Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 1, 2011

Hidup tu dah macam buku.

pic: ihsan google.

Hidup kita ni macam buku. 

Tebal. dari lahir sampai hembus nafas terakhir. tak tahu la tebal mana buku hidup kau. banyaknya muka surat. mungkin tak terbawak dek beban yang sangat berat. mana ade perpustakaan yang dapat simpan buku setebal hidup kita? oh, ada! hati yang kecil mampu bawak buku setebal itu. betul ke mampu? tanya pada diri sendiri.

Banyak chapter. ada ketika kau naik. masa tu kalau boleh nak canang kat semua orang. oh, mentang2 dah ada Facebook. (takde2!Facebook tak dikira sebagai buku!) ada Blackberry pon mintak BB pin kat wall Facebook. itu belum yang in a relationship, engaged and married with someone lagi. habis semua di hebohkan. time jatuh pon sama. walaupon jatuh longkang. habis semua satu dunia tahu. sama macam buku. ada chapter kita sedih, ada chapter kita bahagia, ada chapter kita jatuh cinta, ada jugak chapter kita kecewa. semua kita nak tulis. even kita taknak, tapi hidup memang dah tertulis dalam chapter yang berlainan kan?

Cover kulit tebal. tapi setiap helai muka surat nipis je. sama macam diri. diri kadang2 kebal menghadap macam2 kerenah dunia. tapi sebenarnya isi hati nipis macam kulit bawang. bila2 mampu terkoyak. tapi sebab diri sangat kuat dan tebal macam kulit buku Medical Surgical Nursing, hidup masih boleh dicoret dalam buku. tak terkoyak pon sebab cover luarannya dari bahan berkualiti tinggi iaitu kau.

Hak terpelihara. macam syarikat penerbitan selalu tulis,
" tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada GRUP BUKU KARANGKRAF"
ok,kantoi sudah dapat sumber dari mana. tapi hidup kau, kau mampu nak tukar2 dengan orang lain? mampu nak terbitkan semula? sebab Past is Past. kalau dalam BI dah kena start tulis dalam Past Tense.mampu kau nak tukar hidup dengan orang lain even lepas kau bagi kebenaran bertulis? tak kan??? so hidup kau adalah hak terpelihara korang sendiri.

Editor. semua buku ada Editor. sama macam hidup kau. kau sendiri yang edit cerita hidup kau. ada benda hitam yang kau nak padamkan dari hidup, kau padam. ada cerita bahagia yang kau nak reka, kau jadikan realiti. jadi kau secara tak langsung dah jadi Editor tak bertauliah atas buku hidup tulisan kau sendiri. tahniah! 

Ada permulaan. setiap hidup mesti ada permulaan kan?? mana boleh tiba2 dah penutup. pelik pulak kalau macam tu. entah datang dari planet mana, tau2 je dah sampai penutup cerita hidup tu.

Klimaks. yang ni la yang paling best dalam setiap buku. kadang2 boleh bikin hati debar2, palpitation apa semua bagai. tapi sekali kau dah lepas tahap klimaks dalam hidup kau, kau boleh berbangga dengan diri kau sendiri. aku bagi kebenaran, ya?? sebab itu tanda kau lepas cabaran dalam hidup ni. masuk lagi satu cerita dalam buku kau.

Penutup. bila mana kau nak hembuskan nafas terakhir, tamat sudah la cerita hidup kau selama ni. jangan risau! kau memang akan pergi. penutup hidup kau tak pernah tergantung macam cerita2 drama yang kau tengok kat TV. kau tak boleh kata "eh, apa ending nya?" sebab kau sendiri yang akan tutup buku cerita kau. 

Sekian.

Tak perlu berpura2 buku cerita hidup kau indah sangat tak macam orang lain. sebab hidup tu memang macam buku. ada yang best, ada yang bosan! baca je sampai penamat. mesti ada teladannya.

4 comments:

Zura Tahir said...

setahun satu buku..kalau 30 thn dh 30 buah buku...erm..mcm2 cite...

Myra Anne said...

tu kalo 30 tahun. kalo lebih?? or kalo kte tulis satu buku je seumur hidup? x ke tebal tu? huhu.. tu blm kira buku hutang 555 lg.hahaha

nuraitul said...

nape nie myra..semacam je..melauhkan perasaan ek..

Myra Anne said...

hahaha..xla nuraitul. ekceli dari dulu kte mmg suka tulis mcm2..tp jarang masukkn dlm blog ni..

ni dpt inspirasi cz tgk novel melambak2 kt blik ni. trus la tulis entry br..hehe

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE