Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 23, 2011

Berjoli dengan Blogger Si Lady Awin part 1

14hb lepas Cik Awin and adik laki dia Uzair dari Penang turun KL. datang jalan2 and stay kat umah aku selama dua malam. tapi adik dia tak la... adik dia stay umah kawan dia kat Klang. Best woo~ asek berjalan jela keje kitorang. ni masa 1st day. Awin sampai2 je terus kitorang jalan2 pegi Sunway. hajat Awin nak maen G-Force kat dalam Sunway Lagoon tak kesampaian sebab aku memang cakap awal2 takut nak naek benda tu. hehehe... tapi dia ade hati jugak nak hasut aku naek bila dia datang lain kali. huahuahua...

Ok, mari tengok pic aje la. oh, Cik Atikah kawan si Awin ni pon ada join kitorang tau. tu yang baju biru sling bag coklat tu..




Lepas pegi Sunway kitorang gerak pegi One Utama sebab Awin teringin nak makan kat TheObroma Chocolate Lounge.




Lepas makan kat sini, aku and Awin lepak kat bowling sementara tunggu hencik lebah. kitorang pegi makan Nasi Lemak Cinta Sayang kat Sec7 Shah Alam pulak. heee~ banyak gila aku hencik lebah makan kan?? padan ah moncet! muahahaaha.... after makan kitorang pegi snap pic kat I-City.


aku suka sangat nengok hencik lebah time ni. comel. rasa nk geget pipi tembam dia. rasa nak geletek perut bulat dia yang dah macam bola tu. hamek lu!! suka2 ati kutuk wa belon. wa kutuk lu kaw2 kat sini ok, bola??? muahahahaha...

abes je bersnap2 kitorang balik. letak kepala terus tido. penat gile kaw!!!



Tuesday, March 22, 2011

Cara kau mencintaiku

Bila aku cakap teringin makan chickenchop, dia bawak aku makan McD.
Bila aku teringin makan waffle strawberry dia bawak aku makan brownies.
Bila aku cakap teringin nak bercuti ke Pangkor dia bawak aku pegi Penang.
Bila aku cakap teringin bela kucing dia suro aku pegi amek sendiri kat umah kawan dia even dia yang beria carikan aku kucing.
Bila aku nangis dia marah2. padahal dia marah sebab aku bersedih hari tu. even bukan dia yang buat.
Bila aku makan banyak dia kutuk aku dah macam belon. padahal perut dia pon dah macam bola.
Bila aku bagi dia kad, dia buat2 tak tahu tapi rupanya kat umah dah berkotak2 dia simpan kad yang aku bagi.

Pelik sangat cara dia tu! tapi dia tetap my only chentahati dunia akhirat. Insyaallah. =)


Monday, March 21, 2011

PD bergegar!!!!

Minggu lepas 13March2011 Port Dickson bergegar gara2 kehadiran kitorang ke sana.
eheheheheheh~
aku ikot Makyang and Ucu aku pegi picnic. 
ekceli pegi sebab nak jenguk anak Makyang yang kat sekolah tentera tu jugak.
aku ngan hencik lebah gerak lewat.
sebab hencik lebah bangun tido lewat. 
eheeee~ 
tu aje la alasannya kalo kitorang pegi mana2 lambat.

 masa aku sampai je dorang nak naek banana boat dah.

 hencik lebah memang suka snap the hodoh site of me.
sila paham dengan perangai dia yang suka mendengki dengan aku.

 ini anak sulung Ucu.
Fifi.

 ini aku dan hencik lebah moncet! muahahaha~

"saya suka bila awak pandang saya sebab nanti saya rasa cantik even saya comel tak cun mana"

 thanx for make me happy!

 aku nak benda pusing2 warna-warni ni.
tapi hencik lebah tak bagi beli.
dia suro berdiri bawah tu je and dia snap pic aku.
=_=

 opss!! sexy pulak adek aku tu.

 cuba teka Pakyang aku tengah buat apa.
??????
(angkat2 kening ^_^)

 dah macam tempat gantung beg pulak hencik lebah ni.
muahahahah...

peace~

Wondermilk VS Wondergirl

Holla~ <--gaya Dina Nazir DJ Era.

hee..lama gila aku tak update pape kan? pic dah berkepuk aku kumpul baru nak update sini. tapi ekceli aku ada masalah kekangan masa dan bodben juga mengekang aku dari beronline dengan laju nye. nyampah aku tau! grrr~

kali ni nak tayang pic masa aku pegi Wondermilk kat Damansara Utama area uptown tu. akak aku ni la.. before pegi umrah dia teringin sangat nak makan cupcakes. so dia belanja la aku ngan ibu pegi sini. terbaek dol dia punya cupcake. sedap!!! aku tak bape suka yang manis2 sangat. tapi yang ni siyes sedap!

ini cupcakes yang di gembar-gemburkan tu!

 ini si tukang belanja. =)
Cik Puan Syikin.



 tak sempat2 nak snap pic dah hilang dua cuppies.

 sape lagi kalo bukan orang ni yang makan.
hehehe...

 ini chicken cheese baked potato yang super sedap!

 harga rm8.90.
murah kan?? 

ini deco kedai dia yang sangat cumel!




 ko dapat bayang kan tak kalo aku jadi Elvis??




si tukang belanja tak sedar muka dia tak bape comel time makan.
si ibu pulak syok sangat makan.


rasa nak pegi lagi.. tapi lain kali nak bawak hencik lebah pulak. =)
sekian.

Wednesday, March 9, 2011

Taggie.

aku kena tag oleh Cik Puan Ieda . aku ni suka jugak la nak menjawab soalan2 tag ni kalo takde keje or takde idea nak update entry baru. hehehehehe...malas nak cite banyak. kepala pon tengah denyut2 ni. jom kita jawab.

Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisah la sampai nama datuk, moyang kamu.
Nama aku panjang. tapi nama komersial aku Myra Anne Noridin. muahahahaha...ko ingat ko artis ke weh? pedulik!

Kamu suka warna pink tak??
Harus lah suka. aku kalau buat handmade card untuk hencik lebah tapi takde kaler pink rasa macam tak lengkap je card tu.=)

Siapa paling comel. Maher Zain ke kamu??
Adoiii~ harus ke aku di bandingkan dengan Maher Zain. dah tentu2 la Maher Zain itu kacak dan comel itu aku. hikhikhik...

Mana lagi sedap? kek ke aiskrim?? 
Aiskrim la! vanilla and strawberry memang terbaek!

Ain Maisarah. siapakah dia??
eh macam penulis novel budak2 tu je nama dia. yeke???

Ceritakan sejarah kamu membuat blog.
Masa pegi Terengganu tahun 2009 tak silap. adik aku cerita pasal blog. aku tanya apa benda tu. camne nak buat. lepas dia ajar apa semua, aku buat blog senyap2. konon takmo dia tahu aku dah buat blog. sekali dia pegi google nama aku pastu jumpa blog ni. gila stalker kan adik aku tu? huahuahua...

Apabila harijadi kamu, kamu mahu si pemberi taggie ni bagi apa kat kamu?
tak kisah sangat la. tapi kalau boleh bagi baju,seluar and shoes pon ok dah kot. takmo mintak lebih2. hakhakhak...

Single,already taken or having a crush??
ermmm..i am single but not available coz already taken by someone and having a crush on him! =)

Nama gf/bf??
nama komersial aku bagi kat dia "Hencik Lebah". glamor kan? =)

Agak2 umur berapa nak kawen??
agak2 aku la kan..aku target before 26. kalo lagi awal lagi bagus kot. <--gatal gila.

Tema perkahwinan???
tak pikir lagi. tapi nak yang very the simple but unforgettable.

Beza sahabat dan kawan??
sahabat : teman susah senang. tak payah terangkan or cakap pape pon dia dah faham.
kawan : kawan2 biasa je.. bukan BFF.

Siapa sahabat kamu??
Cik NanaCik Ima, Cik Yaya, hencik Akmal and hencik Fahmy.dorang semua BFF aku.

Tulis satu sahaja true friend korang.
errr....susah la nak pilih! tapi nak sebut Cik Nana la. bagi dia perasan sikit. hikhikhik...

Sila upload pic korang yang paling buruk.
Aku tahu ni sememangnya buruk. sila lah korang paham dengan situasi aku time ni. hahahahah....

Sila upload pic korang yang paling cantik.
aku tak la rasa pic ni lawa. tapi ada la sorang hamba Allah tu kan dia suka benar tengok pic aku yang ni bila aku buat profile pic kat FB. tu yang aku perasan cam cun tu. huahuahua...

Tag mereka yang bertuah.
Arhh...semua pon bertuah. sila2..buat soalan ni. 

Adios!!!

Monday, March 7, 2011

Bad Day!

Hari ni entah apa la jadik kat aku. dah la balik keje tadi masuk je parking lot bawah umah aku ni tengok2 ada kereta park kat situ. entah kereta sape2. kalo ada tow truck lama dah aku angkut kereta tu pegi jual kat besi buruk. cepat2 aku pegi buat kecoh kat security. hei, tu parking lot aku lah! kalo takde park mane pulak aku nak parking kete pinjam ni ha... kalo parking kat luar apartment ni mau kete ibu aku pulak kene tow nanti ngan penyangak2 tak semenggah. dah la aku ni mengantuk ok baru habis nite shift. ada pulak orang carik pasal ngan aku.
ha, padan muka kereta ko kena clamp. tapi tu pic dari google jek. huhu. pastu elok2 je aku nak tido management ofis call aku kan. hei, aku memang angin betol orang kacau2 aku time aku nak tido lepas keje malam. ko tau tak aku susah nak tido siang??? terus aku tak boleh tido sampai pukul 10. then baru tido. then yang aku sakit hati, pukul 1 lebih aku dah terjaga. hadoi~ mata tolong la aku. aku kena tido la. malam kang aku keje last nite. tapi hagghhaaammmm mata aku ni nak dengar kata. bukti??? sampai sekarang mata aku terbuntang luas. padahal sleepy je rasa.

lepas tu carik2 henpon aku lagi satu. eh, tak jumpa pulak. mana entah. biar kan. dalam beg la tu. tetibe. OH TIDAKKKKK!!!!! henpon aku tertinggal kat wad. baru teringat. aku caj henpon kat wad malam tadi. waddeeee... terus gelabah call wad tanya kot2 masih wujud ke kehadiran henpon aku tu. kesian dia. asek la di anak tirikan. ah, sape suro ko buat hal banyak sangat! aku elok2 tulis message ko mampuskan diri ko. padahal battery penuh. elok sangat la tu. ha, nasib baik ko ade lagi. kawan aku simpankan dalam locker. kalo hilang mau menangis aku. jual balik, dapat duit tau tak??? grrr....

sekarang aku lapar. jangan ganggu mood yang tak betul. nanti tukar jadi hulk hogan pulak. eh, sory2! incredible hulk. =)

hijau. fevret kaler aku. elok jugak bertukar kaler jadi hijau. gerun sikit orang tengok. tapi jangan kompius ngan Shrek ya? please....=)

Rindu. 
i miss you terribly.

Friday, March 4, 2011

Nak bawa diri ke Arab Saudi =(

Tengah berduka lara ni elok lah kiranya kita bawa diri ke negara Arab Saudi tu ha...jauh sikit dari segala-galanya. baru boleh belajar berdikari. baru la belajar kuat semangat sikit. ok. tak payah mengarut. stop it!
 mmuuuaahhhh!!!! mish u kak!!!
yang atas tu memang duduk kat saudi. yang bawah tu dok Puchong je. tapi dua2 nak maintain shawl bagai. tutup aurat beb!! =)
 hencik Jimmy pon nak interprem tau!!! bantal busuk yang kat belakang tu..errr...takmo cakap pape la.hee~
 nah! muka comel untuk akak sayang yang jauh sangat kat perantauan ni ha.
lagi satu!!! ehehehehehe....
kak, beg LV satu ya??
mmuuahhhh!!! cayang akak lebih~

**tuan punya belog baru tau camne nak printscreen. tu yang sebok nak menayang ni ha. toksah nak kutuk2 aku ya?? aku tahu aku ketinggalan. ngeee~

kalau dapat pegi Saudi pon best ek?? gaji riban2 kot. boleh bayar loan PTPTN. murni kan hasrat aku? =)

Wednesday, March 2, 2011

Untitle.

what is the connection between disappointed and lonely?


trust me. i know the answer.

Jiwa Yang Hilang


kalau nak cari jiwa yang hilang,
kena pergi kat tempat di mana mula-mula kita menemukannya.
atau tempat di mana kita sering teringat tentangnya.

Waktu-waktu yang aku tinggalkan.

Aku sangat rindu pada waktu-waktu yang aku tinggalkan.

Waktu kau milik aku sepenuhnya.
Waktu kau cuma senyum untuk aku.
Waktu kau cuma pandang aku.
Waktu kau cakap sunyinya dunia tanpa aku.
Waktu kau rasa permaisuri itu aku.

Aku mahu cari semula waktu-waktu yang aku tinggalkan.
Hingga mungkin aku perlu kecewakan kau.
Untuk lihat semula keindahan pada waktu-waktu yang aku tinggalkan.

Titik.


Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE