Hye As Salam.
Entry before ni dah update pasal novel2 yang nak di jual. sebab meby family aku nak pindah rumah nanti. meby laa... tak tentu lagi. hari ni aku dok mengadap picture2 yang di snap masa besday aku 26may lepas. rindu pulak kat hencik lebah. lama tak buat entry gedik2 bersama hencik lebah. heee...
masa 26may aritu, aku sangat terharu dengan hencik lebah sebab dia sudi amek cuti walaupun dia kena standby anytime orang call. so biasanya hencik lebah akan bagi aku decide la nak pegi mana. so aku pon cakap nak pegi Bukit Tinggi kat Pahang nun sebab tak penah jejak kaki kat sana. dia dengan rela hati bawak. masing2 tak tahu jalan so kitorang guna jela GPS. ada teknologi kan... buat apa kalau tak guna.
tapi teknologi yang ada pon tak guna sebab jalan yang ditunjukkan entah apa2. sampai kitorang sesat masuk jalan lama nak ke Bentong. boleh la kira berapa banyak kereta yang kitorang jumpa masa lalu situ. hencik lebah dah mula hangen. aku ni cool je. duduk diam2. sampai last2 aku cakap
"bee,kalau ayang lalu jalan ni, sumpah ayang patah balik. seram gila" baru la hencik lebah tergelak2. siyes seram ouh!!! siang2 pon seram apa lagi malam.
then kitorang patah balik kat Bentong. lalu Tol Bentong tu, sila ringan mulut tanya akak Tol. akak tu cakap kalau dari Bentong senang. kalau dari KL memang konpius. so baru la kitorang jumpa exit ke Bukit Tinggi tu. aku yang dah bosan ajak je hencik lebah balik KL. pegi PC fair kat Mid Valley tapi dia tak nak. so aku pon seronok la. memang itu jawapan yang di cari. hahahahahhh..
sampai kat atas tu korang kena bayar tiket RM12 sorang untuk masuk kat dalam tu. lepas bayar tiket kitorang terus menghala ke Japanese Village. At first sampai kat tempat parking tu aku macam...
"Errr...kita bayar RM12 untuk apa ya?" sambil memandang sekeliling yang takde pape.
pastu hencik lebah tiba2 menghulurkan satu kotak ala2 kotak barang kemas tu. aku dengan penuh terperanjat buka la kotak tu. terus sengih2 tengok ada rantai and bracelet yang bertatahkan pearl. lalu mulut aku pon mengucapkan..
"Mana cincinnya?"
"Bongek!" kata hencik lebah.
hahahahhhh...aku paham, hencik lebah takkan bagi cincin sesuka hati dia. mesti dia nak tunggu hari nikah yang entah tak tahu zaman bila tu. heee... dia pon pakaikan aku bracelet and rantai tu. sempat la feeling macam drama jap bila lelaki pakaikan rantai. bahagia tahu??? =D
lepas tu baru kitorang perasan yang kitorang kena daki bukit sikit untuk naik ke Japanese Village tu. jenuh hencik lebah bagi semangat kat gelpren dia yang debab ni untuk jalan naik ke bukit tu. hahahah. takde makna.
baru suku jalan.paksa senyum.
setengah jalan. Aja Aja Fighting!!!
dah sampai atas. lihat lah betapa seronoknya tuan punya belog.
nak tahu apa ada kat sini, boleh la rujuk signboard Japanese Village tu. =P
jenuh suruh hencik lebah carik bangunan ada jambatan macam kon ni.
Colmar Tropicale Resort.
bila jumpa, sengih lebar macam baru dapat makan TGI Friday.
ehh?? apa kena mengena?
lepas tu sebok berangan bila la dapat merasa stay kat sini pulak ye. hehehee...
ko agak2 dari pandangan mata kuda 1 Malaysia ni,
dia marah or teruja sebab aku nak cium dia eh??
ehhh??? baru pasan semua pic aku kat atas ni. ye dakk?? kang mula la ada orang komen aku syok sendiri. hahahahhh.. ada aku kesah?? aku keluar berdua je kot dengan hencik lebah. takkan aku nak letak pic dia banyak2 pulak kan? hee..
Selamat Hari Lahir, aku. haishhh! 24 sudah. bila nak bukak bisnes nih! aikk?? tetiba.. hahahahh..
Ouh,arini bersamaan 15June2012 adalah besday hencik lebah pulak. tua dah dia yekk? tapi tak mengaku. dulu aku kenal dia umur 17 je. dah 8 kali sambut besday sama2. aku hope dapat la sambut besday sama2 sampai tua. doakan ye, geng!
Tataa..