Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 16, 2019

Tips jaga anak yang terkena HFMD

Hai semua!

Lamanya ibu berhutang pasal post HFMD ni kan? hehehe.. ibu busy bebenor! Ampun tauuu~

Ok cerita ni cerita tahun lepas. Masa ni elok-elok DH setahun, lepas sambut birthday dia 2-3 hari lepas tu dia demam. Kali ni demam dia lain macam. Sebab DH selalu demam dia diam melepek je. Tapi kali ni dia akan menangis yang macam sakit sangat tu.

Dua hari demam tinggi, lepas dah kebah ibu perasan ada naik rashes kat tangan dia. Ibu cakap kat baba,

"Rasanya Ayang tahu anak kena apa ni. Tapi takpelah, kita tengok esok macam mana. Makin spread tak rashes dia ni." Masa ni ibu dah suspek DH kena HFMD.


Pagi tu ibu perasan kat tangan je. Bila dah petang ke malam baru rashes tu spread 
kat kaki sampai ke bawah peha tu.

Second day keluar rashes ibu bawak dia pergi PMC untuk confirmkan diagnosis.
HFMD ni takde ubat melainkan doc akan treat based on symptoms.
Kalau demam, bagi ubat demam.
Kalau sakit dalam mulut bagi mouth spray.
And untuk rashes tu doc cakap biar je. Tak perlu sapu apa-apa.

Rashes dah jadi blister. Ibu nak mandikan dia pon rasa ngeri.

On Day 3, ibu agak surprise jugak dengan hasil tips yang ibu apply ni.
Siang blister masih merah & berair.
Malam dah start kecut. Whattttt??

Dah 4 semua blister dah mengecut.
Legaaaa sangat ibu tau!

Day 5-6 semua blister dah kering and start mengelupas.
Alhamdulillah...

Day 7 banyak blister yang dah mengelupas.

Lepas semua kering ibu sambung kuarantin dia lagi seminggu untuk elakkan dia sebar virus ke orang lain pulak.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang ibu guna utuk apply kat rashe and blister DH kan? Ok ibu ikhtiar dengan set Therapy Balm dari Puer's Kidsdom. Ibu sapu setiap hari dengan Lovely Skin & Baby Booster.



Kenapa ibu pilih dua balm ni?

Sebab dalam Lovely Skin ada kandungan Frankincense essential oil yang telah terbukti kajian eo ni membantu banyak masalah kulit.

Dalam Baby Booster pulak ada kandungan Tea Tree essential oil. Tea Tree terbukti sangat bagus untuk wound healing proses sebab dia bertindak sebagai natural antibacterial.

Ibu ikhtiar je. Selebihnya kita tawakal jela. =)

Bila menjaga anak yang terkena HFMD, ini tips yang perlu ibu bapa tahu:

1) PLEASE PLEASE PLEASE jaga hygiene. Make sure cuci tangan betul-betul. DAN KERAP! Setiap kali lepas handle anak dengan HFMD, tolong cuci tangan. Jangan sentuh sana-sini tanpa cuci tangan.

2) TOLONG KUARANTIN anak tu. Jangan jadi selfish sangat bawak anak sana-sini dengan keadaan dia tengah HFMD tu sebab HFMD ni sangat mudah terjangkit kepada orang lain. As for me, total ibu kuarantinkan DH selama 2 minggu.

3) Kalau anak taknak makan, takpe! Dalam mulut mungkin tengah sakit. Kita yang dewasa ada ulcer seketul dalam mulut pon sakit kan? Apa lagi budak. Bagi makanan yang sejuk contoh macam aiskrim supaya dapat kurangkan sakit ulcer dalam mulut. Bagi susu dengan amount yang sikit tapi kerap.

4) Tolong cek sama ada anak ada kencing atau tak. Kalau sampai tak kencing tu maknanya tahap dehidrasi anak dah kritikal ya. Sila segera ke hospital.

Lepas DH dah sembuh dari HFMD, ibu sanitize semua toys dia and lap semua perabot rumah dengan sanitizer. Risau kalau-kalau ada ada budak kecik datang rumah and terjangkit dari DH. Alhamdulillah dalam masa seminggu semuanya balik pada asal.

So far ini jelah tips yang ibu dapat kongsi pengalaman ibu menjaga DH masa dia kena HFMD. Harap ada info berguna untuk parents lain kat luar sana. =)

Till then.
Thank you sudi baca! 

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE