Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 27, 2016

DIY Pillow/Linen Spray


Assalamualaikum.

Sebagai seorang yang suka benda wangi, haruslah semua benda nak ku spray bagi wangi. Ini termasuklah spray bantal dan linen. Memandangkan aku dah buat collection essential oil yang wangi-wangi ni maka baiklah kiranya aku buat sendiri ye tak? =)

Sebab aku pon memang tak tahan bau Febreeze. Menusuk hidung rasanya. So jomlah kita DIY je pillow spray ni. Tengok kat Bath & Body Works pon boleh tahan harga dia. Hehehee..Nasib hencik lebah dapat bini kedekut. =P

DIY Pillow/Linen Spray di blend dari therapeutic grade essential oil untuk :
  • membantu tidur yang lena
  • membantu masalah sukar tidur
  • pewangi bantal dan tilam
  • meningkatkan ketenangan
  • sebagai air freshener
  • mengurangkan keresahan
Apa bahan diperlukan?
  • Witch Hazel (boleh dapatkan di Lelong.com)
  • Botol kaca
  • 20 drop Cedarwood Essential Oil
  • 20 drop Lavender Essential Oil
  • 20 drop Orange Essential Oil
**Witch Hazel ni akan membuatkan essential oil kita sebati. Kalau takde Witch Hazel, boleh try guna Epsom Salt mix in distilled water. Tak pernah try tapi ada yang sarankan jugak. 

**I've bought Witch Hazel by T.N Dickinson's. Baunya agak kuat sikit so maybe lepas ni nak try guna Epsom Salt and distilled water pulak.

**Untuk panduan dan pertanyaan tentang essential oil, boleh direct whatsapp 0196035169.

Ok lah.
Have fun during your DIY session. Tak sampai 5 minit pon projek DIY ni. Hehehe.. Selamat mencuba!




Friday, October 21, 2016

Dew Drop Diffuser Young Living

Assalamualaikum.
Good Morning!

Banyak nak share katanya. But first, let me share about this Dew Drop Diffuser from Young Living. Ya Allah gila la aku addicted dengan benda comey ni. Tiap-tiap malam sure nak diffuse therapeutic grade essential oil dalam diffuser ni. Hehehee..



Let me share apa yang best sangat diffuser ni?


  • Act as humidifier
  • Automatic shut off after 4 hours
  • Menjadikan space kita contohnya bilik, jadi macam spa-like sebab bau dari essential oil yang wangi dan membantu terapi
  • Easy to bring anywhere sebab sizenya yang tak terlampau besar.
Macam kite, kite suka diffuse essential oil yang membantu masalah tidur dan promote good sleep contohnya CEDARWODD + LAVENDER.

Untuk bantu hencik lebah yang selalu stress bila balik dari kerja, kite cuma add on kan few drops of STRESS AWAY.

Untuk bantu masalah migraine, kite just add kan ENDOFLEX + SPEARMINT so bau yang datang dari diffuser ni memang bau mint.Aman je rasa bila sedut bau ni.

Sebenarnya banyak lagi masalah yang boleh dibantu dengan essential oil ni. Masalah yang berkaitan dengan anak contohnya:
- suka tantrum
- anak kerap demam, batuk dan flu
- anak susah tidur malam
- anak yang ada special needs (ada group support untuk masalah ni)

Masalah yang berkaitan dengan masalah hormon suami & isteri atau masalah hubungan intim, Masalah kerap migraine, masalah stress berpanjangan, masalah sukar tidur, masalah kulit.. Eh, macam-macam la. =)

Ask me anything on whatsapp. In shaa Allah i'll try my best to help you. =D

Myra Anne
0196035169








Tragedi 20 August 2016

Assalamualaikum.

After few month. Phewwww! Setiap kali niat tak nak abaikan blog ni mesti lepas tu ada je halangan. Heheee.. Halangan paling besar ialah laptop hilang. T_T

Masa 20 August 2016 lepas, sempena couple anniversary kite and hencik lebah, kitorang pon decide pergi bercuti kat Langkawi. Dah berapa tahun tertunda nak ke sana sejak kahwin. So kali ni cakap, mesti kena pergi. Seminggu before pergi tu, memang kite busy tak hengat. Paham-paham jela kalau nak bercuti ni, semua kena siapkan.

COD Wondercheese kat agent, siapkan order Cocoa Cookies, COD segala macam barang jualan kite..(Alhamdulillah rezeki Allah bagi) =)

Second day kat sana, which is on the 20th, lepas je balik dari Mangrove Tour kite dapat call dari father in law mengatakan rumah kena pecah masuk. Allah.. goyang lutut rasa. Semua hilang! Laptop, duit hasil jualan yang tak sempat bank in, barang kemas... T_T

Luluh sangat hati rasa, tak seronok dah rasa nak berjalan. Takde mood sangat-sangat. Tapi memandangkan esoknya tu pon kitorang dah nak balik, so teruskan jela holiday ni. Sesungguhnya dugaan ni paling besar rasanya untuk kitorang berdua (selain takde anak lagi of course.) Sakitnya rasa lepas jatuh tu kan? Ambil masa jugak untuk kitorang cover lost tu. Terpaksa puasa shopping. Kihkihkihhh.

Tapi kite tahu Allah mesti dah rancang yang terbaik untuk hambaNya kan? So, kitorang just redha jela. =)
In shaa Allah ada yang terbaik menanti. Betul tak?

Ok, sampai sini dulu. Baaaaaanyak sebenarnya nak share. Tapi tunggu ye. Kena cerita satu-satu.



Till then.
Good night!

Friday, July 29, 2016

Hand Bouquet for the solemnization

Assalamualaikum.

Lama benor tak update ye. Masa bulan puasa memang tak dan nak bukak laptop pon sebab busy baking. Eh, pergilah cekidaut ig cookies kite. =) 

klik link ni tau! @the.cookies.kingdom

Iklan pulak. Hehehe. Biasanya memang busy bake cookies tapi bila free kita terima je tempahan nak buat hand bouquet untuk wedding. Asal ada job kite rembat jela. Hahahaha..


Puan Neesa yang order untuk adik ipar dia. 
Thank you, babe!

Pengantin.

Eh, sebenarnye gambar ni dah berkurun. Hahahaha. Nampak tak busynye tu. Kihkihkihhh. Saja je takde benda nak update blog ni ha. =P


Kite susun bunga tu bertingkek-tingkek supaya bila flatlay gini pon masih nampak yang tengah tu,. tak la dia tenggelam bila masa snap pic. Bernas tak idea ni? hehehe..

Oklah tu je. Kot kot korang nak buat sumber inspirasi nak DIY handbouquet boleh la belek pic ni. =)

Till then.






Wednesday, May 18, 2016

Penawar Sakit Lutut + Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang pernah terbaca cerita aku kat sini pasal sakit lutut. Again, nak cerita lagi kali ni sebab ada TAWARAN ISTIMEWA untuk mereka yang mengalami masalah ni. =)


Yuppp! This was my knee xray back in 2014

Kepala lutut tu senget lepas tu dia bergesel dengan tulang lain. T_T Because of this pain yang menyebabkan aku resigned my position as a Staff Nurse dulu. Gila kauuu! Kadang masa kerja nak menangis rasa. Turun naik tangga nak ambil ubat la, nak trace investigation result la, proceed discharge.. phewww!

Sakit hokehhh??? Tu belum time drive and solat. Memang most of the time kaki aku bahagian lutut kanan ni bengkak je. Disebabkan memang sebelum start sakit lutut lagi aku dah amalkan Ostematrik + Omega, jadi aku teruskan je. My BFF pulak cadangkan ambil VIVIX. So demi kesihatan, aku ambil jugak. 

Alhamdulillah after 2 weeks on Vivix, dah terasa perubahannya. Tapi BFF cadangkan pulak ambil Collagen. Yang buat aku makin sayang, dia jugak yang hadiahkan sekotak Collagen untuk aku. (Lebiyu, Mimi!) Amazingly, dengan izin Allah after 2-3 sachet, sakit lutut TOTALLY GONE!!!!

Shaklee Collagen Powder (SCP)

Sekotak ada 15 sachet. Aishhh! Cukup ke 15 sachet tu? In shaa Allah, cukup! Sebab lepas 3 sachet pon dah terasa kebaikan dia. =) Tapi, untuk lagi hebat kesan dia, sila lah amalkan selalu SCP ni. Meh aku share sikit kebaikan SCP ni.


1) Menyokong kesihatan sendi
2) Mengurangkan kedutan dan garis halus, mengecilkan liang pori
3) Melembapkan kulit
4) Membantu masalah jeragat dan kulit tidak sekata
5) Menganjalkan kulit
6) Membantu menegangkan ASET WANITA

Sebab apa SCP ni power sangat??? Sebab kandungan utama SCP ni adalah dari Sisik Ikan Merah yang tahan lasak dan tinggi kapasiti yang membantu mengekalkan kelembapan. Shaklee ni bagusnya sebab dorang akan guna bahan yang berkualiti dan premium je untuk membezakan mereka dari produk yang lain. =)


Sesiapa yang mengalami masalah sakit lutut, aku memang cadangkan sangat cuba Collagen ni. Bukan masalah sakit lutut je yang akan berkurang, tapi dapat sekali awet muda, menegangkan aset, rambut pon cantik.. =D

Produk SCP ni tengah ada promosi bulan ni. Sebab tu aku saja share lagi sekali kisah sakit lutut aku ni. Promosi TAMAT 31 MAY 2016.

Untuk dapatkan konsultasi percuma pasal produk ni, bolehlah

WHATSAPP : 0196035169 (Myra)

No call please. Sebab kadang aku tengah baking, tak pon deliver barang sana sini.. so please whatsapp only ok? I will entertain your question later. =)

Till then.

Your trusted distributor,
Myra Anne Noridin
SID 915005







Thursday, April 21, 2016

Tips Melegakan Migraine


Musim panas ni mesti ramai diserang migraine kan? Yang tak pernah kena pon boleh tiba-tiba kena. Eheee... Jangan risau! Aku ni adalah orang yang berpengalaman jugak pasal migraine ni. Ahahaha. Bongkak kedengarannya kan? Tapi serious la. Berapa tahun kot aku menderita migraine ni. Sekarang Alhamdulillah.



Aku share tips yang aku selalu amalkan la ye? Yang memang terbukti berkesan untuk aku. Ada jugak yang aku cadangkan cuba cara aku ni dorang cakap melegakan.

1) Kalau boleh or kalau larat, pergi mandi, sejukkan kepala tu.

2) Dah mandi, lap kepala kering-kering. Tapi aku suka je kepala basah sebab rasa sejuk. Ehehee..

3) Ni point yang paling penting! Set Migraine wajib ada dalam simpanan korang kalau dah korang memang mudah diserang migraine tak kira masa, di mana sahaja. Macam aku, aku memang amalkan OSTEMATRIX dan B COMPLEX dari SHAKLEE. Bertahun-tahun kena migraine. Lepas konsisten setahun dengan set ni Alhamdulillah sampai sekarang jarang sangat-sangat kena nak dibandingkan dengan dulu sebulan dua-tiga kali.

**Ada study mengatakan mereka yang kerap migraine ni ada masalah kekurangan Magnesium. Refer SINI


4) Sediakan ais dalam icebag.

Aku guna icebag macam ni. Kalau takde, letak je ais dalam plastik, ikat ketat-ketat lepas tu balut plastik tu dengan kain. Takde la ko terkejut tiba-tiba sejuk kat kepala kan.

5) Baring dan tinggikan bahagian kepala. Kalau biasa guna satu bantal, bila migraine ni gunalah dua bantal. Kekdah ni untuk turunkan tekanan dalam kepala. Masa ni maybe korang akan rasa loya teruk ke apa. Tapi jangan risau.

6) Ingat lagi icebag tadi? Dah baring ni boleh la tuam kat bahagian yang sakit. Sebab biasanya migraine ni akan attack one side kat kepala kita kan? Masa tuam ni memang ko rasa kepala macam nak pecah. Sakitnya Allahuakbar! tapi bawak bertenang. Masa ni urat saraf ko tengah mengecut memang agak sakit.

**Boleh refer sini pasal Cold Therapy & Migraine

7) Tutup lampu dan tidur!
Sebab ada yang experienced Photophobia masa diserang migrain. (ME! ME!) ehehe.. kalau takde sensitive to light pon tutup jela lampu. Apa jadah nak tidur dengan lampu bukak kan. Tak feel langsung. Hahahaha.

Lepas diserang migraine, perkara paling biasa kita dapat rasa yang bahagian tengkuk dan bahu kita sakit sangat rasa macam sengal-sengal teruk tu. Kat sini, OSTEMATRIX + B COMP lagi sekali membantu sebab dua-dua ni bantu lancarkan perjalanan darah dan release muscle stress. 

Dapat dan boleh hadam tak tips yang aku bagi ni?

Kalau tak paham boleh roger-roger eh. 
Whatsapp je 019 6035169.

Till then.



















Trip Tranung


Yuhuuu~

Bulan lepas pada 18-20 March 2016 sempat short trip ke Tranung untuk ikot rombongan kawan baik hencik lebah bertunang. Apa? Bertunang je gigih ko ke sana? Haruslahhhh. 8 tahun ke 9 tahun entah si Nwa ni tunggu Tyra. Ehee.. Bila dah jadi mestilah kita sebagai kawan baik ni excited kan? =P


Dah berzaman tak pergi Tranung. Rasanya 5-6 tahun lepas kot pergi sana. La ni ikut LPT 4 jam je dah sampai. Dulu rasa macam berkurun nak sampai kalau pergi ke Timur. Tu yang tak kuasa nak holiday ke belah-belah sana. Hehee..

Sampai tu terus check in hotel kat Gong Badak. Nasib baik tak sampai 5 minit dari Mydin Mall. Boleh pulak tak bawak inner neck nak pakai dengan shawl. T_T

Lepas Maghrib kami bersiap-siap untuk ke rumah Tyra. Dekat je dalam 10 minit dari hotel.

Pelamin cantik & hantaran

Tyra, mama Nwa and family member Nwa.

Si cantik Tyra. Padanlah si Nwa taknak pandang orang lain. heheh..

"Saiyang, tolong boleh?"
"Apa dia?"
"Tolong cover perut tu sikit. Nak bawak ke mana?"
^_^

Selamat hampir ke dunia perkahwinan, sahabat!

SECOND DAY

Pagi-pagi keluar pergi cari breakfast. Tapi jumpa Warung Dek ni kat Batu Enam. Bedal laa. Makan kopok lekor & nasi lemak. Yang aku rasa macam seronoknya pasal nasi lemak tu. Letak kejap je, orang serbu terus habis. Wauu! Hehehe. tapi jujurnya rasa dia biasa-biasa je. Cuma seronok makan meriah macam ni. Kedai ni memang buat air je. Lain-lain makanan semua orang letak. Kira macam vendor la. =)


Lepas jalan-jalan kat Pasar Payang and borong 100 bungkus keropok ikan sedap (Hehehee..), kitorang pon niat nak carik la Warung Pok Nong yang femes tu. Alahai.. panjangnya Q. Macam tak kuasa pulak dengan panas-panas tu. Tengok pic bawah ni.



Untuk tak mengecewakan sebab datang jauh-jauh, kita bergambo depan Warung Pok Nong jela. View and kawasan cantik!!! Subhanallah!


End up kitorang pergi ICT kat area airport. Warung Pok Long. Oklah. Not bad. Sebenarnya aku tak makan seafood pon. Tapi boleh pulak aku habiskan sekor sotong besar ni. Bila fikir balik, sama jugak macam aku tak suka makan pisang goreng. Tapi masa kat Johor dulu, tiap-tiap hari beli. Sebab apa??? Sebab ada cicah yang sedap. Cili kicap tu. Perghh! Sama la macam makan sotong celup tepung ni. Sambal dia sodap! =P

Ni kat Bukit Tok Beng 2209.
Kopok leko cheese RM3 6 ketui.
Kopok leko blackpepper RM3 berketui-ketui.

Tak penah bayangkan makan kopok leko ball macam ni siap ada cheese. 
Dalam kepala otak macam kembang tekak sebab pikir ikan + cheese.
Tapi kat tekak? Sedapppppp!!!!


Lepas tu kitorang berpisah. Tyra and Nwa pergi hantar member diorang pergi airport. Kitorang balik hotel nak bersihkan diri untuk keluar lepas Maghrib.

At Dapo Pata, Pantai Tok Jembal
as known as Uptown Kontena Tok Jembal

Aku memang rasa tempat ni cool gila.
Kat KL mane nak dapat tengok movie kat white screen ni tepi pantai kan? =P



Ada jugak group-group yang busking kat sini.


Saiyang, Nami House Pantai Tok Jembal sudah.
Nami Island Korea bila pulak?
Ehehehehee...

Ketam goreng berempah. Serious sedap!
Stall dia sebelah kedai Kopi Leh Dia. Kira kalau masuk-masuk dari tempat orang menyanyi tu,
kedai dia yang kedua sebelah kanan.

End of second night. Balik hotel tidoq!

THIRD DAY

Pagi-pagi keluar cari breakfast.


Pusing-pusing area Batu Burok terjumpa Kedai Kak Pah ni. Baru teringat malam tadinya ada google jumpa kedai ni macam best jugak review dia. And memang sedap gila weh. Disebabkan aku tak berapa suka nasi dagang, so aku order nasi lemak je. Macam pelik jugak nasi lemak dia takde ikan bilis ke ape. Lepas tu sambal pon sambal ikan. Erkk! Sedap ke??

Dah rasa satu sudu, dua-dua terbeliak bijik mata. Mak aihhh! Inikah yang dikatakan cinta? Kikikikiii. First time makan nasi dagang yang sedap. Nora bagi 5 bintang!!!! I have bad experience pasal nasi dagang ni sebab tu tak suka. Tapi yang ni memang sedap. Sambal nasi lemak dia pon memang terbaik! Ok, bulan 10 repeat ke sini. =P

Kedai ni kat kawasan food court. Cari Sudut Selera Kak Pah.

Bas ni orang kampung panggil bas keranda.
Ni kawan ibu aku yang cakap. Dia duduk kat Tranung. Hehee..

Lepas jemput Tyra and Nwa kat rumah Tyra, kitorang ke kedai makan mama Tyra untuk tapau lauk.
Kihkihkihhh. Mama Tyra ni masak memang sedap. Lepas tu jenis mesti nak orang makan dia masak. Kalau tak ko jangan balik. Gitewww. Hahahah.. Anyway, thank you mama!

Perjalanan balik lama sikit sebab jem kat Karak. Before hantar diorang ni balik sempat singgah The Garage KL. 


Ok lah. Nora bagi 4 bintang. Eheee..

Sekian short trip ke Tranung. Bulan 10 ni akan repeat lagi. Sesiapa boleh suggest resort yang affordable tepi laut yang dekat dengan bandar? Yang survey tak berkenan di hati. T_T

Till then.
Babai.








Tuesday, April 19, 2016

Contoh idea dan deco hantaran cookies


Theme : Yellow & Cream
Price for cookies : Large canister RM 15 & small canister RM5

Whatsapp for order : 019 6035169

Thank you! =D


Monday, April 18, 2016

Idea Doorgift Tunang / Birthday / Aqiqah / Kahwin yang simple tapi cantik. =D

Assalamualaikum.

Simple idea from us.
Ig : The Cookies Kingdom & Fb page : Homemade Cookies Sungai Buloh 


Product : Cocoa Cookies top with Almond + Choc Chip
Details  : 6 pcs / pack
Price :
  • 50-100 pack = RM2.80 / pack
  • 101 - 300 pack = RM2.20 / pack
  • 301 - 999 pack = RM1.80 / pack
  • 1000 pack and above = RM1.50 / pack
*Customize ribbon (as per request by client)

When to confirm your order?
  • 2-3 weeks in advance for below than 100 pack 
  • 6 weeks in advance for order below than 500 pack
  • 8 weeks in advance for order 500 pack and above
PLEASE NOTE THAT WE ARE NOT ENTERTAIN LAST MINUTE ORDER!!!

Pick up area :
  • Sungai Buloh
  • Damansara
  • Kepong
  • Subang
  • KL area (can be discuss)
How to order?
  • Whatsapp 019 6035169
  • Confirm your total order and event date
  • Make payment (60% deposit via transferred or bank in, another 40% on pick up day)
  • Send the proof of payment via whatsapp.
  • Ordered will be process after deposit has been made.






Idea Hantaran Bertunang


Assalamualaikum.

Dah buntu nak bagi apa untuk dulang hantaran bertunang? Jom cuba Cocoa Cookies by The Cookies Kingdom! Rasa Cocoa Cookies yang crunchy dan mewah dengan rasa koko, sangat sesuai untuk idea hantaran semasa bertunang.

Harga 1 canister = RM15

Order DUA MINGGU AWAL dari tarikh majlis!

Whatsapp 019 6035169 untuk sebarang pertanyaan / jika ingin membuat tempahan.

Thank you! =D

Botol Shaker Murah!!!!


Jualan Penghabisan Stok!!!

Details:
  • Shaker 280mls
  • Harga : RM1.90/botol
  • Minimum order : 10 botol
  • Postage : RM7 (SM), RM10 (SS)
Cara order?
  • Whatsapp 019 6035169
  • Please direct whatsapp jumlah total order dan postage detail (nama, alamat, no hp) untuk urusan yang lebih cepat berkesan. =)
  • Selepas confirmkan total order, saya akan bagi no account dan total harga include postage.     
  • Barang akan diposkan selepas pembayaran dibuat.
Jelas?
Kalau ada sebarang pertanyaan selain dari details yang saya bagi kat atas tu, boleh terus whatsapp ke 019 6035169.

Thank you, guys!
Selamat bershopping botol. Ehehee..



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE