Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 9, 2013

The Hantarans....


From him to her

 cincin risik 1, cincin tunang 1 ikat tepi. hihihiiii

 kain sutera.

 cup cake omey2.. hehehe

 ensiklopedia. haa..qatam kan cepat before kawen!!!

 telekung

ferrero nyum nyum nyummmeehhh!!!

From her to him

 sireh junjung

 tafsir Al-Quran

 kain pasang untuk baju melayu nikah + button baju melayu.

Hershey's

kain songket Ganu mariiii...

 bunga rampai

Mett. ehhh????



Tuesday, May 7, 2013

Review dress tunang dan makeup.

Assalamualaikum.

Jeng jeng jeng.....

Dress tunang by Qamraa Boutique
Sebenarnya sejak plan nak bertunang lagi, aku dah siap2 pegi beli baju kurung moden kat SACC.
sekali tu last minit, aku terbaca majalah Inspirasi Perkahwinan tak silap.
nampak la dress Qamraa Boutique ni lalu berkenan sangat.
bila tunjuk kat hencik lebah, terus dia suruh aku tempah.
merengek2 la aku ke owner Qamraa ni. nak siapkan baju before 20April. 
sebabkan dia baik, sempatlah baju aku siap dan dipos ke aku 5hari sebelum bertunang. 
santek kannnn????

Makeup by Rainis bridal boutique kat kawasan rumah aku nih.
Makeup ni pon aku puas hati sangat. sebab simple and comey. tetibe..
hikhikhikkk...





cerita basi kisah bertunang. =P

Assalamualaikum. walaupun cerita dah bertunang dah sikit basi tapi aku nak cerita jugak. ehehehee..ini gambar2 jemputan masa majlis tu.

 yang berdiri tu ibu aku. dari kiri: acik, makyang, cik pah (kawan ibu), naja & una (cousin)

 naju kurung hijau tu cousin aku, Tini. lain2 tu kawan kolej dia.

 kawan2 politik ayah.

 perbincangan.

 paklong hencik lebah jadi wakil dia. belah aku haruslah atok jadi wakil. 
yang baju melayu hijau tu.

cousins. 
Naja, Qihah, Fifi.

Masa family hencik lebah sampai tu aku punya debar2 macam nak meletup dada. tapi ada kawan2 baik teman dalam bilik. Kawan baik dari kecik, Puan Mimi. Kawan baik masa kolej, Puan Nana. Kawan baik kat rumah sewa, Dayah. Ucu and makyang aku memang standby je depan pintu bilik tunggu hint dari atok suruh aku keluar.

Sampai masa aku kena keluar tu, laju je aku menonong jalan. pastu tiba2 stop kat pintu. aku cakap "Eh, apesal laju sangat ni. tak sempat2." kahkahkah... pastu bila dah sedar diri, baru perasaan takut tu datang balik. aku cakap kat Ucu.. "angah takuttttt!!!!"

Makcik kesayangan aku tula yang pimpin pegi kat mini pelamin aku. aku ingatkan orang dah habis bincang. rupanya baru bincang bab risik. lepas along hencik lebah sarung cincin risik, aku dok tercongok la kat situ sampai orang abis bincang pasal tunang pulak. wuwuwuuuu... malu tahu??? semua orang pandang kite. heheheh.pengalaman seumur hidup. tetiba perasan retis sangat..=P

Ok lah. tunggu aku nak show off dress tunang pulak next entry. kikikiiii. bongkak kauuu. mentang2 baju pon di sponsor. lalalalaaaa.... tata!

Tuesday, April 30, 2013

My DIY mini pelamin for engagement

Assalamualaikum.

Mini pelamin ni adalah permintaan ibu aku sendiri. setiap kali aku balik dia akan suruh aku carik bridal boutique untuk sewa mini pelamin.. disebabkan kesian tengok ibu aku berharap sangat aku pon decide nak DIY sendiri mini pelamin aku nih. 

Just letak backdrop, sofa kecik and hiasan bunga + frame kat tepi, kain bulu2 utk dijadikan alas. backdrop,bantal and kain bulu tu aku sewa kat kawan aku je si Masitah. sebab dia memang sediakan barang2 sewaan untuk mini pelamin ni.mula2 aku ingat nak sewa kerusi kat bridal boutique. tapi kawan ucu aku tetiba offer untuk pinjam saja kerusi kat rumah dia sebab rumah dia memang konsep english style. banyak kerusi cantik2 kat rumah dia. aku pon pinjam jela. dah jimat kat situ kan? hehehee...


frame tu hadiah dari housemate, Hidayah.

dah tempah awal2. so date tu memang tak boleh tukar dah. huhu

bunga yang di gubah Cik Ida.

simple saja. tapi aku puas hati. =)



disebabkan tak sempat nak buat ala2 photobooth props tu, aku just cuci gambar, lekat kat batang chopstick  and letak je dalam balang ni. sebenarnya lupa beli lilin jugak untuk letak dalam balang ni. hehehe. tu yang ganti dengan gambar.

Kos untuk mini pelamin ni tak sampai RM 150 pon. huhuu. so jimat kan? dari sewa sampai RM300-400.

Ok lah. babai!






The Preparation

Assalamualaikum.

Selamat pagi. kihkihh..mata terkebil2 still mengantuk tapi ada hati update blog. huhuu.sehari sebelum majlis makcik and jiran2 ada datang tolong sikit. takde apa nak dibuat pon. Babah Aina tolong pakukan dinding untuk gantung backdrop aku. Cik Ida datang tolong gubahkan bunga untuk diletak sebelah mini pelamin. makcik2 datang tolong buat apa yang patut.

Rayyan sebok nak tolong babah aina. berkenan betol dia dengan tangga tu.

ucu tolong buatkan bunga rampai untuk dijadikan salah satu hantaran.

gift preparation.

Mett. tukang jaga hantaran. dok terbaring je dia sebelah hantaran2 aku.
dia yang paling sebok sekali. dah la ada hati nak curi coklat yang aku buat hantaran tu. ehehee

Ok. itu saja pasal preparation. jom tunggu next entry kejap lagi. =D












Thursday, April 25, 2013

The Hand Bouquet - DIY

Mari cuba buat sendiri hand bouquet. yeayy!

Bahan-bahan diperlukan:
- artificial rose
- beads
- batang untuk cucuk bunga tu
- kain lace (untuk balut pemegang batang tu)
- ribbon (untuk hiasan)

pic dari henpon.




satu ni je pic dari camera. so kualiti elok sikit. ehehe..

Ramai berkenan hand bouquet aku nih. tak agak2, terus bukak offer kat cousin2 sape nak sewa lepas nih.hahahhh.

Bai!!!



The Engagement's Day - Doorgift

Assalamualaikum. 

Entry ni akan bercerita pasal doorgift je. walaupon cuma bertunang, tapi aku saje2 nak bagi doorgift buat ingatan orang2 yang datang meraikan aku jadi tunang si hencik lebah tu ha..hehehe. tetamu harus dihargai okeh?

Barang-barang yang diperlukan:
- botol kaca (aku recycle botol2 susu ready-made kat nursery hospital je)
- dawai halus
- kain net
- potpourri
- perfume drop for potpourri
- ribbon
- gam UHU

Tadaaaa...

Gift ni haruslah simple aje kan. sebab aku buat sendiri jek. cadangan aku kat korang2 yang nak bagi gift untuk Engagement Day korang haruslah jangan membazir ye. banyak lagi hal kawen yang lagi penting wajib korang dulu kan. kawen nanti kita bagi doorgift santek2 and mahal sikit yek. hehehe

Another gift.

Frame kaca tu di sponsored by one of Eby's friend. Eby ni adik laki bawah aku. dah kawan dia nak bagi. aku terima je seikhlas hati. huhuuu. syukur,Alhamdulillah. cookies tu pulak ayah yang sponsor. dah alang2 banyak orang nak sponsor pulak kan. aku beli paper beg tu kat Pasaraya OTK kat Puchong ni dengan harga RM5 something tak silap aku. 1 packet ni ada 100pcs. hias comel2 dan jadikan doorgift. =)

*mintak ampun kat Famy and Akmal.lupa bagi korang gift ni. adoiyaiii.

Gift ni aku asingkan dua. yang paper bag ribbon purple aku isi potpourri and cookies untuk jemputan yang datang. yang ribbon pink pulak aku isi frame kaca and cookies. khas untuk kawan2 baik and family hencik lebah. 

Yang ribbon purple-pink ni pulak khas untuk hencik lebah. kuikuikuiii. ni special sikit. ada something extra kat dalam. hehehe...

"Maafkan bulu aku yang serabai.lupa nak sikat," kata Teddy.

Ok bai!





Wednesday, April 24, 2013

Kisah bertunang dan sireh junjung

Assalamualaikum.

Saat aku tulis entry nih, aku dah selamat jadi tunang hencik lebah selama dua hari. kihkihkihh...lawak tahu??? sebenarnya kisah nak bertunang adalah salah satu benda yang tak dirancang kitorang sebab before ni dah decide masing2 taknak tunang. awal tahun ni aku dapat offer untuk apply sambung belajar dalam Pediatric Course. jadi aku pon tanya kat dia.

"Kita nak kawen bila ni?kalau lambat lagi kita nak pegi sambung belajar"

"Errr..nanti bincang dengan family dulu," katanya.

Dan pada 19January2013 dia pon bincang dengan family dia. lalu laju2 bbm aku.

"Kita tunang 20April ni ok?"

Masa tu aku tengah drive nak balik Sg.Buloh. masa baca ni kepala otak aku macam lampi tiba2. tak dapat catch up. sambil drive aku curik2 lagi baca bbm dia tu. ade la dalam 5minit kot baru message tu sampai kat otak aku. bila dah dapat terima kenyataan, langsung aku gelak berdekah2. walaupon sorang2 dalam kereta. kahkahkahhh.. rasa lawak tiba2. eh. seronok ke lawak? aku pon konpius.

Start dari tu preparation pon bermula. bukan takat preparation nak tunang je. preparation kawen pon kitorang settle kan sekali. tiap2 minggu asal ada Pameran Pengantin haruslah muka kitorang muncul kat situ. paling best bila pegi carik catering. food testing paling aku suka sekali. hikhikk. jadi, masa February semua yang harus di booking untuk wedding dah kitorang settle kan. bulan March aku focus untuk tunang pulak.

Eh, lupa bagitau. date bertunang aku ditunda sehari sebab penamaan calon untuk PRU13 tu dibuat pada 20April kan. sebab ayah aku busy time tu, jadi wajiblah ditunda ke 21 April 2013.

Jadi, setiap kali cuti haruslah di isi dengan perkara bermanfaat. contohnya ini.

buat sireh junjung. takdelah junjung sangat aku punya ni. tapi aku suka gila. sebab aku buat sendiri. hahaha. guna daun sireh artificial je. tapi nampak macam daun fresh kan?? disebabkan semua benda aku decide nak buat sendiri, jadi guna daun fresh adalah tak praktikal untuk aku dan masa aku yang terhad. so daun artificial ni jadik pilihan sebab boleh buat awal2.

Apa kata aku terus je tunjuk cara aku buat sireh junjung ni. lain entry boleh cerita pasal benda lain. ehehee..
Barang2 yang di perlukan:
- gabus (ikot suka nak size apa)
- crepe paper kaler hijau (untuk balut gabus)
- bunga (ikot kesukaan korang)
- gam UHU
- gambir,pinang dan kapur (sebagai mengikut adat)


potong batang bunga ni agak2 korang nak cucuk berapa dalam. tapi penting sekali, batang bunga ni jangan dibuang. boleh guna untuk dijadikan batang daun sireh macam dalam pic bawah ni. jangan membazir okeh?? re-use apa yang boleh.

gam kan hujung daun dengan UHU pastu lilitkan sampai jadi macam kat pic tu.
buat banyak2 ikot korang la nak cucuk banyak mana.

mula cucuk bunga dari bahagian tengah. 
so korang boleh agak nak bentukkan dia macam mana kasi simetri.
*petua dari aku yang zero ilmu pasal gubahan bunga*
kihkihkihhh

bila dah siap jadi la macam ni. 
lepas tu start la cucuk daun sireh sampai jadi macam kat pic first tadi.
last sekali korang cucuk la pinang,gambir and kapur tu kat mana2 korang rasa cantik.
and siapppppp!!!! huhuuu..senang je.
ni first time aku gubah bunga. hasilnya ok lah..taklah cantik. tapi aku puas hati sebab hasil tangan sendiri.


bunga ros tu aku beli kat kedai kat Semua House tu dengan harga 1 ikat = 10 kuntum = RM 10.90.
pinang,gambir and kapur yang dah siap dibentuk bunga tu, aku beli kat kedai yang jual barang2 kawen ni dengan harga RM20. mahal gila kan? huhuuu. aku rasa macam tak patut je. 

Tips: untuk dapat bunga dengan harga berpatutan + super cantik (nampak macam fresh flower) boleh pergi kat Kaison,Paradigm Mall (sebelah Popular). aku bandingkan harga bunga kat Kaison and kedai kat Semua House tu, Kaison lagi murah wooo. nyesal aku beli kat Semua House. huhuhuu.

Sampai sini je dulu. tunggu next part entry pasal bertunang ni pulak ye.

Adios.









Saturday, April 6, 2013

Selamat hampir ke dunia ku. =)

Assalamualaikum.

April.


aku akan dirisik
akan di sarungkan cincin tunang.
hikhikhik.
blushing.

Doa for us,ya?



Thursday, March 14, 2013

Promo March : Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum.

Tanpa membuang masa lagi, kita terus kepada hujah ye. Perkenalkan Ostematrix dari Shaklee.

KALSIUM
Setiap individu disarankan mengambil 1000mg kalsium setiap hari. tapi pengambilan secara sekaligus sama sekali tidak akan membantu penyerapan kalsium ni ke tulang-tulang. jadi dengan Ostematrix, kita di sarankan mengambil 500mg SEKALI MAKAN iaitu bersamaan dengan DUA CAPLETS. dan diambil DUA KALI SEHARI. Kalsium juga baik diambil bersama makanan dan bukan ketika perut kosong.

VITAMIN D
Kenapa kalsium memerlukan Vit D? Vit D diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium. Tanpa Vit D, badan tak dapat hormon calcitriol yang mencukupi lalu menyebabkan badan menyerap kalsium dari rangka yang ada dan melemahkan tulang-tulang kita.

Kebaikan-kebaikan OsteMatrix ni contohnya:
  • membantu dalam pembentukan gigi dan tulang yang sihat
  • mengelakkan osteoperosis
  • memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
  • menstabilkan tekanan darah
  • mengurangkan sakit ketika PMS
  • membantu dalam masalah gastrik
  • mengurangkan stress (membantu menenanfkan saraf, membantu tidur lena, mengurangkan sakit kepala)
Siapa yang perlukan OsteMatrix?
  • individu yang mengalami sakit pinggang, sakit belakang dan sakit sendi
  • individu yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutama pada waktu malam
  • ibu-ibu mengandung yang sering mengalami kejang kaki
  • ibu-ibu yang menyusukan bayi
  • individu yang sering keletihan disebabkan stress kerja
Jadi, tunggu apa lagi?? Ostematrix tengah offer bulan ni. BELI 6 PERCUMA 1!!!! jangan risau... beli 1-2 botol pon masih akan dapat harga promo. Setiap customer saya layak mendapat consultation free dari saya.

For more info about this product,
Email : nensa_clarabelle35@yahoo.com
Text / Whatsapp : 0196035169







Berbelah bagi.

Berbelah bagi nak release this two kesayangan untuk garage sale atau tidak. =(
kena pikir masak-masak sampai hangus. 

Garage Sale : Novel 2nd hand lagi yawww!!!!

Assalamualaikum.

Ramai dah email aku tanya pasal 2nd hand novel takde lagi ke?? ada...ada... cuma aku tak sempat nak update sebab kekangan masa. kerja kat wad seriously macam tongkang pecah sekarang. arghhhhh!!! kenapa kamu dan kamu tak jaga kesihatan sampai kena admitted.. grrrr!!!!! 

ok, sudah. tutup cerita hal patient. mari pilih novel best untuk tambah koleksi korang.


Harga sebenar : RM 29.90
Harga jual: RM20




Novel Di Hujung Ranting (DHR) ni ada dua series. Jadi kalau nak beli aku memang jual ni secara berkembar. takmo pisah2 okeh? hee..

Harga sebenar DHR 1 + DHR 2 = RM 19.90 + RM 25.90
Harga aku jual = RM 14 + RM 20 = RM 34


Harga sebenar : RM 19.90
Harga aku jual : RM 14


Harga sebenar: RM 19
Harga aku jual : RM 14

Haaaa... pilih...pilih...pilih...semua harga tu tak campur harga postage lagi ye. pape , roger ye?? 

email: nensa_clarabelle35@yahoo.com
text / whatsapp : 0196035169







Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE