Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 8, 2011

Great idea for your anniversary. =)

As Salam.

Last time aku hupdate belog nih pasal ulangtahun bercintan cintun aku ngan hencik lebah yang ke tujuh kan? ada aku cakap aku buatkan dia scrap book kan? meh nak revealed benda alah tu kat entry ni..=)





Great idea for anniversary kan?? aku memang lebih suka buat sendiri hadiah untuk hencik lebah. lebih bermakna orang kata.. kan kan kan??? hee... bahagia gila kot bila tengok orang kita sayang senyum lebar terima hadiah hasil tangan kita.

Lepas aku buat benda ni, ramai la pulak mintak aku buatkan untuk dorang. tapi sorry! awal2 aku cakap, hasil tangan aku cuma untuk hencik lebah. kalau korang nak buat aku boleh tunjuk ajar je. hehehe... gila bongkak tak? tak..tak.. tapi aku memang buat handmade dari dulu untuk hencik lebah. tak penah buat untuk orang lain. lagipon takkan la korang nak aku buatkan hadiah untuk boypren korang kan? tak special ah camtu. =)

Tataaa...

Saturday, August 20, 2011

Oh,my!!!! it's our Seven Anniversary! =P

As Salam.

Tepat je jam 12 malam tadi aku rasa macam nak jerit oh! nak tahu pasal apa? sebab 20 August 2011 ni aku dengan hencik lebah dah jadi teman gaduh tumbuk2 perut selama 7 tahun. so nak wish Happy Seven Anniversary, hencik lebah!!! =D excited gila. tapi nak bagi amaran. sape yang rasa nak muntah hijau dengan entry ni sila tekan pangkah kat atas belah kanan tu awal2 ye. =P


Tujuh tahun lepas pada tarikh 20 August 2004 (imbas kembali)
Masa tu aku baru lepas habis tuition kat Perfection, Kepong tu. haish terjumpa lagi si apek ni kat depan McD. hati melt sekejap. tak tahu la pasal apa hati debar2 tak hengat bila bertentang dengan mata sepet dia tu. oh, hati! toksah gedik sangat ok? =) Lepas Maghrib dalam jam 8 lebih camtu, aku dengan kawan aku decide nak balik. dalam hati, "alamak, bila dapat jumpa lagi ye?" dekat sampai bus stop, dia text aku.
"awak ade bf?"
"takde.."
"ok,dengan ni saya rasmikan awak jadi gf saya."
hahaha..it was so sweet!! so malam tu rasmi lah aku jadi girlpren kat mamat mata sepet nih. kui kui kui...=P


Sepanjang 7 tahun ni, ada la saat2 yang susah bagi kitorang. tapi paling susah masa tahun ke 6 laa.. teruk sangat kitorang di uji. sampai hampir2 break. Alhamdulillah, kitorang sama2 bertahan. sama2 cuba naik balik. tengok sekarang, dia jadi tempat aku lepas geram tumbuk2 perut lagi. hahahahhh.

hencik lebah tak pernah manjakan aku sangat. dia kata takut nanti bila dia takde aku susah. bergayut dalam tepon jauh sekali. adela dalam sebulan tu sekali dua je dia col aku. tu pon bila kitorang nak keluar sama dia dah sampai kat bawah umah aku ni ha call suruh turun. hahahhh. kalau dia busy dengan keje, kadang 2-3hari la dia tak text aku. tapi aku tak kisah pon. aku buat hal sendiri je. tiba saat gedik datang je aku merajuk ngade2. hee~

tapi ibu selalu pesan bila aku marah2 hencik lebah toksah dok ngamuk2 ngan dia. dia kerja carik rezeki, bukan suka2. nangis kejap T_T. ibu nih.. tak back up anak dia langsung! =(


mak oi, aku dah angau sangat dah ni! help! help! hahahahhh..

so untuk anniversary kali ni aku buatkan dia ala2 macam scrap book tu. tapi tak boleh la tunjuk kat korang lagi sebab tuan dia pon tak tengok lagi. heee~

oklah. takmoh cita panjang2. nak bbm ngan hencik lebah pulak.

Tataaa..

Tuesday, August 2, 2011

It's her turn to be the bride Part 3

As Salam.

Okeh Part 3 memang dah totally xde kena mengena dengan pengantin. tapi di sebabkan tajuk berkaitan dengan pengantin aku just nak cakap la yang mungkin time kitorang tengah berseronok kat Jonker Walk and pusing2 town sebab x jumpa kedai makan best pengantin kat rumah tengah bukak2 hadiah and lepas tu segera menuju ke bilik tido. ehem2! heee~ ok, tutup cerita pengantin.

Moh tengok gambar yang Cik Nana nanti2kan. lepas penat jalan petang tu kitorang check in kat hotel budget yang murah lagi selesa kat belakang Mahkota Parade. nama hotel tu The Legend. mandi2 and solat, lepas Maghrib terus keluar pegi Jonker Walk.













Lepas penat jalan kat Jonker kitorang pusing2 satu town carik kedai makan. tapi sampai masuk jalan hala ke Umbai tu. alang2 terus carik kedai ikan bakar. last2 jumpa satu terbaek punya kat Sungai Duyung. ko tengok gambar Cik Nana kat bawah ni. gila semangat kan? =P




muka kelaparan yang tak semenggah. +_+



siakap tiga rasa terbaek aku penah makan.
sedap gila woo!!!




Then lepas makan kitorang jalan2 kat depan Dataran Pahlawan tu. kan ade macam ala2 Downtown kat situ. terjumpa la Aizul Marcello kat situ ngan member dia. tapi takde la pulak aku menegurnya kan. yelaa.. orang femes.. mana pandang aku ni ha. kui kui kui... ada jugak kitorang pegi tengok kereta yang dah modified menunjukkan kehebatan masing2 kat depan DP tu. yang paling aku kagum dan jakun bila tengok ekzos keluar api ye kawan2. siap record dalam henpon. hehe.. tapi pic2 time tengok kereta2 smart ni ada dalam henpon. malas aku nak transfer nye. sory eh.

oklah.. stop here.

Tataa...

p/s: Cik Nana, puas hati dah dapat tengok pic time malam tu? =)

Wednesday, July 27, 2011

It's her turn to be the bride Part 2

As Salam.

Okeh lepas kenduri si Tika Bili, kitorang ramai2 decide nak pegi makan cendol kat depan bangunan merah tu. disebabkan hanya Cik Nana yang asal Melaka jadi kitorang sama2 setuju untuk biarkan Cik Nana jadi tourist guide ya kawan2. masalahnya tourist guide kitorang ni bawak kitorang pusing MITC adela 8-10 kali sebab tak jumpa jalan keluar untuk ke jalan besar. hahahhh.. gelak terkekek2 itu harus sebab kat belakang kitorang ade la dalam 4 kereta follow. so bila berpusing2 kat roundabout tu memang comel la tengok kereta berderet kat belakang kan..

Mari tengok gambar. malas nak caption bagai sebab banyak sangat gambar. yang penting nak korang tahu, kitorang jalan kat bandar tu pakai baju kurung dengan cuaca panas Ya Rabbi tapi gigih jugak nak snap pic kan..

















aku. imah, nana.
aku rindu saat2 kitorang bertiga spent time sama2 macam zaman kolej dulu.

Dah apehal la nak buat entry ada part2 kan? sedangkan part 2 ni takde pic pengantin pon. hehehe... ni semua lepas kenduri punya cerita. lagi satu, motif buat part2 sebab nak Cik Nana ternanti2 pic time kitorang berjalan malam tu pulak. heee~ 

Tunggu Part 3!!!

Tataaaa

It's her turn to be the bride Part 1

As Salam.

Selamat bertemu kembali ye kawan2. sorry!! lama gila aku tak update ini belog kan.. busy dan kemalasan weh. kalau aku online pon aku tengok cerita Korea je. FB and blog memang aku lupakan terus. hehehe..Jangan marah, nanti cepat tua. untuk mengubat kerinduan korang pada tuan belog yang makin hari makin debab ni, mari kita tengok sikit gambar masa kawan rapat aku kat kolej kawin.

Date: 16 July 2011
Venue: Dewan kat umah dia *tak ingat. tapi kat Melaka, perumahan belakang2 MITC tu. hehee..
The Bride: Tikah Bili (or aku panggil dia Ty) & Pa An <--nama glemer

time atas pelamin.

suap-menyuap pulut kuning.
weh, aku baru tahu, kalau ko jadi pengantin tak boleh makan banyak2 ek time makan beradab.
haishh! amat sukar bagiku. +_+

dengan bestie Cik Nana

kenduri ni ala2 macam reunion kitorang la jugak.
ni semua yang kitorang memang rapat masa kat kolej.

gambar gila2.
ok, photoG pon geleng2 kepala tengok perangai tak senonoh kitorang time ni.
hahahahahhhh...

Okeh. bersambung kat Part 2 pulak...Cik Nana, sila bersabar sikit ya? =)

Tataaa...


Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE