Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Dean's Family. Show all posts
Showing posts with label Dean's Family. Show all posts

Wednesday, April 6, 2016

Cik Puan Kikin kahwin sudah...

12 March 2016,

Selamatlah my only kakak jadi isteri orang. Memang aku langkah bendul sebab tak sabar kahwin. Kihkihhh.. tapi kalau tunggu entah tahun bila pulak aku kahwin kan sebab masa tu Cik Puan Kikin ni tak ketemu jodoh lagi. Hahahaha...

Nurul Asyikin & Md Azim

Weeee... selama ni berderet abang biras aku. Ni first time la dapat abang ipar. Hehee.. Lepas ni lambat lagi la kot kenduri kat rumah tu. Sebab Si Eby tak kerja tetap lagi. Si Yunnade tengah sambung degree. =)

Kita layan gambar jela eh. Gambar dari PhotoG takde kat aku. So mana yang ada dalam henpon jela..

               
              


Anak buah handsomeku, Aqil.

Bestie for life!
Thank you for coming Amal & Yaya.

Thank you Ibu Imah sudi datang.
Dapat jugak lepas rindu dekat Bungas.
Ni Bunga no 3, Lily.
Delia & Orked busy buat benda lain. Heheheh.

Aju & Ina.. thank you jugak tau! =)

Yeayy! Full guest book hasil tanganku dengan warm wishes for the bride & groom.

Sebenarnya aku ketua dayang. Tapi masa ni aku busy kat luar.
So dedayang yang lain ni bergambar tanpa aku.
Sobs..sobs..

My precious one, Geng Rabun.

Alhamdulillah hampir sebulan dah kenduri selesai. Nanti aku update hasil tangan aku untuk majlis Cik Puan Kikin ni ya? Cuba teka apa dia. =)

Till then.













Friday, September 4, 2015

#azimkikintunang : DIY mini pelamin, DIY gift, DIY make up & Catering (bukan DIY) =P

1 Ogos 2015

Selamatlah one of our Darling in family, Cik Kikin bergelar tunangan orang. Adiknya dah langkah bendul dulu. Tapi takpe. Mana-mana dulu pon boleh. Asal kan dah halal. Tapi kalau si Azim tiba-tiba mintak nak kawen memang Angah pelangkung ko. SPM dulu woi! hehehe..

DIY mini pelamin tunang


Disebabkan taknak membazir dan atas permintaan Ibu, maka Cik Kikin pon sewa la DIY pelamin ni. Kitorang buat sendiri je. Macam biasalah.. kalau ada sedara-mara kawen ke tunang ke.. memang aku paling sibuk. Dah macam lifetime kontrak pulak buat gift, hantaran or guest book. Hehehee..

Penatnya lahai buat benda alah ni walaupun mini pelamin je. Buat 4 orang. Aku, Cik Kikin, Dila (bini cousin) and si Yunnade. Berpeluh tiak ye. Asham angat. Hahahaha..

Untuk sewa semua benda ni korang boleh tengok IG Mini Pelamin Budget . No tepon 017 877 2404 (Kak Liza). Tempat pick up kat Selayang Baru.

DIY Cookies for Gift

Giant cookies - topping Sunflower seed & Pumpkin Seed



Cookies ni aku buat sendiri laa. Dibantu si Yunnade. Topping cookies tu bakal abam ipar yang request. Heheheh. Ikot laa. Yang penting sedap ye. Terasa lemak-lemak gitu bila gigit seeds tu.

Boleh follow IG The.Cookies.Kingdom or page FB Homemade Cookies Sungai Buloh. No tepon 019 603 5169. Pick up kat Sungai Buloh.

DIY Hantaran




Hantaran bakul buah, coklat & tafsir Al-Quran : DIY by me
Victoria Sandwich : IG Teratai Cakes and Bakes
Sirih junjung : IG Petals 2 u

DIY Make up



Disebabkan Cik Kikin ni takut nak hire MUA sebab dia ni memang tak pernah make up.. maka sekali lagi aku jadi bidan terjun pulak. Malam before tu, kitorang belajar kat Youtube je cara buat smokey eyes. Nasib ada rupa. kihkihkihh.. Tang kening je dia buat sendiri sebab aku tak reti. =P

Eye shadow NAKED beli kat kawan aku. Murah baq ang. Aku nyaris2 beli yang harga RM35. Sekali dekat dia RM15 je. =D

Ni FB dia : Aziera Khoriri

Hand bouquet tu recycle masa aku kawen dulu. Order kat IG Pastelicious_handbouquet

Catering

Sayur goreng jawa


Ikan bakar

Asam pedas daging tetel

Kambing golek

Seriously semua lauk licin. Lagi-lagi daging tetel tu. Heheee.. So far family kitorang kalau buat event memang biasanya ambil catering dari Chef Zaini ni. Lauk-lauk dia memang terbaik!!! Nak lauk kampung boleh, western pon boleh. =)

Catering Chef In Action. No tepon : 019 385 9494 (Zaini)


Susah benor nak snap pic cukup corum. Ni pon si Azim takde haa.

Anyway, congrats Along! Tasabar nak berabam ipar sebab abam biras dah berderet. Heheee. Jaga hubungan baik-baik. Orang kata time bertunang ni banyak dugaan. Angah dulu tak pernah rasa dugaan bukan-bukan. So tak boleh nak cakap banyak. =P

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai









Wednesday, May 20, 2015

9 Mei 2015 : Mother's Day Celebration

Assalamualaikum.

Walaupun dah hampir basi, tapi nak jugaklah update demi belog tercinta. Hehehe.. Kitorang belanja ibu makan kat Serai, Empire. Nyummm2! Paling suka Nasi ulam ayam bakar dia. =P

Red Velvet Cheese
Ni macam kek tradisi kitorang. Kalau ada apa-apa, mesti Cik Puan Kikin order kek ni. =)


Puan Munira.. Happy Mother's Day!!! 
Mmmmuuuahhhh!!!!

Missing Azim and Yunnade.
Tunggu korang berdua balik baru kita gather sama-sama lagi okey?

Kawan baik. ^_^

Ni ayah kite. Kopipes tak??? Hehehehe... 
Masa ni tengah migrain. Muka pon dah sembap.


Ibu, 
Angah takde benda nak cakap. Sebab pengorbanan ibu untuk besarkan kitorang takde kata-kata boleh describe. Hanya boleh ucapkan terima kasih. Terima kasih, ibu! Angah sayang ibu ketat-ketat!

-Angah-

Tataaa..



Wednesday, April 15, 2015

Rumah Impian Ayah

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita pasal ayah je. Eh, belum tulis dah sebak kenapa. Ehehehe..

Ayah..

Nama ayah Noridin. Panggil Din je. Sedara mara belah ayah panggil Paksu. Belah ibu panggil ayahanda Ayahnyah. Dari zaman kecik ayah memang orang susah. Orang kampung je.. nun ceruk kat Selama, Perak. Masa datang KL ayah pernah kerja construction kat bangunan apa entah kat KL tu. Dayabumi kot. Lupa pulak.. Tapi kejap je. sebab ayah sampai sekarang pun bukan tahan kerja berat2. heheh. Keluar rumah kejap pon beria pakai topi sebab tak tahan panas. =P

Lepas tu, lama ayah kerja kat kilang Malaysian Sheet Glass (MSG) sebagai Operator Pengeluaran. Dulu kilang ni ada kat Sungai Buloh. Sekarang kat Pasir Gudang, Johor je. Masa ayah kerja kilang ni ayah memang busy. Jarang dapat jumpa. Nama pun kerja shift.. Hidup pun biasa2 je. Takdelah miskin tapi sekadar apa yang cukup. Nak makan KFC sebulan sekali pun susah, baju raya pun selalu arwah Opah belikan. Ibu tolong ayah cari duit dengan mengasuh anak orang.

Masa tu duduk kat Rumah Murah PKNS Paya Jaras. Masa umur aku 5 tahun kot, kitorang pindah kat Taman Paya Jaras Permai. Alhamdulillah. Masa tahun bila entah, kilang MSG tu nak tutup and pindah ke Pasir Gudang. Ayah taknak ikot pindah ke sana so ayah dapat duit pampasan. Maka aku rasa, itulah keputusan terbaik ayah pernah buat dalam hidup.

Walaupun lepas berhenti kerja kilang kerja ayah tak menentu, tapi kitorang tak pernah tak cukup makan. Ayah pernah kerja kilang Dutch Lady, kerja supervisor kat projek perumahan.. and kemuncaknya ayah kerja sebagai PA kat ADUN Paya Jaras. Masa ni baru rasa hidup kitorang senang sikit. Boleh pergi holiday mana-mana. Boleh makan sedap-sedap.. KFC pun boleh mintak je anytime. hehehe..

Tak pernah terbayang dari rumah murah ke rumah kat taman perumahan. Rumah 3 bilik yang sempit tapi cukup luas untuk kitorang. Walaupun kena share bilik tidur, walaupun kalau dah semua masuk dapur sampai berlaga bontot sebab sempit, Walaupun bila ramai2 ada yang kena tidur kat luar.. tapi alhamdulillah. itu yang seronok. Dan tak pernah terbayang langsung ayah akan bina 1 lagi rumah untuk kitorang semua duduk dengan selesa. Menantu dan bakal-bakal menantu balik pun selesa. Bakal cucu-cucu ayah pun boleh main kat tempat yang luas.

Mana sangka dengan kerja kilang je dulu, sekarang ayah mampu buat rumah impian ayah sendiri. Dengan susah payah ayah cari duit nak besarkan anak-anak, nak simpan duit untuk masa tua lagi, nak buat rumah lagi.. Serius terharu bila tengok pencapaian ayah selama aku hidup ni.


Ayah,

Tahniah sebab berjaya bina rumah impian ayah. Terima kasih buatkan kitorang bilik sorang satu. Lepas ni takde dah kes kena tidur luar kalau ramai-ramai balik. Kalau makan pun boleh makan sama-sama. Takde dah sorang tercampak kat depan sebab tak cukup kerusi kat meja makan. Ehehehe..

Angah selalu doakan ayah dimurahkan rezeki dan dilindungi selalu. Ailebiyu ayah. Muah cikedddd.. Oppss.. kang kena kutuk dengan Shila Amzah pulak. Lalalalaa..

Till then.

Babaiiii..


Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE