasi sejuk. Sekali bila dah masuk dalam kuali tengok-tengok nasi tu dah tak elok pulak. Huwaaaa!!!! Nak nangis ye. TErpaksa humban semua ke tong sampah.

Tengok jam dah 8.15am.

Laju-laju tanak nasi baru sambil berdoa, Ya Allah Kau permudahkanlah urusan aku untuk bagi bekal buat suami hari ni. Lepas tu terus tumis sayur kailan masak sos tiram je and buat sambal kentang ikan bilis. Alhamdulillah 8.40am dah settle semua. Sempat lah bagi asbeng bawak bekal hari ni walaupun lauk simple je. Nampak tak berdesup aku buat semua tu. Hehehehe...


Harini di bulan April aku nak umumkan yang Promo Shaklee April ialah SR VITAMIN C & OMEGA. Baru je borak dengan akak ipar dua hari lepas. Dia harapkan promo Vitamin C maybe sebab stok dah nak habis. Aku pulak harapkan promo Omega sebab Omega ni memang tak boleh putus stok. Jimatlah sikit kalau time promo kan?

Sekali sudahnya dua-dua promo. Syukur Ya Allah Kau dengar permintaan kami. =)



Nanti aku cerita pengalaman aku sendiri pasal dua produk best ni ya? =)
Siapa nak rembat harga promo boleh la roger-roger tau.

Till then.

Ig: @myraanne35
Whatsapp : 0196035169




















Wednesday, January 6, 2016

Sakit Lutut dan Vivix

Assalamualaikum.

Hari ni duduk rumah diam-diam. Pagi tadi dah beria masak untuk bento hencik lebah. Lepas tu pergi kedai beli barang masak. Tengahari sampai petang kita buat kerja-kerja online dan kerja rumah je. =)



Ni nak cerita kisah setahun lebih lalu. Start June 2014 saya mula menderita sakit lutut lepas injured masa mandi laut di Pulau Pangkor. Pernah sampai menangis nak tidur sebab sakit sangat berdenyut-denyut. Esoknya akibat tak tahan sangat terus jumpa doctor. Doc memang suggest buat xray dan resultnya memang kepala lutut ku injured. Dia tersenget la pulak. So bila berjalan dia akan keluar bunyi meletup-letup.

Tu belum drive lagi. Asal balik kerja je sure kaki bengkak. Nak naik tangga pon susah. Lama-lama tak tahan sangat terus decide nak resign. Tula tindakan dan keputusan paling drastik saya rasa pernah dibuat dalam hidup. Nasib baik dah kawen. Ada jugak back up kewangan. Heheheh.. tu pon sebelum hantar surat, banyak kali tanya hencik lebah betul ke keputusan bini dia buat ni. =P

Lepas resign, atas suggestion my bff, Mimi saya pon start ambil Vivix. Masa mula-mula ambil tu, teruk sangat rasa. Mana tempat yang sakit, makin sakit. Nak solat, nak naik tangga, even nak duduk lama-lama.. semua rasa susah sangat nak buat. Seriously, rasa macam give up sangat masa tu. Tapi cepat-cepat sedar.

"Eh, ni kan kesihatan kita. Mana boleh give up kalau nak sihat."



Dah la jumpa doctor, dia pulak cakap memang takkan baik melainkan kalau dah teruk sangat baru buat operation. T_T

Tapi after 2 weeks saya amalkan Vivix, memang dah terasa kurang sangat sakit lutut. Masa tu dapat pulak gift Collagen Shaklee tu dari bff. Lepas 2 sachet Collagen and Vivix yang berterusan sampai sekarang, Alhamdulillah. Masalah sakit lutut yang teruk dulu takde menyerang dah. Kadang-kadang je rasa berdenyut sikit bila mula melasak. =P



Yang paling best, bukan lutut je sembuh tapi kulit pon improved. Garis-garis halus dah berkurang, muka dah nampak merah-merah, makin berseri.. hehehe.. Kulit pon rasa tegang je. Eh, ambil untuk sakit lutut tapi semua pon improved??? Ha, tula specialnya produk Shaklee. =P

Siapa ada masalah sakit lutut or orang-orang terdekat dengan kita ada masalah sakit lutut boleh cuba cadangkan Vivix dan Collagen ni. Jangan berkira pasal supplement untuk kesihatan sebab bila tak sihat nanti, lagi banyak duit yang kita kena keluarkan untuk sembuh.



Baik mencegah dari merawat. =)

Nak tahu bagaimana cara saya consume Vivix dan Collagen hingga bebas dari sakit lutut yang kronik? Bulan ni ada promo Vivix. Harga jatuh cecah lantai. Jom pm saya. =)



Whatsapp : +6019 6035169
Personal ig: @myraanne35



Wednesday, December 30, 2015

Herbal Blend Shaklee dan Masalah Kulit

Assalamualaikum.

Haa, nak tanya ni. Siapa ada masalah kulit sensitif? Angkat tangan cepat. =)

Sebenarnya kulit aku ni ada jugak masalahnya. Kalau panas, start la naik gatal-gatal kat leher, belakang lutut and tempat-tempat yang mudah naik ruam. Kalau kena gigit nyamuk pulak, mesti berbekas tinggal parut hitam. Tu belum kalau pijak lantai simen lagi.. habis merekah tumit. Memang payah sangat nak maintain kulit elok. Pheeewww..

Tapi sejak jumpa Herbal Blend ni, memang syiokkk sangat! Multipurpose cream yang paling DAEBAK bagi aku. Hahahahahhh. *Gelak besar*

Dulu biasa pakai krim untuk heel cracked brand Sc***l. Katanya only 3 days dah healed tapi maybe tak serasi kot dengan aku so tak jalan. Dah la lepas pakai rasa berminyak-minyak. Memang kena gantung kaki dah lepas apply krim tu. Yang ni aku bagi realistic sikit la eh. Kang korang tak percaya pulak. Hehehee.. Ni testimoni aku sendiri dalam masa DUA MINGGU.

klik untuk tumbesaran gambar


Herbal Blend ni tak payah tunggu lama-lama. Lepas sapu, tunggu few minutes dah meresap semua. Selesa je. Takde melekit ke apa. Paling best, sesuai untuk budak-budak jugak. Common problem untuk kids mestilah Eczema kan? ha, boleh jugak pakai Herbal Blend ni.

Sekarang pergi travel mesti kena bawak Herbal Blend. Senang kalau kena gigit nyamuk, terus sapu. Penat berjalan pon boleh apply kat kaki jadi macam minyak urut. Ehehehe.. Kalau naik jerawat pon cepat-cepat sapu Herbal Blend bagi dia kecut. =)

Ada caranya untuk kurangkan skin problem dengan Herbal Blend ni. Nak tips nya kena la jadi customer aku dulu. Kihkihkihhhh.. Special consultation for special customer. =)


Till then. Adios gaissss!

Facebook : Myra Anne Noridin
Instagram : @myraanne35 
Whatsapp : +60196035169


Sunday, September 27, 2015

Kebaikan ESP Shaklee (PENGUMUMAN PENTING!)

Assalamualaikum.

Saya nak buat satu pengumuman penting! Sila teruskan pembacaan ya?


Ini berkaitan ESP. Hot produk si Shaklee tuuu. Saya sedang mencari 3 orang pelanggan bertuah yang membuat pembelian dengan saya sebelum 30 SEPTEMBER 2015. Untuk apa???

Untuk saya beri 5 FREE GIFT kepada anda! Cuma ada 5 FREE GIFT untuk setiap 3 PELANGGAN BERTUAH!

Sebelum tu, meh saya share apa kebaikan ESP Shaklee ni.


Saya dah rembat SATU CANISTER dengan HARGA PROMO. Awak bila lagi? Jangan bulan depan whatsapp saya cakap nak harga promo ye. Masa tu semuanya dah terlambat. Kalau nak reserve dulu pon boleh. Jom kita whatsapp macam mana cara. =)

Untuk pertanyaan lanjut :
Instagram : myraanne35
Whatsapp : +6019 6035169


Wednesday, September 9, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Ikhtiar Untuk Hamil

Assalamualaikum.

Bersambung siri Sehari Satu Kebaikan - special untuk ESP. =)

Ada yang masih tak tahu apa itu ESP?



Ok, saya nak highlight pasal NON-GMO SOYA.

Apa itu Non GMO Soya ye? Non GMO Soya maksudnya "NON GENETICALLY MODIFIED ORGANISM dimana kandungan soya dalam ESP ini tidak diubah secara genetik oleh manusia.

Soya yang kita makan dalam seharian tu ialah GMO Soya dan saya setuju yang pengambilan GMO Soya secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat. Yelah, ciptaan Tuhan ni kalau kita dah ubah genetic dia mestilah ada kesannya kan? =)

Ok, boleh tengok testimoni ni.


Khasiat ESP untuk kesuburan

  • ESP akan membaiki sel-sel dalaman kita yang rosak supaya bahagian rahim lebih sihat
  • ESP membantu membetulkan hormon yang tidak seimbang
Dua ni je saya nak highlight. Sebab apa? Sebab kan kita tengah cerita pasal "Ikhtiar untuk hamil?" =)

Bila sel-sel rahim kita bertambah improve, dan bila hormon kita sudah seimbang baru lah proses untuk kesuburan tu berlaku. Percaya tak yang kalau kita stress pon orang kata susah nak lekat? Sebab bila kita sentiasa ada dalam keadaan yang stress, sel-sel badan kita akan rosak. Dan jangan risau sebab dalam ESP ni ada kandungan Thiamin dan Niacin yang bagus untuk menaikkan mood dan mengurangkan kemurungan. 

Ok, siapa nak join saya untuk meningkatkan kesuburan? Kita sama-sama cuba ye. Sebab saya pon masih dalam golongan TTC (try-to-conceive). Rezeki tu milik Allah. Jadi please jangan stop usaha ye.

Sebab selain masalah kesuburan yang kita boleh improve, kulit kita pon akan makin cantik. Pernah dengar tak,

"Kalau nak cantik luaran, kita repair dari dalam."

Promo ESP masih berlangsung. 1 canister RM150. 
Promo BELI 7 DENGAN HARGA 6 CANISTER : RM11x / canister
Promo BELI DUA 5% DISCOUNT : RM 12X / canister

Mana lebih jimat? Tepuk dada tanya selera. =)

Untuk pertanyaan lanjut,
Whatsapp : +6019 6035169


Saturday, September 5, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Memperbaiki masalah kulit


Assalamualaikum.

Dah baca first entry pasal Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Membekalkan tenaga ? Kalau belum, klik je link tu. Terima kasih. =) 

Hari ni kita kupas pasal ESP memperbaiki masalah kulit ya? 



Kandungan dalam ESP 

Kita focus kat Riboflavin ok? Jom kita faham secara ringkas.

Riboflavin

  • dikenali sebagai Vitamin B2
  • membekalkan immune kepada tubuh untuk melindungi tubuh dari radikal bebas, juga jangkitan kuman dan bakteria
  • masalah kulit kering dan bersisik dapat dihindari dengan mengamalkan Vitamin B2 secara berterusan.
  • membantu pembentukan sel darah merah yang baru
  • membantu tubuh badan mudah menyerap zat vitamin dan mineral
Ok, so far boleh faham kan? =)

Promo ESP sepanjang September tau!

Retail price : RM150
Promo BELI 7 dengan HARGA 6 canister : RM11x / canister
Promo BELI 2 5% Discount : RM12x / canister

Murah kan? Banyak betul turun harga kan? =)
Untuk sebarang pertanyaan,

Whatsapp : +6019 6035169

#SuperWifeStory
#tokeikedai

Thursday, September 3, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Membekalkan tenaga

Assalamualaikum.

Seperti semua orang dah tahu, sempena September ni Shaklee buat promo the most hot product, ESP. Korang jangan tak tahu, sekali orang dah try ESP ni memang terus jatuh cinta. Heheheee..


Harini kita share pasal ESP dan tenaga ya? Teruskan baca ye kawan-kawan..



Pic sumber Google


Apa yang menyebabkan kita kekal bertenaga selepas mengamalkan ESP?

Pic sumber Google

Ok, mari kita tumpukan kepada kandungan Thiamin dalam ESP.

Thiamin 
  • sejenis nama lain dari Vitamin B1
  • salah satu jenis vitamin yang larut dalam air
  • dikenali sebagai vitamin berenergi sebab akan memberi efek yang bermanfaat bagi sistem saraf dan energi
  • berfungsi melindungi kesihatan mental supaya otak dapat bekerja dengan normal supaya dapat membantu proses pengeluaran tenaga dari karbohidrat.
Sekarang dah faham kenapa ESP dapat membekalkan tenaga pada tubuh badan kita? =)

Promo ESP BELI 7 DENGAN HARGA 6 canister masih berlangsung hingga 30 SEPT 2015. Atau boleh jugak BELI 2 dengan 5% discount. 

Retail price : RM150
Promo Beli 7 dengan harga 6 : RM 11x / canister
Promo Beli 2 5% discount : RM 12x / canister

Mana lebih jimat? Tepuk dada tanya selera. =)

Untuk sebarang pertanyaan,

Whatsapp : +6019 6035169


Tuesday, September 1, 2015

Set Bajet Kurus / Kempis Perut Shaklee

Assalamualaikum.

Lepas2 raya ni mesti semua mengeluh perut macam makin kembung je kan? Hehehehe. Ni saya nak bagi solution untuk kempiskan perut secara selamat dan berkesan ye.

Dalam Shaklee ada 3 produk hot untuk kempiskan perut. Apa dia??? Kita ceritakan pasal kebaikan setiap produk ni ok? Jom teruskan bacaan. =)



Alfalfa (tahan 1 bulan)

  • membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
  • mencuci usus bagi membuang toksik.
  • membuang angin dalam badan
  • melegakan sembelit
Lecithin (tahan 2 bulan)
  • membantu membakar lemak bagi proses pelangsingan
  • menghalang pembentukan lemak di hati
  • membantu merendahkan metabolism lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
Herblax (tahan 2 bulan)
  • membersihkan najis yang tersekat
  • membantu kempiskan perut
  • meyingkir toksin dalam badan
  • menurunkan berat badan
Sebenarnya tiga-tiga produk ni, selain dari membantu proses kempiskan perut dan detoks, banyak lagi kebaikan dia yang lain. Cuma sebab entry ni saya khususkan untuk Set Bajet Kurus / Kempiskan perut so kebaikan-kebaikan setiap produk ni pon saya focuskan untuk detoks je. =)

Dapatkan tiga hot product ni dengan harga mampu milik. Segera whatsapp saya untuk tahu lebih lanjut tentang jadual cara makan dan FREE GIFT menarik untuk anda jika membuat pembelian dengan saya. =)

Untuk sebarang pertanyaan:

Whatsapp: +6019 6035169

Saturday, August 29, 2015

MySG Gathering & Recharges 2015

Assalamualaikum.

Minggu lepas 22-23 Ogos 2015 kami geng-geng Shaklee join gathering yang dianjurkan oleh MySG (Hasanah & Imran). Program kitorang ni fully sponsored by Kak Hasanah. Cuma bayar RM20 untuk komitmen. Weeehooo!!! Free siapa tak nak join kan?

Program berlansung kat Bayou Lagoon Park Resort. Seronok sangat join program2 macam ni. Selain dapat jumpa geng-geng yang selama ni dok berwhatsapp kat group je, dapat jugak menimba ilmu dari sharing2 Master Firdhaus, Master Iffah Anuar, Master Hj Roslan dan Master-to-be Hasanah and Mimi Farhana.

Perkongsian "Cara Memeluk Customer" by Master-to-be Mimi Farhana

 Shaklee is a lifetime business by Master Hj.Roslan.
Pioneer dah Hj.Roslan ni. Dah 26 tahun tak silap dalam Shaklee. =0

Dua orang upline kesayangan saya.
Mimi Farhana (mommy) & Kak Hasanah (nanny)
Si kecik tu paling sayang kot!!!! hahahaa..

Tengah2 update ni baru perasan takde pic masa sharing dari Master Iffah (MIA), Master Firdhaus & Kak Hasanah. Sebabmya ternganga sangat dengar sharing dorang. Lupa snap pic. Ehehehehe.. Paling ternganga masa Master Firdhaus tengah bercakap. Tak habis2 kagum dengar cerita kegigihan dorang husband and wife. Oh, MIA tu wanita and wife paling awesome kot!! Respect u, MIA!

Masa ni masih pakai mask sebab gusi bengkak macam simpan pau dalam pipi akibat minor operation cabut gigi geraham bongsu. Umie Iman jeles sangat2 sebab tiap2 kali Tinad ajak Iman wefie, mesti Iman laju tengok camera. Dengan umie dia, Iman macam2 kerenah. Hahahah..

Iman feeling sangat ada boypren mata sepet suap dia sup, Syiok habis dia!

Free flow supplement termasuk Vivix. Ha selalu orang free flow soft drink je. Ni Kak Sanah bagi yang bermanfaat sikit. hehehe.. Rakus masing2 telan Vivix. Termasuk yang tergantung mask tu. =P

Yang bestnya program2 Shaklee ni tak pernah larang bawak anak-anak tau! Bawak husband ape tah lagi. Mana la tak jatuh cinta. =)

Berdiri belakang MIA and Master Firdhaus. Ambil aura, ambil berkat, ambil semangat.. ambil segala-gala la. Hehehehe..

Kena join program macam ni sekali sekala untuk menaikkan semangat. Bisnes sorang2 mana nak maju. Kena la ada support dari kawan-kawan dan upline. Terima kasih sangat kat Kak Hasanah sebab anjurkan program macam ni. Seronok sangat tau!!!

Kebetulan program ni jatuh dua hari lepas anniversary aku and hencik lebah yang ke 11. So, plan dengan Mimi Farhana untuk surprise ni. Tumpang sekaki program Recharge ni. Ehehe.. Glad that he like it! Thank you, Mimi!!!! 

In shaa Allah kami dalam under MySG ni saling bantu-membantu dalam bisnes Shaklee. Sentiasa ada support dari kawan-kawan dan upline. Semoga kami semua terus maju dalam bisnes ni dan berjaya capai targer masing2.

Sesiapa berminat untuk join kai pon boleh tau!!! Tingkatkan taraf hidup dengan bisnes dari produk yang kukuh iaitu Shaklee. Dah 50 tahun woo produk ni. Jangan main2!!! 

Untuk sebarang pertanyaan:

Whatsapp : +6019 6035169




Saturday, May 16, 2015

Merawat Keputihan Abnormal Dalam Masa Dua Minggu???

Assalamualaikum.

Wanita dan masalah keputihan memang tak dapat di elakkan. Setiap wanita mengalami masalah yang berbeza. Keputihan adalah NORMAL selagi warnanya masih jernih atau kelabu keputihan, tidak gatal dan tidak berbau. Tetapi banyak masalah yang dianggap biasa bagi kaum perempuan adalah berbahaya sebenarnya. Kita sebagai wanita hendaklah ALERT dengan perubahan keputihan atau lelehan lendir dari Miss V kita,

Punca keputihan abnormal:

  • tubuh terlalu letih
  • bila kita berada dalam keadaan tertekan
  • jangkitan pada faraj
Mengenali simptom dan gejala keputihan :


Tips mengelakkan masalah keputihan abnormal:
  • Hindari penggunaan sabun pada faraj. Cuma gunakan air suam atau air sireh yang direbus dan ditapis airnya.
  • Elakkan menyembur air ke dalam faraj supaya tidak menggangu keseimbangan bakteria baik dalam faraj.
  • Kerap bertukar pad ketika haid.
  • Keringkan bahagian faraj sebelum memakai pantis supaya kawasan faraj tidak lembap.
  • Pakai pantis yang bersih.
Cadangan mengamalkan Alfalfa dari Shaklee bagi membantu mengurangkan masalah keputihan. Antara khasiat Alfalfa Shaklee adalah: 


Bagaimana Alfalfa merawat masalah Keputihan?
  • Alfalfa Shaklee bertindak dengan membunuh kuman bakteria yang menyebabkan keputihan, mengurangkan radang pada dinding Miss V lalu sekaligus membantu memperbaiki masalah keputihan abnormal.
Testimoni pengamal Alfalfa bagi masalah Keputihan :







Retail price: 
  • Alfalfa Large (700 biji) : RM103.35
  • Alfalfa Small (330 biji) : RM56.98

Bagaimana mahu mendapatkan Alfalfa Shaklee dengan 20% diskaun? Cepat-cepat jangan lepaskan peluang mendapat harga paling jimat! Jom whatsapp nombor di bawah. 

Whatsapp : +6019 6035169



Wednesday, March 25, 2015

Masalah suami berdengkur?

Assalamualaikum.

Korang yang baru kahwin mesti terkejut beruk tiba-tiba dengar bunyi dah serupa serombong kapal laut kan? Stress? Nak manja-manja tidur celah ketiak laki tapi tak dapat tahan bunyi dengkuran. Ehehehe.. Jangan risau. Daku pun pernah mengalami masalah serupa. It's a normal thing la weh. Perempuan pun ada jugak berdengkur. Kalau dah penat kerja seharian tu, memang letak kepala je terus akan ada bunyi kapal. Hencik lebah pernah record video lagi aku berdengkur. Nak buat macam mana. Luar kesedaran. Hehehe..



Tips untuk menghadapi masalah ni. Senang je.. =)

1) Galakkan suami tidur mengiring ke kanan
- Posisi terlentang semasa tidur akan menyempitkan laluan udara dan menyumbang ke arah bunyi dengkur. Posisi ni jugak paling mujarab aku rasa sebab aku dah apply kat diri sendiri and hencik lebah.

2) Hidu wap air panas sebelum tidur
- Cara ni dapat mencairkan lendir yang ada dalam hidung kita dan melegakan hidung tersumbat. Boleh jugak cuba cara basahkan kain dengan air panas, bila dah suam sikit letak kat muka dan sedut wap air tu. Kalau korang tahan time kain tu panas-panas terus letak boleh jugak. Heheh..

3) Kurangkan berat badan
- Jika berat badan berkurang, akan membantu masalah dengkuran ni.

4) Habuk
- Bersihkan habuk dalam bilik. Sentiasa gantikan cadar dan sarung bantal supaya habuk tak terlekat. Habuk akan menyebabkan kita susah bernafas dan menyebabkan kita susah bernafas.

Senang je kan. Tapi kalau time tidur tu memang menggila plak laki korang berdengkur, cara paling mudah adalah tips nombor 1 tu. Korang turn je laki korang ke kiri atau kanan. Yang afdal kanan la.. sure lepas tu bunyi dengkur kurang.



Lagi satu, aku nak share. Pengambilan Vitamin E ni memang sangat-sangat berguna untuk bantu masalah dengkur ni. Sebab aku memang perasan ye perubahan laki aku sendiri. Tu yang boleh gebang kat korang. Tapi ni fakta la bukan auta. =P

Kelebihan Vitamin E untuk masalah dengkur:
- mengandungi antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Vitamin E membolehkan Haemoglobin dalam darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan efisien. Jadi bila oksigen dalam darah mencukupi, saluran pernafasan kita pun bertambah improve dan mengurangkan masalah dengkur.

Hebat kan? 1 biji Vitamin E sehari, masalah dengkur pun berkurang. Yeayyy!!!!

Dalam 1 botol ada 120 biji. Tahan hingga 4 bulan. DAEBAKKKK! =)


1 botol ni RM 149 je. Harga before 6% GST. Kalau nak harga lagi best meh whatsapp kita. Harga cecah lantai aku bagi. Harga kasih sayang untuk isteri-isteri yang willing berkorban apa sahaja untuk laki dia. =) Cepat whatsapp tau!

Whatsapp : +60196035169



Bagaimana nak naikkan tahap keyakinan diri???

Assalamualaikum.

Good morning!!!

Korang pernah dengar tak cerita orang dulu-dulu suka datang rumah nak merisik anak dara pada awal pagi. Sebab apa? Kononnya sebab nak tengok anak dara tu dah bangun ke belum.. and nak tengok muka anak dara tu seawal pagi manis ke tak.. comey ke tak.. Hehehe.. Tu yang aku pernah dengar la..

Haru jugak kalau orang tua hecik lebah datang merisik awal pagi dulu. Sebabnya aku ni memang kalau cuti jenis nak qada kan tidur yang tak cukup masa kerja shift dulu. Hahahahh. Burok perangai! Kalau setakat off day sehari, kalau aku tak balik rumah parents, memang aku tidur jela kat ruamh sewa tu. Heaven gila rasa. Kihkihkihhh.

Lagi satu, kalau aku di risik awal pagi, mahu la lari rombongan tu. Sebabnya muka aku dulu memang teruk gila. Kalau bangun pagi, tahap takungan minyak kat hidung tu memang tahap boleh goreng telur mata kobau satu. Aku pun confused macam mana hidung penyek kembang ni pun boleh takung minyak. hehe..

Tapi sejak-sejak amalkan Vitamin E dan Vitamin C memang takde dah. Nak goreng telur mata kobau terpaksa la pergi beli minyak kat kedai depan. Takde dah minyak free. Hehehe.. Selain makan, boleh buat masker. Best! and jimat pulak tu. Betul tak??? =)

Mintak ampun kalau terkejut dengan selfie penuh camera ni.
Ni muka fresh tak mandi lagi. heheh.
Tapi don't worry dah cek puluh-puluh kali kat cermin, memang takde taik mata.

Sekarang kalau tak mandi pun aku buat muka confident je turun bawah hadap mak mertua. Sebab memang confirm takde minyak bertakung dah. Kadang mak mertua pon confused aku dah mandi ke belum. *tu kalau takde bau masam la*. Hehehehe..



Ehemm ehemm.. hencik lebah pengamal tegar Vitamin E dan Vitamin C ni tau! Berseri je muka dia. Tapi kat mata bini dia je laa.. Heheheh.. Eh, betul ke Vitamin E dan Vitamin C Shaklee ni boleh buat level confidence up? Korang cuba lah sendiri.. =)

Igshop: Hermanas Shoppe
Whatsapp: +60196035169




Tuesday, March 24, 2015

Masalah tumit merekah dan pecah

Assalamualaikum.

Merujuk kat tajuk kat atas. Haa, korang ada masalah macam ni? Aku ada. Sebab tapak kaki aku ni memang super sensitif kat lantai simen. Kalau pijak simen je terus la pecah-pecah tumit tu. Eeee.. seriously buruk okeyh tumit merekah ni. Malu nak pakai seliper. Tapi aku memang bukan jenis pakai kasut pun. heheheh..

Gambar masa hujung bulan lepas.

Eh apa ni.. muka licin tapi tumit ko pecah-pecah macam jalan tar. Eh eh ehhhh.. aku tapakkan muka ko nak? Hehehehe.. Semua ni terjadi sebab masa ni selalu pergi rumah baru ayah yang masih dalam construction. Kan penuh habuk-habuk simen kat situ so ini lah dapat dia. Masa ni gegedik cakap kat hencik lebah.

"Beeee.. tengok la kaki ayang ni buruknyaaa..."

"Alaaa.. takpelah sayang oiii. Kaki ayang macam mana pun bee sayang jugak."

Eceh. sweet sangat pulak hencik lebah ni. Hehehehe.. Contoh lain sweet dia,

"Bee, rasa macam takde baju dah nak pakai keluar." Ehem2. ayat propa wanita biasa seperti aku.

"Takpelah yang. Ayang pakai kain batik keluar pun cantik jugak. Bee sayang jugak."

Gitewwwww. Eh dah kenapa tukar cerita pulak ni. hihihii.. Ok balik ke cerita tumit. So sepanjang hampir dua minggu ni aku pun gigih la sapu krim kat tumit ni. Memang amazing sangat tau hasil dia.

Minggu lepas: Masih pecah dan kering

3-4 hari lepas: So much improved!!!

Tadi. Yeayyy!!! Dah takde pecah-pecah.

Suka tak weh?? Masih belum ok sepenuhnya tapi dah ok sangat-sangat dari awal kan? Ni tanpa treatment pedicure tau. Yela ada sekali aku pergi pedicure kemain orang tu mengata tumit aku yang pecah-pecah tu. Jenuh dia buang kulit mati. Kihkihkihhh. Tapi penat-penat dia buat, aku pergi je kat site rumah tengah buat tu dia jadi balik. Arhh.. stress tau! Ni lega dah. 

Dengan krim harga tak sampai RM 30. TAK BERMINYAK. TAK MELEKIT. TAHAN LAMA. Plus, kulit jadi lembut and moist je..

Aku bukan nak cakap apa. Banyak jugak aku try heel repair cream before ni. Dari yang mahal. Yang janji boleh improve dalam masa 3 hari. Tapi semua aku tak suka sebab tekstur dia yang jenis berminyak melekit-lekit. Yang kalau aku dah pakai, memang idok ler aku nak jalan lagi, Sebab sure melekat kat lantai kan.

Tapi yang ni sure best!!! and paling penting, krim ni PARABEN FREE. Tak nak lah apply benda-benda tak selamat untuk kulit kita kan? =)

Mesti korang dedebor nak tahu apakah krim yang DAEBAK sangat ni. hehehe..

Herbal Blend Multipurpose Cream

Murah je. RM 27! Tapi tahan berbulan-bulan. Memang worth every penny you spend. Sebab bukan je boleh sapu kat tumit. Boleh jugak guna untuk:

- hilangkan parut demam campak
- sapu kat rashes baby
- sapu kat leher and dahi masa demam untuk kesan lebih sejuk
- sapu kat kulit gatal
- sapu kat kesan gigitan dracula nyamuk.

Best kan? Ni pengalaman aku guna krim Daebak ni. Korang kalau nak cuba pun boleh. Kita bagi harga Daebak jugak. hehehe.. Jom whatsapp ramai-ramai ke 019 6035169

Igshop : Hermanas Shoppe
Whatsapp : +60196035169







Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE