First of all saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hencik Myung Dae kerana telah memberikan saya header baru secara percuma. sebab haritu saya telah masuk contest lalu berjaya menjadi salah seorang blogger bertuah dari sepuluh yang lain. terima kasih di ucapkan. =)
ok, tamat sudah sesi ucapan saya pada petang ni. sekali lagi, terima kasih di ucapkan kepada Myung Dae. =)
KACA MATA BAGI ORANG RABUN
hey, aku pelik la. ramai pulak tanya aku kebelakangan ni. aku ni betul2 rabun ke ape? ke saja je nak pakai spec skema tu konon nak nampak nerd? halo! halo! halo! <--buat gaya macam Dr.J kat hosp aku bila dia marah. aku ni sejak
sebab tu aku pakai spec supaya jelas kat pandangan mata aku ni segala butir2 yang ada kat muka korang tu. haish! nak kutuk je reti. kalau aku tak pakai spec tu maknanya aku pakai lens la! dunia dah maju beb! jangan la bawah tempurung sangat... aku memang suka spec yg plastic frame camni. sebab aku ni sedar diri aku lasak. tak sesuai jenis yang frameless ke apa. hodoh kat muka aku ni spec2 camtu. lagi pon aku suka tertido dengan spec2 sekali. kembar katanya. tak dapat pisah. ngeee~
ehem2! saya dah ada teman skema dah sekarang ni!
hehehe...suka~
AKU TAK BOLEH MAKAN TEMPE??????
Pagi tadi aku pegi la check progress note aku. bagi korang2 yang tak tahu progress note tu apa, benda tu adalah note or rekod yang di buka bila korang pegi daftar kat hospital. if korang datang lain kali, staff akan guna je registered number korang yang before ni untuk cek rekod yang dulu2. so senang la nak tahu pasal rekod2 penyakit korang.
so pendekkan cerita aku check aku punya blood result yang penah buat dulu. pastu pelik sebab uricacid dalam darah aku agak tinggi. dalam bacaan 4.0. uricacid ni dia berkaitan dengan gout or sakit2 sendi. aku terus risau and asek berangan pikir pasal masalah aku ni. aku pon start la find out pasal uricacid ni. Sister tanya aku, banyak makan daging or seafood tak?? oh, daging memang aku makan tapi takde la selalu kan.. seafood memang tak lah! sebab aku memang allergic. dia pon pesan kat aku supaya jangan makan sayur2 yang berkacang contoh kacang panjang. ooo..ok... no prob!! ops! bayam pon tak boleh makan ya. takpe2. aku memang tak suka bayam. and TEMPE jugak.
TIDAKKKKKK!!!!!!!
fevret aku memang tempe ya?? makan tetiap hari pon takpe.. ibu aku, makcik aku, Cik Ima, Cik Nana dan mungkin juga hencik lebah tahu aku memang suka gila makan Tempe. macam mana ni??? ok sedih. rupanya tempe fevret ku telah menikam aku dari belakang lalu menyebabkan aku boleh kena penyakit gout or sakit sendi dalam usia muda. kene break off dengan tempe. *err..kurangkan makan je boleh tak?? tak payah stop terus. tapi ekceli memang aku ada masalah sendi. sendi kat bahu penah injured masa aku aktif maen hoki dulu. tetiba senior aku lalu bawak lunch beli dari cafe.
"kak, beli apa tu??"
"harini ada nasi ayam kat cafe. pegi beli cepat! nanti habis."
"nak2!!! sister, kejap saya turun beli makanan. jom Lat." <--ajak kawan aku Lathika.
terus lupa pasal uricacid and tempe.
=_=
SUPERWOMAN
pagi2 dah bangun nak pegi keje pagi. takdelah awal sangat. masuk keje jam 7am. tapi terjaga pukul 6.25am. petua tak boleh blaa aku penah bagi dulu suro sewa umah dekat2 ngan tempat keje kan. ha, time ni la rasa kelebihannya. tak payah kunci jam pukul 5.30am ya semata2 nak pegi tempat keje yang jauh nya sampai 40minit. ngee~
ok, 6.50am start jalan. 6.57 punch card. pastu jalan lenggang lenggok pegi wad. macam biasa, take over report, passed over medication... pastu keje la macam biasa sampai pukul 2pm. 2.30pm balik umah. makan nasi ayam beli tadi. duduk tengok tv kejap pastu try untuk tido. dah stat nak tido lena tapi tetibe ada unknown caller. ah! takde la unknown sangat. ejen insurance call aku. si Cik Puan Syikin yang bagi nombor aku kat dia. sumpah malas nak jawab. terus terjaga tak boleh tido sampai sekarang. kalau aku jumpa ejen insurance tu petang ni memang aku piat telinga dia. aku ngantok ah!!!!!! kejap lagi pukul 8pm nak stat siap2 pegi keje malam pulak.... aku buat OT harini... wuuaaa~ aku ngantok. tapi tak boleh tido. macam mana ni????
minum nescafe 3 in 1 la. aku ingat aku boleh jadi SUPERWOMAN harini. tapi kalau malam nanti aku takde kat nurses counter tu, sila carik aku kat stor ya? meby dah landing siap bentang blanket kat situ. =)
"Do you know what is hard about being too strong?? Nobody might care to ask if you are hurt - Tumblr"
(curik dari status Cik Nazneen Najib kat FB dengan kebenaran dia.)
takde siapa nak tanya aku ngantok ke tak. sebab aku kan SUPERWOMAN. =)
-TAMMAT-
No comments:
Post a Comment