Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 13, 2015

50 jars of The Cookies Kingdom

Assalamualaikum.

Minggu lepas dah selamat deliver 50 jars of cookies for wedding gift kat customer. Customer ni kawan aku jugak. Dia order untuk sponsor VIP gift untuk wedding kawan dia. Sweet sangat kan.. Eheheheee..

Pakej termasuk reben (mengikut tema)

Ni la sahabat yang selalu support apa-apa yang aku buat tu. =)


Congrats pengantin! Semoga kekal bahagia ke syurga. Aamiin.

Ini pic dari pengantin. Aummm!
Comey je. Ehehee..

Minimum order : 50 jars
Whatsapp : +6019 6035169
Instagram : The Cookies Kingdom


WAHW needs SOHO?

Assalamualaikum.

Phewww.. Rasa macam whole week ni busy habis! Minggu ni takde off day untuk diri sendiri walaupun i am only working at home wife (WAHW) tapi setiap hari ada je aktiviti yang memerlukan aku keluar rumah. Heheheh.. Sampai lah ke Ahad ni masih ada kerja yang menunggu.

Semalam dan hari ni aku dah start mengemas bilik kecik kat rumah MIL aku tu sebab aku nak tolak rak-rak dalam bilik aku ni ke bilik kecik tu untuk lebih ruang dalam bilik aku ni. Plannya nak set up small office kat dalam bilik.



Yang ni paling simple and aku suka sebab dinding bilik aku pon memang kaler biru. Ehehehe..

Ini pon praktikal jugak sebab ruang dalam bilik aku tu kecik je.. 


Semua pic sumber Google

Harap-harap la menjadi plan aku ni. Kena tengok bajet jugak ni. Mula-mula nak beli rak sebab drawer 5-tier yang beli kat Econsave masa zaman bujang dulu dah hampir nak roboh. Hehehee.. so meja dalam next-to-buy list. 

Kejung kaki kadang tu bila buat segala kerja aku atas katil sebab lama sangat bersila. Almaklumlah sebab aku kan buat tempahan guest book apa semua. Kalau buat kerja-kerja online ni tahan lagi. Agak penat duduk boleh meniarap ke, baring ke.. Kalau buat kerja-kerja handmade nak buat aksi superman apa nye dah atas katil bersepah dengan craft paper. =P

Hencik lebah cuba nak merealisasikan impian aku ni dengan nak sponsor duit tapi aku rasa macam tak best pulak sebab aku yang teringin itu ini so nak usaha sendiri la. Tapi maybe sikit-sikit tak cukup duit tu boleh mintak dia topup. Kikikiii.. =)

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee atau The Cookies Kingdom ;

Instagram : The Cookies Kingdom
Whatsapp : +6019 6035169





Wednesday, September 9, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Ikhtiar Untuk Hamil

Assalamualaikum.

Bersambung siri Sehari Satu Kebaikan - special untuk ESP. =)

Ada yang masih tak tahu apa itu ESP?



Ok, saya nak highlight pasal NON-GMO SOYA.

Apa itu Non GMO Soya ye? Non GMO Soya maksudnya "NON GENETICALLY MODIFIED ORGANISM dimana kandungan soya dalam ESP ini tidak diubah secara genetik oleh manusia.

Soya yang kita makan dalam seharian tu ialah GMO Soya dan saya setuju yang pengambilan GMO Soya secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat. Yelah, ciptaan Tuhan ni kalau kita dah ubah genetic dia mestilah ada kesannya kan? =)

Ok, boleh tengok testimoni ni.


Khasiat ESP untuk kesuburan

  • ESP akan membaiki sel-sel dalaman kita yang rosak supaya bahagian rahim lebih sihat
  • ESP membantu membetulkan hormon yang tidak seimbang
Dua ni je saya nak highlight. Sebab apa? Sebab kan kita tengah cerita pasal "Ikhtiar untuk hamil?" =)

Bila sel-sel rahim kita bertambah improve, dan bila hormon kita sudah seimbang baru lah proses untuk kesuburan tu berlaku. Percaya tak yang kalau kita stress pon orang kata susah nak lekat? Sebab bila kita sentiasa ada dalam keadaan yang stress, sel-sel badan kita akan rosak. Dan jangan risau sebab dalam ESP ni ada kandungan Thiamin dan Niacin yang bagus untuk menaikkan mood dan mengurangkan kemurungan. 

Ok, siapa nak join saya untuk meningkatkan kesuburan? Kita sama-sama cuba ye. Sebab saya pon masih dalam golongan TTC (try-to-conceive). Rezeki tu milik Allah. Jadi please jangan stop usaha ye.

Sebab selain masalah kesuburan yang kita boleh improve, kulit kita pon akan makin cantik. Pernah dengar tak,

"Kalau nak cantik luaran, kita repair dari dalam."

Promo ESP masih berlangsung. 1 canister RM150. 
Promo BELI 7 DENGAN HARGA 6 CANISTER : RM11x / canister
Promo BELI DUA 5% DISCOUNT : RM 12X / canister

Mana lebih jimat? Tepuk dada tanya selera. =)

Untuk pertanyaan lanjut,
Whatsapp : +6019 6035169


Childhood friends : A friends that you just can't replace.

Assalamualaikum.

Ahad lepas berkesempatan date dengan childhood bestfriend. Rinduuuuu sangat kat depa bertiga ni. Disebabkan hencik lebah standby kerja masa weekend, so aku suruh Fahmi jemput aku kat BSC untuk gerak ke Jibby & Co.

Lepak-lepak sampai hencik lebah datang jemput. Seronok!!!

My favourite dish kat Jibby ni tapi lupa apa nama dia.
Boneless chicken maryland kot. Hehehe..

Tengah gosip tiba-tiba waiter datang bawak two slice cakes. Semua blur. Rupa-rupanya hencik lebah call sorang chef kat Jibby ni suruh hantar kat kitorang cake. Aummmm! Shweet angat hencik lebah ni. heheheh.

Yaya and Amal dok gosip lupa aku and Fahmi kat sebelah.

Fahmi : kawan balik sekolah masa Form 2 naik bus Selangor sama-sama.

Yaya. Merangkap bff dan sedara bau-bau asham bacang.

Akmal @ Mal The Singing Lawyer


True friends say good things behind your back and bad things to your face. And that is sooooo us! Ailebiyuuu bestfriends.!

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai






Monday, September 7, 2015

DIY Flower Bouquet for Nafis

Assalamualaikum

Hari tu masa jumpa Dato' Rusly kat Kuala Kubu Baru dia ada cakap,

"Orang yang functional adalah orang yang jika diberi sesuatu kepadanya akan terhasil sesuatu yang lain dari barang itu."

Maka aku pon terperasan yang aku ni mungkin tergolong dalam orang yang functional. Kikikikiii.. Sebab bila aku dapat kertas, aku jadikan card atau guest book.
Bila dapat tepung aku jadikan cookies.
Dan tadi, bila dapat fresh flower aku jadikan flower + choco bouquet.






Not bad for the first timer huh?? hehehe.. So inilah hasil first time aku buat flower bouquet. Ni semua sebab kawan aku si Hidayah tu. Dia kat Sabah now, so dia nak surprise kan cousin dia ni ha. Dikerahnya daku buat bouquet ni. Dah la konon dari Anonymous. Poyo gila! Pulak tu terjadi perkara lawak masa deliver bouquet ni. 

Aku pakai la shades demi nak cover sikit muka biar si cousin dia ni tak kenal. Udah ler dengan aku rabun tak pakai lens. Nasib tak tertonggeng jatuh pulak kan. Pastu masuk-masuk je kedai si Nafis ni dia terus tegur aku, "Eh, Kak Nanad kan?" 

Ahahahaha. Takde guna la aku bershades bagai. Dia kenal jugak aku walaupun pernah sekali dua je jumpa gitu-gitu. Hahahah.. Nak tergelak-gelak aku kat situ tapi maintain cover cun. Muka si Nafis terpaksa di crop sebab Hidayah ni ngengada suruh tutup muka la apa la kalau nak update. Apa-apa la Dayah oii.

Happy Birthday, Nafis! Harap Nafis suka la bunga tu. Kita bedal je buat tengok demo kat Youtube. Heeee.. =)

Till then. Good night!

#SuperWifeStory
#tokeikedai






Saturday, September 5, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Memperbaiki masalah kulit


Assalamualaikum.

Dah baca first entry pasal Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Membekalkan tenaga ? Kalau belum, klik je link tu. Terima kasih. =) 

Hari ni kita kupas pasal ESP memperbaiki masalah kulit ya? 



Kandungan dalam ESP 

Kita focus kat Riboflavin ok? Jom kita faham secara ringkas.

Riboflavin

  • dikenali sebagai Vitamin B2
  • membekalkan immune kepada tubuh untuk melindungi tubuh dari radikal bebas, juga jangkitan kuman dan bakteria
  • masalah kulit kering dan bersisik dapat dihindari dengan mengamalkan Vitamin B2 secara berterusan.
  • membantu pembentukan sel darah merah yang baru
  • membantu tubuh badan mudah menyerap zat vitamin dan mineral
Ok, so far boleh faham kan? =)

Promo ESP sepanjang September tau!

Retail price : RM150
Promo BELI 7 dengan HARGA 6 canister : RM11x / canister
Promo BELI 2 5% Discount : RM12x / canister

Murah kan? Banyak betul turun harga kan? =)
Untuk sebarang pertanyaan,

Whatsapp : +6019 6035169

#SuperWifeStory
#tokeikedai

Friday, September 4, 2015

#azimkikintunang : DIY mini pelamin, DIY gift, DIY make up & Catering (bukan DIY) =P

1 Ogos 2015

Selamatlah one of our Darling in family, Cik Kikin bergelar tunangan orang. Adiknya dah langkah bendul dulu. Tapi takpe. Mana-mana dulu pon boleh. Asal kan dah halal. Tapi kalau si Azim tiba-tiba mintak nak kawen memang Angah pelangkung ko. SPM dulu woi! hehehe..

DIY mini pelamin tunang


Disebabkan taknak membazir dan atas permintaan Ibu, maka Cik Kikin pon sewa la DIY pelamin ni. Kitorang buat sendiri je. Macam biasalah.. kalau ada sedara-mara kawen ke tunang ke.. memang aku paling sibuk. Dah macam lifetime kontrak pulak buat gift, hantaran or guest book. Hehehee..

Penatnya lahai buat benda alah ni walaupun mini pelamin je. Buat 4 orang. Aku, Cik Kikin, Dila (bini cousin) and si Yunnade. Berpeluh tiak ye. Asham angat. Hahahaha..

Untuk sewa semua benda ni korang boleh tengok IG Mini Pelamin Budget . No tepon 017 877 2404 (Kak Liza). Tempat pick up kat Selayang Baru.

DIY Cookies for Gift

Giant cookies - topping Sunflower seed & Pumpkin Seed



Cookies ni aku buat sendiri laa. Dibantu si Yunnade. Topping cookies tu bakal abam ipar yang request. Heheheh. Ikot laa. Yang penting sedap ye. Terasa lemak-lemak gitu bila gigit seeds tu.

Boleh follow IG The.Cookies.Kingdom or page FB Homemade Cookies Sungai Buloh. No tepon 019 603 5169. Pick up kat Sungai Buloh.

DIY Hantaran




Hantaran bakul buah, coklat & tafsir Al-Quran : DIY by me
Victoria Sandwich : IG Teratai Cakes and Bakes
Sirih junjung : IG Petals 2 u

DIY Make up



Disebabkan Cik Kikin ni takut nak hire MUA sebab dia ni memang tak pernah make up.. maka sekali lagi aku jadi bidan terjun pulak. Malam before tu, kitorang belajar kat Youtube je cara buat smokey eyes. Nasib ada rupa. kihkihkihh.. Tang kening je dia buat sendiri sebab aku tak reti. =P

Eye shadow NAKED beli kat kawan aku. Murah baq ang. Aku nyaris2 beli yang harga RM35. Sekali dekat dia RM15 je. =D

Ni FB dia : Aziera Khoriri

Hand bouquet tu recycle masa aku kawen dulu. Order kat IG Pastelicious_handbouquet

Catering

Sayur goreng jawa


Ikan bakar

Asam pedas daging tetel

Kambing golek

Seriously semua lauk licin. Lagi-lagi daging tetel tu. Heheee.. So far family kitorang kalau buat event memang biasanya ambil catering dari Chef Zaini ni. Lauk-lauk dia memang terbaik!!! Nak lauk kampung boleh, western pon boleh. =)

Catering Chef In Action. No tepon : 019 385 9494 (Zaini)


Susah benor nak snap pic cukup corum. Ni pon si Azim takde haa.

Anyway, congrats Along! Tasabar nak berabam ipar sebab abam biras dah berderet. Heheee. Jaga hubungan baik-baik. Orang kata time bertunang ni banyak dugaan. Angah dulu tak pernah rasa dugaan bukan-bukan. So tak boleh nak cakap banyak. =P

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai









Thursday, September 3, 2015

Sehari Satu Kebaikan : ESP Shaklee - Membekalkan tenaga

Assalamualaikum.

Seperti semua orang dah tahu, sempena September ni Shaklee buat promo the most hot product, ESP. Korang jangan tak tahu, sekali orang dah try ESP ni memang terus jatuh cinta. Heheheee..


Harini kita share pasal ESP dan tenaga ya? Teruskan baca ye kawan-kawan..



Pic sumber Google


Apa yang menyebabkan kita kekal bertenaga selepas mengamalkan ESP?

Pic sumber Google

Ok, mari kita tumpukan kepada kandungan Thiamin dalam ESP.

Thiamin 
  • sejenis nama lain dari Vitamin B1
  • salah satu jenis vitamin yang larut dalam air
  • dikenali sebagai vitamin berenergi sebab akan memberi efek yang bermanfaat bagi sistem saraf dan energi
  • berfungsi melindungi kesihatan mental supaya otak dapat bekerja dengan normal supaya dapat membantu proses pengeluaran tenaga dari karbohidrat.
Sekarang dah faham kenapa ESP dapat membekalkan tenaga pada tubuh badan kita? =)

Promo ESP BELI 7 DENGAN HARGA 6 canister masih berlangsung hingga 30 SEPT 2015. Atau boleh jugak BELI 2 dengan 5% discount. 

Retail price : RM150
Promo Beli 7 dengan harga 6 : RM 11x / canister
Promo Beli 2 5% discount : RM 12x / canister

Mana lebih jimat? Tepuk dada tanya selera. =)

Untuk sebarang pertanyaan,

Whatsapp : +6019 6035169


Definisi gembira.

"Definisi gembira setiap dari kita ni lain-lain. Takkan pernah sama."

Pernah dengar orang cakap macam tu? Hari ni, hati aku ada sikit resah. Tak tahu la kenapa. Petanda mood bakal swing kot. Biasa la perempuan sebulan sekali. Petanda kurang amalan rohani pon iye jugak.

Hari ini...

Ada orang seronok dapat beli barang dia suka
Ada orang seronok baru dapat baby
Ada orang seronok dapat pergi bercuti
Ada orang seronok dapat makan makanan favourite dia
Ada orang seronok buat apa dia suka.

Hari ni...

Dalam resah-resah hati tengah drive, kepala dok ligat berfikir apa next move, apa rangka hidup.. Tiba-tiba ternampak seekor anjing ni. Kemain seronok dia julur kepala kat tingkap kereta. Tengok kiri kanan sambil angin tiup-tiup bulu dia. Siap hulur tangan keluar lagi.

anjing macam ni la tadi.
pic sumber Google

Ok, fine. Terima kasih, anjing! Sebab terus buat aku gelak tengok keseronokkan ko. Hahahaha. Serius comel!

Betullah. Definisi gembira tiap orang lain-lain. Harini ketawa aku datang dari seekor anjing. Tetap jugak aku bersyukur. Dalam susah hati, Tuhan hantar anjing ni bagi aku tergelak. Alhamdulillah.

#SuperWifeStory
#tokeikedai

Tuesday, September 1, 2015

Set Bajet Kurus / Kempis Perut Shaklee

Assalamualaikum.

Lepas2 raya ni mesti semua mengeluh perut macam makin kembung je kan? Hehehehe. Ni saya nak bagi solution untuk kempiskan perut secara selamat dan berkesan ye.

Dalam Shaklee ada 3 produk hot untuk kempiskan perut. Apa dia??? Kita ceritakan pasal kebaikan setiap produk ni ok? Jom teruskan bacaan. =)



Alfalfa (tahan 1 bulan)

  • membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
  • mencuci usus bagi membuang toksik.
  • membuang angin dalam badan
  • melegakan sembelit
Lecithin (tahan 2 bulan)
  • membantu membakar lemak bagi proses pelangsingan
  • menghalang pembentukan lemak di hati
  • membantu merendahkan metabolism lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
Herblax (tahan 2 bulan)
  • membersihkan najis yang tersekat
  • membantu kempiskan perut
  • meyingkir toksin dalam badan
  • menurunkan berat badan
Sebenarnya tiga-tiga produk ni, selain dari membantu proses kempiskan perut dan detoks, banyak lagi kebaikan dia yang lain. Cuma sebab entry ni saya khususkan untuk Set Bajet Kurus / Kempiskan perut so kebaikan-kebaikan setiap produk ni pon saya focuskan untuk detoks je. =)

Dapatkan tiga hot product ni dengan harga mampu milik. Segera whatsapp saya untuk tahu lebih lanjut tentang jadual cara makan dan FREE GIFT menarik untuk anda jika membuat pembelian dengan saya. =)

Untuk sebarang pertanyaan:

Whatsapp: +6019 6035169

Bahtera : Bumipreneurs of Tomorrow @ KLCC

20 August 2015

Gusi masih sakit kesan minor operation removal of gigi bongsu. Pipi jangan cakap la bengkak dia macam mana. Besar gila kot. Sampai herot mulut aku. Bangun pagi je dapat message dari wife kawan hencik lebah, Faina. Dia ajak pergi program BAHTERA. Dia hantar pic poster je. Maka aku pon laju2 bersiap ke sana.

Ok, fine. Ingatkan kat PWTC sebab tu aku gigih pergi. Dekat je kot rumah dengan PWTC. Sekali sampai2 cari member tak jumpa. Nasib la si Faina ni tergerak nak call aku. dan soalan dia,

"Myra kat KLCC kan???? Kitorang kat KLCC."

Haaaaaa???? Aku kat PWTC kot!!! hahahahahhh. Nak tempeleng diri sendiri sebab tak baca habis2. Mak aih dah la aku failed jalan2 kat KL ni. Nak pergi KLCC apa entah lagi. Tapi sebab alang2 dah keluar, gigih jugak la waze jalan.

Alhamdulillah sampai.



Program ni memang bagus untuk orang-orang macam aku ni nak korek ilmu bisnes FREE! Syiok woo!! Membara-bara nak bisnes lepas dengar sharing dari otai-otai bisnes.

Kalau ada lagi program macam ni, please tag aku k? Seriously nak pergi. Huhuhu.

Sekian.

Tata.

#SuperWifeStory
#tokeikedai


Monday, August 31, 2015

The Cookies Kingdom : Nice, Crunchy, Affordable.

Yuhuuu..

Udah penuh dengan bisnes je pulak blog aku ni ye dak? Ehee.. Ampun! Yelaa, cita-cita nak jadi Tokei Kedai. Kena la gigih sikit. =)

Siapa-siapa yang follow sama ada Fb or Instagram aku, sure tahu aku ada bisnes baru kan. Sekarang ni selain Shaklee aku jugak ada jual Homemade Cookies. Bila namanya homemade maksudnya aku yang buat sendiri. Dibantu assistant terhebat, adik aku si Yunnade.

Ni entry khas untuk kenalkan cookies aku ni la. hee.. please bare with me. =)

First baby : Cocoa Cookies

Special packaging for gift. 
Sesuai untuk buat gift bagi kawan-kawan, bos nak bagi anak buah ke, selit dalam hamper pon boleh, VIP gift time wedding kee.. Eh, untuk apa-apa pon bole la. hehehe..
Price: RM15

Simple packaging.
Sesuai untuk buat gift wedding, birthday party, bertunang ke..
Pendek kata packaging macam ni sesuai untuk diselitkan dalam goodie bag.
Price: RM5.50/pack , 
RM3.50 untuk order 150 packet ke atas,
RM3 untuk order 200 packet ke atas.

Packaging 450g.
Yang ni sesuai kalau korang nak makan sendiri la. Masa raya haritu yang ni laku keras. sekali orang order sampai 3 balang. Hehehe..
Price: RM30, Beli 3 dengan harga RM85.

Packaging 280g
Sesuai untuk makan sorang-sorang. Ikot pengalaman aku tengok customer order, 
kalau beli packaging macam ni mesti mengadu tak cukup. Lepas tu laju2 order yang RM30 punye. =P
So aku warning dah siap2. Kalau beli yang ni jangan share2 dengan orang. Sure tak cukup!!! Ehehehe.
Price: RM18 , Beli 3 dengan harga RM50.

In Shaa Allah, akan datang kami akan keluarkan produk sesuai untuk diselitkan sekali dengan Candy Buffet, Tunggu update ye?? =)

Untuk sebarang tempahan:

Instagram : The Cookies Kingdom
Whatsapp : +6019 6035169







Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE