Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2016

Tips Melegakan Migraine


Musim panas ni mesti ramai diserang migraine kan? Yang tak pernah kena pon boleh tiba-tiba kena. Eheee... Jangan risau! Aku ni adalah orang yang berpengalaman jugak pasal migraine ni. Ahahaha. Bongkak kedengarannya kan? Tapi serious la. Berapa tahun kot aku menderita migraine ni. Sekarang Alhamdulillah.



Aku share tips yang aku selalu amalkan la ye? Yang memang terbukti berkesan untuk aku. Ada jugak yang aku cadangkan cuba cara aku ni dorang cakap melegakan.

1) Kalau boleh or kalau larat, pergi mandi, sejukkan kepala tu.

2) Dah mandi, lap kepala kering-kering. Tapi aku suka je kepala basah sebab rasa sejuk. Ehehee..

3) Ni point yang paling penting! Set Migraine wajib ada dalam simpanan korang kalau dah korang memang mudah diserang migraine tak kira masa, di mana sahaja. Macam aku, aku memang amalkan OSTEMATRIX dan B COMPLEX dari SHAKLEE. Bertahun-tahun kena migraine. Lepas konsisten setahun dengan set ni Alhamdulillah sampai sekarang jarang sangat-sangat kena nak dibandingkan dengan dulu sebulan dua-tiga kali.

**Ada study mengatakan mereka yang kerap migraine ni ada masalah kekurangan Magnesium. Refer SINI


4) Sediakan ais dalam icebag.

Aku guna icebag macam ni. Kalau takde, letak je ais dalam plastik, ikat ketat-ketat lepas tu balut plastik tu dengan kain. Takde la ko terkejut tiba-tiba sejuk kat kepala kan.

5) Baring dan tinggikan bahagian kepala. Kalau biasa guna satu bantal, bila migraine ni gunalah dua bantal. Kekdah ni untuk turunkan tekanan dalam kepala. Masa ni maybe korang akan rasa loya teruk ke apa. Tapi jangan risau.

6) Ingat lagi icebag tadi? Dah baring ni boleh la tuam kat bahagian yang sakit. Sebab biasanya migraine ni akan attack one side kat kepala kita kan? Masa tuam ni memang ko rasa kepala macam nak pecah. Sakitnya Allahuakbar! tapi bawak bertenang. Masa ni urat saraf ko tengah mengecut memang agak sakit.

**Boleh refer sini pasal Cold Therapy & Migraine

7) Tutup lampu dan tidur!
Sebab ada yang experienced Photophobia masa diserang migrain. (ME! ME!) ehehe.. kalau takde sensitive to light pon tutup jela lampu. Apa jadah nak tidur dengan lampu bukak kan. Tak feel langsung. Hahahaha.

Lepas diserang migraine, perkara paling biasa kita dapat rasa yang bahagian tengkuk dan bahu kita sakit sangat rasa macam sengal-sengal teruk tu. Kat sini, OSTEMATRIX + B COMP lagi sekali membantu sebab dua-dua ni bantu lancarkan perjalanan darah dan release muscle stress. 

Dapat dan boleh hadam tak tips yang aku bagi ni?

Kalau tak paham boleh roger-roger eh. 
Whatsapp je 019 6035169.

Till then.



















Trip Tranung


Yuhuuu~

Bulan lepas pada 18-20 March 2016 sempat short trip ke Tranung untuk ikot rombongan kawan baik hencik lebah bertunang. Apa? Bertunang je gigih ko ke sana? Haruslahhhh. 8 tahun ke 9 tahun entah si Nwa ni tunggu Tyra. Ehee.. Bila dah jadi mestilah kita sebagai kawan baik ni excited kan? =P


Dah berzaman tak pergi Tranung. Rasanya 5-6 tahun lepas kot pergi sana. La ni ikut LPT 4 jam je dah sampai. Dulu rasa macam berkurun nak sampai kalau pergi ke Timur. Tu yang tak kuasa nak holiday ke belah-belah sana. Hehee..

Sampai tu terus check in hotel kat Gong Badak. Nasib baik tak sampai 5 minit dari Mydin Mall. Boleh pulak tak bawak inner neck nak pakai dengan shawl. T_T

Lepas Maghrib kami bersiap-siap untuk ke rumah Tyra. Dekat je dalam 10 minit dari hotel.

Pelamin cantik & hantaran

Tyra, mama Nwa and family member Nwa.

Si cantik Tyra. Padanlah si Nwa taknak pandang orang lain. heheh..

"Saiyang, tolong boleh?"
"Apa dia?"
"Tolong cover perut tu sikit. Nak bawak ke mana?"
^_^

Selamat hampir ke dunia perkahwinan, sahabat!

SECOND DAY

Pagi-pagi keluar pergi cari breakfast. Tapi jumpa Warung Dek ni kat Batu Enam. Bedal laa. Makan kopok lekor & nasi lemak. Yang aku rasa macam seronoknya pasal nasi lemak tu. Letak kejap je, orang serbu terus habis. Wauu! Hehehe. tapi jujurnya rasa dia biasa-biasa je. Cuma seronok makan meriah macam ni. Kedai ni memang buat air je. Lain-lain makanan semua orang letak. Kira macam vendor la. =)


Lepas jalan-jalan kat Pasar Payang and borong 100 bungkus keropok ikan sedap (Hehehee..), kitorang pon niat nak carik la Warung Pok Nong yang femes tu. Alahai.. panjangnya Q. Macam tak kuasa pulak dengan panas-panas tu. Tengok pic bawah ni.



Untuk tak mengecewakan sebab datang jauh-jauh, kita bergambo depan Warung Pok Nong jela. View and kawasan cantik!!! Subhanallah!


End up kitorang pergi ICT kat area airport. Warung Pok Long. Oklah. Not bad. Sebenarnya aku tak makan seafood pon. Tapi boleh pulak aku habiskan sekor sotong besar ni. Bila fikir balik, sama jugak macam aku tak suka makan pisang goreng. Tapi masa kat Johor dulu, tiap-tiap hari beli. Sebab apa??? Sebab ada cicah yang sedap. Cili kicap tu. Perghh! Sama la macam makan sotong celup tepung ni. Sambal dia sodap! =P

Ni kat Bukit Tok Beng 2209.
Kopok leko cheese RM3 6 ketui.
Kopok leko blackpepper RM3 berketui-ketui.

Tak penah bayangkan makan kopok leko ball macam ni siap ada cheese. 
Dalam kepala otak macam kembang tekak sebab pikir ikan + cheese.
Tapi kat tekak? Sedapppppp!!!!


Lepas tu kitorang berpisah. Tyra and Nwa pergi hantar member diorang pergi airport. Kitorang balik hotel nak bersihkan diri untuk keluar lepas Maghrib.

At Dapo Pata, Pantai Tok Jembal
as known as Uptown Kontena Tok Jembal

Aku memang rasa tempat ni cool gila.
Kat KL mane nak dapat tengok movie kat white screen ni tepi pantai kan? =P



Ada jugak group-group yang busking kat sini.


Saiyang, Nami House Pantai Tok Jembal sudah.
Nami Island Korea bila pulak?
Ehehehehee...

Ketam goreng berempah. Serious sedap!
Stall dia sebelah kedai Kopi Leh Dia. Kira kalau masuk-masuk dari tempat orang menyanyi tu,
kedai dia yang kedua sebelah kanan.

End of second night. Balik hotel tidoq!

THIRD DAY

Pagi-pagi keluar cari breakfast.


Pusing-pusing area Batu Burok terjumpa Kedai Kak Pah ni. Baru teringat malam tadinya ada google jumpa kedai ni macam best jugak review dia. And memang sedap gila weh. Disebabkan aku tak berapa suka nasi dagang, so aku order nasi lemak je. Macam pelik jugak nasi lemak dia takde ikan bilis ke ape. Lepas tu sambal pon sambal ikan. Erkk! Sedap ke??

Dah rasa satu sudu, dua-dua terbeliak bijik mata. Mak aihhh! Inikah yang dikatakan cinta? Kikikikiii. First time makan nasi dagang yang sedap. Nora bagi 5 bintang!!!! I have bad experience pasal nasi dagang ni sebab tu tak suka. Tapi yang ni memang sedap. Sambal nasi lemak dia pon memang terbaik! Ok, bulan 10 repeat ke sini. =P

Kedai ni kat kawasan food court. Cari Sudut Selera Kak Pah.

Bas ni orang kampung panggil bas keranda.
Ni kawan ibu aku yang cakap. Dia duduk kat Tranung. Hehee..

Lepas jemput Tyra and Nwa kat rumah Tyra, kitorang ke kedai makan mama Tyra untuk tapau lauk.
Kihkihkihhh. Mama Tyra ni masak memang sedap. Lepas tu jenis mesti nak orang makan dia masak. Kalau tak ko jangan balik. Gitewww. Hahahah.. Anyway, thank you mama!

Perjalanan balik lama sikit sebab jem kat Karak. Before hantar diorang ni balik sempat singgah The Garage KL. 


Ok lah. Nora bagi 4 bintang. Eheee..

Sekian short trip ke Tranung. Bulan 10 ni akan repeat lagi. Sesiapa boleh suggest resort yang affordable tepi laut yang dekat dengan bandar? Yang survey tak berkenan di hati. T_T

Till then.
Babai.








Tuesday, April 19, 2016

Contoh idea dan deco hantaran cookies


Theme : Yellow & Cream
Price for cookies : Large canister RM 15 & small canister RM5

Whatsapp for order : 019 6035169

Thank you! =D


Monday, April 18, 2016

Idea Doorgift Tunang / Birthday / Aqiqah / Kahwin yang simple tapi cantik. =D

Assalamualaikum.

Simple idea from us.
Ig : The Cookies Kingdom & Fb page : Homemade Cookies Sungai Buloh 


Product : Cocoa Cookies top with Almond + Choc Chip
Details  : 6 pcs / pack
Price :
  • 50-100 pack = RM2.80 / pack
  • 101 - 300 pack = RM2.20 / pack
  • 301 - 999 pack = RM1.80 / pack
  • 1000 pack and above = RM1.50 / pack
*Customize ribbon (as per request by client)

When to confirm your order?
  • 2-3 weeks in advance for below than 100 pack 
  • 6 weeks in advance for order below than 500 pack
  • 8 weeks in advance for order 500 pack and above
PLEASE NOTE THAT WE ARE NOT ENTERTAIN LAST MINUTE ORDER!!!

Pick up area :
  • Sungai Buloh
  • Damansara
  • Kepong
  • Subang
  • KL area (can be discuss)
How to order?
  • Whatsapp 019 6035169
  • Confirm your total order and event date
  • Make payment (60% deposit via transferred or bank in, another 40% on pick up day)
  • Send the proof of payment via whatsapp.
  • Ordered will be process after deposit has been made.






Idea Hantaran Bertunang


Assalamualaikum.

Dah buntu nak bagi apa untuk dulang hantaran bertunang? Jom cuba Cocoa Cookies by The Cookies Kingdom! Rasa Cocoa Cookies yang crunchy dan mewah dengan rasa koko, sangat sesuai untuk idea hantaran semasa bertunang.

Harga 1 canister = RM15

Order DUA MINGGU AWAL dari tarikh majlis!

Whatsapp 019 6035169 untuk sebarang pertanyaan / jika ingin membuat tempahan.

Thank you! =D

Botol Shaker Murah!!!!


Jualan Penghabisan Stok!!!

Details:
  • Shaker 280mls
  • Harga : RM1.90/botol
  • Minimum order : 10 botol
  • Postage : RM7 (SM), RM10 (SS)
Cara order?
  • Whatsapp 019 6035169
  • Please direct whatsapp jumlah total order dan postage detail (nama, alamat, no hp) untuk urusan yang lebih cepat berkesan. =)
  • Selepas confirmkan total order, saya akan bagi no account dan total harga include postage.     
  • Barang akan diposkan selepas pembayaran dibuat.
Jelas?
Kalau ada sebarang pertanyaan selain dari details yang saya bagi kat atas tu, boleh terus whatsapp ke 019 6035169.

Thank you, guys!
Selamat bershopping botol. Ehehee..



Sunday, April 17, 2016

Myra Masak : Resepi Ayam masak Cendawan Mudah

Assalamualaikum.

Selamat hampir ke tengahari u olls! Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Jom try resepi simple lagi senang ni. Resepi ni pon sebenarnya aku bedal je sebab dalam fridge jumpa cendawan dan ayam. Macam best je kalau gabungkan. Ikot sedap tekak. =P

Bahan kisar:
- Bawang merah 4-5 biji
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 2-3 ulas
- Halia (agak-agak jee..) kalau suka rasa halia letak la lebih. hehee..
- letak la air sikit nak blend tu.

Bahan lain:
- ayam
- cendawan shitake
- black pepper
- sos tiram
- kicap pekat 
- tomato

Cara-cara masak refer pada gambar ye?

Tumis bahan kisar sampai naik bau & pecah minyak.
Tengok la sampai kering sikit. Lepas tu pergi second step.

Dah kering sikit bahan tumis tu boleh masukkan cendawan.

Black pepper ni memang favourite. Kalau boleh masak apa-apa semua nak letak. Hehehe..
Ikot lah korang suka letak banyak mana.

Masukkan sos tiram. Jangan banyak sangat nanti masin pulak.
Boleh campur air sikit lepas letak sos tiram supaya senang sos ni blend dengan bahan masak tu.

Kicap pekat ni letak sikit je sebab kita taknak rasa kuah dia lari sangat.
Agak-agak dalam 1 sudu kecik.
Ni bukan nak buat masak kicap ye.
Cuma nak bagi kaler dia pekat sikit je.=) 

Dah nak siap tu boleh la rasa cukup masin ke tak.
Biasanya aku kalau dah nak masak guna sos tiram jarang letak garam sebab sos tiram kan dah masin.
Step last sekali boleh la masukkan tomato. Tunggu menggelegak dan boleh tutup api. =)

Wallaaaaaaa!!!! 

Hencik lebah cakap sedap. So kira boleh jual la ni? Hahahaha..

Till then.
Selamat mencuba!

Jemput share kalau nak. Halalan toyyiban. =)



Saturday, April 16, 2016

Dulang Hantaran Tunang for Fifi

Assalamualaikum.

Tengok gambar hantaran yang aku deco hari tu untuk my cousin Fifi, terasa macam nak update pulak. Ehehee.. actually kerja ni senang jugak sebab recycle dulang cousin aku lagi sorang so aku cuma perlu susun barang and siapkan sireh junjung je. Lain-lain cuma boostkan kecantikan dulang ni je. =)

Dulang dari pihak perempuan untuk lelaki.
Tema : Peach & Cream

Second time rasanya buat Sireh Junjung pakai artificial daun sireh & bunga.







Sekian hasil tanganku. Simple-simple je but alhamdulillah Fifi like it. =D

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE