Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 15, 2012

Entry ceria umur dah 24. =D

Hye As Salam.

Entry before ni dah update pasal novel2 yang nak di jual. sebab meby family aku nak pindah rumah nanti. meby laa... tak tentu lagi. hari ni aku dok mengadap picture2 yang di snap masa besday aku 26may lepas. rindu pulak kat hencik lebah. lama tak buat entry gedik2 bersama hencik lebah. heee...

masa 26may aritu, aku sangat terharu dengan hencik lebah sebab dia sudi amek cuti walaupun dia kena standby anytime orang call. so biasanya hencik lebah akan bagi aku decide la nak pegi mana. so aku pon cakap nak pegi Bukit Tinggi kat Pahang nun sebab tak penah jejak kaki kat sana. dia dengan rela hati bawak. masing2 tak tahu jalan so kitorang guna jela GPS. ada teknologi kan... buat apa kalau tak guna.

tapi teknologi yang ada pon tak guna sebab jalan yang ditunjukkan entah apa2. sampai kitorang sesat masuk jalan lama nak ke Bentong. boleh la kira berapa banyak kereta yang kitorang jumpa masa lalu situ. hencik lebah dah mula hangen. aku ni cool je. duduk diam2. sampai last2 aku cakap "bee,kalau ayang lalu jalan ni, sumpah ayang patah balik. seram gila" baru la hencik lebah tergelak2. siyes seram ouh!!! siang2 pon seram apa lagi malam.

then kitorang patah balik kat Bentong. lalu Tol Bentong tu, sila ringan mulut tanya akak Tol. akak tu cakap kalau dari Bentong senang. kalau dari KL memang konpius. so baru la kitorang jumpa exit ke Bukit Tinggi tu. aku yang dah bosan ajak je hencik lebah balik KL. pegi PC fair kat Mid Valley tapi dia tak nak. so aku pon seronok la. memang itu jawapan yang di cari. hahahahahhh..

sampai kat atas tu korang kena bayar tiket RM12 sorang untuk masuk kat dalam tu. lepas bayar tiket kitorang terus menghala ke Japanese Village. At first sampai kat tempat parking tu aku macam...

"Errr...kita bayar RM12 untuk apa ya?" sambil memandang sekeliling yang takde pape.

pastu hencik lebah tiba2 menghulurkan satu kotak ala2 kotak barang kemas tu. aku dengan penuh terperanjat buka la kotak tu. terus sengih2 tengok ada rantai and bracelet yang bertatahkan pearl. lalu mulut aku pon mengucapkan..

"Mana cincinnya?"

"Bongek!" kata hencik lebah.

hahahahhhh...aku paham, hencik lebah takkan bagi cincin sesuka hati dia. mesti dia nak tunggu hari nikah yang entah tak tahu zaman bila tu. heee... dia pon pakaikan aku bracelet and rantai tu. sempat la feeling macam drama jap bila lelaki pakaikan rantai. bahagia tahu??? =D

lepas tu baru kitorang perasan yang kitorang kena daki bukit sikit untuk naik ke Japanese Village tu. jenuh hencik lebah bagi semangat kat gelpren dia yang debab ni untuk jalan naik ke bukit tu. hahahah. takde makna.

baru suku jalan.paksa senyum.

setengah jalan. Aja Aja Fighting!!!

dah sampai atas. lihat lah betapa seronoknya tuan punya belog.
nak tahu apa ada kat sini, boleh la rujuk signboard Japanese Village tu. =P

jenuh suruh hencik lebah carik bangunan ada jambatan macam kon ni.
Colmar Tropicale Resort.
bila jumpa, sengih lebar macam baru dapat makan TGI Friday.
ehh?? apa kena mengena?
lepas tu sebok berangan bila la dapat merasa stay kat sini pulak ye. hehehee...

ko agak2 dari pandangan mata kuda 1 Malaysia ni, 
dia marah or teruja sebab aku nak cium dia eh??

ehhh??? baru pasan semua pic aku kat atas ni. ye dakk?? kang mula la ada orang komen aku syok sendiri. hahahahhh.. ada aku kesah?? aku keluar berdua je kot dengan hencik lebah. takkan aku nak letak pic dia banyak2 pulak kan? hee..


Selamat Hari Lahir, aku. haishhh! 24 sudah. bila nak bukak bisnes nih! aikk?? tetiba.. hahahahh..

Ouh,arini bersamaan 15June2012 adalah besday hencik lebah pulak. tua dah dia yekk? tapi tak mengaku. dulu aku kenal dia umur 17 je. dah 8 kali sambut besday sama2. aku hope dapat la sambut besday sama2 sampai tua. doakan ye, geng!

Tataa..




Garage Sale: 2nd hand novel.

September Yang Pertama
muka depan

sinopsis
Harga sebenar: RM22.90
Harga aku jual: RM11

Akhir Sebuah Cinta
*Buku ni masih baru. dalam plastik lagi.
sebab aku terbeli dua kali. lupa aku dah ada buku ni.
muka depan

sinopsis
Harga sebenar: RM19.90
Harga aku jual: RM15

Cinta Yang Kurasa
muka depan

sinopsis
Harga sebenar: RM25
Harga aku jual: RM12

banyak lagi ekceli novel2 aku nak jual ni. ada tinggal bape buah je yang aku simpan. 

kalau ada yang berminat roger2 aku kat:
email : nensa_clarabelle35@yahoo.com
twitter: @myraAnneNoridin







Tuesday, June 12, 2012

Respond for garage sale

As Salam.

Terima kasih geng untuk respond2 korang kat entry befire ni. tapi aku tak dapat update harini. sebab terlampau busy curi masa untuk besday hencik lebah jumaat ni. aku nak buat handmade kad untuk dia. penat perah otak. takde idea lagi. so nanti aku update pasal novel2 tu ya? Insyaallah mengkin khamis malam ke aku update.

Sekian.

Tataaaa

P/s: feeling macam tulis surat untuk para peminat pulak. hahahahahhhh

Saturday, June 9, 2012

Garage Sale: Half price secondhand novel. Mahu takkk???

As salam.

Hye geng. apa kabar? ni... aku nak tanya ni. aku ada few novel yang nak di let go. aku nak jual dengan harga half price. sebab meby hujung tahun ni family aku nak pindah rumah. so takkan la aku nak bawak benda2 tak penting kan. buat pancit tayar lori je bawak barang2 aku yang dah tak guna ni. heee...

Acane kawan2?? ada ke yang berminat nak tolong aku clear kan novel-novel and komik aku yang berlambak ni sebelum aku pindah? please respond kayh?? kalau korang respond nanti aku update pulak novel apa yang aku ada. kalau takde respond terpaksa la aku cari jalan lain ye dakk? huhuuu...

novel-novel ni ada yang masih baru, ada yang lama. sebab aku jenis baca sekali je. then simpan baik2. jarang bagi orang pinjam. penah sekali tu aku bagi member pinjam. tapi dia pulang kan balik sebab dia cakap novel aku macam baru. dia nak baca pon takut sebab takut t'kemekkan ke..apa ke... hahahaha...

PLEASE respond ya??

sayang korang ketat2!!!

mmuahhh!!!!



Monday, May 21, 2012

All in one.

Assalamualaikum.

Hye kawan2. lama sungguh tak ketemu. Eh? pesal macam tulis surat format SPM pulak tu. hee.. malas nak bagi alasan kenapa lama benor belog ni terbior. laptop aku ni laa.. buat hal sangat2. dah uzur biasa la. pastu macam2 la pulak file corrupted la apa semua kan. saja bikin gua panas. eh. kata tadi tak nak bagi alasan. hehehe...

before tu aku nak mintak ampun kat bestie, Puan Ima sebab tak update2 pic ko kawen. rasa macam nak tunggu beli laptop baru then update pic ko. tapi tak kesampaian sebab laptop baru pon entah kemana. mungkin boleh mintak kat hencik lebah untuk hantaran nanti. HAHAHAHAHH. <--perlu ke gelak kejam?

entry ni nak update macam rojak lah! nak campur2 bagi menunjukkan aku dalam stage hidup yang sangat bahagia dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku.

dari bulan 4 sebok buat kan hantaran untuk si bestie, Mimi. ni bakul untuk dia letak buah-buahan. kalau korang mau tempah untuk bagi hadiah kat orang ke boleh la roger2.

kek for Mother's Day. terima kasih ibu, Puan Munira Bahari sebab jaga anakmu yang dari kecik sudah menunjukkan peribadi comel ni sampai besar. besar ye. sangat besar. hahahahahhh.ouh bulan ni adalah bulan paling banyak aku makan kek. awal bulan hencik lebah belanja pavlova dari Restoran Serai, Subang Empire tu. then 12may sambutan Nurses Day, aku makan carrot cake. balik dari Nurses Day, aku beli kek untuk ibu pulak. pastu 17may pulak besday ayah and Eby. celebrate kat Concorde Shah Alam. kek lagi. OUH, MUNGKIN 26MAY NI MAKAN KEK LAGI UNTUK CELEBRATE BESDAY AKU YANG KE 24. Eh? terCAPS LOCK pulak. siap bold bagai. rosak lagi la tu laptop ni. heee.. =P


At Concorde with siblings.semua specky ye. Cik Puan Syikin tu pon pakai lens sebenarnya. huhuhuuuu..

ni hantaran yang aku tolong buat untuk si Mimi. boleh la tu... first time buat hantaran. heee... nasib menjadi. magic touch katanye. hahahhh.


ni pulak coklat yang orang sponsor untuk hantaran Mimi. eh, tak payah tengok coklat. aku upload ni nak suroh korang tengok dulang hantaran dia tu. hahahahh.

Congrats, my dear besfren. dah jadi tunang orang. bulan 12 ni lansungnya. aku jugak yang ketinggalan. hee..

Paham tak sekarang kenapa aku cakap aku dalam stage paling bahagia and ibu berjaya memBESARkan aku yang comel ni?

hadiah kerana merajuk gedik2 di usia 7 TAHUN 9 BULAN bersama hencik lebah. hee.. mekaseh sayang!!!

ok, sekian.

nak pergi keje dah ni oi.

Tatataaaa...

Monday, April 9, 2012

Kenangan zaman muda-mudi

As Salam.

Tadi aku pergi Giant. masa jalan2 kat luar Giant tu aku terjumpa satu benda yang buat aku excited kemain. teringat pulak zaman muda-muda dulu. *ecehh. macam tua sangat. even tak pandai sangat main, tapi setakat nak golek2 kan dia aku reti la.

GULI

Rugi benor bebudak zaman sekarang yek. entah2 guli pon tak kenal. asek main Angry bird kat ipad or tab je... 

Monday, March 26, 2012

The Engagement Day of Nana

As Salam.
gambar-gambar ni bertarikh 3 Mac 2012.
Heee..sori lambat sikit. =)
Ini Cik Nana

1) hand bouquet.
2) baju merah tu MUA dia.
3) Cik Imah. bakal pengantin. minggu depan nikah. =)

1) dengan bakal mak mertua
2) dup.dup.dup!!!
3) sarung cincin. =)

1) Pemilik si dara. ehem2. =)
2) tunang : hencik Dean.
3) ibu, Cik Nana and mak hencik Dean.

dengan orang kuat majlis. heee... =)

p/s: minggu depan Cik Ima pulak nak kawen. tu yang update cerita Cik Nana cepat2. 
p/s/s: when is my turn?? hahahah....

Tataaa...






Wednesday, March 14, 2012

The Wedding

As Salam.

Pada bulan lepas *tak ingat tarikh bila* aku pergi attend satu wedding kakak bestie aku masa form 3 dulu. aku ngan kakak dia boleh kata ngam jugak la sebab zaman dolu2 kalau aku ngan si Izu ni keluar mesti ada kakak dia sama. hee..lepas dia pindah kat Bandar Tasik Puteri, Rawang kitorang dah jarang sangat jumpa. =(

Aku pergi dengan hencik lebah. suka gila kot wedding Kak Wanny ni sebabnya banyak tol DIY. especially baju wedding dia oke!!! dia design and jahit sendiri yang penting nya. huhuuu...

Ouh. ade aku mention orang kata muka dia macam Irma Hasmie?

melayan peminat tetamu.

makan.

The hantaran.

the simple pelamin yang hencik lebah jatuh hati sangat.
heee...

Aku ngan hencik lebah suka kemain wedding Kak Wanny ni sebabnya simple tapi sweet sangat2. pastu on the way balik mula la berangan macam2. hahahaha... *malu*

Ok lah. nanti aku nak update pasal Eday Cik Nana pulak.

Adios.

P/s: ini la bakal designer baju nikah aku. heee...




Last day @ Bandung.

As Salam.
Hari terakhir.
The Secret.




Other half of me.

Outlet Bali Haven.

Si Tukang Jahit and si Kpop

Airport.

Cik Puan Syikin tayang jam Guess yang dia berjaya beli secara murah kat PVJ.

Ouh. belakang tu Edlin AF.

pulang.

Wishlist ke Bandung dengan hencik lebah dah tercapai. =)

Tataaa...




Tuesday, March 6, 2012

Third day @ Bandung

As Salam.

Even cerita pergi Bandung dah basi tapi aku tetap nak update jugak. suka hati aku. korang tengok je ok. hahahah..

Hari ketiga sangat kasihan bagi aku. sebabnya aku kena food poisoning. semua orang kemain bersuka ria shopping kat outlet area Jalan Dago. tapi aku pulak tiap kali masuk outlet cari toilet. kalo tak diarrhoea, aku muntah2. wuuu.. siyes tak larat. ni semua pasal malam sebelum tu Si Tukang Jahit kelaparan kat hotel. pastu dia pergi order nasi goreng. kat nasi goreng tu ada telur. tapi telur tu rasa dia pelik sikit. dia tak makan telur tu. aku makan telur tu pon tak sampai half. terus aku yang kena poisoning. wuwuwuuu...

Badan lembik sangat. tapi gigih teman hencik lebah shopping. sebabnya dia pon gigih sampai2 je kat Jalan Dago terus pergi jalan cari ubat untuk aku. tapi sangat kelakar bila dia belikan aku jamu ya kawan2. dia cakap tak jumpa ubat biasa. banyak jual jamu je. siap paksa aku minum depan Pak Alan (supir) and family aku semua. T_T ayah punya bebel ngan Si Tukang Jahit sebab pergi order makan lagi malam kejadian sedangkan before balik hotel ayah dah bawak kitorang dinner. hahaha..

So kat Jalan Dago tu memang banyak la outlet2 untuk korang shopping. tapi outlet sini macam F.O.S je. baju2 tak menarik sangat. lepas Jalan Dago kitorang pergi Jalan Cibaduyut. kat sini banyak jual barang2 kulit. kasut kulit, beg and banyak lagi la. tapi jual kasut paling banyak.

hencik lebah pilih baju untuk kengkawan dia.

ini la muka orang tak sihat. +_+
duduk je.

ayah tengah tawar-menawar.
ayah pon, bab shopping memang fevret dia.

sini pon banyak jual t-shirt Bandung.

tak ingat kat mana. tapi kat town.

camni la rupa kat Bandung.

ni baru lepas cari toilet. 
keluarkan apa yang ada. erkk..

At Toko Tiga again.

Paris Van Java aka Carrefour

Restoran Sangkuriang for dinner.

end of day three.

Tataaaa...


Tuesday, February 28, 2012

Buat bakal suamiku.

" Ya Allah..
Persiapkan aku jadi bakal isteri terbaik buat dirinya,
Teguhkan hatiku supaya tiap kalinya dia jatuh aku tetap berdiri di sisi.
Letakkan kesabaran paling tinggi dalam aku supaya tiap kalinya 
dia hilang pertimbangan aku tetap mengucup tangannya.
Kuatkan iman ku supaya tiap kalinya dia leka aku di sisi mengingatkan.
Tiupkan kekuatan buatku supaya tiap kalinya dia rasa lemah semangatku membangunkan.
Dan ingatkan aku agar bersyukur selalu kerana Kau berikan aku dia.
Amin...."



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE