Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 19, 2015

Guest Book by Myra Anne ( Ria + Amy)

Assalamualaikum.

Kalau korang follow aku dari awal mesti korang tahu aku ni memang sangat suka kerja2 craft ni kan especially in card making. Tapi sejak buatkan guest book for my best friend's wedding aku pun mula berjinak-jinak dalam bisnes handmade guest book ni.

Ini tak silap guest book ke lapan yang aku buat. Silalah cuci mata ye.











Yang tempah ni Cik Diana kita nak bagi kat bestfriend sebagai pengganti diri katanya sebab dia nak bercuti ke Korea. Heyyhoooo!!! Ole-ole please~ eheheheh..

Oklah. If nak order:
- Whatsapp +60196035169
- sila order 3 bulan awal dari tarikh perkahwinan.
- confirm kan tema color untuk front page.
- buat bayaran pendahuluan 50% dari harga tempahan.

* Setiap tempahan akan mendapat 4 batang pen yang sesuai digunakan untuk guest book ni.
* Kalau terkena order time happy hour, dapat la extra 2 pages. Free tauuu!!! suka tak??? =)

Kalau berminat roger-roger ye???

Tataaa..





Trip ke Cambodia Vol 1 (Phnom Penh + Siem Reap)

Assalamualaikum.

Straight forward jela ye? hehehe.. Tak payah la muqadimah panjang sangat ye dok??? 12-15 March 2015 baru-baru ni aku dah berjaya selesaikan salah satu wishlist tahun ni iaitu nak berjalan ke oversea selain Indonesia and Thailand. Heheheh.. So, ke Cambodia la kita. Aku, hencik lebah dan Cik Puan Kikin iaitu Along aku.

12 March 2015 (Day 1)

Kitorang naik flight jam 7.05am. So jam 4am dah gerak dari Sungai Buloh. Hampir jam 5 am dah sampai. Terus check in luggage. Barang banyak ye masa ni sebab kitorang bawak bekalan makanan untuk adik aku jugak si Yunnade sebab dia belajar kat sana. Lepas tu terus breakfast kat Puffy Buffy.

Nasi lemak x2 + Teh tarik x2 = RM46

Huwaaa.. menangis nak bayar tau. Huhuhu.. Tapi eloklah korang makan heavy terus sebab nanti sampai tak tau pulak nak cari kedai kat mana kan. Lepas breakfast kitorang terus masuk untuk boarding. Jangan risau.. lepas korang check in masuk dalam nak pergi kat gate korang, dalam tu ada surau. So boleh solat Subuh kat dalam je. 

Perjalanan ambil masa dalam 1 jam 50 minit macam tu. Sampai sana je si Yunnade dah tunggu dengan tuk-tuk driver dia si Monie. Sayu woi time ni. Kitorang bertiga peluk depan pintu ketibaan tu dengan air mata berlinang. Rinduuuuuuu.. Huhu.. 

Tuk-tuk dari Airport ke area Riverside = 12$ (RM44.40)

Oh caj tuk-tuk 12$ sebab Monie caj dari rumah Yunnade ke airport untuk ambil kitorang dan ke Riverside. Kalau dari Airport ke Riverside je tak silap aku dalam 7-9$ dah boleh dapat. Si Monie ni terus hantar kitorang kat tempat kitorang nak naik mini bus ke Siem Reap. Before tu sempat singgah Wat Phnom tangkap2 gambor.

Jam gergasi depan Wat Phnom ni berfungsi ye.

Elephant Express 
Phnom Penh - Siem Reap = 10$ (RM37) sehala

Kitorang naik mini bus ke Siem Reap jam 2pm. Masa sampai ni awal lagi. So kitorang tinggalkan beg kat sini dan pergi jalan-jalan ke Central Market. Naik tuk-tuk dari sini ke CM caj dalam 2$ (RM7.40) sebab tak jauh pun..


Sport shoes Nike
Harga asal 30$
Lepas tawar : 25$ = RM92.50

Air Tebu : 2000 riyel = 0.5$ (RM1.85)

Masa kat sini aku beli:
- Ali baba pants = 6$ (RM22.20)
- Tshirt Cambodia = 1.8$ (RM6.66)
- Minum air kelapa = 2$ (RM7.40)

Hampir jam 2pm kitorang balik ke Elephant Express. Naik tuk-tuk orang tu nak caj 4$ sebab tengok kitorang 4 orang. Tapi sebab kitorang tawar-menawar and bagitahu masa datang pun kitorang kena caj 2$ je so dia pon mengalah. Tak baik tipu tauuu! huhuh..

Mini bus ke Siem Reap delay 1 jam. Jenuh la menunggu... haishhh!!! Dan perjalanan ke sana ambil masa 6 jam. Sepanjang 6 jam tu mini bus ni cuma akan singgah dua tempat. 1 ala-ala R&R la kot. Ada petrol pam, toilet and convenient store. 1 lagi tempat kat Kampong Thom. Disebabkan last kitorang mandi pukul 3am before gerak ke airport pagi tu, badan dah berlengas gila masa ni. Dekat Kampong Thom ni mini bus berhenti depan restoran. Restoran ni tak halal jadi kitorang tumpang toilet je untuk segarkan diri,

Sampai Siem Reap tepat jam 9pm. Kitorang menunggu tuk-tuk driver datang pulak. Namanya Mr.Thavy Ibrahim . Klik link tu untuk add dia kat FB. Dia ni muslim dan pandai cakap Malay so senang sikit lah berurusan kan. Aku booked dia pun kat FB je. Few weeks before ke Cambodia aku dah PM dia. Lepas dia jemput kitorang, dia bawak kitorang dinner kat Muslim Cambodian Restaurants.

Dinner:
- Fried rice with chicken + Ice Lemon Tea = 3.75$ (RM13.90)

Hencik lebah makan Loklak Beef + White rice + Telur dadar + Ice lemon tea. Tak ingat pulak harganya berapa. hehehe.. Lepas dinner, pergi check in kat Secrets Pavillion Boutique Hotel . Kitorang booked kat Agoda je. Dapatlah RM93 je 1 malam. Tapi sebab ada masalah, bilik kitorang diupgrade kan. Dapat lah Queen bed kat kitorang. Kalau tak Along aku tu booked yang standard double room je.. yang dua katil single tu. Tak feeling honeymoon la kannnn. hahahah. nasib free upgrade.






Dah check in, kitorang jalan2 pergi night market. Si Thavy ni jugak hantar sebab dah bayar dia 4$ kan. ehehehe... kat night market ni aku sempat beli checkerd shawl je. Dua helai 5$ (RM18.50)

Tu jelah untuk hari pertama. Macam panjang berjela pulak kan?? hehehe. Terima kasih sebab sudi baca.

Tips ke Cambodia:
- bawak mask sebab kat sana panas dan berdebu teruk
- sila pakai baju yang serap peluh dan tak tebal sebab sana panas. orang sana pun cakap sana memang tak hujan.
- sana guna matawang Riyel dan USD. tak perlu tukar Riyel banyak2. tukar dalam 15-20$ je dah cukup sebab biasanya urusan jual beli kat sana kalau nak shopping memang guna USD.
- Riyel cuma digunakan di kedai runcit atau gerai-gerai kecil. masa aku pergi dorang memang fix kat semua kedai 4000 riyel = 1 USD. so pandai2 la korang convert kalau nak bayar guna Riyel or USD.
- jika nak kemana-mana, boleh tanya dulu kat locals jauh mana tempat tu supaya korang boleh bajet berapa nak tawar dengan tuk-tuk driver.

*** Tukaran matawang masa aku ke sana 1 USD = RM3.705

Sekian. Tataaa..




Tuesday, January 20, 2015

Dugaan nak kahwin.

Assalamualaikum.

Azam tahun baru nak rajin update blog dan page. hikhikhikkk.. Paling best blog and page kan ada schedule post. senang bila free, tulis siap2. jap lagi tengah2 busy tengok post kita dah keluar. hee..

Hari ni nak cerita pasal dugaan masa kahwin dulu. Amboiiii kemain berkepuk cerita sampai setahun baru nak cerita. Over tauuu!!! Ok, siapa kat sini pernah rasa macam aku rasa. Sudahnya jadi macam takde perasaan.. redah jela apa jadi pun.



1st dugaan : Tempah kad kahwin

Sebab kan takde masa nak pergi cari kedai buat kad jemputan, so aku pon cari online jela. Jumpa la satu website ni. Lepas tengok details apa semua, aku pon place order. Bukan salah online shop tula. Salah aku sendiri. Kelam kabut sangat sampai tak cek betul2 material kad tu. Diorang pos kan ikut alamat yang aku bagi untuk jemputan tu. So, sampai lah kat umah arwah atok aku.

Atok call cakap ada dua parcel sampai. aku pon bergegas balik Sungai Buloh. Excited tau!!! Cepat2 bawak balik rumah ibu nak start lipat and tulis nama jemputan. Sekali bila bukak parcel je aku rasa macam nak nangis sebab rupanya "kad" yang ditempah cuma la sehelai kertas je. Huwaaaa.. sedihnya aku. Ibu and ayah dah bising2. Hencik lebah tak kata apa sebab benda dah jadi pon kan. Tapi nak buat macam mana. Redha jelaaa...




2nd dugaan: Pelamin kahwin (belah perempuan)

Masa night before nikah tu memang aku tunggu2 la bridal butik aku ni datang untuk pasang pelamin. Lewat jugak baru dorang sampai. Aku dah risau je sebab takut malam tu hujan. Tapi atlast dorang sampai jugak. Malam tu dorang pasang sikit je. Sebab risau hujan katanya,

Tapi malam esoknya lepas selesai nikah apa semua pon, pelamin macam tu jugak. Sampai sedara mara aku semua tanya, "Ni je ke pelamin ko????" Aku ni dah la kat rumah tak boleh nak keluar. Aku pon tertanya2 apa sebenarnya yang berlaku kat pelamin aku tu. Pakcik aku sent pic, aku macam eh ni dah siap ke belum sebenarnya. Tanya kat MUA aku, dia cakap esok pagi before sanding baru dia sambung hias lagi.

Esoknya masa berarak ke pelamin aku ni dalam hati "What the hell pelamin aku macam ni rupa??" Masa discuss dengan owner butik, beria-ia dia cakap nanti bagi background soft pink + chocolate, bunga penuh dalam pasu besar. Pelamin size 20 kaki standard khemah punya.

Apa yang aku dapat, bunga ciput2 dalam pasu kecik, background putih je takde pink + chocolate. yang background tu pon macam tak cukup kain. macam tak sampai 20 kaki je. Sakit hati aku bayar mahal2. Dah la ada macam pokok putih kat tepi pelamin aku tu, dah habis majlis baru tau sebenarnya tu lampu. Bila tanya kat owner dia cakap, "Laaa..ingatkan u olls tau tu lampu" Heiii, what do you expect. Aku ke yang pasang benda tu. Ingat aku tahu ke pokok tu sebenarnya lampu?

Bila aku cakap apa yang tak puas hati kat owner butik, dia cakap "Takkan nak bagi backdrop tu pink, nanti tenggelam la pengantin.." Dah tu kenapa masa discuss cakap semua ok kan??? Kot ye pon nak bagi backdrop putih, jangan la bagi macam tak cukup kain. Siap kena tarik2 semata nak cover supaya cantik dalam gambar. Haishhh!!!

Yang aku suka bridal butik ni.. hand bouquet, baju and make up dia memang terbaik! MUA pun baik melayan je aku cakap apa pun.



3rd dugaan: Makanan tak cukup

Memandangkan ayah aku salah sorang orang yang penting jugak kat Paya Jaras ni (masa tu), so punahlah impian kahwin aku yang nak kecil2 je. hehehe.. Jemputan dalam 2000 orang. Tiba2 masa aku tengah makan beradap tu pekerja catering tu borak dengan kitorang, yang makanan dah licin. Haaaa????  Nasi dan lauk licin. Makanan sampingan macam laksa and meehun sup pon habis. Aku dah gelabah. Malu la oi kenduri makanan tak cukup. Tapi thumbs up untuk catering tu sebab dalam masa setengah jam problem dah selesai. Owner catering cepat2 masak sayur lain and masak lemak ayam buat cover makanan yang dah habis. Aku pun tak sempat makan lauk kenduri aku. T_T

Bila habis kenduri, akak catering aku tu cakap, jemputan yang datang dalam 3300 orang. Entah mana datang ramai2 tu. hahaha.. rasanya kad aku edar dlm 1000 je, tapi alhamdulillah syukur. Semua cakap lauk sedap, Pulak tu lepas2 kenduri, ramai lagi jumpa ayah aku cakap "Buat kenduri tak jemput..." Huwaaa.. nasib baik ayah ada 4 orang anak lagi tak kahwin. Nanti kita cover balik mana yang tercicir jemput masa kenduri aku tu. hehehe..


Balik dari outdoor photoshoot tu.. aku, hencik lebah, adik lakiku Eby dan photoG pergi lepak kat McD Sri Damansara akibat kelaparan. Tapi sebab masa tu aku masih pakai baju pengantin + corset makanya aku mampu makan fries je. ehehehe..


Kesimpulannya, nak kahwin memang akan macam2 dugaan datang. Yang penting kena kuat, banyak2 doa and jamgan cepat stress. Kerja pon kena bahagi2 kat orang lain supaya kita tak tension bila semua benda kena buat sendiri. Nama pon raja sehari weyyhhh. hehehe..

Till then.

XOXOXO.








Monday, January 19, 2015

Aku pun nak Vampire Mask macam Kim K jugak!

Assalamualaikum.

Hari Sabtu dan Ahad lepas aku merajinkan diri untuk timba ilmu baru dalam "Kelas FB Ads".
Kelas ni basically ajar cara buat Ads dalam FB dan tips "Zero Cost Marketing". Memang syiok gile la kelas ni. Sampai tak sedar kejap je nak lunch dah. Baru sambung lepas lunch, tak sedar dah pukul 5. Nak balik dah.. hehehe..

Masa borak2 dalam kelas ni, terbongkar lah cerita pasal "Vampire Mask Treatment" yang tengah hot kat oversea sekarang. Ramai jugak artis try buat benda ni. Contoh paling meletop Kim K la.

Vampire Mask ni kalau korang malas nak search adalah satu kaedah di mana darah akan di withdraw dari tangan korang, lepas tu ada la proses untuk separate Platelet dalam darah tu kepada Platelet-Rich-Plasma (PRP). Bila dah separate, plasma darah tu akan di combine dengan Restylane atau Juvederm. Part paling scary bila benda ni akan di cucuk ke muka untuk menggalakkan penghasilan collagen dan membina sel kulit baru kat muka. Kaedah ni jugak berkesan untuk mengurangkan kedut halus dan jerawat kat muka.

Respond Kim K bila dah buat procedure ni?

"Ow, that's hurt so bad!" sambil menangis.


*gambar sumber Google


Huwaaaa... aku yang menengoknya pon rasa nak nangis. Sanggup je depa ni sakit demi nak cantik ye? Aku bila kawan2 kecoh pasal inject Vitamin C pun aku dah seram sejuk. Memang idok ler aku nak mencubanya..



Engko dah mengapa kan. tadi beria mengata orang yang sanggup sakit demi nak cantik ni. Tak pasal2 engko buat pulak. Penggebang besar la engko nihhh!!!!

Hehehehe... macam sama kan dengan Kim K buat?? tapi aku more to natural way la. tu yang siap boleh peace2 bagai. Ini kalau hencik lebah tiba2 je balik ni mahu la dia pengsan tengok bini berlumur dengan darah. hahahah.. Nak tahu aku guna apa???? bukan darah laaa..

VIVIX!!!

Tak sakit. No cucuk-cucuk. No crying. Easy!!!!! Sapu je kat muka. Tunggu dalam 30-45 minit lepas tu cuci. Selain satu sudu makan Vivix setiap hari, kita boleh sapu buat masker jugak. 


Hasilnya???
  • muka lagi rasa tegang
  • kulit rasa sejuk je lepas cuci masker tu
  • kulit makin moist
  • kulit lembut macam sutera. heheheh
Added benefit bila amalkan Vivix 1 sudu sehari:
  • membantu masalah sakit sendi
  • membantu untuk rasa lebih bertenaga
  • membantu awet muda
  • menggalakkan kehilangan berat badan
Haaa.. teringin nak cuba VIVIX ni? Nak harga promo untuk January 2015? Boleh terus whatsapp yeee...

COD area:
  • Bandar Manjalara / Desa Parkcity, Kepong
  • Paya Jaras / Bandar Baru Sungai Buloh
*Postage ke seluruh Malaysia

Facebook : Myra Anne Noridin
Instagram : myraanne35
Igshop: Hermanas Shoppe
Whatsapp: +60196035169
Email: myraanne35@gmail.com
Fb Page: Vitamin Sendi




Friday, January 9, 2015

Jadi surirumah best ke?


Dulu selalu cakap dalam hati, bila ada anak nanti, nak jadi working at home mother. Lebih senang hati tengok anak membesar depan mata. Tak perlu hantar kat orang, tanggung risiko macam2 bila hantar kat nursery, or baby sitter.

Tapi tak sempat ada anak, dah resigned sebab masalah kesihatan. The first day I woke up after menyandang gelaran housewife, I was smiling. Tengok hencik lebah kat sisi, Allahu..bahagianya rasa.

Bahagia sangat bila...

dapat tengok dia pergi kerja setiap pagi.
dapat tunggu dia balik kerja.
dapat masak untuk dia setiap hari.
tak perlu kelam kabut masak dan cuci baju sebab nak pergi kerja
dapat join family gathering setiap kali
tak perlu susah payah plan cuti berbulan awal dengan family.
boleh pergi dating setiap Ahad.

Semoga Tuhan murahkan rezeki kami suami isteri. Amin.
Duduk kat rumah memang best! Cuma tak boleh nak bangun lewat sangat la malu kat MIL. hahahahhh.

Till then.

XOXOXOXO

Tuesday, January 6, 2015

Nak awet muda?

Assalamualaikum.

Tajuk kali ni bikin daku excited. Sebab apa? Sebab daku dah jumpa cara nak nampak 25 tahun lebih muda. Eh macam mana tu??? Kalau 25 tahun lagi muda, maksudnya time umur aku 1 tahun ke??? hehehe.. Tidak. Tidak. Tidak,

Maksudnya bila aku tua nanti, aku still akan kelihatan muda sentiasa macam umur 25 tahun. Gitewwww.. So sekarang masa untuk kekalkan ke"remajaan" itulah. =)

VIVIX

Tonik ajaib kesayanganku.

Kandungan Vivix


Siapa perlukan Vivix?

  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit SLE 
  • Pesakit jantung
  • Pesakit kanser
  • Sesiapa yang mempunyai sakit sendi
  • Yang mempunyai masalah mati pucuk
  • Bagi yang mahu mengekalkan awet muda
  • Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan
Kebaikan Vivix


Testimoni Vivix

Si perokok tegar

Si Pesakit Darah Tinggi

Si penghidap Kencing Manis

Si Pesakit Stroke

Awet muda??? =)

* Gambar ihsan Google

Bulan January 2015 ni ada promo tau. Bukan takat Vivix je. Alfalfa and Vitalea for children pon ada. Tapi entry ni khusus untuk cerita pasal Si Tonik Ajaib ni la. hehehe..


Errkkk!!! Kena BELI 6 ke baru PERCUMA 1? TAK PERLU!!!! Bagaimana cara? 
Whatsapp je kat 019 6035169 taip

Harga menjunam-junam jatuh baq ang!!! Jangan menyesal tak cuba sekarang. =)

COD Area:
  • Bandar Manjalara / Desa Parkcity, Kepong
  • Paya Jaras / Bandar Baru Sungai Buloh
* Postage ke seluruh Malaysia

Facebook : Myra Anne Noridin
Instagram : myraanne35
Igshop : Hermanas Shoppe
Whatsapp : +60196035169
Email : myraanne35@gmail.com











Tuesday, December 30, 2014

Myramasak : Resepi Cheesy Butter Chicken

Assalamulaikum.
Emm.. tengahari ni korang masak apa? Aku ni takdelah pandai sangat masak tapi sejak kahwin ni dapat satu perangai. Kalau makan pape menu kat kedai, if tak puas hati mula lah nak buat sendiri kat rumah sampai puas hati. hehehe.. First time order Rice with Butterchicken ni kat kedai dekat area rumah aku kat Desa Parkcity tu. Ok, sedap memang sedap. tapi terlampau kering and sikit. So, gigih la cari resepi nak buat sendiri. Tak sangka simple and senang gila rupanya. =)
Straight to the point ok? Yang aku tulis bahan ni agak-agak untuk hidangan 2-3 orang. Kalau nak masak lebih, pandai-pandai la korang adjust eh.
BAHAN 1
- Ayam (setengah ekor)
- Tepung
- Telur 1 biji
BAHAN 2
- Cili api 5 biji (titik - ditumis)
- bawang kecil 2 biji (hiris nipis - ditumis)
- bawang putih 2 biji (hiris nipis - ditumis)
- daun kari 2 tangkai (ditumis)
- Butter (2 sudu besar)
- Susu cair (1 tin)
- cheese 2 keping (tak kisah brand apa)
- kiub ayam Knorr (1 kiub)
- sedikit serbuk lada putih
- limau nipis (untuk diperah air)
CARA MEMASAK BAHAN 1:
1) Salut ayam dengan telur, kemudian salut kan dengan tepung.
2) Goreng hingga garing.
3) Selesai goreng, ketepikan ayam.
CARA MEMASAK BAHAN 2 (masak guna api kecil): 1) Panaskan kuali. kemudian letak dua sudu butter, cairkan.
2) Bila butter dah cair, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. Tumis hingga naik bau. Ada bau pedas sikit sebab tumis cili api. hehehe..
3) Bila agak-agak dah garing, masukkan susu cair. Kacau supaya rata.
4) Kemudian, koyak-koyakkan cheese dan masukkan.
5) Tambah kiub ayam dan serbuk lada putih. Letak garam secukup rasa. Aku letak sikit je sebab dah tambah cheese.
6) Kacau hingga kuah makin pekat dan menggelegak. Ikot selera masing-masing ye. Macam aku, aku suka banyak kuah. So bila dah pekat, aku tambah air sikit dan tunggu lagi hingga pekat.
7) Perah sikit air limau nipis supaya ada rasa masam-masam sikit, tak muak sangat makan. dan supaya kuah tahan lebih lama.
8) Bila kuah dah pekat ikot selera korang, boleh la masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau supaya sebati dengan ayam.
9) Dah siap, boleh la deko ikot suka korang. hehehe.
P/S:
- kalau aku search resepi ni, rata-rata suggestkan guna isi ayam. tapi aku tak suka. aku rasa guna ayam campur-campur tak kira isi ke tulang lagi best!!! Lagi2 bila bab sedut-sedut kuah kat ayam tu. Perghhh. Marvelous! Kalau guna isi ayam kecik-kecik, tak boleh sedut-sedut ayam tu kan?hehehe. Try lah!
- Cheese tu kalau korang taknak letak pon takpe. Tapi sebab hencik lebah suka makan cheese, tu yang aku tambah tu. Tapi best sebab rasa dia lagi berlemak.
- Jangan masak selalu. Gemuk oiii!
Kalau dah try resepi ni and korang rasa best, tag aku kat Ig @myraanne35 dan #myramasak ye. Muuahhh!!!

Monday, December 8, 2014

Hantaran, handmade guest book, Chococheeseball.

Assalamualaikum. Tempahan hantaran Aku ni takde la kreatip mana. tapi kalau sedara mara kawen tu senang la jugak kira sebab dorang akan suruh aku buat hantaran and guest book. hehehe..
Kalau guest book memang fully handmade. hinggakan tulisan pon aku tulis je sendiri. takde pon nak print ke ape. Alhamdulillah pernah buat 5 buah guest book so far. semua puas hati. Tak sempat nak ambil order banyak-banyak sebab before ni terikat dengan kerja. Bila free baru bukak order. Tapi sekarang ok je.. boleh runding la kalau nak tempah. tapi make sure 3 bulan awal dari tarikh kenduri tau! =)
Chococheeseball ni memang sesuai dibuat gift or selit kat dulang hantaran. Sepanjang yang aku buat suka-suka ni pernah la dua orang tempah buat letak kat dulang hantaran tunang. hehehe... 1 box 16 biji, RM25. Kalau jual dalam 1 bekas plastik ada 4 biji RM3.50. Min order 20 bekas la.
Benda-benda simple ni boleh jugak kalau korang nak tempah kat aku Tapi untuk hantaran tu aku ambil upah jela. Barang-barang semua kena beli sendiri ye. =) Untuk sebarang tempahan, boleh whatsapp 019 6035169. Tataaa...

Thursday, December 4, 2014

Bulan itu.. Bulan cinta...


"Bulan ini, bulan cinta
Bulan ini bulan kita
Terangi gleapnya rasa
Sinari gelapnya cinta
Menghiasai malam asmara..."

Hamboi kemain Mak Temah nyanyi dangdut pagi2 ni ye, hehehe.. Sebab apa?? Sebab bulan ni adalah BULAN KEGILAAN bagi die hard fans VITAMIN E & VITAMIN C!!! Shaklee buat promo gila-gila ye bulan ni. Rugi korang tak rembat harga promo ni.


kahwin dengan

jadi


ehh.. macam gitu pulak final result bila VITAMIN E kahwin dengan VITAMIN C ye. hehehehe.. Sebenarnya bila kita amalkan dua-dua produk ni, hasil yang kita dapat memang kebabom kata kauuu!


Seriously, ramai dah cuba dan suka dengan resultnya. Aku sendiri pon memang suka gila dengan vitamin ni.

Apa kebaikan utama VITAMIN E?
  • mengandungi antioksida-penting untuk awet muda
  • vitamin "CINTA" - nbantu dalam hubungan suami isteri.
  • mengecilkan pori-pori di wajah
  • bantu mencegah kanser
  • memudarkan parut di kulit
Kebaikan utama VITAMIN C:
  • meransang pembentukan collagen
  • bantu mencerahkan kulit
  • melambatkan penuaan
  • menggebukan kulit
  • meningkatkan sistem imun
Antara testimoni dari Google yang korang sendiri boleh search.

ini akak comel yang paling famous bila search pasal testimoni Set Kecantikan Kulit. hehehe.


ini pulak datang dari customer Master Iffah. =)

ini dari Google.

Sebenarnya banyak lagi testimoni tapi takkan semua pulak aku nak letak kat sini kan. Karang entry ni tak settle sampai bila. Penuh dengan gambar je. hikhikhik..

Double promo ni akan berlangsung sehingga 31 Dec 2014.
Kedua-dua nya adalah promo BELI 6 PERCUMA 1.
Maksudnya if korang beli 6 botol Vitamin C/Vitamin E korang akan dapat percuma 1 botol.

Tapi jangan risau.. if nak beli 1-2 botol pon korang masih boleh dapat dengan harga promo. Jimat hingga RM30 bagi setiap botol. Harga cecah lantai ahkak bagi!
Retail price:
  • Vitamin C RM 92.50
  • Vitamin E RM 149
Nak harga promo dengan FREE GIFT menarik? Meh pm dekat fb Myra Anne Noridin atau direct whastapp 019 603 5169 ye?

COD area:
  • Bandar Manjalara / Desa Parkcity, Kepong
  • Paya Jaras / Bandar Baru Sungai Buloh.











Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE