Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

Langkawi Part 2 (2)

Hye..Hye..Hye! 
bersambung kita dalam siri kegemaran anda iaitu cerita pasal holiday. ha, suka tak? suka tak?? sila paksa diri angguk kepala anda.huhu..hari ni rasa bodben cam laju sikit. jadi aku pon cepat2 la upload pic ni ha..


pada hari kedua aku kat langkawi ni banyak memang byk tempat aku pegi. yg pic kat bawah ni kat Galeri Perdana. tapi aku tak masuk. time ni aku dah penat gila jalan and snap2 pic. so kitorang lepak kat dalam bus and luar2 galeri tu je.


 so..ini aku and Yaya. peace, no war! err..yela. tak penah gado ngan Yaya lagi. huhu..
 jumpa kucen ni time kitorang nak pegi toilet. manja gila. dah ar tengah bunting. 
aku doakan ko dapat anak cumel2 ye mummy??
 tengok apa lagi kitorang jumpa time nak pegi toilet.
arrow yang dah tercabut dari tiang. 
heeee... 
bes oh benda ni!!!!
 tetibe dapat banyak idea nak snap pic.
ibu and mama Yaya gelak2 tengok kitorang. hahaha..
 ni la bus yang bawak kitorang jalan tu.
driver and tourist guide dia memang terbaek!
byk gila info pasal Langkawi dia bagi.
 ini van langkawi. heee~
 sila buang sampah di sini. jangan buang merata2!!!
babab kang!
 Yaya sengal.
 u are sooo Glee! =)
 ini adek saya,Yana.
dia berangan amek alih jawatan pemandu bus.
ni Ibu kesayangan saya! mmuuaahh!
huhuhu....
 last stop ngan tourist guide. Dataran Lang.
kalo datang Langkawi tapi tak jejak kaki kat sini korang anggap jela holiday korang tu tak lengkap.
hehehe...kerek tak ayat??
me and Yaya again.
kat belakang budak2 sekolah tu.

balik je malam tu kitorang terus makan kat hotel tu. then balik bilik nak wangi2 diri and rehat. tapi pas rehat2 tu, dalam kol10 aku and Yaya keluar melepak and shopping lagi. penat siot! huhu.. pastu ingat nak rasa oblong. tak penah makan. kat Langkawi ni bersepah2 oblong. kat umah aku Sungai Buloh tu tak jumpa pon?? tapi akhirnya hasrat kitorang kecewa. sebab oblong sangat laris. time aku sampai je dah abes. nak jalan carik tempat lain dah tak mampu dah. penat sangat. last2 makan hotdog special je share ngan Yaya then kitorang balik tido.. 

ok, nanti cerita pasal episod last pulak. pastu tutup cerita pasal Langkawi ok?? muaahh!!

Thursday, December 16, 2010

Langkawi Part 2 (1)

Salam pagi sume...
sory la.lambat pulak aku sambung Part 2 kan?
huhu..bukan sengaja.
ko pegi marah bodben aku yang mongok lembap cam siput nih.
dah ar banyak gila pic aku nak share on 2nd day aku kat sini.
dia buat hal pulak.
sudahnya aku buat keputusan nak stop takat ni je.
nanti aku sambung episod dua untuk tajuk Langkawi Part 2.
okeh??

ni dalam bus.on the way nak pegi Cable Car Gunung Mat Cincang tu.

oh, ibu..kau di siram bayu pagi..
ok.tetibe dah mendung kat luar.sangat ajaib bukan?heee..

aku and Yaya. ekceli kitorang tak dapat naek pon Cable Car ni sebab keadaan cuaca yang tak bes.
mau goyang kot gondola tu silap2 tercabut.eee...seram!!!
time ni angin kuat. so dia tak beroperasi.
singgah pulak..err..pe nama tempat ni?? aku lupa oh!
ko tau bot2 ni nak parking kat sini atleast sewa parking lot dalam 1K sebulan tau.
gila mak datok dia kaya! 

ni lak lunch kitorang.aku suka gila kedai ni. lauk dia berderet. banyak siot!
ulam2 pon banyak. Fevret!
ayam je bape jenis masakan. belum lain2 lagi.
ikan bakar dia memang sedap!
dah dua kali aku makan kat kedai ni.
mana boleh banyak2 kali.
Langkawi tu jauh.
ni la nama kedai tu. kedai ni kat area Tugu Keris tempat Mahsuri kena tikam tu.
lepas makan kitorang pegi Sungai Kilim. jangan tanya tempat ni celah mana.
aku memang tak tahu sebab on the way pegi tempat ni aku tido.
maklumlah lepas lunch.mata aku ni macam ada monyet bergayut je.
jeng3! nak naek bot! yeay!
ni harga pakej untuk tour ni.
saat ni aku rasa beruntung pegi ngan rombongan budak2 ni.
ko tengok la,paling murah satu bot rm200.
atleast kitorang naek satu bot 10orang baru kena bayar rm20 sorang.
kalo pegi setakat 2-3orang memang alamat tak shopping la kome pegi sana.
hohohohooo...

out first stop.
ni tempat ternak ikan. macam2 ikan ada. tapi yang aku ingat ikan pari and ikan sumpit je.
nape nama dia ikan sumpit??
sebab kalo korang kepal2 roti kat ujong jari pastu hala kat kolam ikan tu,
ikan ni akan lompat and amek makanan kat jari ko tu.
ala2 cam sumpit la. sebab tu dapat nama tu.
nice gila view dia kan?
tapi time ni sumpah panas gila!

ikan pari ni manja gila.korang boleh suap dia makan.
siap ade bunyi dia sedut2 lagi tangan korang menandakan nikmatnya dia makan.
pastu bila tuan dia usap2 boleh lak dia pusing2kan badan dia cam kucen kan.
aku tak pegang. geli!
ko jangan pegang ekor keli ni tau!!
nanti kena sengat. tu je petua nya.


2nd stop.
tak silap aku nama tempat ni Singa Besar la.
tempat bagi burung helang makan.
orang selalu bagi lemak ayam.
tapi tourist guide aku cakap ekceli lemak ayam tak bagus untuk helang.
sebab membantu kepupusan dia.
lemak ayam kan tak sihat.
yeay! bukti dah pegi Kilim Geoforest Park.
huhu...
3rd stop.
ni Gua Kelawar.memang banyak gila kelawar dalam ni.
geli aku tengok time orang suluh lampu kat atas2 batu tu.
ngeri aku bayang kan kalo tetiba dia jatuh atas kepala.hee~ geli2!!!!

oh,kalo korang nak tahu kelawar ni sifat dia kelakar sikit. kalo yang jantan tu,kecik2 lagi dah takmo dok ngan mak.sebok nak lepak ngan member2.balik kat mak bila nak susu je.kalo dia dapat survive, ok la. kalo nasib malang alamatnya jatuh mati la dia terhempas ke bawah.. ha,tula. sombong lagi ngan mak ko! kalo betina pulak asek kepit ngan mak sampai la dia boleh idup sendiri..

lepas abes tour kat Kilim ni kitorang gerak pegi Galeri Perdana. tempat Tun Dr.Mahathir Mohamad simpan hadiah2 yang dia dapat dari pembesar2 negara seluruh dunia. tapi time ni aku tak masuk.aku jumpa something interesting kat luar bangunan ni ngan Yaya and adek aku. nak tahu pe dia??
tunggu next entry k?? hahahaha....

Tuesday, December 14, 2010

Langkawi Part 1

Salam morning! hey,skang dah jam 4.17am tau! gigih bangun semata2 nak upload pic dengan lancarnya untuk korang2 sume. sila bangga! huhu.. seperti yang kome tahu pada 3-6Dec lalu aku pegi ikot rombongan ayah aku bawak budak2 sekolah UPSR yang dapat 5A tu pegi Langkawi. mewah tol dorang kan? 5A je terus dapat free vacation. haish! YB tempat aku yang sponsor dorang. tak2! ayah aku bukan YB. bukan jugak cikgu. tapi cuma PA YB tu. tu la ayah aku ikot pegi rombongan ni untuk uruskan hal2 mereka nih. aku pon tumpang sekaki. heee~ 

So kitorang gerak malam Khamis tu pada jam 11malam naek bus. sampai Kuala Perlis dah dekat2 jam 6pagi.
sejuk gila siot!! badan aku menggigil tak ingat dunia. nak je aku bungkus dalam Toto. pueh ati aku. huhu..
ha..ni aku yang sejuk. dalam ferry pon sejuk gila. 
aku pelik mana pegi sume lemak2 aku time nih!
tolong la panaskan aku ya??

 ni dah sampai Jeti Kuah. eh?? Yaya pon ade?? huhu.. 
sebab mak dia Guru Besar skolah ni.
tula dia pon berpeluang ikot. 
hee~ tapi kitorang anggap ni holiday kitorang berdua je.
jadi kitorang snap pic berdua banyak2.
bole gitu?? hehe..

ni ayah tengah uruskan pasal bilik. kat Nadias Inn Resort. ehem2! 
nama Nadia tu cam bese dengar.

time ni dah around 10am camtu. tunggu nak check in.

masuk je bilik aku terus tido berkeroh2. 
bangun tengahari terus pegi makan
pastu cuci mata pegi pantai depan hotel nih.

masa kat sini kalo nak jalan sendiri2 ayah dapat pinjam van ni. walaupon van ni burok tapi dapat free ok la tu kan??
kalo sewa kete dah kene bayar rm90-rm120. kan2??
nape dapat free?? sebab ayah aku banyak bagi keuntungan kat hotel ni. huahuahua...

singgah makan laksa kat Pekan Kuah. 
sian aku!
aku dah la tak makan laksa. so aku minum je.

berjaya rembat backpack murah and smat!
rm80 je.. hehehe...
tahun depan leh la backpack gi Bandung. ngeee~

 yeah, saya bangga saya Sony user. Sony ni friendly user tau!
sesuai untuk beginner2 macam aku. =)

heart for you!
beli ni untuk cayang dengan niat nak bagi dia tambah gemok.
gila jahat niat aku kan??

ni aktiviti malam kami. shopping!!!!
huhu..kat area Pantai Cenang ni memang bes kalo malam2.
dari hotel aku just jalan kaki je.

Artisan Pizza!
sesuatu yang wajib korang cuba kalo pegi Langkawi.
sedap oh!!!
dia nye roti pizza ni nipis je..
tapi topping atas dia..
maveles!!!
aku gigit isi2 ayam tu kalo ayam dia bergolek jatuh..
isi dia besar ko tau tak???
bukan halus2 cam pizza kte bese makan tu.
pastu cheese dia sumpah banyak gile.
nyum2!!!! oh, sedap nya!
nape aku tak jumpa Artisan Pizza ni kat KL ye??

*tetiba caption pasal makan panjang gila.

ok,sudah! habes dah cite hari pertama kat sana. bersambung dalam next series. tadaa~ eh silap! tataa~

Wednesday, December 1, 2010

YAKIN BOLEH!!!!



Ini apa yang terjadi bila aku bosan. try and error. petua untuk kekal menawan. *walaupon la korang tak cantik sangat cam HANA TAJIMA SIMPSON.* ialah YAKIN. ko sarung apa pun, yang penting ko YAKIN yang ko adalah SANTEK. hey! Tuhan tak suka tau kalo korang rendah2 diri. Dia dah cipta korang sesempurna kamu. jadik sila bersyukur. dalam kes aku, biar gemok, biar chubby.. asal YAKIN bergaya dan SANTEK walaupun perasan sendiri je. hahahahah..


*tak payah ada sesape nak komen aku perasan ke hape ya?? aku sepuk ko karang! dah tentu2 ada aku tulis tu perasan sendiri. haish!

Oh,macam2 je...

morning geng! saat menaip entry ni mata aku dah pun kuyu cam orang ada masalah Ptosis. (kalo tak tahu apa itu Ptosis sila guna khidmat hencik google)tak tahan woo! bese la dah 3 malam jadi kupu-kupu malam.ecececeehhh..ayat nak power je kan? bukan aku merayap malam2 la. aku keje ko tahu tak?? keje carik nafkah untuk anak2,laki aku kat umah tu ha. hikhikhik...


macam bese..makin dekat aku nak balik Sungai Buloh, makin la aku homesick bagai kan. macam hape je.. Sungai Buloh tu setengah jam je pon dari Puchong ni ha.. heheheh.. 




err,, rindu Aina Zahra jugak. rindu nak dengar dia jerit2 bila aku usik2 dia. rindu tengok dia geli2 bila memet and memot menggesel2 kat dia. rindu nak snap2 pic dia.. oh, budak kecik!!! lama tak jumpa kau laaahh!!! meh sini nak peluk tium budak comel ni nanti! 



oh!! angan2 mahu ke beach mungkin akan tercapai ya jumaat ni. takmo habaq dulu la nak pegi mana.kang tak surprise pulak kan?? huhu.. tapi tempat ni memang tempat fevret aku. ingat nanti hunymoon nak pegi sini jek. pegi banyak kali pon takpe. setakat ni baru 3x la aku pegi termasuk akan datang ni.
err...macam dah terbocor rahsia tak aku nak pegi mana?? huhh... abaikan jela.hahaha..plan nak ke PD bersama gula-gula hati aku Cik Nana tak menjadi gara2 Cik Ima yang baru bertukar bidang F&B tak dapat cuti. hehe..nest time ya Ima?? no excuse2 before ko kawen ni ha! so aku pon tukar plan la ikot ayah aku pergi Langkawi pulak. yeay!!! shopping!!!!!!!! hohoho<--mentang2 dah nak Krismas ko gelak macam Santa pulak ye.

ok geng!! mahu tidor. malam ni last night. hoyeh~
salam...

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE