Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 9, 2011

Mari Kita Berpesta!!!

hoyeh2!!! mari kita berpesta. mari kita sembur2 air. mari kita mandi buih... stop it! kalo ko nak kena pelangkung dengan ayah aku sila lah buat. heheheh... bukan lah! ni saje nak show pic time New Year aritu. ayah bawak pegi Dataran. datang pon 5 minit lagi nak jam 12. so lepas je bunga api habis, kitorang snap2 pic kejap then terus balik. cis! tak dapat aku jumpa Amy Search yang buat show malam tu. grrrr~

aku sangat2 senang hati bila tengok bunga api ko tau?? takpelah. hencik lebah cakap kalo dah kawen nanti dia pulak bawak aku pegi tengok bunga api. heee~ suka!
ok banyak gila gambar gegar. aku pon tak paham nape. hehehehehe...sila lah enjoy saja. =)

my cuwitheart!!
pelik je muka aku time ni kan.



haish! ni pon gegar lagi. =(


kesayangan saya!

tu ajelah pic nak tayang pon..hehehehe..x kose aku nak tayang banyak2.sebab banyak sangat pic yang di tangkap oleh Muhammad Ali orang parkinson. muahahahaha... ok lah. tataaaa~

*malam ni tido dengan gula-gula kapas saya Cik Nana. suka~  ^_^

Thursday, January 6, 2011

takde sebab nak bersendiri dan sedih-sedih tau! =)

Salam... pekabo korang di awal tahun ni? sebenarnye kan aku nak hupdate cerita pasal malam new year aritu..tapi korang tau jela aku ni kan pemalas gila nak transfer pic dari camera ke lappy ni ha.. tak senonoh. pastu nanti orang dah abes hupdate pasal newyear aku baru terhegeh2. then rasa ketinggalan pulak. huhu..

ni pon kebetulan aku caj henpon pakai lappy sebab charger tertinggal kat umah. tu yang alang2 transfer pic dari henpon ni.. eh, macam panjang je intro aku ni ha...

minggu ni emosi aku agak terganggu sikit. sikit2 nak ngalir air mata. pape entah. aku rasa sebab bestie aku Kak Ruby  tu dah nak fly la.. sedih oh!!! nape aku camni ni?? dia bukan pakwe aku pon! nape sedih sangat ni... huhu.. aku gado sikit ngan hencik lebah pon dah nangis. padahal selalu tu kuat melawan. hati kering, takde perasaan, tak merajuk pon...

semalam siap aku tak contact dia satu hari. aku spent time ngan Kak Ruby. ekceli tak contact sebab gedik nak merajuk jugak tu.heheheh.. konon nak bersendiri la.. pape entah! pastu before tido nangis sorang2 sebab rindu. hahaha..
semalam borak ngan kawan aku time kat kolej. Ty nama dia. sebut as "Ti" ok? ejaan saje nak glemer. huhu... aku cite la yang aku sedih sebab Kak Ruby dah nak pegi. pastu dia cakap "ko jangan sedih2, Mey. ada lagi orang kat sekeliling ko" huhu.. dulu masa BFF aku si hencik Akmal tu masuk matriks kat Perlis pon aku call dia nangis2. touching lebih kan aku ni?? hehe.. tu belum ko tengok aku menghadap hindustan lagi. nanti senyap2 cover lap air mata. hahahahahah..
tapi takpelah...apa2 pon saya masih ada hencik lebah.hencik lebah yang kuat makan ni ha.. haritu time makan Kenny ni dia belanja aku. berapa entah bil dia aku tak ingat. tapi ade la 10sen kat harga tu. aku pun beria-ia la. mari kita ulang tayang.

aku: bee,ayang ada seposen. kejap2! <--kelam kabut korek wallet carik seposen.


dia: eleh,seposen bee pon ade. 


lalu dia pon mengeluarkan duit rm50 dari wallet dia.


aku: ala bee belanja la sebab kan bee makan banyak!


dia: apa pulak bee makan banyak! ayang la. tengok perut ayang tu!


aku: eh,apa pulak. tengok pinggan bee licin. ayang ade lagi ni ha tak habes. maknanya bee la makan banyak.


dia: eleh, makan tak habes, tuduh orang makan banyak. membazir tau tak???


aku: ha, dah tu nape bee tak tolong habeskan??


dia: dah ayang punya..ayang la makan. dah la tak sedap benda tu.


aku: ha, tau pon tak sedap. sebab tula ayang tak habes! grrrr~

mereng sungguh kami ya?? heee~ aku terharu ko tau tak time dia koyak2 kan ayam untuk aku. sape la nak buat untuk aku kalo dia takde. choooyyyy!!!! weh, menyesal pulak aku bawak diri dari dia. nak pegi kacau dia dengan misscall la. hikhikhik.. tadaaa~

Monday, January 3, 2011

Awal2 tahun lagi dah sakit. =(

Di awal tahun yang mulia ni...
kira hari ni aku 1st day keje la tahun baru ni. 
tapi....














sape sangka??
migrain semalam terbawak2 sampai hari ni.
saya pegi keje dengan kepala melayang2,denyut2..
dan sangat sensitif pada cahaya.
mata dah merah n bengkak.
tak larat nak bukak pon.
rasa nak muntah jugak
nak serve medication pon tak larat.
terus amek keputusan nak pegi jumpa Medical Officer.

jumpa kawan aku kat ER.
dia nak belawak ngan aku pulak.
tapi tengok aku yang betul2 sakit terus dia serius.

masa check tetibe abes sume aku nak speaking.
apekah???

nurse: ko kenapa ni?

aku: migrain.

nurse: sejak bila start ni?

aku: yesterday.

nurse: sebelah mana yg efek?

aku: right side.

nurse: ada rasa nak muntah??

aku: yup, nauseated.

tetibe time sakit jawapan sume nak dalam bahasa inggeris.
aku pon tak paham.
mungkin migrain ni efek kat otak aku.
baik. dah dapat MC kene rehat.
nak tido sampai matahari dah tenggelam balik.
Zzzzzz...

Sunday, January 2, 2011

Cerita pasal Hati saya

malam ni mode nak on yang jiwang2 je. nak cerita pasal hati saya.sebab nya tengah rindu ngan hencik lebah yang pegi bejalan2 meninggalkan madunya bersama Pooh di sini. *ok mengarut!* hencik lebah aku pegi Melaka. pegi kenduri kawen kawan dia kononnye. meh nak cek sikit ade bawak baju melayu tak kot2 lu yang nak kawen der.. hee~ ok apa aku ngarut malam2 nih! dah la rindu meroyan kat dia. dia nak tido sana pulak. mesti korang nyampah kan dengar. eh sukahati aku la! dia hencik lebah aku kot?? ngengg!!!
ini hencik lebah or Apek kechentaan saya. heee~

minggu ni kan aku asek nak hangin je ha ngan dia. bese ah sebulan sekali bestie pompuan datang jenguk. kalo aku tak hangin ngan dia, dia pulak yang asek hot je ngan aku. member ramai cakap mesti aku kawen nanti kalo pregnant dia yang mabuk. haish! ada pulak camtu. macam mana dia nak keje kalo dia yang kene morning sickness. kalo aku takpe la... dah tentu2 aku yang pregnant. heee~
di tahun2 baru ni teringat pulak zaman aku baru2 kenal dengan mamat ni. kelakar dowh! boleh pulak aku yang pegi usha2 dia. pastu comel je rasa bila duduk kat mcD meja depan2 pon boleh text SMS lagi. malu nak borak depan2. pastu konon2 nak rahsia2 dari kawan memasing. takmo orang tahu. bajet kalo orang tanya aku nak jawab macam artis la "No komen! No komen!" banyak la cantek muka ko! hahaha...then banyak halangan pulak tu sepanjang kitorang berahsia tu. boleh lak sorang mamat yang jugak member aku nih mengorat aku terang2 depan hencik lebah kan. mahu nye dia tak jeles?? last2 kitorang expose jela hubungan kitorang ni. risau gak lepas tuh ada paparazzi and wartawan2 datang nak korek cerita. <--korang rasa nak bagi penampar tak? hahahah...
dulu kan,konon2 nye aku nak snap pic banyak2 pic kitorang nak buat satu album..err..dua. eh! tiga album pon boleh. lebih lagi bagus.huhu..angan2 mat jenin nak tayang kat anak cucu cicit nanti.tapi dah kitorang keluar berdua susah la pulak nak snap pic sendiri kan?? asek snap pic takat leher je. tak bes ah! nak posing2 bagai.. takpe2. ada member aku buat promosi untuk outdoor photoshoot yang murah. tengah pujuk hencik lebah la ni! harap2 dia nak. sebab dia ni pemalu sikit kalau nak snap pic depan orang. tak macam madu dia ni ha. pantang nampak camera. tengah monyok pon sempat senyum. haha..
kitorang kuat makan. dulu before couple ngan dia berat aku 55kg je. lepas setahun couple berat naek 10kg. cuba la ko bayangkan. haish! seksa gila pulak tu nak kurus balik. hencik lebah pulak takpela. dulu time dia kurus kering memang huduh gile. aku rase macam pegang tulang je kalo pegang tangan dia. kihkihkih. jangan bagitau dia aku kutuk dia tau! skang dia dah debab. perut dah betul2 macam lebah. moncet!!! hahaha... 
mamat ni tinggi sangat tau! aku kalo nak belikan dia baju kena la pegi carik patung yang tinggi2 nak ukur baju tu padan tak kat dia. sebab kalo salah beli kang senteng pulak dia pakai. nanti ingat aku bagi baju tak cukup kaen pulak. heee~
tengok2. aku dah la tak reti nak pakai weges or heels ni. pakai setakat pegi kenduri sekali sekala nak bagi berdiri sama tinggi dengan dia. tu dah pakai weges pon masih pendek. selalu dia kutuk aku bantut. ngenggg!!! padahal aku ngan kebanyakan kawan2 aku, aku paling tinggi tau. ok,agak riak di situ. tapi still aku pendek dari dia. tak puas hati betol!!!
ko tengok la dia kalo dia tengah panas. bukan marah kat aku. dia ni ala2 macam putera lilin la. gedik gila. kalo panas je mula la buat muka toya dia. nyampah aku tengok. suro pandang camera pon tak sudi. heee~ nyampah2 pon aku sayang gile kat dia tau! isk! macam mana nak hidop tanpa dia ni?? chhoooyyyy!!!
dia bangga abes cite tengah belajar pakai DSLR nikon ngan Dak Apis member dia. bajet sony aku nih tak power la pastu konon2 tak reti pakai sony. aku cium flying kick kang baru tau!! oh,rindu2!!! aku memang la rasa agak ngada2 nak post cerita pasal dia banyak2 kat sini. tapi aku rindu gile kat dia. pastu mulut asek nak sebut2 nama dia aje. dari aku sebut2 sampai orang bernanah telinga baek aku tulis je kat sini kan. kalo korang tak suka baca, di persilakan nyah dari sini. tapi masalahnye cerita pon dah habes. mekaceh la susah2 korang baca. meh tium sikit. mmmuaaahhh!!!! hahahaa... 

chowww cincau!!



Saturday, January 1, 2011

Kawan saya cakap. 
saya sesuai dah jadi mummy.
bukan mummy yang mumia tu.
ni mummy = bonda.

saya selalu paham perasaan kawan saya yang dah ada anak sorang.
dia cakap saya ni keibuan.
paham je kalo dia cerita pasal anak.
saya nak anak!!
ngengggg!!!!

saya jaga anak orang macam anak saya dah.
umi Aina Zahra pon cakap saya manjakan sangat anak dia.
selalu kalo saya kat umah,saya siapkan Aina Zahra cantik2 dulu.
baru saya pegi mandi.

arrggghhh!!!
macam mana ni??
saya pon teringin nak anak.
tapi kawen pon belum.
perancangan pon takde lagi. 
mana nak datang anak pulak kan??
haiyaaaa~

hencik lebah, saya suka nama ni la..

Farha Najihah

Cempaka Nur Alia

Adam Harris

Darisa Quzandrea

oh,banyak nye nama baby gurl kita??
saya nak sorang je baby gurl.
nak tiga boboy.
sebab saya nak boboy yang tiga tu mampu jaga gegurl yang sorang.
oh, sweet!!!
=)

Wednesday, December 29, 2010

sepanjang tahun 2010

Hey korang! kabare?? huhu..warasss~ ha korang pe cerita harini?? dah hujung2 tahun ni.wah! tak percaya ya?? dah nak masuk tahun baru. makin tua lah aku. eee..tak suka! tak suka! hahaa..korang nak tahu tak masa umor aku turn to 20 boleh pulak aku sedih sorang2 kan sebab umor lepas ni dah takde belas2. kene sebut puluh2 pulak. ngek kan aku?? huahuahua...

harini nak cite pasal apa yang jadi sepanjang tahun ni. aku ni bukan la ingat sangat apa yang jadi kadang2 sebab aku ni azali pelupa dari dolu2. kadang2 tu bila sesape nak rewind balik cerita2 lama kat aku jenuh je..sumpah aku tak hengat. tapi kalo pasal hencik lebah takde satu pon aku missed out. heheheh...

cerita paling manis tahun ni..emmm.. apa dia ek?? tengok2 aku dah lupa. hahaha...oh! ha, dah ingat. masa dapat bunga surprise dari hencik lebah saya before raya haritu. tu paling sweet oh aku rasa. bukan selalu dia nak buat surprise tau! seingat aku time mula2 couple dulu je dia selalu buat surprise. bila dah basi camni dia buat bodoh je. huahuahua..ade aku kesah?? biasa ar tuh.. oh time besday aku pon sweet jugak. dia bawak pegi Genting and kitorang makan kek dalam kereta. huhu..

ni time besday.
ni pulak time dia bagi bunga.

heee~ sweet!!! pastu kalo ngan family pulak banyak je yang bes. contoh time pegi holiday kat Langkawi tula. pastu baru2 ni kitorang pegi jogging kat Kota Damansara. aku ajar ibu ngan ayah buat chicken dance. sweet oh dorang buat. terkekek2 kitorang adek bradek tengok ibu ayah buat. hahahah...tapi takde pic pulak nak tayang kat sini. iya lah, pikir logik takkan aku nak bawak camera pegi jogging kan? ngeng!!!

tahun 2010 ni jugak macam2 benda sedih jadi kat kitorang, kat aku... paling menyakitkan bila ada orang backstab aku. gila2 sakit oh! aku bukan pendendam tau! tapi perangai aku ni, kalo aku dah tak suka ngan satu2 benda tu or seseorang tu.. dengar orang sebut nama dia pon aku tak sudi. apa lagi dengar suara dia or pandang muka dia. nak bercakap lagi pulak kan. aku bukan jenis pandai pura2. aku tak suka aku cakap aku tak suka. sebab nya aku tak nak hati aku sendiri sakit bila teringat benda2 ni kan..sangat sakit! dalam banyak2 benda ni la yang paling menyakitkan hati aku. bukan untuk tahun 2010 ni je. tapi sepanjang hidup aku yang dah 22tahun ni.. yang ini..paling sakit! oohhh~ 

ok la geng! baju nak lipat melambak2 ni. aku stop sini dulu. next entry nak publish pic2 yang aku tak penah publish lagi kat blog aku ni.. tunggu yea?? mmuuaaaahhhh!!!



Tuesday, December 28, 2010

Farewell party pukol 2.30pagi

Salam readersSsss! ecewah. huruf S tu nak banyak je. padahal reader bukan beribu riban cam kat blog Aizul Marcello and adek comel dia si Irine Nadia Marcello tu. muahahahaha... baik. maafkan saya. balik pada cerita asal. semalam aku keje malam. so aku ngan Kak Anna buat keputusan nak buat surprise farewell party yang tak berapa nak surprise untuk kesayangan aku Kak Ruby yang dah nak fly pegi keje kat Saudi bulan depan. uhuk2..sedih...dah takde geng untuk bersnap2 picture and berjoli2. siyes air mata rasa nak nitik2 pulak bila ingat waktu perpisahan makin tiba. =(

*lap2 air mata and hingus yang leleh2.*

mode ceria activated!! ok, malam tadi kitorang menggemokkan diri dan membuncitkan perut masing2 dengan mengorder Pizza Hut. dah la aku lapo. aku bedal Hawaiian ciken medium size tu banyak tau. sebabnya pizza yang besar tu dorang order yang tuna punya. aku tak bape makan sangat tuna2 ni. lagi ade yang benda ketam tu topping atas dia. ee..tak suka! tak suka! eheeee~ gedik tol!! ok2. mari enjoy pic!

 lihat si pemakan yang kelaparan sampai perut dah masuk angin sebab
tunggu akak kesayangan si Kak Ruby setel kes kat Labor Room.
 kesayangan. aku in relationship ngan minah ni la kat FB.
huahuahuaa...
*nak kutuk aku tak laku kat laki ah tu.
 muka macik2 aku time pegi keje.
ade tak rupa macik???
 Kak Anna selaku pengasas Farewell Party ni.
ngeng je ayat aku tu ha~
hahahahah...
 mommy wannabe.
^_^
anak aku nanti camni ah.
mata sepet2,pipi tembam2,kulit putih melepak,kaki berketul2..
heeee...tak sabar mau kawen ngan Apek kechentaanku..
 motif pic ni nak tayang stathescope or ring??
entah aku tak paham dengan diri aku sendiri.
=P
 SRN Myra Anne.
oucchhh! sakit dada la akak~ <--tetibe.
 hey, kantoi la ko curik tulang camnih!
eh,helloooo...ni keje malam la! sume patient tido.
takkan saya nak kacau dorang. grrr~ skati je nak tuduh2.
 akak!!! bila mau kawen ngan TUTTTT...
nak book tiket pegi Sabah ni..huhu...
*hey si TUTTT. kalo anda baca ini belog jangan nak kutuk saya gemok ya??
ini paling tak tahan.payung Avon pun jadi mangsa prop.
hehehehe...
eh, kak!! tabik sape?? putera Arab kah?? =p
ok, sudah2..
dah penat bergambar.
dah dekat pukul 5pagi.
nak serve ubat nih.
mari tido sebentar bersama kitkat selimut.
ssshhhhh~

Monday, December 27, 2010

Selamat Pagi Malaysia!

Wah~
before pape,aku nak ucapkan tahniah kat pasukan Malaysia sebab malam tadi menang 3-0
ini sume adalah berkat hencik lebah saya dan geng2 nya yang menyokong secara fanatik kat stadium bukit jalil tu ha..eh??tetibe je kaw ni kan?? tak pasal2 pulak sebab hencik lebah kau!
hehehehehhe...

oh,tadi time balik keje tetibe teringat satu kenangan ni.
terus tersengih sorang2.nasib takde orang kat situ.
kalo tak,mesti aku dah kene tangkap and skang takde kat sini.
mungkin dah sampai Tanjung Rambutan by now.
huahuahua...

bukan apa...malam tadi aku night shift.
aku teringat pulak first time aku buat night shift masa aku posting Sem 5 kat 
Hospital Pontian. masa tu assignment aku kat ER. so best lah. boleh relax2.
tu bukan sebab aku tersenyum2 tadi.
tapi sebab hencik lebah aku risau yang amat kat aku ni ha sebab first time keje malam.
sampai dia takmo tido. siap temankan aku SMS.
konon2 je tu...
dalam pukul dua lebih tu dia dah padam. hehehehe..
comel je dia! nak teman sampai pagi konon!
last2 dia tertido gak...hehe.. mekaceh awak!
sudi jugak nak teman budak comot ni ha...

balik keje malam tu lepas mandi apa sume aku tido tak hengat dunia.
bangun makan tengahari.
pastu tido balik sampai Asar.
lepas Asar tido balik sampai la lepas magrib.
gila aku tido kan???hehehehehe...
bajet takut malam nanti tertido lagi time keje.
sumpah aku tak tido sampai pagi time keje tu.
hahaha...

tula pengalaman keje malam aku yang pertama.
yang sweet sebab dia sudi nak teman aku.
tapi skang????
hurmmm..takde makna dia nak teman. tido lagi best katanya.
hahaha...tak kesah la der~
asal lu bahagia.
mmmuuaaahhhh!!! ^_^

nak tido dulu..tataa~

wa sangat sayang lu la der~

Saturday, December 25, 2010

ehem2...
sweet tak??
ini surat cinta saya buat untuk bakal suami saya iaitu
hencik lebah.

jenuh karang ayat kat dalam kad tu tau
aku buat time nite shif minggu lepas.
pastu tahu pulak malu nak bagi kat hencik lebah
sebab tajuk besar nye cam over pulak kan?
eh, bila masanya korang plan nak kawen ni??
pandai2 je tulis untuk bakal suami
eh,sukahati aku la kan??
dah tentu2 dia bakal suami aku.
insyaallah...

tapi ko tahu jela aku ni.
malu kejap je.
pastu time bagi,muka selamba badak macam la tak penah kentut depan dia
huahuahua~
tapi dia suka tau!
emmm..
nak senyum puas2!

^_^

Mekaceh pada Cik Nuraitul Syima

Ha,tajuk besar aku bagi kat situ untuk Cik Nuraitul.
Cayang kamoooo lah!
malu kita la awak puji2 cenggitu. hehehehe...
thanx yea sudi baca blog kita yang tak bape best cam blogger hebat tu.
malas sebut ah sape.
kalo dah kata blogger,mesti la korang pon kenal sape blogger2 glemer kat Malaysia ni kan.
aku ni tulis benda2 bese jek.
pasal life Myra Anne yang tak seberapa.
huhuhu....
*merendahkan diri yang sememangnya rendah dari hencik lebah saya.*

ok geng!
mari ramai2 baca blog kawan saya 
skang ni dia banyak tulis pasal keje dia yang busy tu.
da lama tak dengar cite dia ngan kesayangan dia.
hehehe...
ini dia....
jeng...jeng...jeng...


ehee...malu ah!
auuuwww!!

Monday, December 20, 2010

Cerita Bongek Aku dan Dia

semalam aku keluar ngan hencik lebah. pegi One Utama. memula plan nak pegi Sunway Lagoon. tapi dia demam pulak. and kene standby untuk keje. sian jugak kat dia. demam2 pon sebok nak teman aku. aku dah cakap nak cancel pon dia tak nak. nak jugak keluar. aku pon malas nak cakap banyak. kang mudy2 jadi tak bes pulak. semalam banyak duduk je ngan dia sebab dia tak larat jalan. mengah2 katanya. so banyak la keluar perbualan bongek aku ngan dia.


SATU
masa makan. tengah borak2 pasal keje dia yang dahsyat tu.


aku: bee tak nak carik keje lain ke?


dia: tula.. ingat nak apply jadi CEO kat mana2. tapi tak pulak ada orang nak.


aku: bongek la bee ni!


dia terus buat muka blur mintak dipuji (sebab cumel) lalu aku pon gelak terbahak2.


DUA
masa tengok orang main boling.


aku: bee,nape bee tak penah pakai shortpants pon time keluar ngan ayang? bee beli tu pakai time bila?


dia: aurat! bee pakai malam je.


aku: bongek! ingat kalo pakai malam orang tak nampak aurat ke??


dia: dah tu.. hehehehe..ha, nape ayang tak penah pakai boxer time keluar ngan bee??


aku: bee bongek! 


sengal je kan? haha.. tapi ada perbualan yang sangat membahagiakan aku. takmo share ngan korang. nak simpan untuk diri sendiri jek. huhu... best nye!!! ermmm... tak sabar la! 


entry kali ni malas upload pic.sebab dah banyak sangat upload untuk cerita Langkawi. huhu..nanti aku upload lagi ek. pic dalam henpon. tak transfer lagi. ni memang kemalasan aku nak transfer2 ni. =_='

Langkawi Part 3

Hari2 terakhir kat Langkawi. letak pic jela terus ya? sementara bodben tak mintak disumpah2. huhu...

pagi2 pas breakfast terus lintas jalan depan hotel pastu dah sampai laut. niat hati nak naek banana boat sebab sume tak penah merasa lagi. huhu..
eh2?? dah senget...
busshhhh!!! dah tergolek jatuh.hehehe...

before naek ni beria2 ayah tak bagi kitorang jatuh. takut adik kecik aku si azim tu lemas pulak walaupon la dah pakai safety jacket. hehehe.. ayah naek bot ngan orang yang tarik kitorang ni sebab nak snap pic kitorang. rupanya atas bot ayah berpakat ngan orang ni suh jatuhkan kitorang kat tempat dalam. hahaa..sangat noty ye ayah aku?? menjerit2 kitorang. ayah gelak je tengok. yang ibu duduk kat tepi pantai dup dap jantung dia risaukan azim. hahahhahaha...

 pastu pegi sambung shopping lagi.heee.. time ni aku pegi belikan along backpack pulak. 
kedainya yang belakang tu la. kat Pekan Kuah.
 ini dekat Al-Ikhsan.ebby nak beli kasut. 
aku sempat tertido lagi kat sofa ni time dia pilih kasut.
ngantuk gila. penat berjalan.
orang cakap muka saya macam muka ayah saya.
of cos la!! kan anak ayah...
aku pulak slalu cakap muka azim macam muka Yana.
tapi male version nye. hahahaha...
 before balik. snap dulu kat lobi hotel.
 kat depan pantai jap.
ready to go home!
korang2 sangat bertuah dapat tengok muka rabbit aku ni.
kat FB tak upload tau yang ni. hehehe...
 oh! pic dah berterabur. ni time makan ikan bakar..
 kawasan perkampungan nelayan.
ni depan kedai tu je...
 ok, ni baru la real nak balik. time ni budak2 sekolah tu dah balik KL naek bus.
kitorang je naek flight sebab nak sambung lagi satu ari berjalan..
 babai Langkawi. see you in my hunymoooooon pulak. hehehe...
so,save the hunymoon suite for me k?? 
hahaha..
gatai!


sekian cerita hunymoon holiday aku. oh, banyak nya pic berjoli tak upload rupanya. sume gara2 lappy rosak haritu. ok la geng! so sape2 yang tak penah pegi Langkawi tu pegi la bila2 nanti ya?? memang besh!!!

take care! Adios!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE