Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Buat bakal suamiku.

" Ya Allah..
Persiapkan aku jadi bakal isteri terbaik buat dirinya,
Teguhkan hatiku supaya tiap kalinya dia jatuh aku tetap berdiri di sisi.
Letakkan kesabaran paling tinggi dalam aku supaya tiap kalinya 
dia hilang pertimbangan aku tetap mengucup tangannya.
Kuatkan iman ku supaya tiap kalinya dia leka aku di sisi mengingatkan.
Tiupkan kekuatan buatku supaya tiap kalinya dia rasa lemah semangatku membangunkan.
Dan ingatkan aku agar bersyukur selalu kerana Kau berikan aku dia.
Amin...."



Wednesday, February 22, 2012

Second day @ Bandung!!

As Salam.
 Jom tengok aktiviti hari kedua aku kat Bandung.

breakfast dulu.

tunggu supir sampai.

first destination.

Kawah Ratu - kawah gunung berapi.

Gunung Tangkuban Parahu.

Sangat degil. signboard tu tulis:
"Do not jumping around on this area!"

Kesayangan: Si Tukang Jahit Yana.

Family.

Kechentaan.

Feeling kat Korea sangat. *tetibe*

souvenir comel.

terjumpa kawan si Tukang Jahit kat sini. tu yang baju petak2 tu.

Cik Puan Syikin n me.

next.

Domas = kambing emas.

^_^

Feeling Twilight sebab dahan2 pokok kat belakang tu.

kawah berasap-asap.

cubaan bukak mata kat tempat berasap takkan berjaya,Cik Puan.

massaging dengan lumpur pastu rendam dalam air panas.

a place u should go for lunch, Kampung Daun.
tempat sangat cantik and nyaman.makanan pon boleh tahan.

beza kami??
Manisha Koirala and Cheng E-kin.
*tumpukan perhatian pada mata*

sup tulang super duper sedap.
siap order mintak tambah lagi satu.

tempat makan ni sangat best ok?

ni contoh pondok makan dia.

kasir = cashier.
sangat affordable makan kat sini.

lepas Asar, pusing2 town.

Rumah Tas untuk penggemar beg tangan.
*gaya pesanan penaja sangat pehal?*

Toko Tiga = tempat jeans murah.
boleh siap2 alter seluar kat sini.

end of day 2.

p/s: ada rasa nak muntah tak sebab banyak sangat gambar? ^_^

Friday, February 17, 2012

1st day @ Bandung

As Salam.

Malas cakap banyak. Jom layan gambar. =)

Hye, Bandung! =)

gambar wajib semua orang yang naik Air Asia.
*tak paham*

masa tunggu nak masuk kastam. sangat lama okeh kena beratur.
ada dekat sejam jugak. +_+

Dari airport kitorang amek taxi pergi Marciella Hotel.
hotel ni atas sikit dari Jalan Sukajadi.
hotel ni macam hotel bajet jugak. tapi sangat nice and clean.

Lepas mandi masing2 kelaparan. kitorang jalan kaki je cari kedai makan.
sebab masa ni ayah tak sampai lagi dari KL.
kedai makan ni nampak mewah. takut nak masuk.
takut mahal. tapi realitinya, lebih kurang harga makanan macam kat KL je. =)

tengok la budak debab ni. teruja betol dia tengok menu.
sebabnya ada menu fevret dia. TEMPE. hahaha...

Last2 oder nasi goreng je. kalau nak tahu, nasi goreng kat Bandung memang
semua sedap2 ye. aku pergi kedai mana2 pon rasa sedap je.
pastu paling best, orange juice kat sana bukan pakai limau sunquick.
tapi pakai limau mandarin. TERBAEK wokkk..

Lepas kenyang, balik bilik terus tergolek masing2. hinggakan ibu and ayah sampai hotel dari airport pon aku tak sedar. aku ngan hencik lebah masing2 sakit kepala sebab pressure naik flight. hee.. kemain awal aku tido. sangat pelik kalau kat KL aku buat perangai cenggitu. ini tak..selagi tak tengah malam selagi tu mata segar. huhuhu...

Ok la geng. Nanti sambung lagi cerita hari kedua. 
Aku nak pergi masak spaghetti. LAPOR!!!

Bye!




Wednesday, February 15, 2012

To-do-list untuk tahun ni. =)

As Salam.

Mesti ada yang tunggu..bila la tuan punya belog nak update pic pergi hunymoon nih. sabor ye kengkawan. editing masih dalam process. nak la jugak tambah2 kaler sikit bagi meletup lagi kan. baru la boleh feeling2 jadi macam Arni Yusnita Ahmad sebab setiap kali update je pic2 dia memang cun and superb. hee...

Okeh baiklah. seperti tajuk di atas, aku nak buat to-do-list untuk tahun ni pulak. even la dah bertahun2 ada wish yang tak pernah tercapai kan.. tapi tahun ni nak jugak cuba capai.

1) nak dinner dekat restoran berputar Menara Kuala Lumpur tu dengan hencik lebah.

2) nak pergi bawak diri holiday sorang2. pergi satu tempat favourite kita kat Johor. (tempat dirahsiakan) hee..

3) beli DSLR lagi canggih dari sekarang ni. boleh la pergi snap pic bestie2 yang semua nak kawen tahun ni. =)

4) nak Amy Search autograph atas pic kitorang berdua masa jumpa kat Mersing dulu. Ouh! dah tweet Amy Search. dia ajak datang Cheng Ho. nanti dia sign kan. heee... Yippiieeee!!!

5) nak makan dekat Restoran Subak dengan hencik lebah. Aikk! asek cari tempat makan je. ehehehee...

6) nak buat outdoor photoshoot ala-ala comel dengan hencik lebah. ^_^

7) nak kumpul duit beli laptop baru. laptop ni sangat uzur dah... T_T

8) nak bergelar tunang or isteri orang. heee... gatal sungguh!

9) nak sambut couple anniversary ke 8 dengan benda2 yang tak pernah kitorang buat. contoh nya Bungee Jumping. ehh, tak! aku tipu. aku gayat kot tempat tinggi. hehehee... cukup la candle lite dinner kat Restoran Bora Asmara. eh..makan lagi??? hahahaha... eh, kitorang tak pernah candle lite dinner tau.

10) nak belajar jadi bakal isteri terbaik, yang menyenangkan hati suaminya, yang tak menyusahkan, yang lebih matang. =)

Itu aje dulu to-do-list aku kot. Heee...

Eh..eh.. lupa pulak. to-do-list terakhir.

Nak turunkan berat badan yang makin montel ni. +_+

Bye.


Wednesday, February 8, 2012

Bandung Trip Teaser

As salam.

Seperti yang aku kecoh-kecoh kan dalam entry lepas aku nak pergi hunymoon kat Bandung kan. haa,aku pergi 18Jan-21Jan lepas. dah lama dah... tapi aku takde masa nak edit pic sepanjang kitorang kat Bandung sebab pic nye punya la super duper banyak. aku tengok pon dah pening. hahaha.. yang aku update ni pon dari henpon je.. tu aje sempat.

Ni sebab ada la dua-tiga orang yang tanya kenapa lama tak update blog. aku pun dengan gigih nya la update. lagipun esok aku start cuti 4 hari. tak bawak laptop balik Sungai Buloh. tu yang aku nak tinggal kan korang dengan sikit cerita. hee..

ini masa kat LCCT. 
tiket patut pukul 3.30pm. tapi delay..
macam biasa la.. pukul 4.05pm baru flight berlepas.

ok. ini lepas dua jam. dalam pukul 6pm camtu.
Husein Sastranegara International Airport.

Airport kat Bandung ni airport kecik je. dari cerita yang aku dengar dari ayah aku, airport ni ekceli cuma tumpang kawasan tentera udara dorang. sebab Bandung sangat padat. memang takde kawasan nak buat airport baru. masa nak mendarat pun, flight akan lalu atas2 rumah orang. ewww! seriau, mak! huhuu..

kat sana cepat gelap and cepat siang. dalam pukul 6pm camtu langit dah macam maghrib kat sini.. kalau 6am pulak macam dah pukul 8am kat Malaysia. kat sana aku tido malam pukul 10.30pm camtu. sangat awal ye! kalau waktu Malaysia dah pukul 11.30pm. cepat betul aku sesuaikan mata aku ikot masa kat sana. sebabnya pukul 5am lagi mata dah segar. dah bangun tengok TV bagai. kalau kat sini 5am tu memang syok sangat buat tahi mata. hahahahaaa..

Ok lah. tu je intro aku nak bagi. pic2 lain terperam lagi dalam camera. minggu depan lepas habis cuti aku update lagi ok? 

Ouh, taknak kepochi ke aku cuti 4 hari pergi mana??
Ehem2...
Kita.....












Kita....kita...
Ermmm..malu...^_^












Kita nak pergi Masjid At-Taqwa,TTDI Damansara.
Ada kursus kawen.
Heee...malu ahh!!
Bye.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE