Sepanjang pengalaman aku jadik nurse ni, ramai dah aku ketemu para ibu dan bapak yang tak erti cara mahu jagain anaknya yang jatuh sakit. eh! eh! nape keluar bahasa indon pulak ni? hahahhhh.. ok2, be serius bole?? ha, betol apa aku cakap. banyak sangat aku jumpa kes2 yang anak demam, tapi takmo nurse buat pape. dah tu ko masuk hospital buat apa??? aku lepuk ko kang nak?? meh bagi aku buat keje aku! haa, garang tak?? kihkihkih..
Aku bukan nak buat perkauman la kat sini. tapi ramai aku jumpa kalo chinese ni kan, anak demam lagi dia pakai kan baju kat anak tu berlapis2. pulak tu bukan pakaikan sweater ke apa. tapi baju ye kawan2. dah selekeh je aku tengok pakai shirt berlapis2.
ok first, kalo tengok anak ko macam tak sihat, haruslah ko check temperature dia dulu ye tak?? jadik, kewujudan termometer kat rumah sangat lah perlu. beli yang kepit2 kat ketiak or boleh sumbat kat mulut ok? kat hospital tempat aku keje memang jarang guna yang termoscan tu. means yang cek temperature kat telinga tu sebab kurang accurate bacaan dia.
dah cek temperature dia tu, kalo 37.3C tu dah kira low grade fever dah untuk baby. untuk dewasa tak demam lagi. bole la kalo nak bagi
Syrup Paracetamol tu. pastu nanti later check balik ya temperature anak ko tu. kalo dah turun bagus la. kalo makin naik, kiranya temperature dah
lebih 38.5C. bole la korang sumbat ubat kat bontot dia pulak. tapi kalo before tu korang bagi anak korang
Syrup Ibuprofen, nak bagi ubat bontot harus tunggu lepas sejam eh. takut overdose pulak nanti.
lepas tu toksah gedik2 nak sayang sangat anak korang. kalo dia takde gigil2 sejuk bawak je pegi mandi. trust me!! kalo bawak mandi, kejap je demam anak ko dah turun. ni ada yang sayang sangat, anak tu takde gigil2 pon selimut tebal bukan main! aku nak tekankan kat sini. kalo dia takde menggigil toksah la korang balut dia macam balut cempedak pulak. bagus korang expose dia. biar keluar bahang panas dia tu. lain la kalo dia menggigil2 kan.. gila pulak kalo nak expose dia. kang biru anak korang aku tak tahu.
ada sesetengah mummy patient aku yang sayang sangat kat baby dia. bila cek temperature anak dia demam, kebetulan anak dia tido, aku cakap nak kejut nak bagi ubat then mummy dia pulak cakap
"Eh, nantilah..dia kan tengah tido tu". ok, fine aku akan bagi masa kejap biar dia kejut anak dia sendiri. tapi kalo temperature dia dah lebih 38C....
aku: saya nak kejut jugak dia bagi dia ubat. then kalo bole mummy lap2 badan dia dengan kaen basah. cepat sikit turun suhu dia.
mummy: taknak la saya. kan dia demam tu. lagipon dia tido. dia susah mau tido maa...
aku: sebab dia demam la saya nak kejut dia bagi dia ubat.lepas makan ubat dia boleh tido lagi. lagipon, baby senang kena sawan tau kalo temperature dia tinggi sangat tau. tapi takpelah... kalo mummy nak tunggu dia bangun, nanti panggil je saya ok?? (psiko dia sambil senyum meleret)
mummy: eh, yeke baby senang kena sawan? kalo macam tu, misi tolong la bagi dia ubat sekarang.
aku: (yes2! berjaya psiko orang)
ok mummy! nanti saya tolong buat tepid sponging kat dia ok??
hahahahhhhh...camtu la cara aku psiko mummy yang sayang sangat kat anak sampai takmo bagi anak baik ni.kot ye pon sayang sangat anak, ikot cakap nurse ok?? kang anak ko kena sawan kat wad aku jugak yang kelam kabut. ko pon nanti susah hati kan??
kesimpulannya, simple je nak jaga anak demam ni.
1) cek temperature
2) bagi ubat demam
3) expose dia kalo dia takde shivering. jangan nak selimut tebal2.
4) after recheck, then temperature increase, masuk ubat bontot.
5) bawak pegi mandi or lap2 badan dia dengan kain basah. tumpuan kat celah ketiak, celah peha and kepala.
6) nanti recheck balik temperature dia la. tengok effective ke tak rawatan ko tu.
ok bye!