Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 6, 2011

Surat Cinta untuk Bakal Suami

InsyaAllah...
sampai saya tutup mata cinta saya kat awak masih dalam jiwa.takkan pergi mana-mana sebab cinta
saya kat awakcinta setulus hati. kalau sampai satu hari nanti awak tak perlukan 
saya lagi dalam hidup awak, biar saya sendiri yang pergi.
mungkin luka tu nanti tak sedalam mana
sebab saya lepaskan awak supaya awak lebih bahagia
bukan awak yang lepaskan saya untuk saya menderita....

saya....
cinta awak sampai mati.

Love..
Pooh.

For...
hencik lebah..

^_^

Saturday, February 5, 2011

Petua tak boleh blaa...=P

Salam geng!
apa aktiviti korang di kala hari Sabtu yang indah ni??
indah la sangat..
tidak bagi aku.

Malam tadi aku start 1st night shift. macam biasa. bila keje malam, balik keje pagi2, pegi beli breakfast, mandi, pastu tido. breakfast tu buat makan tengahari. takdelah stress bila bangun tido selongkar dapur takde makanan. kan? kan? tapi macam biasa jugak.. setiap kali keje malam, aku susah nak tido siang. dah la tadi tido pon dah pukul 10am. pastu dalam pukul 1.30pm camtu aku dah terjaga padahal mata punya la berat nak bukak di sebab kan cahaya matahari yang menerobos masuk dari tingkap aku. ko tengok ayat aku pon dah power semacam. silau ok tido tengahari buta ni. walaupon la dah tutup muka dengan sweater hencik lebah. pulak tu kipas lupa nak bersihkan habuk2 so kipas tu dah slow semacam. panas !!!! hehehe... <--salah sendiri.

fine. dah peluh2. nak bukak aircond malas pulak. kena belajar hidup secara sederhana bila hidup sendiri ni. hehehe... <--petua untuk Cik Nuraitul jugak yang bakal memulakan hidup sendiri. eh,tetiba rasa nak melalut jap bagi petua hidup sederhana. boleh?? ngeee~ jom aku bagi contoh2 nya. petua ni mungkin sesuai bagi korang yang dah bekerja and ada gaji sendiri. sebab kalo masih bawah biasiswa PaMa tu tak terasa sangat duit hasil titik peluh korang habis kat benda bukan2. ngeh2...

1) kalau kat umah mak bapak ko biasa makan nasi ngan Kicap Kipas Udang, bila kat umah sewa beli Kicap Jalen je. dapat jimat duit even beberapa sen. sama jugak la dengan benda lain. kalo kat umah biasa cuci baju pakai Dynamo, kalo duduk sendiri pakai jela sabun serbuk Daia ke, Trojan ke..hikhikhik... kan jimat? baju tetap boleh di cuci.

2) kalau biasa tido pakai aircond, kat umah sewa pakai table fan tu je.. mungkin lebih bagus kalo korang beli kipas tangan tu je. kipas sendiri kalo panas. ok tak gitu?? tengok macam aku. ada aircond owner umah provide pon tapi still berjimat guna table fan. ada macam riak tak kat situ?? =P

3) kalau kat umah parent ko makan 3x sekali. makan nak mewah pulak tu... mungkin kalo kat umah sewa ko patut makan pagi dengan roti pastu petang nanti makan nasik sekali untuk lunch, tea-time n dinner. tapi walaupon aku buat gitu, tapi masih debab ye kawan2. demmm!!! tapi paling penting elakkan maggi ye geng! maggi sangat2 la tak bagus untuk kesihatan walaupon kadang2 bila terdesak aku makan jugak. heheh..

4) mungkin korang patut carik rumah sewa yang ada swimming pool. jadi boleh jimat bil air kat umah. muahahaha... aku idak le buat gitu.. tapi bila umah aku ni takde air memang aku buat muka bodoh pegi mandi kat toilet awam sebelah swimming pool kat bawah umah aku ni. bersih kot toilet tu! tetiap hari cleaner cuci.

5) jangan nak membazir letrik sesuka hati. contoh, bila keluar bilik terus tutup lampu and kipas. lepas guna pape barang letrik terus cabut plug. korang tahu tak even bila korang dah off suis tu tapi kalau korang tak cabut plug, meter akan terus berjalan walaupon la tak selaju macam korang on suis tu. benda ni aku dapat tahu masa tengok Oprah Winfrey show. fevret talk show aku tu!

6) kalau duduk umah sewa tak payah la nak bermewah2 beli perabot macam2. menyusahkan korang nanti nak pindah2. yela, nama pon sewa kan. takkan korang nak stay situ forever? contoh macam aku buat, tak perlu guna katil. beli je tilam tebal2 yang elok kualitinya supaya korang tak sakit belakang. boleh feeling ala2 macam korea or jepun style. dorang kan tido atas lantai jee.. =)

7) ok, tips seterusnya... mungkin bila hujan korang patut tadah air hujan tu untuk buat mandi and cuci baju. oh, masak air pon boleh jugak! <--gila. hehehe.. ok, point yang ni mengarut sebab tengah2 pikir ayat untuk point ni tetiba hujan lebat kat luar. hahaha.. korang ingat air hujan skang macam air hujan time aku kecik2 dulu? dulu maen hujan pon susah nak demam. skang kena hujan sikit trus migrain. penuh ngan asid agaknye.

8) carik rumah sewa yang paling dekat dengan tempat keje supaya korang boleh bangun lewat tapi still sampai tempat keje on time. tak perlu bangun awal2 macam orang yang duduk jauh2. hehe..bukan2. carik rumah dekat2 supaya korang boleh jimat duit transportation. bagi yang ada kereta tu, mungkin boleh jalan kaki je. so jimat duit minyak.

9) ok, tips ni mungkin tak relevan bagi aku. tapi bagus untuk korang.hikhikhik... rajin2 la masak sendiri. so tak payah bazir duit beli kat kedai makan. hehehe... as for me, aku ni dah la selera nak besar je, balik umah dah penat nak masak... masak pon bukan pandai sangat. takdela nak masak kari ayam ke, masak lemak ke... takat goreng telur and ayam.. isk! baik aku pegi kedai tunjuk2 je nak lauk apa pastu perut kekenyangan senang hati. ngeee~

10) siapkan stok makanan yang best2 macam biskut ke, cekodok segera ke, mushroom soup, spaghetti, prego satu tin, air kordial..oh, macam2 lagi la. kecuali maggi!!! so bila time2 korang kelaparan tak perlu la order McD or pizza delivery. kan boleh jimat duit poket??? =)

ok, duit yang korang jimat2 kan tu boleh la sumbat dalam tabung. agak2 dah berat tabung tu jom roger2 aku kita pegi shoppinggggg!!!!!!! ngaaa~  hahahaha.. takdelah. kalo korang banyak duit syiling tu, pegi la kedai2 runcit tuka duit dengan dorang. mesti dorang suka. dah dapat duit kertas tu boleh la menabung untuk kawen beli Inspira or Saga FL. hehehe.. bernas tak tips2 aku bagi ni???

hehehe.. ekceli nak cerita pasal tahap keboringan aku hari ni sebab tak boleh tido. tapi tercerita pasal benda lain pulak. takpela.. at least berguna jugak untuk korang kan?? =)



Friday, February 4, 2011

Wednesday, February 2, 2011

Saya nak kawen lah!!!!



What a great menu for lunch huh??
dah dua hari.
lunch menu yang sama.
pakai mangkuk yang sama.
pakai sudu yang sama.
oh sedih!

rasa mau kawen pulak.
*tetibe....
kalo dah jadi bini orang mesti laki ada sediakan barang dapur suro masak
kan??
baru la rajin nak masak.
heeee~

Luahan perasaan saya!!!

Saya tengah marah. eh tak! sebenarnya saya jeles!!!
aritu pasal Patricia and Romeo.
ini ada tambah lagi pulak.
 ni la mereka!
yang buat saya sakit hati sangat2 tu!!!
nama dorang Bobo and Cici
 Ini Cici. dia betina.
ekceli dia cantik la jugak.
 ini Bobo.
saya cukup menyampah dengan dia ni!
suka usha saya kerek.
bukan saya nak ngorat makwe dia pon.
saya pandang je.
 Tengok lah! dorang ada rumah siap berpagar.
Rumah saya takde pagar pon.
tak secure langsung!!!
makanan dorang pon letak dalam bekas cantik.
bekas makan saya pinggan buruk je. =(
sedih saya kenang nasib saya.
tapi takpelah. rumah saya tumpang duduk lagi besar.
tu rumah Cik Myra tu.
rumah saya lah!
saya boleh main lari2 dari ruang tamu sampai dapur.
seronok!!!
sekarang saya nak tengok je dorang buat apa.
kalo lebih2,saya ngiau kuat2 biar dorang takut.
hikhikhik....
nasib baik mummy saya, Cik Myra tu masih sayang saya.
saya selalu dengar dia merungut bila Patricia and Romeo lari2 atas roda dorang tu.
Cik Myra cakap dia pening dengar roda tu berpusing.
pastu Cik Myra cakap si Bobo and Cici walaupon comel tapi susah nak peluk2.
tak macam saya. saya selalu kena peluk dengan Cik Myra.
oh, dia memang sayang saya!
pheewwww~
nasib baik.
lega saya.

Yang penat berkata-kata,
Memet.

Monday, January 31, 2011

Nak tahu mana datang Gojet dan Aunty Rose???

CERITA SATU
Masa zaman aku kat kolej dulu.. aku selalu lepak atas katil kat dalam bilik dengan Cik Nana and Cik Ima. hinggakan katil tu melendut la tengah2 dia. sebabnya walaupon katil tu katil double decker besi punya, tapi sangat2 la tidak bermutu tinggi dan tidak di sukai ramai. sedangkan orang kurus punya katil pon boleh putus2 dawai dia. ha, ko jangan nak kutuk aku debab sangat pulak kan. heee~


So ade lah satu hari tu, masa tu popular ngan lagu Adam AF tu lagu Joget Lambak. kome ingat lagi lagu tu? mesti ingat kan.. kalo tak ingat pegi je google.  pastu ade la satu lirik kat korus dia camni...


"Lalalalalalalalala.....Mari BerJOGET!"

Tapi ada sorang minah ni.. alaa.. dia tu putih2 tau. cun ah jugak. dia suka kaler pink. tapi universal pon boleh katanya.. dia ada shades kesayangan dia dari Nose tu ha.. alaaa..tak kan korang tak kenal. haa, dia tu lah!
dia pulak confident nyanyi camni.

"Lalalalalalalalalala....Mari BerGOJET!"

Anda nampak perbezaannya??? sudah di bold dan di caps lock kan di situ. ahahaha.. muka dia sangat selamba ya kawan2. sampai la aku tegur kesalahan dia tuh. baru kitorang gelak terbahak2. sampai hari ni pon kalo aku teringat cerita ni mesti aku gelak sorang2.

CERITA DUA
Haritu aku pegi jumpa Cik Nana. jumpa dia nak bagi bantal comel aku tempah khas untuk dia. tu pic kat atas tu.. ha, tu la dia... oppss! sape2 nak tempah bantal comel camtu or barang2 kraf lain boleh pegi kat Belog Cik Sayunk. dia ada buat macam2. pegi je tengok contoh2 kat belog dia tu. comel weh! aku suka!

Ok, balik cerita pasal jumpa pompuan cantek ni kat KLCC. lepas penat jalan2 carik baju yang berkenan di hati si dia tapi tak jumpa2. kitorang pon decide nak pegi lepak kat taman KLCC kat luar tuh.dua2 pompuan nih perut amat lah besar. serupa enjin kereta 2.0. baru lepas makan tapi bila nak lepak kat taman mesti nak carik benda kunyah2 jugak. 

Aku: Eh, nak beli apa ni nak makan kat luar?

Cik Nana: jom kita pegi Aunty Rose kat sana tu la.

Aku: Aunty Rose? kenapa tak penah dengar pon??? *keadaan sangat musykil time nih pikir kedai apa Aunty Rose tu!*

Cik Nana: eh, apa kat sana tu. Aunty Anne's la...hehehe... <--muka selamba.

Aku: hahahahahah... ingat kan kita yang ketinggalan tak tahu apa benda Aunty Rose tu. ahahaha... <--sambung gelak berdekah2.

Cik Nana: haha.. selamba je. kita ni memang kalo nak sebut tu konfiden je... hahahah...

Tengok. sendiri yang salah, sendiri mengaku konfiden sebut walaupon salah..aku tak habis lagi gelak pasal cerita Gojet dia. dia dah tambah lagi satu pasal Aunty Rose pulak. hikhikhik...yang aku tak tahan pasal tengok muka konfiden dia tu. kalo boleh gelak berguling2 kat tengah2 KLCC tu lama dah aku buat. siyes otak aku kejang jap pikir apa kejadah Aunty rose tu. memang rasa dah macam katak bawah tempurung kalau2 ada kedai baru nama Aunty Rose tapi aku tak tahu. demm!! ahahahaha...sengal lah ini member. tapi wa tetap sayang lu! muahahaha..

So mana datang Gojet dan Aunty Rose??? mesti la datang dari Si Gojet Gojes nih...

**chill la babe. orang tua2 perangai memang gitu. kuat bebel. sabo jelaa.. +_+



Pooh dengan Lebah ada kat Mid Valley

Heee...
ini cerita hencik lebah bersiar2 dengan Pooh kesayangannya kat Mid Valley.
 sementara tunggu hencik lebah sampai.
snap2 dulu kat umah.
kat area Mid Valley. jem teruk.
hujan dari pagi sampai malam.
 oh, i like ini pic!
=)
 hencik lebah buat muka poyo.
 masih poyo.
tapi.....
bila aku takde dia camwhore sorang2.
cis!
 hencik lebah suruh Pooh beli kasut comel ni.
memang comel + skema jek.
heee....
 pegi makan kat Belanga pulak.
tak jadi makan McD.
masing2 baru makan McD dengan geng memasing hari sebelumnya tu.
ye, aku makan nasi lemak ayam berempah.
 jeng3! hencik lebah tukar choice.
tolak kasut skema. amek kasut ni.
comel jugak.
i like! 
 nasi kerabu ayam percik dia order.
tak bape umpphhh sangat.
 air fevret dia mesti ade cokelat2.
aku pulak harus yang sour2 gitu.
=)
berjaya rembat speaker ni.
lepas nih boleh pasang lagu Amy Search nyanyi dengan berdentum2.

Besday Si Kakak Tua

Dah janji nak update pic time besday kakak tua kan? ini dia!!! huhu...enjoy okeh? banyak sangat pic. ni aje yang aku rajin nak edit and upload. ngeh3...
 ini budak mau interprem je lebih ngan kot and tie bagai. heee... adek gemok saya si Aziim.
 sate.
fevret saya.
10 batang? mana cukup.
heeee....
 oh ini dia si kakak yang sudah tua. =)
Cik Puan Syikin.
nape panggil Cik Puan??
sebab kat opis dia di SUK Shah Alam tu orang2 bawah dia panggil dia Cik Puan Syikin.
 ini family yang tak cukup korum.
ramai yang takde time nih.
 kek dari awak untuk dia.
=)
dua orang makcik kesayangan yang agak sengal kadang2.
heee~
 turn ibu pulak nak suap2.
**ehem2, Aina Zahra..apa yang ko jeling tu? hehehe
 cuba teka kenapa orang selalu anggap aku kakak???
ini budak nama Syafiq mau pegi pemilihan masuk sekolah tentera minggu depan.
good luck, cousin!
ini dia besday girl.
Happy 25th Besday, Along!!!!
=)
kek tu sedap kan?
^_^

Wednesday, January 26, 2011

Terima Kasih kat AinFarahin

Morning! 
Entry ni kontot je...
Nak ucap terima kasih..
Kat AinFarahin.
Sebab jadi follower saya yang ke 100.
Thanx babe!!!

rajin2 tinggal jejak kat sini ya?
mmmuuaahhh!!!

Tuesday, January 25, 2011

Kisah tuan punya belog yang pakai spec mata tuh.

Ini kejadian ketika tuan punya belog perasan yang mata dia dah baik sepenuhnya.
dia pegi berjoli ke OU selama dua hari berturut2.hari sebelumnya dengan Sharina.
esoknya dengan Yaya.
semua gara2 tuan punya belog telah jatuh hati dengan sesuatu di sana.
asek nak pegi usha dia. ^_^
 budak nih tak sedar mata dia kecik sebelah gara2 sakit mata yang berlanjutan sampai 
sembilan hari termasuk hari ni. =_=
 masih mahu bersnap2 pic.
even kat dalam fitting room tengah teman Yaya try baju.
 love doing some window shopping ngan budak sebelah tu.
sebab nanti aku window je.
dia yang shopping sakan.
mengalahkan aku yang bergaji. =P
dia student je...
 see..see.. mata bengkak sebelah.
 ouchhh!!!!
inilah yang aku usha tu.
i am sooooo in love dengan baju nih!
gaji terasa lambat lak tetiba...
wait for me bebeh!!!
akan ku seret hencik lebah sekali nanti.
biar dia komen berkenan ke tak.
kalo tak berkenan pon,aku tetap nak grab ko.
muahahahahaa...

lepas sonok2 semalam,hari ni patut naek keje malam tapi tak jadi.sebab mata bengkak and merah balik. terus nangis2. teringat cerita Ucu aku pasal kawan dia yang hampir buta sebab kena sakit mata macam aku. tapi tak tahu apa puncanya. nasib sempat operate. takut aku oh!!! aku pulak... dah jumpa specialist tadi. infection katanya... bacteria ni sangat degil! takmo keluar dari mata aku. +_+

Mamat mata sepet memang chentahatisaya

Malam ni sumpah aku rindu gila kat mamat mata sepet nih!
nak ngarut boleh tak?
korang layan kan aje eh...
wa sayang bangat kat lu der even lu selalu kutuk wa bantut.padahal lu yang tinggi melampau2.tapi takpelah...
bila pegi shopping lu boleh tolong wa amek kan barang yang tinggi2.untung kan wa ade lu.hikhikhik...
tapi wa susah gila kalo mau belikan lu baju. wa kena pegi carik patung tinggi2 nak try fit kan untuk lu. takut kalo salah beli baju tu senteng kat lu.nasib la selalu pon lu boleh pakai. heee~

kalo pegi makan kat Kenny Rogers or Nandos wa kadang2 sengaja makan lambat2. pastu bila lu dah abes makan wa suro lu koyakkan ayam pulak untuk wa sebab lu selalu makan licin tulang ayam tu. lu selalu pesan jangan membazir. sebenarnya wa saja nak gedik2 kat lu. alaa sape jela pon lu nak layan gedik kan. wa jelaa...

dulu lu penah cakap lu suka gila wa senyum. leh bikin hati lu cair. hikhikhik..wa sumpah malu dol bila lu cakap gitu. lu penah cakap jugak lu tak suka tengok wa nangis. sebab tu eh kalo wa nangis lu cepat2 lap2 air mata wa?? mekaceh der~ kadang2 wa memang emosi. tapi wa tak penah nangis kat orang lain selain lu. lu kira manusia bertuah tau. ibu wa pon susah nak tengok wa nangis sebab wa jenis suka pendam. =)

wa suka sangat kat lu. sebab lu selalu cuba yang terbaik untuk wa. even kadang2 wa tau benda tu menyusah kan lu tapi lu stil nak buat untuk wa. wa terharu oh! contoh baru2 ni lu demam tapi lu teman gak wa jalan2 kat One Utama. lu cakap nak teman wa... mekaceh! pastu ada sekali tu lu busy keje, tapi sebab wa bising nak balik sg.buloh, lu lari jugak kejap hantar kan wa. sory tau! wa selalu susahkan lu. 

dulu2 bila wa mengidam nak makan pape, lu selalu tunaikan untuk wa. penah skali wa cakap kat lu wa tak penah makan ayamas. masa tu wa bodo2 lagi. malam tu tetiba lu datang hantar ayamas kat umah wa. siyes wa rasa nak peluk lu time tu. lu sangat2 baik!!! baru2 ni wa teringin makan mcD. lu datang jugak bawakkan wa mcD. dah lama lu tak buat camtu. sebab lu sangat busy keje carik duit. wa terharu gila lu tau tak??


Der...wa mintak maaf. sebab kadang2 wa suka marah lu sebab lu lupa nak wish monthly anniversary kat wa. wa tuduh lu lupa. tapi wa terharu gila bila lu cakap lu tak penah lupa 20hb tiap bulan.cuma lu kadang2 busy terlewat sikit nak wish. dulu lu penah kasi tau wa yang hati lu tak senang bila tak jumpa wa 20hb. yeke?? lu saje nak amek hati wa kan..huhuhu... wa ni tak guna kan? selalu je tuduh lu bukan2. =(

dari dulu sampai skang lu tak komplen pon cara wa dress up. dulu wa dress up ala budak2 poyo sebab geng2 ramai budak skaters. jadi seluar wa pon mesti mau ala baggy, gelang kat tangan haruslah banyak supaya nampak cool. bila dah masuk kolej wa tukar sikit2 ala ladies. lu still tak cakap pape. skang wa dah pandai pakai dress. lu cakap cantik! wa suka sangat. sebab dari dulu lu selalu terima wa seadanya. lu tak penah komplen pape.. dulu masa memula wa pakai shawl pon lu cakap cantik padahal muka wa time tu bolat dah macam bola. tol ke wa cantik der?? lu tak tipu kan. takpelaa.. bab ni wa memang trust lu 100%. muahahaha...

kadang2 wa selalu rasa macam lu tak peduli kat wa. macam lu tak amek berat. rupanya lu sangat protective.masa wa krisis dengan pompuan so called friend lu tu, lu memang marah gila kat wa. tapi bila wa dah explain kat lu cerita sebenarnya, lu cakap sebab tu lu tak penah cerita pasal wa kat pompuan tu. sebab tu lu tak penah kenalkan wa ngan pompuan tu. sebab lu tau pompuan tu akan buat camni kat wa. sebab lu tau pompuan tu akan sakitkan hati wa. wa tersentuh hati time tu...=_='

lu sangat bertanggungjawab. kalo keluar sama lu mesti hantar wa sampai balik depan umah. tak kira la lu penat ke ape.. lu tetap teman wa panjat tangga mengah2 naik tingkat 4 tu. kalo lu tak sempat pon lu akan tunggu sampai wa hilang dari mata lu baru lu gerak. lu nak tau, setiap kali lepas lu hantar wa balik umah, wa akan tunggu kat tingkap bilik tengok dari atas kereta lu gerak balik. dari umah wa memang nampak jalan raya depan umah tu. pastu wa tunggu sampai bunyi kete lu hilang baru wa tutup tingkap. kereta lu kan bunyi menderum2. =) 


sepanjang 6 tahun 5 bulan kita bersama nih, baru 3kali lu bagi wa bunga. 1st masa 1st anniversary kita dulu. time tu wa Form5. kita sambut kat McD Kepong je. time tu wa ada tuition. wa ingat lu bagi wa bracelet yang wa pakai sampai sekarang. bracelet tu ada ukir nama and muka kita. wa sangat suka!!! 2nd time lu bagi masa wa kat kolej tengah merajuk gila2 kat lu. lu tunggu wa depan umah nak bagi bunga tu. and 3rd time pic kat atas ni la. time before raya tahun lepas.lu cakap bilangan bunga tu sama ngan tahun kita bersama. ada enam! so sweet! lu memang tak romantik. tapi lu layan wa macam princess bila kita berdua. depan orang lu tunjuk macam lu tak heran kat wa.. apa lah lu ni!!! tapi takpelah. wa still keep falling in love with u. 

wa suka sangat bila lu bagi tahu kotak yang lu simpan barang2 kenangan kita dah sampai empat kotak. banyak tuh! wa baru tiga je. wa tau nape lu ada banyak. sebab wa kan suka buat kad handmade untuk lu. memang khas untuk lu la der! kat dunia ni mana ada kad camtu. lu je ade. tu pasal la lu simpan elok2 kan. ngeee~ lu penah sekali je buat kad untuk wa. tapi kad tu la yang buat wa menangis baca. ayat2 lu tulis memang sentap jiwa. walaupon tulisan lu burok~ hehehehe...

wa suka ngusik lu geletek2 lu. sebab lu suka berlagak konon2 tak geli padahal lu keraskan badan. hampeh. tapi sekali lu ngusik wa siap geletek2, wa gelak sakan sampai gelak takde suara and mengah2. lu memang tak beragak. gurau kasar nih! lu ingat wa member lu ke? tapi takpela. sebab wa suka.. sebab lu yang geletek. muahahahahaha...

dari mula kita kenal kita memang sehati sejawa. lu pon sedar kan. kita jarang janji nak pakai baju apa. except kalo nak attend kenduri kawen, haruslah plan kaler sedondon. tapi even tak plan kita tetap pakai baju kaler sama. masa kat tuition, dari jauh wa nampak lu pakai baju merah wa dah suka sebab haritu pon wa pakai merah. suka! suka! kadang wa pakai putih, lu pakai putih. macam time lu bagi bunga kat atas tu. kita tak plan pon nak pakai baju kaler tu tapi sama jugak at last. time besday wa tahun lepas kita pegi Genting, wa siap belikan lu baju kaler pepel konon nak sama ngan baju wa tapi masa lu datang umah amek wa..lu keluar kereta je wa dah terbeliak bijik mata tengok lu memang dah pakai pepel. skang, wa memang caya hati kita memang ada satu je. =)


harini wa cakap ngan Yaya, "sampai satu saat, kita akan cakap tak kira apa jadi kita akan stay dengan orang tu. kita akan pertahankan hubungan tu tak kira apa jadi". Syukur, i 've found u,der... lu sangat superb! lu hero hati wa. wa memang berani mati nak pertahankan lu dalam hidup wa. tapi sorry... wa tak cukup perfect. wa suka buat hati lu sakit and susah. but maybe, i like being unperfect. so that lu datang buat wa rasa sempurna. thanx, der.... =)

notakaki: wa bukan sayang lu sampai tua je. tapi sampai jasad wa terkubur pon, insyaallah lu tetap jadi orang kesayangan wa. ^_^



Monday, January 24, 2011

Dia bukan Paris Hilton punya BFF.

Yup dia memang bukan BFF Paris Hilton 
yang kena pegi audition sume tu untuk bergelar kawan.
dia BFF saya.
yang mana saya sendiri approach dia masa 1st time saya tengok dia dulu.
=)





Love u,Cik Nana!

ini semua masa kitorang pegi Pullman tu. saja nak buat satu entry untuk pic2 ni. =) oklah. bye!

Skema itu hot ke???

**heheheh..pinjam nama belog Cik Lilianna Mardiana kejap buat tajuk entry.

mana lagi hot skema???


abaikan mata yang sakit. =_=

Along aku cakap spec baru aku buat aku nampak macam Betty.
tapi aku tak kisah.
sebab sebenarnya Betty tu kan cantek??
huahuahua....

*biarkan aku nak perasan sorang2. siapa kacau aku sepuk dia laju2. grrrr...<--muka garang.



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE