Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 24, 2015

Iman datang lagi!!!


Hai TiNad!!!! Jom teman Iman shopping. hehehe..

Ok, mula-mula kita pilih legging untuk Iman pakai kat Sydney ye? Sana sejuk Umie cakap. 
Pakai ni boleh keep warm. Dah la TiNad takde nak hug Iman. TiNad kan warmer paling best! hikhikhikk..

Kasut nak beli yang mana eh TiNad? Umie cakap kat sana banyak tempat nak jalan. Iman nak beli kasut baru walaupun Iman baru je beli kasut masa birthday haritu. Takpe, kita swipe je pakai debit card Umie eh TiNad. Kikikiii.

Errrkkk. baru pilih dua barang Iman dah surrender. Kita duduk tepi jela TiNad. Biar Umie yang tolong shopping untuk Iman. =P

Haritu hencik lebah bagi can dating dengan Iman, Umie Iman and Papa Badang sebab hencik lebah busy. So dapatlah teman Iman shopping. Heheheh. Rindu Iman dah. Iman seminggu kat Sydney. Minggu depan kita jumpa eh sayang.

TiNad, Umie Iman and Iman Safiyya.

BFF since forever.
bila keluar selalu terpakai baju tema kaler sama walaupun tak plan.
SELALU.

Iman tidoq. Kitorang ambil can wefie kejap. =P

Mula-mula kena tinggal Umie and Papa pergi solat dia behave. 
Sengih-sengih sambil pose.
Main-main mata dengan mamat hensem meja sebelah.

Lepas dekat 20 minit, dia buat muka sendu. Dok melekat dengan TiNad buat muka sayu. 
Tapi Iman ni sangat good girl. Cakap kat dia, 
"Iman sabar ye. Umie pergi solat. Iman boleh bersabar kan?" 
Terus dia tak jadi nangis.. peluk je TiNad dia. hehehe..

Kesimpulannya, budak-budak ni kita kena rajin borak dengan dia. Kebanyakan anak yang bijak aku tengok sepanjang pengalaman aku jadi pediatric nurse dulu, semua yang jenis mak-mak dorang rajin layan borak. Walaupun lah anak tu tak paham apa pon lagi. Setiap apa yang kita cakap membantu perkembangan minda dorang.

Amboi, nak buat kesimpulan pendek je tapi pic kemain berjela. Heheheheh. Sabo jela.

Oklah. 

Till then.

****************************************************************************

Untuk tempahan Chocolate Moist Cake, Red Velvet Cheese and Chocolate Cheese boleh terus whatsapp ke +60196035169 (Myra)

COD area:
- Petron Bdr.Baru Sg.Buloh
- Paya Jaras, Sg.Buloh
- Manjalara, Kepong
- Sri Damansara
- Sri Hartamas

*Untuk lain-lain kawasan COD, sila whatsapp dahulu. Kita discuss ye? Tapi pembelian mestilah 5 bekas ke atas.

Chocolate Moist Cake
- 1 bekas RM10
- Beli 3 dengan harga RM25

Red Velvet & Chocolate Cheese
- 1 bekas RM12
- Beli 3 dengan harga RM35

1 set (Choc Moist + Red Velvet + Chocolate Cheese) RM32







Jubah Safiyya for sale!!!








Size S
Bahu: 14"
Dada: 38"
Labuh: 56"

Size M 
Bahu: 14.5"
Dada: 40"
Labuh: 56"

Size L
Bahu: 15"
Dada: 42"
Labuh: 57"

Size XL
Bahu: 16"
Dada: 44"
Labuh: 57"

Kelebihan Jubah Safiyya:
- wuduk friendly (buka button di tangan)
- BF friendly (ada zip di bahagian dada)
- mudah iron
- material sejuk dan tidak jarang

Material: Italian plain cabana + Prada Lace
Price for all size : RM169 (free postage)

FREE GIFT menarik untuk 9 orang bertuah yang order melalui whatsapp +60196035169. Cepat-cepat place order! Boleh pakai raya nanti.. =)

*Size S untuk Royal Blue - no stock






Thursday, April 23, 2015

Perempuan memang begitu.


Perempuan memang diciptakan menjadi seorang yang details. Maka dia akan ada benda-benda macam ni:

- body spray untuk guna bila duduk rumah
- body spray untuk keluar pergi kedai runcit kat depan
- perfume untuk pakai kat rumah
- perfume pergi kenduri
- bedak pakai bila keluar rumah
- bedak bila duduk rumah
- tabung untuk kutip duit syiling husband yang bersepah-sepah lalu jadi milik bini sebab bini yang kutip
- getah rambut untuk pakai kat rumah
- getah rambut guna bila nak sanggul pakai tudung

Lelaki pulak jenis yang ada 1 or 2 perfume pakai je pergi kerja, pergi jalan-jalan, pergi mana-mana dia suka laaa... ehehehe. Bedak takde pon. T_T

Untung la dapat bini jenis details ni.. Teratur hidup korang-korang yang lelaki. Semua tersusun. Hahahahahahahahahahah. *gelak jahat*

K bai.


Wednesday, April 15, 2015

Iman Safiyya turns 1


Assalamualaikum.

Tanggal 57  11 April 2015 lepas adalah besday anak best friend aku dari zaman hingusan sampai sekarang. Disebabkan umie nya gigih nak sambuat kat Grand Lexis Port Dickson, maka aku pun ada alasan la malas nak balik KL hari yang sama. Hehehehe...

Kitorang sampai lambat. Tak sempat tengok besday girl pakai baju pwincess dia. Nasib dah tengok masa umie dia sarungkan kat rumah haritu. Heheheh..

Tengok dahi budak bijak ni dah benjol.


Muka Papa Badang sangat Iman ni tauuu..



Umie Iman selalu jeles sebab Iman ni dengan TiNad dia nak pose comey-comey. 
Dengan Umie dia taknak. Takmo jeles na Umie.. =P



Oh, sayang. You don't know how much i love this moment. ^_^

Sempat la melepak sampai Maghrib. Balik tu kitorang check in kat Paradise Lagoon Apartment 1 malam esokya baru balik KL. Short vacay ke short honeymoon entah. Hehehe..

Bukak hadiah masa tengah blackout. Hehehe.. Satu PD black out katanya. Ada la dalam 20 minit.
TiNad belikan Iman jubah, Nanti raya Iman pakai ehh.

Iman sayang,

Semoga membesar jadi anak yang baik. Semoga dilindungi Allah selalu. Kalau Umie marah Iman, Iman mengadu kat TiNad je. And you can always come to me if you need a warm hug ok? Ailebiyu.

Love,
TiNad.





Rumah Impian Ayah

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita pasal ayah je. Eh, belum tulis dah sebak kenapa. Ehehehe..

Ayah..

Nama ayah Noridin. Panggil Din je. Sedara mara belah ayah panggil Paksu. Belah ibu panggil ayahanda Ayahnyah. Dari zaman kecik ayah memang orang susah. Orang kampung je.. nun ceruk kat Selama, Perak. Masa datang KL ayah pernah kerja construction kat bangunan apa entah kat KL tu. Dayabumi kot. Lupa pulak.. Tapi kejap je. sebab ayah sampai sekarang pun bukan tahan kerja berat2. heheh. Keluar rumah kejap pon beria pakai topi sebab tak tahan panas. =P

Lepas tu, lama ayah kerja kat kilang Malaysian Sheet Glass (MSG) sebagai Operator Pengeluaran. Dulu kilang ni ada kat Sungai Buloh. Sekarang kat Pasir Gudang, Johor je. Masa ayah kerja kilang ni ayah memang busy. Jarang dapat jumpa. Nama pun kerja shift.. Hidup pun biasa2 je. Takdelah miskin tapi sekadar apa yang cukup. Nak makan KFC sebulan sekali pun susah, baju raya pun selalu arwah Opah belikan. Ibu tolong ayah cari duit dengan mengasuh anak orang.

Masa tu duduk kat Rumah Murah PKNS Paya Jaras. Masa umur aku 5 tahun kot, kitorang pindah kat Taman Paya Jaras Permai. Alhamdulillah. Masa tahun bila entah, kilang MSG tu nak tutup and pindah ke Pasir Gudang. Ayah taknak ikot pindah ke sana so ayah dapat duit pampasan. Maka aku rasa, itulah keputusan terbaik ayah pernah buat dalam hidup.

Walaupun lepas berhenti kerja kilang kerja ayah tak menentu, tapi kitorang tak pernah tak cukup makan. Ayah pernah kerja kilang Dutch Lady, kerja supervisor kat projek perumahan.. and kemuncaknya ayah kerja sebagai PA kat ADUN Paya Jaras. Masa ni baru rasa hidup kitorang senang sikit. Boleh pergi holiday mana-mana. Boleh makan sedap-sedap.. KFC pun boleh mintak je anytime. hehehe..

Tak pernah terbayang dari rumah murah ke rumah kat taman perumahan. Rumah 3 bilik yang sempit tapi cukup luas untuk kitorang. Walaupun kena share bilik tidur, walaupun kalau dah semua masuk dapur sampai berlaga bontot sebab sempit, Walaupun bila ramai2 ada yang kena tidur kat luar.. tapi alhamdulillah. itu yang seronok. Dan tak pernah terbayang langsung ayah akan bina 1 lagi rumah untuk kitorang semua duduk dengan selesa. Menantu dan bakal-bakal menantu balik pun selesa. Bakal cucu-cucu ayah pun boleh main kat tempat yang luas.

Mana sangka dengan kerja kilang je dulu, sekarang ayah mampu buat rumah impian ayah sendiri. Dengan susah payah ayah cari duit nak besarkan anak-anak, nak simpan duit untuk masa tua lagi, nak buat rumah lagi.. Serius terharu bila tengok pencapaian ayah selama aku hidup ni.


Ayah,

Tahniah sebab berjaya bina rumah impian ayah. Terima kasih buatkan kitorang bilik sorang satu. Lepas ni takde dah kes kena tidur luar kalau ramai-ramai balik. Kalau makan pun boleh makan sama-sama. Takde dah sorang tercampak kat depan sebab tak cukup kerusi kat meja makan. Ehehehe..

Angah selalu doakan ayah dimurahkan rezeki dan dilindungi selalu. Ailebiyu ayah. Muah cikedddd.. Oppss.. kang kena kutuk dengan Shila Amzah pulak. Lalalalaa..

Till then.

Babaiiii..


Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE