Thursday, January 12, 2012

Apsal tak kawen je terus? dah lama kot couple.

As Salam.

Lama betul aku tak update ye. ni semua sebab aku ada masalah kesihatan sejak 3 minggu lepas. rupa2 nya aku batuk teruk tu sebab reflux. sebab tu la tiap2 malam batuk macam tak cukup nafas dah nak batuk. siap kena masuk IV drip lagi gara-gara aku dah lembik macam jelly sebab batuk. hee.. and now dah sihat. yeayy!!! alhamdulillah.

Oh, sila tengok tajuk. ada orang tanya tu kat aku dalam formspring. hahaha.. awak, bukan kita takmo kawen. tapi banyak komitmen lain lagi. Meh kita bagi jawapan2 yang agak logik kat sini.

First
hencik lebah kita anak last and he's the only son in family. so tanggungjawab dia lebih sikit la kena jaga parents. kalau kawen ngan kita, kena jaga kita pulak. kita dah la banyak kerenah. heee...so kena tunggu kita matang sikit lagi baru boleh kawen. =D

Second
di sebabkan couple dah lama, kitorang mengharapkan majlis kawen yang sangat cemerlang, terbilang dan gemilang. ehhh..takdelah! hahaha.. hencik lebah kata ayah kita ramai kawan. takkan nak buat kecik2 je. tapi kita pulak nak buat simple2 je. jadi ada percanggahan kat situ. sebab tu tak kawen2. hahahaha.

Third
sebab kawen banyak nak pakai duit. so kitorang tengah nak kumpul duit la ni. hencik lebah cakap kalau kawen pakai RM2000 je, esok pon dia boleh kawen ngan kita. hehehe

Fourth
sebab kitorang jenis workaholic. oppss!! hencik lebah jela macam tu. dia masuk keje pukul 9, pastu buat OT, pukul 3-4pagi baru balik. kita keje jugak. tapi takdela holic. heee.. hencik lebah nak bagi yang terbaik untuk kita lepas kawen. so kita bagi lah masa kat dia keje kuat-kuat, rajin-rajin. kita dah warning lepas kawen no more balik keje subuh2. so sekarang masa dia tengah kuat nak cari rezeki biarlah dia cari puas2. =P

Fifth
sebab hencik lebah takut kasih sayang mak dia beralih arah kat kita. kita pon takut ibu kita sayang lebih kat hencik lebah dari kita. sekarang pon dah nampak tanda-tanda. so baik kita bermanja puas-puas dulu baru kawen. hahahaha

*ok, alasan kelima memang tak masuk akal. hahaha.

So lebih kurang tula alasan kenapa kitorang tak kawen lagi. lagi pun soal jodoh ni kan kerja Allah. kalau Dia cakap tahun ni kitorang kawen, kawen lah kitorang. Kunfayakun! Siapa la kita nak cakap macam-macam kan. Doakan kami ye, geng?? Sampai masa nanti, insyaallah kitorang akan jadi room mate yang sah. ehehee..

p/s: minggu depan pergi Bandung nak cari kain tempah baju kawen. heee.. ^_^

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE