Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 25, 2013

The Hand Bouquet - DIY

Mari cuba buat sendiri hand bouquet. yeayy!

Bahan-bahan diperlukan:
- artificial rose
- beads
- batang untuk cucuk bunga tu
- kain lace (untuk balut pemegang batang tu)
- ribbon (untuk hiasan)

pic dari henpon.




satu ni je pic dari camera. so kualiti elok sikit. ehehe..

Ramai berkenan hand bouquet aku nih. tak agak2, terus bukak offer kat cousin2 sape nak sewa lepas nih.hahahhh.

Bai!!!



The Engagement's Day - Doorgift

Assalamualaikum. 

Entry ni akan bercerita pasal doorgift je. walaupon cuma bertunang, tapi aku saje2 nak bagi doorgift buat ingatan orang2 yang datang meraikan aku jadi tunang si hencik lebah tu ha..hehehe. tetamu harus dihargai okeh?

Barang-barang yang diperlukan:
- botol kaca (aku recycle botol2 susu ready-made kat nursery hospital je)
- dawai halus
- kain net
- potpourri
- perfume drop for potpourri
- ribbon
- gam UHU

Tadaaaa...

Gift ni haruslah simple aje kan. sebab aku buat sendiri jek. cadangan aku kat korang2 yang nak bagi gift untuk Engagement Day korang haruslah jangan membazir ye. banyak lagi hal kawen yang lagi penting wajib korang dulu kan. kawen nanti kita bagi doorgift santek2 and mahal sikit yek. hehehe

Another gift.

Frame kaca tu di sponsored by one of Eby's friend. Eby ni adik laki bawah aku. dah kawan dia nak bagi. aku terima je seikhlas hati. huhuuu. syukur,Alhamdulillah. cookies tu pulak ayah yang sponsor. dah alang2 banyak orang nak sponsor pulak kan. aku beli paper beg tu kat Pasaraya OTK kat Puchong ni dengan harga RM5 something tak silap aku. 1 packet ni ada 100pcs. hias comel2 dan jadikan doorgift. =)

*mintak ampun kat Famy and Akmal.lupa bagi korang gift ni. adoiyaiii.

Gift ni aku asingkan dua. yang paper bag ribbon purple aku isi potpourri and cookies untuk jemputan yang datang. yang ribbon pink pulak aku isi frame kaca and cookies. khas untuk kawan2 baik and family hencik lebah. 

Yang ribbon purple-pink ni pulak khas untuk hencik lebah. kuikuikuiii. ni special sikit. ada something extra kat dalam. hehehe...

"Maafkan bulu aku yang serabai.lupa nak sikat," kata Teddy.

Ok bai!





Wednesday, April 24, 2013

Kisah bertunang dan sireh junjung

Assalamualaikum.

Saat aku tulis entry nih, aku dah selamat jadi tunang hencik lebah selama dua hari. kihkihkihh...lawak tahu??? sebenarnya kisah nak bertunang adalah salah satu benda yang tak dirancang kitorang sebab before ni dah decide masing2 taknak tunang. awal tahun ni aku dapat offer untuk apply sambung belajar dalam Pediatric Course. jadi aku pon tanya kat dia.

"Kita nak kawen bila ni?kalau lambat lagi kita nak pegi sambung belajar"

"Errr..nanti bincang dengan family dulu," katanya.

Dan pada 19January2013 dia pon bincang dengan family dia. lalu laju2 bbm aku.

"Kita tunang 20April ni ok?"

Masa tu aku tengah drive nak balik Sg.Buloh. masa baca ni kepala otak aku macam lampi tiba2. tak dapat catch up. sambil drive aku curik2 lagi baca bbm dia tu. ade la dalam 5minit kot baru message tu sampai kat otak aku. bila dah dapat terima kenyataan, langsung aku gelak berdekah2. walaupon sorang2 dalam kereta. kahkahkahhh.. rasa lawak tiba2. eh. seronok ke lawak? aku pon konpius.

Start dari tu preparation pon bermula. bukan takat preparation nak tunang je. preparation kawen pon kitorang settle kan sekali. tiap2 minggu asal ada Pameran Pengantin haruslah muka kitorang muncul kat situ. paling best bila pegi carik catering. food testing paling aku suka sekali. hikhikk. jadi, masa February semua yang harus di booking untuk wedding dah kitorang settle kan. bulan March aku focus untuk tunang pulak.

Eh, lupa bagitau. date bertunang aku ditunda sehari sebab penamaan calon untuk PRU13 tu dibuat pada 20April kan. sebab ayah aku busy time tu, jadi wajiblah ditunda ke 21 April 2013.

Jadi, setiap kali cuti haruslah di isi dengan perkara bermanfaat. contohnya ini.

buat sireh junjung. takdelah junjung sangat aku punya ni. tapi aku suka gila. sebab aku buat sendiri. hahaha. guna daun sireh artificial je. tapi nampak macam daun fresh kan?? disebabkan semua benda aku decide nak buat sendiri, jadi guna daun fresh adalah tak praktikal untuk aku dan masa aku yang terhad. so daun artificial ni jadik pilihan sebab boleh buat awal2.

Apa kata aku terus je tunjuk cara aku buat sireh junjung ni. lain entry boleh cerita pasal benda lain. ehehee..
Barang2 yang di perlukan:
- gabus (ikot suka nak size apa)
- crepe paper kaler hijau (untuk balut gabus)
- bunga (ikot kesukaan korang)
- gam UHU
- gambir,pinang dan kapur (sebagai mengikut adat)


potong batang bunga ni agak2 korang nak cucuk berapa dalam. tapi penting sekali, batang bunga ni jangan dibuang. boleh guna untuk dijadikan batang daun sireh macam dalam pic bawah ni. jangan membazir okeh?? re-use apa yang boleh.

gam kan hujung daun dengan UHU pastu lilitkan sampai jadi macam kat pic tu.
buat banyak2 ikot korang la nak cucuk banyak mana.

mula cucuk bunga dari bahagian tengah. 
so korang boleh agak nak bentukkan dia macam mana kasi simetri.
*petua dari aku yang zero ilmu pasal gubahan bunga*
kihkihkihhh

bila dah siap jadi la macam ni. 
lepas tu start la cucuk daun sireh sampai jadi macam kat pic first tadi.
last sekali korang cucuk la pinang,gambir and kapur tu kat mana2 korang rasa cantik.
and siapppppp!!!! huhuuu..senang je.
ni first time aku gubah bunga. hasilnya ok lah..taklah cantik. tapi aku puas hati sebab hasil tangan sendiri.


bunga ros tu aku beli kat kedai kat Semua House tu dengan harga 1 ikat = 10 kuntum = RM 10.90.
pinang,gambir and kapur yang dah siap dibentuk bunga tu, aku beli kat kedai yang jual barang2 kawen ni dengan harga RM20. mahal gila kan? huhuuu. aku rasa macam tak patut je. 

Tips: untuk dapat bunga dengan harga berpatutan + super cantik (nampak macam fresh flower) boleh pergi kat Kaison,Paradigm Mall (sebelah Popular). aku bandingkan harga bunga kat Kaison and kedai kat Semua House tu, Kaison lagi murah wooo. nyesal aku beli kat Semua House. huhuhuu.

Sampai sini je dulu. tunggu next part entry pasal bertunang ni pulak ye.

Adios.









Saturday, April 6, 2013

Selamat hampir ke dunia ku. =)

Assalamualaikum.

April.


aku akan dirisik
akan di sarungkan cincin tunang.
hikhikhik.
blushing.

Doa for us,ya?



Thursday, March 14, 2013

Promo March : Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum.

Tanpa membuang masa lagi, kita terus kepada hujah ye. Perkenalkan Ostematrix dari Shaklee.

KALSIUM
Setiap individu disarankan mengambil 1000mg kalsium setiap hari. tapi pengambilan secara sekaligus sama sekali tidak akan membantu penyerapan kalsium ni ke tulang-tulang. jadi dengan Ostematrix, kita di sarankan mengambil 500mg SEKALI MAKAN iaitu bersamaan dengan DUA CAPLETS. dan diambil DUA KALI SEHARI. Kalsium juga baik diambil bersama makanan dan bukan ketika perut kosong.

VITAMIN D
Kenapa kalsium memerlukan Vit D? Vit D diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium. Tanpa Vit D, badan tak dapat hormon calcitriol yang mencukupi lalu menyebabkan badan menyerap kalsium dari rangka yang ada dan melemahkan tulang-tulang kita.

Kebaikan-kebaikan OsteMatrix ni contohnya:
  • membantu dalam pembentukan gigi dan tulang yang sihat
  • mengelakkan osteoperosis
  • memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
  • menstabilkan tekanan darah
  • mengurangkan sakit ketika PMS
  • membantu dalam masalah gastrik
  • mengurangkan stress (membantu menenanfkan saraf, membantu tidur lena, mengurangkan sakit kepala)
Siapa yang perlukan OsteMatrix?
  • individu yang mengalami sakit pinggang, sakit belakang dan sakit sendi
  • individu yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutama pada waktu malam
  • ibu-ibu mengandung yang sering mengalami kejang kaki
  • ibu-ibu yang menyusukan bayi
  • individu yang sering keletihan disebabkan stress kerja
Jadi, tunggu apa lagi?? Ostematrix tengah offer bulan ni. BELI 6 PERCUMA 1!!!! jangan risau... beli 1-2 botol pon masih akan dapat harga promo. Setiap customer saya layak mendapat consultation free dari saya.

For more info about this product,
Email : nensa_clarabelle35@yahoo.com
Text / Whatsapp : 0196035169







Berbelah bagi.

Berbelah bagi nak release this two kesayangan untuk garage sale atau tidak. =(
kena pikir masak-masak sampai hangus. 

Garage Sale : Novel 2nd hand lagi yawww!!!!

Assalamualaikum.

Ramai dah email aku tanya pasal 2nd hand novel takde lagi ke?? ada...ada... cuma aku tak sempat nak update sebab kekangan masa. kerja kat wad seriously macam tongkang pecah sekarang. arghhhhh!!! kenapa kamu dan kamu tak jaga kesihatan sampai kena admitted.. grrrr!!!!! 

ok, sudah. tutup cerita hal patient. mari pilih novel best untuk tambah koleksi korang.


Harga sebenar : RM 29.90
Harga jual: RM20




Novel Di Hujung Ranting (DHR) ni ada dua series. Jadi kalau nak beli aku memang jual ni secara berkembar. takmo pisah2 okeh? hee..

Harga sebenar DHR 1 + DHR 2 = RM 19.90 + RM 25.90
Harga aku jual = RM 14 + RM 20 = RM 34


Harga sebenar : RM 19.90
Harga aku jual : RM 14


Harga sebenar: RM 19
Harga aku jual : RM 14

Haaaa... pilih...pilih...pilih...semua harga tu tak campur harga postage lagi ye. pape , roger ye?? 

email: nensa_clarabelle35@yahoo.com
text / whatsapp : 0196035169







Monday, February 25, 2013

Festival Pengantin Malaysia

Assalamualaikum.

Sejak bulan 12 tahun lepas asek busy attend Festival Pengantin Malaysia. tapi masa tu takde plan nak kawen pon. saje2 pegi cuci mata and bawak hencik lebah sekali biar dia tahu anggaran bajet untuk kitorang kawen nanti. itulah niat sebenarnya. kahkahkah..

January pon pegi lagi. tapi masa ni best sebab dah start booking sana sini. erkkk!! apekah? *blushing* kitorang pegi kat SACC, Ampang Point and Wangsa Walk. baru la lengkap semuanya. aku memang suggestkan korang yang nak kawen tu pegi festival macam ni. sebab bagi orang yang takde banyak masa macam aku and hencik lebah ni, sekali pegi boleh survey semuanya sekali. tak payah nak search2 tenet, nak email2 ke dorang, turun naik butik dan sebagainya. boleh pegi sana, tengok brochure dorang, terus tanya apa yang nak tanya.

kalau photographer tu, kita boleh tengok contoh album dorang sekali. kalau bridal boutique boleh tengok baju2 yang dorang ada and gambar pelamin. kalau catering paling best sekali. boleh food testing. kihkihkihh..time survey catering la aku paling sekali yaww! contoh2 kad jemputan and mini sticker biasanya ada dalam satu pakej. kat sini boleh la korang bandingkan pakej terbaik dalam satu2 masa tu.

biasanya untuk booking date and harga promosi tu korang kena bayar dalam RM200-300. tengok lah apa yang di book. macam catering mahal sikit la. catering yang hencik lebah booked, kena bayar RM1000 tapi sebab masa tu kitorang dah tak sempat la cash out duit jadi kitorang runding dengan hencik catering tu bayar RM200 dulu. dalam minggu tu baru hencik lebah bayar lagi selebihnya. takde masalah pon kalau korang pandai berunding dan pandai membodek. hikhikk.

contoh bajet untuk nak booking aku bagi.

bridal boutique : RM 200
photographer + videographer : RM 300
mini sticker (for gift) + wedding invitation card : RM 100
catering : RM 1000

biasanya macam catering company, dorang terima kalau nak bayar guna kad kredit / debit jugak. tapi duit cash pon harus ada. sebab sesetengah yang lain tak terima kad. contoh yang kena bayar rm200-300 tu kan. dorang prefer cash je. jadi boleh la bajet dalam RM600-700 kalau nak start booking2 ni. book ni untuk lock date and harga promotion tu tau. dekat luar maybe korang tak dapat harga macam tu.atau maybe harga kat luar sama dengan harga promotion, tapi time promotion extra thing lagi dia bagi untuk korang.

ada banyak catering company yang buat pakej semua sekali include catering+pelamin+baju+photographer+videographer. tapi korang kena cek la semua tu memuakan hati korang ke tak. macam ada sesetengah pakej tu, catering sedap tapi pelamin tak berkenan pulak. ni semua terpulang kat diri korang okeh? itu aku cakap untuk diri aku la..

bila korang dah book ni, diorang akan explain bila next payment harus dibuat. kalau macam bridal boutique yang aku tempah tu akak tu bagi kelonggaran untuk bayar anytime so bila sampai hari majlis, semuanya dah settle. kemahiran untuk berunding sangat diperlukan time ni ye? =)

ini lah peluang untuk korang kumpul brochure dan bandingkan harga. yang penting pilih pakej ikot kemampuan korang ye!

entry ni takde gambar. sila paham yang tuan tanah dah makin malu untuk bergambar. nanti hilang seri pulak walaupon sejak makan Shaklee ni muka makin shining2 gitu. over kan? hikhikk. =P

Tataaa...






Cantik dan sihat dengan GLA complex Shaklee

Assalamualaikum.

Hari ni nak celoteh pasal GLA Complex Shaklee. mari-mari kumpul sanak sedara depan laptop or PC or tab or ipad korang tu baca sama-sama pasal GLA ni. =P



GLA atau gamma linoleic acid adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang badan kita gunakan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan yang membantu badan mengawalatur proses2 badan yang normal. GLA Complex Shaklee ni merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi GLA, linoleic acid (LA), minyak bunga matahari (EPO) dan Vit E.

Haaa...mesti korang tertanya-tanya apa bagusnya GLA ni kan??

Kebaikan dan khasiat GLA Shaklee:

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • melegakan PMS.
  • membantu dalam menangani menopous.
  • memperbaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing.
  • menguatkan dinding arteri.
  • kurangkan skin inflammation,eczema dan kulit kering.
  • menguatkan kuku dan rambut.
  • melegakan simptom akibat rheumatoid arthritis.
  • menghalang komplikasi diabetes.
  • memperbaiki tekstur rambut.
  • menguatkan sistem imun badan 
  • menghalang tekanan darah tinggi.
  • membantu meningkatkan kesuburan bagi mereka yang cuba hamil.
  • membantu mengecutkan cysts.
Jadi lepas tahu kebaikan GLA Shaklee ni, siapa calon-calon terbaik untuk menggunakan GLA Shaklee ni??
  • Pesakit diabetes , hypertension , sakit jantung
  • Pesakit arthritis
  • Orang yang mempunyai masalah osteoporosis
  • Perempuan yang mengalami masalah PMS yang teruk
  • Alahan
  • Ketagihan alkohol.
Tapi bagi ibu mengandung adalah dilarang mengambil GLA sebab akan merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran pra-matang. begitu jugak dengan yang ada masalah sawan. GLA yang tinggi akan meningkatkan risiko sawan.

Nampak macam best kan?? jadi, apa salahnya mencuba GLA ni instead of using EPO. sebab GLA ni sendiri adalah bahan penting yang diekstrak dari EPO yang banyak membantu dalam permasalahan wanita selama ni.


Kalau berminat nak cuba, boleh email : nensa_clarabelle35@yahoo.com
Atau boleh call or whatsapp : 019 6035169

Free consultation for my customer. =)

**These statements have not been evaluated by the Food and Drugs Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.




Sunday, February 10, 2013

Kenapa Omega sangat penting untuk kita??

Assalamualaikum.

Gituuu tajuk aku. kalau dah nurse tu memang cenggitu lah. hehehee... Ok, aku ni adalah manusia paling susah makan supplement sebab tak jumpa yang betul2 bagus dan berkenan di hati. hikhik. berapa kali Puan Mimi promote macam2 dekat aku tapi langsung tak jalan. sampai la dapat nur untuk berubah bila sibuk2 nak kawen ni ha. haruslah jaga badan sendiri, kesihatan si hencik lebah pon harus aku jaga. sekarang, family2 aku sekali aku nak jaga.

Omega tu apa? Omega adalah minyak ikan ye kawan2. Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA. semua pon tahu dua2 benda ni penting kan. kalau tak, kenapa semua produk susu formula kat luar tu amek berat pasal two things ni. Ia berfungsi dalam perkembangan memori dan menajamkan minda. dah nampak tak penting dia kat situ? =)

Jadi dengan ini aku dah memilih Omega Guard Shaklee (OGS) sebagai supplement tiap2 hari. kenapa aku pilih Omega Guard Shaklee??

1) OGS di ekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk : - sardin, mackerel, anchovies, herring

2) satu2 nya Omega yang paling tulen sebab lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega termasuk EPA,DHA dan ALA.

3) OGS melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yg dapat memekatkan asid lemak Omega dan menyingkirkan bahan2 berbahaya macam plumbum, arsenik dan merkuri.

4) sebab ia nya HALAL. =)



Ni aku bagitahu korang apa kelebihan Omega Guard Shaklee:
  • mengelakkan strok, mengawal kencing manis.
  • melicinkan kulit. bagi nampak flawless gitu..=)
  • mengekalkan tahap kolestrol LDL dan trigliserida di tahap normal
  • mencegah pembekuan darah dalam badan
  • mengawal masalah berat badan (meningkatkan hormon Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • bagus untuk ibu hamil - support tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • bagus untuk ibu yang menyusu bayi - benefit untuk perkembangan otak bayi sebab ada DHA.
  • mengurangkan sakit kepala (memang aku patut pilih OGS.yeayy! )
  • memelihara fungsi sendi
  • membantu menentang lung cancer, breast cancer, colon cancer.
  • meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan kecekapan masa bekerja.
  • membaiki masalah eczema
Siapa yang patut makan Omega Gurad Shaklee ni?

Sesiapa yang rasa kelebihan kat atas yang aku bagi tu akan membantu hidup korang jadi lebih sihat, ceria and aktif! =) yelah. siapa taknak anak yang dikandung 9 bulan cepat pandai kan? siapa taknak kalau OGS ni boleh licinkan kulit kan? siapa taknak sendi2 yang sakit sampai susah nak berjalan berkurangan kan? boleh pegi jalan2 kat mall dengan family and yang tersayang. silap2 boleh pegi jogging lagi pagi2 kan.. siapa taknak anak yang tengah bersekolah tu lagi focus bila cikgu mengajar kat depan pastu bila exam dapat top 3 dalam kelas kan? 

Haaa..pikirkan lah kelebihan Omega Guard Shaklee dalam kehidupan korang ye.

Kalau berminat dengan produk ni, boleh la roger2 aku kat email nensa_clarabelle35@yahoo.com or text saja kat no 0196035169 untuk maklumat lanjut. 

Sekian..

**These statements have not been evaluated by the Food and Drugs Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.






Friday, February 1, 2013

Kebaikan Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak share dengan korang pasal Vitamin E Shaklee. bukannya apa. aku taknak badan yang sihat + cantik sorang2. tak seronok. so baik aku share. kita cantik secara berjemaah kan lagi bagus? hikhikk.


1) mengandungi anti oksidan: membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat

2) melambatkan proses penuaan. jadi korang akan awet muda la lepas makan Vitamin E ni secara berterusan. kulit pun jadi flawless, berseri-seri, and shining. =)

3) mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser and cysts : bertindak dengan cara melancarkan saraf.

4) banyak benefit untuk wanita lepas bersalin yang menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat. dapat jugak mengurangkan stretch mark hodoh di perut. hihihii..

5) mengurangkan kesakitan bila PMS datang. so baguslah untuk siapa2 yang PMS teruk sampai golek tak cukup tanah tu. =)

6) mengurangkan parut luka di kulit 

7) bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku.

8) boleh meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki

9) dikenali jugak as Vitamin Cinta sebab membantu masalah kedinginan antara suami isteri. 

10) membantu masalah pigmentation kulit. dapat mencerahkan kawasan areolar yang bertambah hitam jugak (bagi wanita lepas bersalin)

11) membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat. 

* These statement have not been evaluate by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Boleh cuba dulu. kalau best, sebar-sebarkan. =)

Sesiapa yang berminat, boleh la roger2 aku kat email nensa_clarabelle35@yahoo.com or message je kat no 019 6035169 (whatsapp pon bole)

Saturday, January 12, 2013

Happy Married Syima and Billy!!

Assalamualaikum.

Hari ni 12 January 2013. hari ni wedding kawan blogger aku si Nuraitul Syima. aku tak ingat macam mana boleh baik dengan si Syima ni. tapi haruslah dari blog kan. hikhikk. so sempena wedding dia hari ni, aku pon gigih la pergi walaupon ngantok2 balik kerja malam pagi tadi, walaupon memang failed jalan2 kat Gombak tu. tapi sebab dah ada teman, aku on jek. terima kasih Dayah housemate ku sebab sudi teman. =) lagipun, teringin jumpa si Syima ni face to face. tak penah jumpa walaupun dekat. dengan si Awin banyak kali dah jumpa even dia jauh nun di Penang. hihii..

Masa sampai tu pengantin tengah makan beradap. aku sempat kacau dia kejap then menghilangkan diri pergi makan. lapar tahu?? lagi2 tengok catering Nurul Izzah yang memang dah tahu terbaik. lagi la tak sempat2 nak makan. kihkihkihh...



Nasib sempat tengok pengantin potong kek elok2 lepas aku habis makan. pastu siap plan dengan si Dayah nak sambung makan dessert pulak lepas snap pic pengantin potong kek. ngeee...


Before balik jumpa pengantin dulu amek berkat. sempat si Billy ni tanya "mana hencik lebah?" 
kalau tunggu hencik lebah alamat aku tak datang la wedding dorang ni. dia kan bakal YB. nak bertanding dah ni. busy la raih undi. kahkahkahh.. ok tak lawak. hencik lebah busy kerja. tu je. =P

terserempak pulak si Yana,kawan hencik lebah kat wedding Syima ni. kecik dunia ni ya?? =)

ok, dah balik nak sambung tido. malam kang kerja lagi weh. 3rd nite. wuwuwuuu.. tak sabar nak habis kan shift ni and cuti 3 hari. yeayy! 

Happy Married for u both!!! Semoga di berkati Allah hendaknya. Mmmuuuaahhhhh untuk Syima. =)

p/s: sayang tab Dayah ketat2. kalau takde tab dia, mahu nye sesat kitorang tadi. =P






Thursday, January 3, 2013

25 December 2012

Titititttt...titititttt...tititititttt... *bunyi alarm henpon*

Allah, malasnya nak bangun pegi kerja. kena pergi ke? PH kot.. kata aku dalam hati. dah la kena OT kerja morning shift and night shift. adoiyaiii..

tetiba henpon bunyi lagi menandakan bbm masuk. dalam hati dah pelik. aik, takkan hencik lebah bbm pepagi buta ni?? amazing nih. lalu aku pon tak sabar2 read bbm tu. rupanya...

"angah, ayah sakit. ambulance dah bawak ayah pergi hospital."

duppp!!! rasa luruh jantung. terus blur. apa aku nak buat nih??lepas golek2 kejap pikir apa nak buat aku terus call ward inform yang aku tak boleh datang kerja pagi ni. aku tak kisah la siapa nak ganti aku. ada or takde orang nak cover aku, aku dah tak kisah. yang penting aku nak balik sungai buloh.

6.50am aku gerak dari puchong, 7.10am aku dah sampai Hospital Sungai Buloh. jumpa kakak aku kat ER. masuk tengok ayah kejap kat dalam, ayah lemah sangat. BP low, SPO2 low, temperature high. =( then dari yellow zone ayah kena transfer ke red zone sebab BP low. 80/40mmHg camtu. Doc diagnose ayah, Septic Shock secondary to Viral Leptospirosis. risau nya aku, ya Tuhan..sepanjang aku jadi anak ayah, ayah tak pernah sakit teruk macam ni. 

dari pagi sampai tengahari tunggu ayah,then aku decide bawak kakak aku balik dulu sebab dia tak sempat mandi apa semua masa ikot ambulance tu. bila dah balik ibu cakap ayah kena masuk HDW (high dependency ward). petang tu kitorang pergi la lagi hospital. lepas habis waktu melawat aku terus siap2 nak balik puchong untuk masuk shift malam. penat?? serius penat. tak tidur satu hari lepas tu kena kerja malam. tapi otak dah tak dapat pikir.

esoknya lepas kerja aku balik sg buloh lagi. rutin dalam minggu tu sama je. balik kerja malam, tido dalam dua jam, bangun pegi hospital,balik untuk lunch, pegi hospital lagi, habis visiting hours kelam kabut balik rumah nak siap pegi kerja. sampai dah 3rd night aku kerja malam tu, aku dah stress habis. elok pulak dapat patient's parent yang perangai entah apa-apa kan. sabo jela aku nih.

lepas empat hari ayah kat HDW, baru ayah di transfer ke medical ward. masa 3rd day kat HDW tu, result keluar untuk Leptospirosis (kencing tikus) negative. 4th day pulak result Denggi keluar pon negative. syukur, alhamdulillah. ayah kena liver infection and pneumonia. BP harus di maintain dengan nor-adrenaline. sebab tu ayah perlu stay kat HDW. masa 2nd day condition ayah paling worst. tak boleh cakap langsung. on Venti mask. air mata aku ni memang non stop dah. =(

Alhamdulillah 31 Dec 2012 ayah boleh discharge. suka kemain ayah dapat balik rumah. hikhikk. Mett pon tahu rindu ayah tau! terima kasih kat kawan2 ayah yang tak putus2 datang bagi semangat kat kitorang and doa kan ayah. untuk family2 jugak.. sayang atok, ucu and makyang lebih sebab selalu teman kitorang adik beradik.

paling penting sekali, terima kasih kat hencik lebah sebab usaha curik2 masa datang lawat ayah and teman aku kat hospital. ayah pulak asek tanya je mana hencik lebah kalau tak nampak dia. adoi ayah, belum jadi menantu lah!!! hikhikhikkk.

p/s: maafkan aku atas kesibukan yang tak dapat di elak. kepada cik fuzie yang tanya pasal novel tu, i'll text u later okeh?? muahhh!! =)

Handmade guest book for Mimi

Assalamualaikum.

Guest book ni aku buat untuk bestie aku dari sekolah rendah sampai sekarang, Puan Mimi. Wedding Mimi & Shaiful ni berlansung pada 15 Dec 2012.. tapi yang sedih...hukhukk. aku dah la sampai lambat gara-gara ikot ayah. sampai kenduri sempat muah2 pipi ngan Mimi je. lepas makan tengok dia dah hilang pegi outdoor photoshoot. tak sempat snap pic dengan dia. =(

Ok, tutup cerita. meh enjoy the picture.


















So, who's next??? Kalau nak order mesti 3 bulan awal dari date kenduri okeh? sebab aku ni banyak nak kena bagi masa. nak bagi masa kerja, tidur, makan, jalan2, tengok tv. haaa.. =P

to order please email:
nensa_clarabelle35@yahoo.com

p/s: tak sabar nak start buat untuk diri sendiri. hikhikk

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE