Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 12, 2011

Cerita pasal Bedak.

As Salam.

Ok, di sebabkan lama tak update ini belog, aku pon gatal tangan la nak update even cerita kali ni entah apa2. ini cerita pasal seorang perempuan dengan bedak-bedaknya. seperti yang semua orang tahu, makhluk bernama perempuan ni memang complicated sikit. sometimes benda mudah pon boleh jadi serabut.

ni aku nak tunjuk contoh paling simple la.. pasal BEDAK.


huhh!! banyak nye bedak. ok, mari baca rasionalnya penggunaan bedak-bedak ni.

1) Disney Eskulin Kids: bedak ni sangat wangi! bau dia buat diri terasa comel dan disayangi. *ok,frasa tu sangat melampau. +_+ di pakai before tido dengan harapan pagi2 bangun masih bau macam baby.

2) Johnson's baby powder Blossoms: pakai kat muka time nak pegi keje sebab bedak ni sangat lembut. tak rasa kasar bila pakai kat muka.

3) Johnson's baby powder: yang ni bedak basic je pakai tiap2 ari kat badan. bau pon macam baby. hee..=)

4) Pureen Pure Cornstach: bedak ni pakai ikot mood. tapi bedak ni macam kasar sikit. bila sapu, kat tangan masih melekat2 tapi bau tetap bau baby. hehee..

5) Dettol Menthol: bedak ni pakai bila nak buat aktiviti luar yang banyak keluar peluh. memang terbaik. badan rasa kering je... tak rasa berlengas sangat. kalau yang 1st time pakai tu, memang badan rasa sejuk. nama pon Menthol kan. huhuu

6) Agnesia: bedak ni pakai bila ade allergic gatal2 sana sini. bagus jugak bedak ni. tapi dia cam bedak Pureen tu jugak. bila pakai masih melekat2 kat tangan and bedak ni cam kasar sikit. =)

Amacam?? complicated tak perempuan ni?? hahaha... sebenarnya ni cerita pasal perempuan tuan punya belog ni la. haisshhh!! habis la nanti hencik lebah pening kepala bila kawen. banyak sangat bedak atas makeup table. tu belum cerita pasal sandle lagi. ada sandle nak pakai pegi kedai depan, ada sliper nak pakai pegi jalan, ada sliper nak pakai pegi swimming pool, ada sandle nak pakai dengan jeans, ada sandle nak pakai dengan skirt. ok, macam-macam sangat kan?? hahahahahahahahhhh. *eh,apasal nak gelak jahat ni? 


kalau lelaki, satu bedak boleh pakai anytime. satu slipper boleh pakai pegi mana2. habis cerita. betol tak?


Tataa..

Thursday, October 6, 2011

Rezeki makan melimpah ruah! =)

As Salam.

Hye there! just nak bagi tahu, currently i am deactivating my FB. nak bawak diri sekejap bole? kepada kawan2 yang tertanya2 pasal FB aku tu, jangan risau. sampai masa aku activate balik k?=)

Arini takde nak update pape pon. kejap lagi nak masuk keje petang. tengah berpikir2 ni untuk berhijrah ke tempat lain. bosan pulak rasanya keje kat sini yek. ahahahhh.. tapi perancangan masa depan nak tuka tempat keje bila dah kawen. lambat beno kawennya. kena pindah keje dulu kot. hehee..

oh, minggu ni rezeki makan aku amat murah. keluar dengan hencik photographer Faireezal Effendi Glizzy tu dia belanja tengok wayang and makan. semuanya gara2 plan kitorang yang konon2 nak pegi The Curve tapi tak jadi sebab hujan. last2 dia suro aku drive pegi Wangsa Walk. aku ni dah la buta jalan. punya la aku tersesat berpusing2 kat Wangsa Maju tu. tu yang siap ugut dia "U better belanja I makan. I kalau lapar memang makan orang tau!!!"  hahahhaha....

lepas tu balik pegi jumpa bestie pulak, Cik Mimi. amek dia kat opis kat Damansara Damai tu. then pegi The Curve beli barang untuk handmade kad lagi. pastu masa pegi makan kat Murni Desa Aman dia belanja aku pulak. Alhamdulillah... dah lepas ngidam aku nak makan nasi goreng ayam pandan. ngadu kat hencik lebah nak makan itu ini lambat sikit ye baru dapat. kalo ngandung sempat terberanak dah aku. sebabnya dia tengah busy gila skang ni banyak projek. heee..=D balik rumah je aku terus pengsan. badan panas, kepala migrain tak hengat. letak kepala terus lena.

semalam Cik Mimi datang umah aku kat Sungai Buloh. kitorang pegi supper lak makan Char Kuey Teow. dia belanja lagi. yeayyy!!! hikhikhik.. pagi tadi pegi dating dengan ayah berdua. breakfast kat kedai area umah aku tu. sampai2 je jumpa makcik kesayangan Ucu dengan laki dia Ucu Zul tengah breakfast jugak. aku bantai roti canai sampai dua keping sebab roti canai kedai tu memang terbaek! sekali masa nak bayar Ucu Zul belanja pulak. haishh!! rugi tak makan nasi lemak skali. hahahahaah...

rezeki makan melimpah ruah minggu ni. Alhamdulillah...arini sape pulak nak belanja aku. lai.lai.. hahahah..

Tataa..

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE