Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

Jatuh hati dengan kaler biru and turqoise.
sejak nampak pelamin cantik kaler itu.
so nak tuka kaler blog kaler ala2 camtu jugak.
motif?????

=P

Tuesday, March 29, 2011

Cerita Bongek Aku dan Dia 2

Hari ni aku rindu gila kat budak moncet mata sepet so nak buat entry khas untuk budak senget tu.

kalo korang nak tahu, perangai dia ni hampeh gila. suka2 hati kutuk aku macam2. kadang2 sakit hati. kadang2 tak dapat nak marah sebab tengok muka selamba dia ngutuk aku tu sumpah lawak ok. contoh, walaupon muka dia ada jerawat, dia tetap nak kutuk muka aku yang timbul jerawat sebutir dua tu. 

dia: eee...muka dah la berjerawat!

aku: woi! ckp depan cermin ke??

muahahahah...ada hati nak kutuk aku. hamek lu sebijik! tapi aku bagi dia sebijik. dia tembak aku berbijik2. geram ohh!!!! 

kalau aku jadik passenger duduk kat belakang mesti tetiba dia tuduh kereta jadi berat. kalau aku duduk sebelah kanan, dia cakap kereta berat sebelah kanan. kalau aku duduk belah kiri, dia cakap kereta senget belah kiri. keji gila kan?? 

dia cakap aku kuat makan. tapi dia tu kalo aku tak habes makan, semua dia bedal. sape yang kuat makan skang??? cuba la kome pikirkannye...

dia suka jugak kutuk aku pendek. dia yang tinggi macam hantu galah nak salahkan aku yang berketinggian manusia normal pulak. huhhh! pastu bajet kalo dia duduk camtu baru dapat sama tinggi dengan aku. bongkak tol.

dulu cakap mata aku tak power sebab rabun. konon mata dia sepet power sangat la. siap boleh scan luar dalam dengan mata power dia tu. konon je. cerita nak up lebih. sekali skang pon dia pakai spec jugak. dah la tiru spec aku nak bingkai plastic jugak. copycat tol! tak caya tengok spec yang gantung kat baju dia tu. 

terbaru, gara2 aku sebok nak pegi tengok hot air balloon kat Putrajaya baru2 ni dia cakap kat aku macam ni.

dia: kenapa belon sebok nak pegi tengok belon lain??? <--nak kutuk aku gemok.

aku: tak payah nak kutuk orang belon sangat la. dia tu perut bulat macam bola. huhh!

ko bayangkan la...geram tak? geram tak??? kadang tengah borak selamba badak dia je panggil aku "Bam". wuwuwuwuwuuuu...kejam gile. aku tau ah dulu aku slim. sejak aku couple dengan dia enam tahun tujuh bulan lepas la aku start kuat makan ni! salah dia! aku tak kira!!!

tapi aku bukan gemok sorang2. dia pon dulu kurus macam galah. sekarang dah debab. pipi macam apam yang aku selalu makan kat kuala kangsar tu. perut bulat macam bola. muahahahaah...padan muka kena kutuk kat sini. dia kan, kalau gurau2 ngan aku kasar gila dol. selamba dia tolak aku sampai melayang2 aku tau! grrrr~ tapi sekali dia kena cubit kat perut sexy dia tu baru gedik2 nak elak2 manja. eee... geli jek!! muahahaha...

ok lah geng. sampai sini je. takmo kutuk orang banyak2. nanti pahala kurang. hahaha...

tataa...

Thursday, March 24, 2011

Berjoli dengan Blogger Si Lady Awin part 2

Second day of kedatangan Awin kat KL ni, kitorang jenjalan pegi Times Square. aku bawak dia naek tren je..tak kose aku nak drive. sebab nya dah la jalan2 kat KL tu memang aku failed. asal nak drive masuk KL je terus text hencik lebah camni.

"bee, jawab tepon! urgent!"

sebab pe kena text camtu?? sebab hencik lebah tu kalo time keje dia tengok henpon dia, aku call memang haggghhhaaammmm dia nak jawab fon. hampeh punye brader. aku jela yang paham perangai dia. kalo pompuan laen dah lama meroyan agaknye. muahahaha...nanti dialog tu mesti camni. aku bagi contoh je ya?

aku: bee, cane nak pegi stesen KL tu?

dia: watpe?? ayang lalu sini...terus...masuk simpang ni..bla..bla..bla...

aku: ok. nanti kalo ayang sesat ayang kacau bee lagi tau!!

dia: tula! asal bee bawak jalan2 ayang tido dalam kete. mana nak tau jalan nye!

Ok, tuduhan dia sangat melulu ya?? mana ada aku tido! kalo dengan ayah yela. asal masuk kete je aku tido. muahahaha... dengan hencik lebah payah sikit. sian dia drive sorang2. tapi kadang ayah drive sorang pon aku bantai je tido. err... camne tuh?? hikhikhik...

sudah2! jom cuci mata.
for ladies only!!!!!!
yg duduk sorang tu. even macam laki tapi dia tak bersalah.
yang dua orang lagi tu, pompuan.
tapi cium2 sana sini. yukkksss!!!
geli aku!
awin at station Bandaraya.
Times Square bebeh!
makan. =)
suka.
makan lagi. ada orang suap.
lagi suka. =)
Awin rambang mata. =_=
abes satu times square, pegi Sungai Wang pulak.
tengok Cik Nana skodeng aku fitting baju.
Cosmo's World.
aku naek benda Space Attack kat belakang tu,
dari mula dia gerak sampai habis aku jerit,
"Awin..Awin...nak turun! nak turun! dah la tu~"
wuwuwuwuwuuuuu...takut gila aku. 
tak bukak mata langsung.
boleh tak kitorang semua terkejut dengan benda tu.
tetiba muncul belakang kitorang.
ini sebelum pening.
ini lepas pening. masing2 dah tak larat.
sebelum balik sempat singgah Cool Blog.
mengfreshkan diri dan minda lepas kepala pusing kat Cosmo. 
=)

panjang berjela tak entry aku ni??? muahahahahaha~ balas dendam sebab bulan ni entry aku kurang. hehe..tataa...

Wednesday, March 23, 2011

Berjoli dengan Blogger Si Lady Awin part 1

14hb lepas Cik Awin and adik laki dia Uzair dari Penang turun KL. datang jalan2 and stay kat umah aku selama dua malam. tapi adik dia tak la... adik dia stay umah kawan dia kat Klang. Best woo~ asek berjalan jela keje kitorang. ni masa 1st day. Awin sampai2 je terus kitorang jalan2 pegi Sunway. hajat Awin nak maen G-Force kat dalam Sunway Lagoon tak kesampaian sebab aku memang cakap awal2 takut nak naek benda tu. hehehe... tapi dia ade hati jugak nak hasut aku naek bila dia datang lain kali. huahuahua...

Ok, mari tengok pic aje la. oh, Cik Atikah kawan si Awin ni pon ada join kitorang tau. tu yang baju biru sling bag coklat tu..




Lepas pegi Sunway kitorang gerak pegi One Utama sebab Awin teringin nak makan kat TheObroma Chocolate Lounge.




Lepas makan kat sini, aku and Awin lepak kat bowling sementara tunggu hencik lebah. kitorang pegi makan Nasi Lemak Cinta Sayang kat Sec7 Shah Alam pulak. heee~ banyak gila aku hencik lebah makan kan?? padan ah moncet! muahahaaha.... after makan kitorang pegi snap pic kat I-City.


aku suka sangat nengok hencik lebah time ni. comel. rasa nk geget pipi tembam dia. rasa nak geletek perut bulat dia yang dah macam bola tu. hamek lu!! suka2 ati kutuk wa belon. wa kutuk lu kaw2 kat sini ok, bola??? muahahahaha...

abes je bersnap2 kitorang balik. letak kepala terus tido. penat gile kaw!!!



Tuesday, March 22, 2011

Cara kau mencintaiku

Bila aku cakap teringin makan chickenchop, dia bawak aku makan McD.
Bila aku teringin makan waffle strawberry dia bawak aku makan brownies.
Bila aku cakap teringin nak bercuti ke Pangkor dia bawak aku pegi Penang.
Bila aku cakap teringin bela kucing dia suro aku pegi amek sendiri kat umah kawan dia even dia yang beria carikan aku kucing.
Bila aku nangis dia marah2. padahal dia marah sebab aku bersedih hari tu. even bukan dia yang buat.
Bila aku makan banyak dia kutuk aku dah macam belon. padahal perut dia pon dah macam bola.
Bila aku bagi dia kad, dia buat2 tak tahu tapi rupanya kat umah dah berkotak2 dia simpan kad yang aku bagi.

Pelik sangat cara dia tu! tapi dia tetap my only chentahati dunia akhirat. Insyaallah. =)


Monday, March 21, 2011

PD bergegar!!!!

Minggu lepas 13March2011 Port Dickson bergegar gara2 kehadiran kitorang ke sana.
eheheheheheh~
aku ikot Makyang and Ucu aku pegi picnic. 
ekceli pegi sebab nak jenguk anak Makyang yang kat sekolah tentera tu jugak.
aku ngan hencik lebah gerak lewat.
sebab hencik lebah bangun tido lewat. 
eheeee~ 
tu aje la alasannya kalo kitorang pegi mana2 lambat.

 masa aku sampai je dorang nak naek banana boat dah.

 hencik lebah memang suka snap the hodoh site of me.
sila paham dengan perangai dia yang suka mendengki dengan aku.

 ini anak sulung Ucu.
Fifi.

 ini aku dan hencik lebah moncet! muahahaha~

"saya suka bila awak pandang saya sebab nanti saya rasa cantik even saya comel tak cun mana"

 thanx for make me happy!

 aku nak benda pusing2 warna-warni ni.
tapi hencik lebah tak bagi beli.
dia suro berdiri bawah tu je and dia snap pic aku.
=_=

 opss!! sexy pulak adek aku tu.

 cuba teka Pakyang aku tengah buat apa.
??????
(angkat2 kening ^_^)

 dah macam tempat gantung beg pulak hencik lebah ni.
muahahahah...

peace~

Wondermilk VS Wondergirl

Holla~ <--gaya Dina Nazir DJ Era.

hee..lama gila aku tak update pape kan? pic dah berkepuk aku kumpul baru nak update sini. tapi ekceli aku ada masalah kekangan masa dan bodben juga mengekang aku dari beronline dengan laju nye. nyampah aku tau! grrr~

kali ni nak tayang pic masa aku pegi Wondermilk kat Damansara Utama area uptown tu. akak aku ni la.. before pegi umrah dia teringin sangat nak makan cupcakes. so dia belanja la aku ngan ibu pegi sini. terbaek dol dia punya cupcake. sedap!!! aku tak bape suka yang manis2 sangat. tapi yang ni siyes sedap!

ini cupcakes yang di gembar-gemburkan tu!

 ini si tukang belanja. =)
Cik Puan Syikin.



 tak sempat2 nak snap pic dah hilang dua cuppies.

 sape lagi kalo bukan orang ni yang makan.
hehehe...

 ini chicken cheese baked potato yang super sedap!

 harga rm8.90.
murah kan?? 

ini deco kedai dia yang sangat cumel!




 ko dapat bayang kan tak kalo aku jadi Elvis??




si tukang belanja tak sedar muka dia tak bape comel time makan.
si ibu pulak syok sangat makan.


rasa nak pegi lagi.. tapi lain kali nak bawak hencik lebah pulak. =)
sekian.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE