Sempena Hari Malaysia haritu, dan sempena nak merasmikan oven baru aku pon senang hati bakar roti insipired by Napat ni.
Bahan:
- tray cupcake
- roti Gardenia
- telur
- sosej
- sos tomato / sos prego (kalau nak lagi sedap)
- sos cili
- black pepper
- cheese mozarella
Cara:
- lenyek roti dengan roll tu biar dia jadi nipis
- masukkan dalam tray cupcake tu
- letak sos untuk layer paling bawah
- susun sosej yang dah dihiris tadi.
- pecahkan telur
- tabur cheese mozarella
Bakar selama 20 minit 190'C. (ikot oven korang)
Aku guna oven brand Elba.
Before makan, ikot suka la nak letak sos cili ke ape ke.. ikot selera korang. Dalam pic ni takde cheese sebab lupa beli. Second round buat baru tabur cheese. Memang sedap!!!! heheheh.
Paling best bila telur goyang tu meleleh camtu. Auuummm!!!! Hehehe. serius berebut2. Tu yang ada second round. Ayah aku pon siap order lagi satu. Selamat mencuba!!! =)
Till then.
#SuperWifeStory
#tokeikedai
No comments:
Post a Comment