Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

Selamat menjadi separuh dari aku.

As Salam.

Bukak2 dashboard terjumpa sesuatu yang sangat indah dari Blog Norhana Rosmida. tapi tak jumpa button komen untuk mintak izin share entry ni. cuma kredit kan kat awak. maaf ye. =)

Puisi Zahiril Adzim buat isterinya Shera Ayob.


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”




sangat lah indah ayat terakhir puisi tu. syukur masih ada lelaki macam dia. untung kamu, Shera.

untung jugak aku. sebab telah jumpa dia lama dahulu.
siapa lagi.
hencik lebah.
=)

p/s: moga Tuhan membuka hati kami menerima sebuah perkahwinan. amin.



Tuesday, November 29, 2011

Itulah Saat Aku Paling Cintakan Kau 1

Bila aku sesat jalan.
Aku call, kau cakap ayat kerek. "nak saya buat apa? cari la exit mana-mana"
Sambil nangis-nangis cari jalan pulang sendiri.
Tiba-tiba kau BBM.
Bebel-bebel. "apa awak ni. reti keluar tak reti balik!"
Hahahahaaa.. bongek betul kau ni.  tak tahu lagi makwe kau macam mana?
Buta jalan. itu aku lah tu....
Baru kau sibuk cakap ikot jalan ni, ikot jalan tu.
Nampak sangat kau risau.
Yang kau nak kerek2 kenapa?

Kau memang risau.
Sebab bila aku call kau terus jawab.
Selalu tak macam tu.

Dan kalau kau nak tahu...
Tiap kali kau buat kerek
Tiap kali kau bebel-bebel sebab aku lost
Tiap kali lepas bebel kau terus tanya "Awak kat mana sekarang?"

Itulah saat aku paling cintakan kau.

=)

sumber: Google

Surirumah punya cerita.

As Salam.

Oh, penatnya. balik keje shift pagi tadi pukul 2.30pm dah sampai rumah. balik je terus angkat kain kat ampai. pastu pegi keluarkan ikan dari freezer, nak masak untuk husband. barang2 masak semua prepare. nasi pon dah siap2 tanak. sementara tunggu ikan tu lembut, pegi iron baju keje husband. sakit2 belakang iron baju dia. konon nak bagi setiap bucu baju tu tajam sampai boleh jari tersiat kalau tersentuh.

Dah siap iron semua, potong2 terung nak buat sambal terung. cili blend dah siap2 buat weekend lepas. senang bila nak masak. tinggal tumis je. lepas goreng terung, goreng ikan pulak. sambil2 goreng ikan, pegi menaip entry baru. ok, ikan hangit sikit. tapi takpe. kita maintainkan kasi sebelah lagi ikan tak hangit. nanti time hidang kat husband kita letak yang tak hangit tu kat depan ye. takde la kantoi. ok, dah goreng ikan, tumis sambal untuk terung pulak. tunggu beberapa minit, ok dah siap! tunggu husband balik kejap lagi boleh la makan sama.

masak semua dah setel, baru pegi mandi. haish penat ye jadi suri rumah ni. kejap lagi nak amik anak balik tuition pulak. hari ni husband kene overtime. =(







ok, tamat dah cerita bohong aku.


hahahahhh!!!


jom makan, geng! aku memang masak. tapi untuk diri sendiri je. aku memang nak keluar jap lagi. tapi bukan amik anak balik tuition. aku nak dating ngan Cik Nana. heee...=P

mana pulak datang anak kalau tuan punya diri pon tak berhusband lagi kan.

ahahahahaaaa...

Tataa.

Monday, November 28, 2011

Monday Blues: Terima Kasih, Awak!

As Salam.

Ini nak cerita pasal semalam. lama tak story pasal hencik lebah kat sini yek. jangan risau. kitorang masih bersama. hee.. =D

Semalam aku stress gila. stress sebab asek kena push dengan si ayah suruh cepat2 kawen. uwaaa!!! T_T tak sampai seru lagi macam mana nak kawen. sabar lah ayah. nangis2 ngadu kat hencik lebah dalam BBM sebab stress sangat. aku gerak balik Puchong dari Sg Buloh. sampai2 je kat Puchong tengok2 hencik lebah ada kat  parking depan umah. terus senyum. even debar2 sebab tadi konon ngadu panjang berjela. tak sangka pulak akan jumpa dia lepas tu. haishh, malu! ^_^

dia ajak keluar tengok wayang. yeay!!! terus cepat2 hantar barang naik rumah. pastu tukar baju laju2 then terus turun. oh, before tu pakai shirt selekeh2 je. nak jumpa dia, harus lah tukar baju cantik sikit. takde la cantik mana. tapi baju baru. dia belikan minggu lepas. heee...

kitorang pegi Tropicana City Mall. first time aku pegi situ. ada la jakon jugak. tapi best sebab banyak restoran kat situ. sedap aku jamu mata. hahahahhh..aku tanya hencik lebah nak tengok cite apa. dia cakap nak tengok Tintin. jenuh aku pikir tu cite ape. sampai kat kaunter baru aku tahu Tintin tu cerita kartun. agak pelik di situ ye sebab kitorang tak penah tengok cerita kartun kat wayang. masa dah sampai depan hall wayang tu baru dia bagi tiket kat aku.

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1

terus pukul2 dada hencik lebah sambil jerit meroyan depan hall tu "bee tipu! bee tipu! kata nak tengok Tintin".

ok, tipu.

drama queen sangat pulak kalau aku buat gitu ye tak? hahahah.. hati sangat suka sebab hencik lebah tunai kan impian nak tengok cite ni. hahaahhhh. ayat tak boleh blah. balik dari wayang pergi makan kat Murni SS2. makan menu fevret aku, nasi goreng ayam pandan. nyummm2!!! dah kenyang hencik lebah hantar pulang. =)

Terima kasih, der. kita tahu awak sebenarnya kesian kat kita kan sebab stress kan? sebab tu awak bawak kita keluar.

sumber: Google

Ok tataa...

p/s: syukur ada kamu.


Monday, November 21, 2011

Monday Blues: Sleepy mode can't turn off.

I hate this Monday cos i have to do morning and night shift. 
Wake up, Myra Anne!
It's time for work.
gambate!
+_+

p/s: mata rabak. sempat tido dua jam je lepas balik kerja pagi tadi. 

Tataaa...

Monday, November 14, 2011

Monday Blues: Wad macam tongkang pecah??!!??

As Salam.

Semalam patient kat wad saya cuma tiga orang. tengah busy goyang2 kaki kat kaunter tetiba dapat call untuk satu admission. ok la, ade jugak keje nak buat. biasalah kalau ada admission haruslah ada report for new admission, serve medication, check vital sign and trace result apa yang patut. boleh la buat2 busy time patient cuma ada tiga orang kan. hahahahh

Hari ni, dengan kemalasan saat masuk kerja, tiba2 ada admission tengah2 passed over report kat shift petang. oh, ini salah satu tanda petanda wad akan busy nampaknya. iya betol! bila Pediatrician datang nak review Ultrasound punya result pada pukul 4ptg, itu memang tanda yang pelik sebab doctor tu memang tak penah ada kat wad time2 macam tu ya. dia cuma akan datang awal pagi and malam lepas pukul 10. dia nak transfer new patient dia tu ke Paeds Surgeon hospital lain. aku pon busy layan dia call sana sini. Call Sunway,Sime Darby Medical Center, Gleneagles.. semua Paeds Surgeon dorang tak dapat di contact. At last dapat refer case ni pegi Pantai Bangsar. yeay!!! setel yang ni.

tapi tetiba admission case ENT pulak tak sempat2 nak masuk. nak pegi OT sebab ada hemorrhage after done tonsillectomy last week. oh, tengah busy2 yang amat tu la tetiba infusion pump beeping menandakan drip dah habis, call bell sana sini, patient nak discharge,anaesthetic datang nak set line. jadi nya mana yang ada kat tangan di campak je barang tu ke sana sini. jadi la wad macam tongkang pecah. tengah busy tak cukup tangan tu la pulak Customer Care call nak hantar another admission. eh, hello!!! kami cuma ada dua staff ye. tangan n kaki kitorang masing2 ada dua je. so bergaduh tarik2 muka pulak dengan Customer Care.

hari ni sesape yang carik pasal memang wrong time la sebab tetiba period pain kan. kalau tengah period pain memang pompuan tetiba jugak jadi garang. mintak ampun sesape yang kena sembur dengan aku. hahahahh.. sape suroh cari pasal kan.

Sekian.

Tata..

* nak buat entry Monday Blues every Monday. nak story pasal apa yang jadi kat hari Isnin aku. so semangat la sikit nak update blog. korang pon boleh buat jugak. tapi kreditkan kat aku ye? hahaahhh


ini di saat wad tengah free. 
sempat pegi culik baby comel kat nursery, snap pic and letak dia elok2 balik.
=D

Sunday, November 13, 2011

Cerita pasal Mett.

As Salam.

Ehemm2..ada yang rindu tak? hee.. macam biasa. lama tak update sebab busy. kalau tak busy pon aku malas. hahahaha.. ni kali ni nak tunjuk gelagat2 kucing kesayangan aku si Mett. member blogger aku Cik Awin cukup suka dengan si Mett ni sebab dia manja mengada-ngada. =D

ini Mett dengan Aina. dorang ni memang kawan baik. Aina buat la apa pon kat Mett dia takkan marah. kalau aku and lain2 kacau Mett mahu nye si Mett ni dah kejar kitorang satu rumah semata2 nak gigit kaki. hahahahh. kejam kan ini kucing?

ini biasanya rupa Mett time baru bangun tido. ala macam blur2 tu... korang pon camtu jugak kan baru bangun tido...
 kalau dia duduk macam ni, aku panggil dia duduk macam tabung. ala macam tabung kucing, tabung ayam..yang kalau kita nak amik duit dalam tu kena pecahkan tu.

ini fevret pot si Mett. atas sofa. kalau ada sesape tido atas sofa ni dia pon selamba tido atas orang tu asal dapat tido atas sofa jugak.

 this is my territory katanya. hahahahhh

ni time mengada-ngada buat perangai panjat atas almari yang penuh kotak2. mungkin nak cari ketenangan. tapi bila turun je penuh sawang kat badan dia bawak turun sekali. hahahahh

 duduk diam2 sebab kaki luka lepas bergaduh. opss!! kantoi kaki saya cacat! +_+

 teman tuan dia Cik Myra Anne baca novel malam2. tapi dia dah mimpi dulu.

 iskk!!! silau la Cik Myra!!! tutup lampu cepat!

 "kalau panas nak tido kat atas sofa saya suka tido kat sini", kata Mett.

Ok,sekian cerita pasal Mett. nanti bila2 ada pic mengada-ngada dia lagi, aku upload ye. =) 

Tataaa.. nak pegi keje. shift petang hari ni.



Wednesday, October 12, 2011

Cerita pasal Bedak.

As Salam.

Ok, di sebabkan lama tak update ini belog, aku pon gatal tangan la nak update even cerita kali ni entah apa2. ini cerita pasal seorang perempuan dengan bedak-bedaknya. seperti yang semua orang tahu, makhluk bernama perempuan ni memang complicated sikit. sometimes benda mudah pon boleh jadi serabut.

ni aku nak tunjuk contoh paling simple la.. pasal BEDAK.


huhh!! banyak nye bedak. ok, mari baca rasionalnya penggunaan bedak-bedak ni.

1) Disney Eskulin Kids: bedak ni sangat wangi! bau dia buat diri terasa comel dan disayangi. *ok,frasa tu sangat melampau. +_+ di pakai before tido dengan harapan pagi2 bangun masih bau macam baby.

2) Johnson's baby powder Blossoms: pakai kat muka time nak pegi keje sebab bedak ni sangat lembut. tak rasa kasar bila pakai kat muka.

3) Johnson's baby powder: yang ni bedak basic je pakai tiap2 ari kat badan. bau pon macam baby. hee..=)

4) Pureen Pure Cornstach: bedak ni pakai ikot mood. tapi bedak ni macam kasar sikit. bila sapu, kat tangan masih melekat2 tapi bau tetap bau baby. hehee..

5) Dettol Menthol: bedak ni pakai bila nak buat aktiviti luar yang banyak keluar peluh. memang terbaik. badan rasa kering je... tak rasa berlengas sangat. kalau yang 1st time pakai tu, memang badan rasa sejuk. nama pon Menthol kan. huhuu

6) Agnesia: bedak ni pakai bila ade allergic gatal2 sana sini. bagus jugak bedak ni. tapi dia cam bedak Pureen tu jugak. bila pakai masih melekat2 kat tangan and bedak ni cam kasar sikit. =)

Amacam?? complicated tak perempuan ni?? hahaha... sebenarnya ni cerita pasal perempuan tuan punya belog ni la. haisshhh!! habis la nanti hencik lebah pening kepala bila kawen. banyak sangat bedak atas makeup table. tu belum cerita pasal sandle lagi. ada sandle nak pakai pegi kedai depan, ada sliper nak pakai pegi jalan, ada sliper nak pakai pegi swimming pool, ada sandle nak pakai dengan jeans, ada sandle nak pakai dengan skirt. ok, macam-macam sangat kan?? hahahahahahahahhhh. *eh,apasal nak gelak jahat ni? 


kalau lelaki, satu bedak boleh pakai anytime. satu slipper boleh pakai pegi mana2. habis cerita. betol tak?


Tataa..

Thursday, October 6, 2011

Rezeki makan melimpah ruah! =)

As Salam.

Hye there! just nak bagi tahu, currently i am deactivating my FB. nak bawak diri sekejap bole? kepada kawan2 yang tertanya2 pasal FB aku tu, jangan risau. sampai masa aku activate balik k?=)

Arini takde nak update pape pon. kejap lagi nak masuk keje petang. tengah berpikir2 ni untuk berhijrah ke tempat lain. bosan pulak rasanya keje kat sini yek. ahahahhh.. tapi perancangan masa depan nak tuka tempat keje bila dah kawen. lambat beno kawennya. kena pindah keje dulu kot. hehee..

oh, minggu ni rezeki makan aku amat murah. keluar dengan hencik photographer Faireezal Effendi Glizzy tu dia belanja tengok wayang and makan. semuanya gara2 plan kitorang yang konon2 nak pegi The Curve tapi tak jadi sebab hujan. last2 dia suro aku drive pegi Wangsa Walk. aku ni dah la buta jalan. punya la aku tersesat berpusing2 kat Wangsa Maju tu. tu yang siap ugut dia "U better belanja I makan. I kalau lapar memang makan orang tau!!!"  hahahhaha....

lepas tu balik pegi jumpa bestie pulak, Cik Mimi. amek dia kat opis kat Damansara Damai tu. then pegi The Curve beli barang untuk handmade kad lagi. pastu masa pegi makan kat Murni Desa Aman dia belanja aku pulak. Alhamdulillah... dah lepas ngidam aku nak makan nasi goreng ayam pandan. ngadu kat hencik lebah nak makan itu ini lambat sikit ye baru dapat. kalo ngandung sempat terberanak dah aku. sebabnya dia tengah busy gila skang ni banyak projek. heee..=D balik rumah je aku terus pengsan. badan panas, kepala migrain tak hengat. letak kepala terus lena.

semalam Cik Mimi datang umah aku kat Sungai Buloh. kitorang pegi supper lak makan Char Kuey Teow. dia belanja lagi. yeayyy!!! hikhikhik.. pagi tadi pegi dating dengan ayah berdua. breakfast kat kedai area umah aku tu. sampai2 je jumpa makcik kesayangan Ucu dengan laki dia Ucu Zul tengah breakfast jugak. aku bantai roti canai sampai dua keping sebab roti canai kedai tu memang terbaek! sekali masa nak bayar Ucu Zul belanja pulak. haishh!! rugi tak makan nasi lemak skali. hahahahaah...

rezeki makan melimpah ruah minggu ni. Alhamdulillah...arini sape pulak nak belanja aku. lai.lai.. hahahah..

Tataa..

Monday, September 26, 2011

Saat-saat disaster bagi seorang perempuan

As Salam.

Hari ni aku nak cerita pasal saat-saat disaster bagi seorang perempuan atau senang cerita saat disaster bagi perempuan bernama Myra Anne. hee..=)

1) di sebab kan aku ni memang pakai shawl, so memang banyak la jarum peniti di perlukan untuk bagi shawl ni statik atas kepala. banyak x banyak sangat la..dalam 2-3 jarum peniti tu perlu ada. tapi kalo tetibe tengah2 touch-up balik, satu jarum hilang...oh, memang disaster!!!

2) bila aku balik Sg.Buloh, time dah bersiap cantik2 nak keluar jenjalan tengok2 wedges aku habis semua tertinggal kat Puchong. arghhh!!! wedges Cik Puan Syikin pulak tinggi melampau. tak dapat pinjam. last2 kena pakai slipper yang ala2 wedges. oh, memang disaster!!!

3) bila kena kerja double shift time menses say hallo, tengok2 spare pad dalam beg dah habis. pastu senggugut pon datang tak tentu arah. kepala migrain tetiba. oh, memang disaster!!!

4) bila nak keluar jenjalan, dah habis selongkar satu almari carik baju yang sesuai. tapi tak jumpa.
"eh, baju ni dah pakai minggu lepas"
"eh, masa keluar aritu ada snap pic pakai baju ni. no..no.."
"eh, baju ni plan nak pakai time keluar ngan hencik lebah nanti."
pastu tak jadi keluar dengan alasan takde baju. padahal atas katil dah sepah2 ngan macam2 baju. oh, memang disaster!!!

5) time hati penuh semangat nak pegi shopping beli baju yang dah survey bape bulan lepas, lepas masuk gaji je tolak hutang sana sini, tengok2 bajet shopping dah berkurangan. tangguh beli baju tu bulan depan jela. oh, memang disaster!!!

sekian saat-saat paling disaster bagi saya. tak tahu la bagi korang. hahahahhh...

Tataa...

Friday, September 9, 2011

Harini aku buat kawan aku rasa sebak. +_+

As Salam..

Aku ada kawan baik. nama dia Mimi Farhana. aku kawan dengan dia dari sekolah rendah lagi. tak ingat macam mana boleh rapat tapi sedar2 sampai umur 23 kitorang masih rapat lagi. =)

Dia selalu mengadu masalah dia ngan hencik boyfren kat aku. masalahnya cuma dia yang suka pikir bukan2 sebab dulu hubungan dorang bermasalah sikit. aku selalu suruh dia bersabar sebab bersabar tu sangat lah indah..mungkin kesannya tak nampak sekarang. tapi masa2 depan kita tak tahu kan? ikot kan pengalaman bercinta aku selama ni, takpe bersabar dengan orang yang kita sayang. tak rugi pape pon. trust me! korang tolong doakan hubungan dia dengan hencik boyfren dia kekal sampai ke jinjang pelamin ya?

aku sayang kawan baik aku ni. tapi hari ni aku dah buat dia rasa sebak dengan aku. sebab aku bagitahu dia..

"ko tahu,kalau sampai masa ajal datang nanti,biar la hencik lebah yang pegi dulu sebab kita taknak kalau kita pegi dulu nanti takde orang nak jaga dia. nanti dia sunyi...lepas dia pegi, kita akan ikot..."

dia cakap,

"ko memang sayang hencik lebah sangat2,kan Nad? dia so lucky taw!!"

Alhamdulillah...aku pon beruntung sebab Tuhan buat aku jatuh cinta pandang pertama pada orang yang betul.

Senyum.

Tataaa..

p/s: oh,aku masih cakap "kita-ko" or "kita-awak" dengan kawan2. rasa chomel sikit. heee..

Kisah WolVeRine saya.

As Salam.

Aku penah cite dalam entry2 sebelum ni. aku memang suka Lancer. aku rasa Lancer tu smart,gagah..mesti macho kalau aku bawak Lancer. hee.. tapi aku jugak penah cakap kalau tak dapat Lancer, Saga pon jadi la..
so aku pon berjaya la mendapatkan Saga FL. aku bagi nama dia WolVeRine sebab no plat dia WVR.

masa 12August2011 macam ni la keadaan WolVeRine.

ni pulak masa 4Sept2011.

Ya, tuan punya belog eksiden. tiada kemalangan jiwa dilaporkan. cuma aku kena tahan kat observation ward Hospital Sg Buloh dari 11am-8pm sebab chest pain, shortness of breath and pulse rate tinggi sangat. sampai hari ni pon dada yang terhentak kat stering masih sakit on and off. bila buat keje banyak, masih rasa mengah2. 

tak dapat nak cerita macam mana benda ni jadi sebab aku sedar2 je kereta dah terpusing lawan arah. tu je. thanx kat kawan2 yang bagi sokongan and semangat. especially hencik lebah sebab teman aku kat hospital and bagi pesanan and sokongan macam2. =) sayang korang semua!! 

Tataa...

Thursday, September 8, 2011

Great idea for your anniversary. =)

As Salam.

Last time aku hupdate belog nih pasal ulangtahun bercintan cintun aku ngan hencik lebah yang ke tujuh kan? ada aku cakap aku buatkan dia scrap book kan? meh nak revealed benda alah tu kat entry ni..=)





Great idea for anniversary kan?? aku memang lebih suka buat sendiri hadiah untuk hencik lebah. lebih bermakna orang kata.. kan kan kan??? hee... bahagia gila kot bila tengok orang kita sayang senyum lebar terima hadiah hasil tangan kita.

Lepas aku buat benda ni, ramai la pulak mintak aku buatkan untuk dorang. tapi sorry! awal2 aku cakap, hasil tangan aku cuma untuk hencik lebah. kalau korang nak buat aku boleh tunjuk ajar je. hehehe... gila bongkak tak? tak..tak.. tapi aku memang buat handmade dari dulu untuk hencik lebah. tak penah buat untuk orang lain. lagipon takkan la korang nak aku buatkan hadiah untuk boypren korang kan? tak special ah camtu. =)

Tataaa...

Saturday, August 20, 2011

Oh,my!!!! it's our Seven Anniversary! =P

As Salam.

Tepat je jam 12 malam tadi aku rasa macam nak jerit oh! nak tahu pasal apa? sebab 20 August 2011 ni aku dengan hencik lebah dah jadi teman gaduh tumbuk2 perut selama 7 tahun. so nak wish Happy Seven Anniversary, hencik lebah!!! =D excited gila. tapi nak bagi amaran. sape yang rasa nak muntah hijau dengan entry ni sila tekan pangkah kat atas belah kanan tu awal2 ye. =P


Tujuh tahun lepas pada tarikh 20 August 2004 (imbas kembali)
Masa tu aku baru lepas habis tuition kat Perfection, Kepong tu. haish terjumpa lagi si apek ni kat depan McD. hati melt sekejap. tak tahu la pasal apa hati debar2 tak hengat bila bertentang dengan mata sepet dia tu. oh, hati! toksah gedik sangat ok? =) Lepas Maghrib dalam jam 8 lebih camtu, aku dengan kawan aku decide nak balik. dalam hati, "alamak, bila dapat jumpa lagi ye?" dekat sampai bus stop, dia text aku.
"awak ade bf?"
"takde.."
"ok,dengan ni saya rasmikan awak jadi gf saya."
hahaha..it was so sweet!! so malam tu rasmi lah aku jadi girlpren kat mamat mata sepet nih. kui kui kui...=P


Sepanjang 7 tahun ni, ada la saat2 yang susah bagi kitorang. tapi paling susah masa tahun ke 6 laa.. teruk sangat kitorang di uji. sampai hampir2 break. Alhamdulillah, kitorang sama2 bertahan. sama2 cuba naik balik. tengok sekarang, dia jadi tempat aku lepas geram tumbuk2 perut lagi. hahahahhh.

hencik lebah tak pernah manjakan aku sangat. dia kata takut nanti bila dia takde aku susah. bergayut dalam tepon jauh sekali. adela dalam sebulan tu sekali dua je dia col aku. tu pon bila kitorang nak keluar sama dia dah sampai kat bawah umah aku ni ha call suruh turun. hahahhh. kalau dia busy dengan keje, kadang 2-3hari la dia tak text aku. tapi aku tak kisah pon. aku buat hal sendiri je. tiba saat gedik datang je aku merajuk ngade2. hee~

tapi ibu selalu pesan bila aku marah2 hencik lebah toksah dok ngamuk2 ngan dia. dia kerja carik rezeki, bukan suka2. nangis kejap T_T. ibu nih.. tak back up anak dia langsung! =(


mak oi, aku dah angau sangat dah ni! help! help! hahahahhh..

so untuk anniversary kali ni aku buatkan dia ala2 macam scrap book tu. tapi tak boleh la tunjuk kat korang lagi sebab tuan dia pon tak tengok lagi. heee~

oklah. takmoh cita panjang2. nak bbm ngan hencik lebah pulak.

Tataaa..

Tuesday, August 2, 2011

It's her turn to be the bride Part 3

As Salam.

Okeh Part 3 memang dah totally xde kena mengena dengan pengantin. tapi di sebabkan tajuk berkaitan dengan pengantin aku just nak cakap la yang mungkin time kitorang tengah berseronok kat Jonker Walk and pusing2 town sebab x jumpa kedai makan best pengantin kat rumah tengah bukak2 hadiah and lepas tu segera menuju ke bilik tido. ehem2! heee~ ok, tutup cerita pengantin.

Moh tengok gambar yang Cik Nana nanti2kan. lepas penat jalan petang tu kitorang check in kat hotel budget yang murah lagi selesa kat belakang Mahkota Parade. nama hotel tu The Legend. mandi2 and solat, lepas Maghrib terus keluar pegi Jonker Walk.













Lepas penat jalan kat Jonker kitorang pusing2 satu town carik kedai makan. tapi sampai masuk jalan hala ke Umbai tu. alang2 terus carik kedai ikan bakar. last2 jumpa satu terbaek punya kat Sungai Duyung. ko tengok gambar Cik Nana kat bawah ni. gila semangat kan? =P




muka kelaparan yang tak semenggah. +_+



siakap tiga rasa terbaek aku penah makan.
sedap gila woo!!!




Then lepas makan kitorang jalan2 kat depan Dataran Pahlawan tu. kan ade macam ala2 Downtown kat situ. terjumpa la Aizul Marcello kat situ ngan member dia. tapi takde la pulak aku menegurnya kan. yelaa.. orang femes.. mana pandang aku ni ha. kui kui kui... ada jugak kitorang pegi tengok kereta yang dah modified menunjukkan kehebatan masing2 kat depan DP tu. yang paling aku kagum dan jakun bila tengok ekzos keluar api ye kawan2. siap record dalam henpon. hehe.. tapi pic2 time tengok kereta2 smart ni ada dalam henpon. malas aku nak transfer nye. sory eh.

oklah.. stop here.

Tataa...

p/s: Cik Nana, puas hati dah dapat tengok pic time malam tu? =)

Wednesday, July 27, 2011

It's her turn to be the bride Part 2

As Salam.

Okeh lepas kenduri si Tika Bili, kitorang ramai2 decide nak pegi makan cendol kat depan bangunan merah tu. disebabkan hanya Cik Nana yang asal Melaka jadi kitorang sama2 setuju untuk biarkan Cik Nana jadi tourist guide ya kawan2. masalahnya tourist guide kitorang ni bawak kitorang pusing MITC adela 8-10 kali sebab tak jumpa jalan keluar untuk ke jalan besar. hahahhh.. gelak terkekek2 itu harus sebab kat belakang kitorang ade la dalam 4 kereta follow. so bila berpusing2 kat roundabout tu memang comel la tengok kereta berderet kat belakang kan..

Mari tengok gambar. malas nak caption bagai sebab banyak sangat gambar. yang penting nak korang tahu, kitorang jalan kat bandar tu pakai baju kurung dengan cuaca panas Ya Rabbi tapi gigih jugak nak snap pic kan..

















aku. imah, nana.
aku rindu saat2 kitorang bertiga spent time sama2 macam zaman kolej dulu.

Dah apehal la nak buat entry ada part2 kan? sedangkan part 2 ni takde pic pengantin pon. hehehe... ni semua lepas kenduri punya cerita. lagi satu, motif buat part2 sebab nak Cik Nana ternanti2 pic time kitorang berjalan malam tu pulak. heee~ 

Tunggu Part 3!!!

Tataaaa

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE