Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Day 5: 10 wishes!!!

As Salam.

Heee..tak siap2 lagi games 10 Things aku kan?? kebelakangan ni mood berblogging, mood berfacebook-ing aku terbang melayang2. selalu on je lappy. tapi tak buat pape, tido tergolek. hehehe.. biasa ah. bilik aku ni kan style ala jepun. tilam je.. takde katil. =) Ok, jom la kita cerita pasal 10 wishes aku.

1) di sebabkan ayah, ibu and Cik Puan Syikin dah merasa pergi ke Mekah, aku pun mesti la ada cita2 nak pergi. impian nak pergi dengan husband. =)

2) nak pergi Bandung or Bali. nak tengok tempat orang. hencik lebah, jom honeymoon sana!!! =P

3) nak kawen!!!! sape taknak kawen oiii~

4) disebabkan aku dalam usaha untuk mendapatkan sebijik rumah, so aku wish supaya dapatlah aku men-deco rumah tu macam yang aku nak. simple and tidy =)

5) aku takde kereta.. so mesti la dalam wishlist ada niat nak own a car kan?? tak kisah la kereta pape pon.. yang penting boleh bergerak and aku mampu nak bayar tiap2 bulan. Lancer pon ok gak. hahahahhh..

6) aku suka sangat photography. kalau boleh nak belajar sampai jadi pro. nanti boleh carik makan ngan gambar2 pulak. hehe..

7) kalau ada rumah sendiri, nak buat satu mini library untuk novel2 aku yang melambak2 takde tempat nak letak tu. lepas tu boleh la beli novel banyak2 lagi. =)

8) dah cerita pasal kawen tadi, mesti la nak anak kan?? hermm.. aku nak 4 orang anak. tiga hero, sorang princess. dalam family aku lelaki ada dua je. so aku nak anak hero ramai sikit.

9) nak hidup dengan hencik lebah sampai nyawa di cabut. "Tuhan, ambil apa saja kecuali dia." eh2..Nur Kasih la pulak. =) siyes!!! aku touching time Adam cakap camtu oh!

10) dapat berbakti kat orang tua aku, kat atok and nenek aku, kat bakal mak and bapak mertua aku, kat husband aku sebelum aku tutup mata kat dunia ni..berbakti kat mereka2 ni, punya la besar pahala yang kau akan dapat. =)

Sekian pasal 10 Wishes!!! 

Tataaa..

p/s: next - 10 items you can't live without.

Friday, May 6, 2011

Day 3: 10 things i hate!

Salam.

1) aku benci orang yang kurang ajar tak reti nak hormat orang lain. kalau jumpa orang macam ni, jangan harap aku nak hormat dia balik okeh?? mana manner ko ni beb?? dah ramai jumpa orang macam ni sepanjang aku keje..=_=

2) aku benci dengan jenis orang yang suka tikam dari belakang ni sebab aku penah kena. sakit wooo~ aku penah cakap kat hencik lebah. "saya tak agak2 nak bagi penampar kat dia kalau jumpa dia depan mata." benci gilaa!!! tak tahu nak describe in word macam mana. oh, tikam dari depan pon aku tak suka. hahahahhh

3) aku tak suka laksa, sardin and milo. kalau ibu buat laksa, tak pasal2 aku moody. kat rumah memang aku sorang je tak makan laksa. kalau ibu masak sardin, aku sanggup goreng telur. kalau pegi rumah orang, orang hidang air milo, aku mintak air masak je.. haisshhh! memang aku tak suka benau ngan tiga benda ni.

4) aku benci gila dengan menatang nama ular. ada sekali tu time aku posting kat Mersing, kitorang pegi Expo Merdeka kat depan Hospital Mersing tu. kawan2 aku buat khianat kat aku suruh orang yang bawak ular jinak tu letak kat leher aku. mahu aku tak jerit kat tengah2 Expo orang ramai tu. ko mampu?? hahahahh..sape suruh kena kan aku. gila.

5) aku benci dengan orang yang hipokrit. iskk! tak payah nak poyo sangat la weii~ terus terang and jujur kan senang.

6) aku tak suka keadaan panas. aku cepat rasa lemas.

7) aku tak suka dengan orang yang jenis suka ganggu hidup orang lain. hei, kau tak kenal dia, kau tak tahu life dia macam mana, yang ko pandai2 nak kritik dia kenapa?? kau bagus sangat??? ciss!! kenapa aku kerek sangat ni? hahahahhh

8) sekali dah keluar rumah, aku tak suka nak patah balik. rasa macam bad day je haritu..

9) aku tak suka bila aku berkenan dengan satu2 baju or seluar tu tetiba takde size pulak. hei, aku gemok sangat ke??? hahahahhh. pastu aku tak suka orang sebok2 cakap orang lain gemok sebab aku tak penah cakap camtu kat orang lain. terima jela orang tu seadanya wei. terima je aku macam ni! eh, pehal aku emo sangat ni.

10) aku tak suka orang menggatal dengan boypren aku. kalau boypren aku menggatal, memang mintak penampar la kan? hahahahhhh

p/s: point ke 9 and 10 tu memang macam rupa orang dah takde point nak cakap. hahahahahhh. okeh, tunggu next entry pasal 10 Things You Wanna Say to One Person. haish macam mencabar gila ni. 10 things to say to 10 person tak boleh ke? heee~

Thursday, May 5, 2011

Day 2: 10 things I love =)

Salam.

1) i love photography!!! suka pic cantik, suka snap pic, suka tengok pic, suka apa2 la yang berkaitan dengan picture! sebab bagi aku, picture tu adalah satu detik moment yang kita hentikan dan boleh kita tengok dan kenang sampai bila2. hohohhh~ aku sweet kan?

2) suka kucing!! aku ada kucing kacak nama Mett. sekarang dia sangat kejam. baru kejap tadi dia geget tangan aku sebab aku peluk dia kuat2. pastu bila aku kurung dia dalam bilik sebab nak ajak dia teman aku tido, dia balas dendam dengan cara geget kaki aku. haishh!!!

3) suka shawl sangat2. lagi2 plain pashmina. rasa bergaya je bila pakai. LOL. hahahhh

4) suka berjalan, suka holiday, suka pegi tempat yang cantik. tempat terdekat aku paling suka sekarang is Pullman kat Putrajaya tu. cantik dol!!! tapi tempat yang paling2 aku suka kat Malaysia ni... Langkawi!! sebab aku sangat2 suka cerita pasal Mahsuri dari aku kecik sampai la sekarang.

5) suka makan!!! hencik lebah suka bahan aku yang ni. ada aku kesah?? yang penting aku happy. hahahahhh... yang dia pon rajin melayan bawak aku makan sana sini nape? dia la penyebab aku chomel nih. =P

6) suka novel. tak dapat bayangkan hidup yang bosan tanpa novel. kalau takde novel..magazine, ujang or manga pon boleh. asalkan ada benda untuk di baca.

7) suka buat handmade kad untuk hencik lebah. walaupon biasa2 je kad tu tapi aku suka jugak sebab hencik lebah sangat2 appreciate kad yang aku bagi. huhu..

8) suka icecream yang perisa peppermint. nikmat gila!! bila sendawa ada rasa macam baru lepas gosok gigi. hehehehe... kadang2 saja pegi The Store Sungai Buloh ni sebab nak makan icecream tu.

9) suka kerja yang membolehkan aku jumpa ramai orang. contoh, keje aku sekarang la. seronok dapat jumpa macam2 kerenah orang even kadang2 memeningkan kepala. tapi bila kita jumpa ramai orang, kita akan jadi lebih matang. agree?? aku memang tak boleh keje duduk diam dalam opis mengadap computer lama2. mahunya tak sampai sebulan aku dah resign 24hr notis. hahahaahahhh..

10) aku suka orang yang wangi macam Sherah suka jugak. tapi aku sangat sensitif dengan bau perfume. kalau lalu kat bahagian perfume kat Jusco ke ape ke.. harus aku tutup hidung. kalau tak,alamat sehari la aku migrain. sebab tu aku ada satu je perfume. sebab susah sangat nak carik yang berkenan kat hidung aku ni...=)

Ok, tu aje kot. ekceli banyak lagi la aku suka. tapi dah kata 10 je kan. takkan aku nak kepochi cerita sampai pecah keyboard kot. hee~

Bye!

p/s: next entry pasal 10 Things You Hate pulak. tunggu ya?

Wednesday, May 4, 2011

Day 1: 10 things about Me, Myra Anne. =)

Day one challenge!

1) Anak kedua kepada Hencik Noridin yang glemer, dan Puan Munira yang gojes! even anak kedua,tapi ramai anggap aku anak sulung bila Cik Puan Syikin ada dengan aku. +_+

2) Aku tinggal kat Sungai Buloh. sama dengan Sherah. baru tahu dia duduk Sungai Buloh jugak sebab terperasan status dia update kat FB. =) but currently aku duduk umah sewa sebab keje kat Puchong.

3) Aku dulu penah sekolah kat SMK Dato' Harun kat Tanjung Karang masa Form 1 sampai awal tahun Form 2. lepas tu pindah SMK Bandar Baru Sungai Buloh sampai habis PMR. Form 4 pulak aku masuk SMT Selangor kat Sungai Buloh. alaa.. dekat sangat dengan rumah aku sekolah teknik. bak kata kawan2 aku, aku kentut pun boleh dengar sampai sekolah. hahahahhh.. lepas SPM sambung belajar dekat kolej nursing ehem2 kat Cheras. heee~

4) Dulu aku sangat slim masa sekolah. time Form 4 and Form 5 aku tuition kat Perfection Kepong. Perfection ni dekat dengan McD. itulah salah satu punca aku jadi chomel macam sekarang. hahahahhh

5) Sekarang keje kat one of private hospital kat Puchong. keje kat Paeds Ward (Wad Kanak-kanak). So memang no wonder aku pon riang-ria macam kanak-kanak. kahkahkah..

6) Takde memiliki sebarang kenderaan sebab merasakan simpan duit untuk makan dan kawen itu adalah lebih penting dari bayar duit kereta tiap2 bulan. heee... so cara paling mudah sewa rumah paling dekat dengan tempat keje. sangat bijak! =)

7) Tak pandai jalan2 pakai weges or heels. so memang sangat kagum bila tengok pompuan berjaya jalan dengan lenggang lenggok sambil pakai weges even dalam hati "Ya Allah! kalau aku pakai camtu, sure aku duduk diam2 taknak berjalan dah!"

8) Orang pertama dalam Malaysia yang ada bantal busuk yang sangat wangi. yerp, aku tak tipu!!! siyes wangi! kahkahkah...

9) Sangat2 fobia dengan Lion Dance. that's why aku sangat tak suka bila Chinese New Year datang. tapi best sebab dapat makan limau and dapat angpau dari kawan ayah. heee~

10) Aku diam bila marah, membebel bila tak puas hati, menangis bila terasa hati, ketawa bila bahagia, senyum bila senang hati..aku sama macam orang normal yang lain. =)

Sekian. Bye!

p/s: tunggu next entry about 10 Things You Love pulak.

Sunday, May 1, 2011

Let's Play A Little Game about the 10 things

Salam.

Haritu aku baca blog Sherah and jumpa this cute little game. rasa macam nak buat jugak. sebab aku memang tengah takde keje + saja2 nak ikot Sherah buat entry pasal ni. hahahhh

Day One: 10 things about you
Day Two: 10 things you love
Day Three: 10 things you hate
Day Four: 10 things you wanna say to
Day Five: 10 wishes
Day Six: 10 items you can't live without
Day Seven: 10 important people
Day Eight: 10 of your favorite songs
Day Nine: 10 ways to win your heart
Day Ten: 10 final words

Let's start the game!

Bye!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE