Berdasarkan tajuk di atas, aku ingin menghuraikan serba sedikit konflik yang akan aku lalui bila aku kena kerja shift malam. nama pon nurse kan. biasalah kerja shift..
Korang nak tahu tak? Setiap kali kerja malam waktu tidur korang yang indah sangat tu dah pun terganggu. malam kena kerja. siang kena tidur. bila balik kerja pagi2 terus pegi beli nasik lemak kalau makcik kat depan tu ada bukak gerai. kalau takde, terus balik tidur. sanggup tidur lapar2 dari pegi carik breakfast kat tempat lain. kalau orang lain semua beli nasik lemak before pegi keje, aku kena beli lepas balik kerja dengan muka yang sumpah tak semenggah langsung sebab ngantok.
Dah balik tu, lepas mandi duduk mengadap depan cermin lama2 sebab konpius nak pakai krim Safi Rania Gold yang Day cream or Night cream punya. sebabnya kan siang malam aku dah bertukar. malam kerja, siang tidur. lepas dah pikir masak2 terus amek Night cream. mungkin effectnya akan lebih bagus sebab aku kan nak tidur. ok, senteng ke tak pemikiran aku tu?
pic: ihsan google
umur? kenapa perlu berahsia. guna saja Safi Rania Gold.
hahah.
dah ready nak tidur, susun bantal keliling badan, tarik gebor sampai paras dagu. hoyeah! nak tidur. dan tetibe...
ngeenggg...ngeennggg....
(bunyi orang mesin rumput kat bawah rumah aku)
rasa macam nak jerit "Woi, aku nak tidurlah! kau pegi main jauh2 boleh tak??" tapi cepat2 sedar diri. sebab kan dia buat keje time ni coz time ni semua orang dah bangun nak pegi kerja. dia tak boleh buat petang2 sebab nanti ramai bebudak main kat playground bawah tu. malam time aku pegi kerja lagilah tak boleh. mahu nya dia kena baling ngan kulit pisang dari segenap ceruk apartment ni nanti. hahah. (cuba membayangkan) aku sorang je pun yang nak tidur time2 ni. wuwuwuuuu...stressnya nak handle konflik ni! ARRRGGGHHHHHHHHHH.......T_T
kesimpulannya, tulah dua konflik paling besar dalam hidup aku bila aku naek kerja malam.
1) masa tidur terganggu.
2) tak tahu nak pakai Day Cream or Night Cream.
Sekian.
4 comments:
ehehe..aku tak suke mekap2..
jiji: dulu x heran nk jaga muka. bila umo makin naek ni, kne la stat jaga dh. =)
hahahahah!!! susun bantal keliling badan! yes...best kot rase nikmat tidur macamtu. hahahaha~
etika: mmg bes gile kot!!! tenggelam dgn bantal2 sendiri mmg syok!!!
Post a Comment