Wednesday, December 29, 2010

sepanjang tahun 2010

Hey korang! kabare?? huhu..warasss~ ha korang pe cerita harini?? dah hujung2 tahun ni.wah! tak percaya ya?? dah nak masuk tahun baru. makin tua lah aku. eee..tak suka! tak suka! hahaa..korang nak tahu tak masa umor aku turn to 20 boleh pulak aku sedih sorang2 kan sebab umor lepas ni dah takde belas2. kene sebut puluh2 pulak. ngek kan aku?? huahuahua...

harini nak cite pasal apa yang jadi sepanjang tahun ni. aku ni bukan la ingat sangat apa yang jadi kadang2 sebab aku ni azali pelupa dari dolu2. kadang2 tu bila sesape nak rewind balik cerita2 lama kat aku jenuh je..sumpah aku tak hengat. tapi kalo pasal hencik lebah takde satu pon aku missed out. heheheh...

cerita paling manis tahun ni..emmm.. apa dia ek?? tengok2 aku dah lupa. hahaha...oh! ha, dah ingat. masa dapat bunga surprise dari hencik lebah saya before raya haritu. tu paling sweet oh aku rasa. bukan selalu dia nak buat surprise tau! seingat aku time mula2 couple dulu je dia selalu buat surprise. bila dah basi camni dia buat bodoh je. huahuahua..ade aku kesah?? biasa ar tuh.. oh time besday aku pon sweet jugak. dia bawak pegi Genting and kitorang makan kek dalam kereta. huhu..

ni time besday.
ni pulak time dia bagi bunga.

heee~ sweet!!! pastu kalo ngan family pulak banyak je yang bes. contoh time pegi holiday kat Langkawi tula. pastu baru2 ni kitorang pegi jogging kat Kota Damansara. aku ajar ibu ngan ayah buat chicken dance. sweet oh dorang buat. terkekek2 kitorang adek bradek tengok ibu ayah buat. hahahah...tapi takde pic pulak nak tayang kat sini. iya lah, pikir logik takkan aku nak bawak camera pegi jogging kan? ngeng!!!

tahun 2010 ni jugak macam2 benda sedih jadi kat kitorang, kat aku... paling menyakitkan bila ada orang backstab aku. gila2 sakit oh! aku bukan pendendam tau! tapi perangai aku ni, kalo aku dah tak suka ngan satu2 benda tu or seseorang tu.. dengar orang sebut nama dia pon aku tak sudi. apa lagi dengar suara dia or pandang muka dia. nak bercakap lagi pulak kan. aku bukan jenis pandai pura2. aku tak suka aku cakap aku tak suka. sebab nya aku tak nak hati aku sendiri sakit bila teringat benda2 ni kan..sangat sakit! dalam banyak2 benda ni la yang paling menyakitkan hati aku. bukan untuk tahun 2010 ni je. tapi sepanjang hidup aku yang dah 22tahun ni.. yang ini..paling sakit! oohhh~ 

ok la geng! baju nak lipat melambak2 ni. aku stop sini dulu. next entry nak publish pic2 yang aku tak penah publish lagi kat blog aku ni.. tunggu yea?? mmuuaaaahhhh!!!



Tuesday, December 28, 2010

Farewell party pukol 2.30pagi

Salam readersSsss! ecewah. huruf S tu nak banyak je. padahal reader bukan beribu riban cam kat blog Aizul Marcello and adek comel dia si Irine Nadia Marcello tu. muahahahaha... baik. maafkan saya. balik pada cerita asal. semalam aku keje malam. so aku ngan Kak Anna buat keputusan nak buat surprise farewell party yang tak berapa nak surprise untuk kesayangan aku Kak Ruby yang dah nak fly pegi keje kat Saudi bulan depan. uhuk2..sedih...dah takde geng untuk bersnap2 picture and berjoli2. siyes air mata rasa nak nitik2 pulak bila ingat waktu perpisahan makin tiba. =(

*lap2 air mata and hingus yang leleh2.*

mode ceria activated!! ok, malam tadi kitorang menggemokkan diri dan membuncitkan perut masing2 dengan mengorder Pizza Hut. dah la aku lapo. aku bedal Hawaiian ciken medium size tu banyak tau. sebabnya pizza yang besar tu dorang order yang tuna punya. aku tak bape makan sangat tuna2 ni. lagi ade yang benda ketam tu topping atas dia. ee..tak suka! tak suka! eheeee~ gedik tol!! ok2. mari enjoy pic!

 lihat si pemakan yang kelaparan sampai perut dah masuk angin sebab
tunggu akak kesayangan si Kak Ruby setel kes kat Labor Room.
 kesayangan. aku in relationship ngan minah ni la kat FB.
huahuahuaa...
*nak kutuk aku tak laku kat laki ah tu.
 muka macik2 aku time pegi keje.
ade tak rupa macik???
 Kak Anna selaku pengasas Farewell Party ni.
ngeng je ayat aku tu ha~
hahahahah...
 mommy wannabe.
^_^
anak aku nanti camni ah.
mata sepet2,pipi tembam2,kulit putih melepak,kaki berketul2..
heeee...tak sabar mau kawen ngan Apek kechentaanku..
 motif pic ni nak tayang stathescope or ring??
entah aku tak paham dengan diri aku sendiri.
=P
 SRN Myra Anne.
oucchhh! sakit dada la akak~ <--tetibe.
 hey, kantoi la ko curik tulang camnih!
eh,helloooo...ni keje malam la! sume patient tido.
takkan saya nak kacau dorang. grrr~ skati je nak tuduh2.
 akak!!! bila mau kawen ngan TUTTTT...
nak book tiket pegi Sabah ni..huhu...
*hey si TUTTT. kalo anda baca ini belog jangan nak kutuk saya gemok ya??
ini paling tak tahan.payung Avon pun jadi mangsa prop.
hehehehe...
eh, kak!! tabik sape?? putera Arab kah?? =p
ok, sudah2..
dah penat bergambar.
dah dekat pukul 5pagi.
nak serve ubat nih.
mari tido sebentar bersama kitkat selimut.
ssshhhhh~

Monday, December 27, 2010

Selamat Pagi Malaysia!

Wah~
before pape,aku nak ucapkan tahniah kat pasukan Malaysia sebab malam tadi menang 3-0
ini sume adalah berkat hencik lebah saya dan geng2 nya yang menyokong secara fanatik kat stadium bukit jalil tu ha..eh??tetibe je kaw ni kan?? tak pasal2 pulak sebab hencik lebah kau!
hehehehehhe...

oh,tadi time balik keje tetibe teringat satu kenangan ni.
terus tersengih sorang2.nasib takde orang kat situ.
kalo tak,mesti aku dah kene tangkap and skang takde kat sini.
mungkin dah sampai Tanjung Rambutan by now.
huahuahua...

bukan apa...malam tadi aku night shift.
aku teringat pulak first time aku buat night shift masa aku posting Sem 5 kat 
Hospital Pontian. masa tu assignment aku kat ER. so best lah. boleh relax2.
tu bukan sebab aku tersenyum2 tadi.
tapi sebab hencik lebah aku risau yang amat kat aku ni ha sebab first time keje malam.
sampai dia takmo tido. siap temankan aku SMS.
konon2 je tu...
dalam pukul dua lebih tu dia dah padam. hehehehe..
comel je dia! nak teman sampai pagi konon!
last2 dia tertido gak...hehe.. mekaceh awak!
sudi jugak nak teman budak comot ni ha...

balik keje malam tu lepas mandi apa sume aku tido tak hengat dunia.
bangun makan tengahari.
pastu tido balik sampai Asar.
lepas Asar tido balik sampai la lepas magrib.
gila aku tido kan???hehehehehe...
bajet takut malam nanti tertido lagi time keje.
sumpah aku tak tido sampai pagi time keje tu.
hahaha...

tula pengalaman keje malam aku yang pertama.
yang sweet sebab dia sudi nak teman aku.
tapi skang????
hurmmm..takde makna dia nak teman. tido lagi best katanya.
hahaha...tak kesah la der~
asal lu bahagia.
mmmuuaaahhhh!!! ^_^

nak tido dulu..tataa~

wa sangat sayang lu la der~

Saturday, December 25, 2010

ehem2...
sweet tak??
ini surat cinta saya buat untuk bakal suami saya iaitu
hencik lebah.

jenuh karang ayat kat dalam kad tu tau
aku buat time nite shif minggu lepas.
pastu tahu pulak malu nak bagi kat hencik lebah
sebab tajuk besar nye cam over pulak kan?
eh, bila masanya korang plan nak kawen ni??
pandai2 je tulis untuk bakal suami
eh,sukahati aku la kan??
dah tentu2 dia bakal suami aku.
insyaallah...

tapi ko tahu jela aku ni.
malu kejap je.
pastu time bagi,muka selamba badak macam la tak penah kentut depan dia
huahuahua~
tapi dia suka tau!
emmm..
nak senyum puas2!

^_^

Mekaceh pada Cik Nuraitul Syima

Ha,tajuk besar aku bagi kat situ untuk Cik Nuraitul.
Cayang kamoooo lah!
malu kita la awak puji2 cenggitu. hehehehe...
thanx yea sudi baca blog kita yang tak bape best cam blogger hebat tu.
malas sebut ah sape.
kalo dah kata blogger,mesti la korang pon kenal sape blogger2 glemer kat Malaysia ni kan.
aku ni tulis benda2 bese jek.
pasal life Myra Anne yang tak seberapa.
huhuhu....
*merendahkan diri yang sememangnya rendah dari hencik lebah saya.*

ok geng!
mari ramai2 baca blog kawan saya 
skang ni dia banyak tulis pasal keje dia yang busy tu.
da lama tak dengar cite dia ngan kesayangan dia.
hehehe...
ini dia....
jeng...jeng...jeng...


ehee...malu ah!
auuuwww!!

Monday, December 20, 2010

Cerita Bongek Aku dan Dia

semalam aku keluar ngan hencik lebah. pegi One Utama. memula plan nak pegi Sunway Lagoon. tapi dia demam pulak. and kene standby untuk keje. sian jugak kat dia. demam2 pon sebok nak teman aku. aku dah cakap nak cancel pon dia tak nak. nak jugak keluar. aku pon malas nak cakap banyak. kang mudy2 jadi tak bes pulak. semalam banyak duduk je ngan dia sebab dia tak larat jalan. mengah2 katanya. so banyak la keluar perbualan bongek aku ngan dia.


SATU
masa makan. tengah borak2 pasal keje dia yang dahsyat tu.


aku: bee tak nak carik keje lain ke?


dia: tula.. ingat nak apply jadi CEO kat mana2. tapi tak pulak ada orang nak.


aku: bongek la bee ni!


dia terus buat muka blur mintak dipuji (sebab cumel) lalu aku pon gelak terbahak2.


DUA
masa tengok orang main boling.


aku: bee,nape bee tak penah pakai shortpants pon time keluar ngan ayang? bee beli tu pakai time bila?


dia: aurat! bee pakai malam je.


aku: bongek! ingat kalo pakai malam orang tak nampak aurat ke??


dia: dah tu.. hehehehe..ha, nape ayang tak penah pakai boxer time keluar ngan bee??


aku: bee bongek! 


sengal je kan? haha.. tapi ada perbualan yang sangat membahagiakan aku. takmo share ngan korang. nak simpan untuk diri sendiri jek. huhu... best nye!!! ermmm... tak sabar la! 


entry kali ni malas upload pic.sebab dah banyak sangat upload untuk cerita Langkawi. huhu..nanti aku upload lagi ek. pic dalam henpon. tak transfer lagi. ni memang kemalasan aku nak transfer2 ni. =_='

Langkawi Part 3

Hari2 terakhir kat Langkawi. letak pic jela terus ya? sementara bodben tak mintak disumpah2. huhu...

pagi2 pas breakfast terus lintas jalan depan hotel pastu dah sampai laut. niat hati nak naek banana boat sebab sume tak penah merasa lagi. huhu..
eh2?? dah senget...
busshhhh!!! dah tergolek jatuh.hehehe...

before naek ni beria2 ayah tak bagi kitorang jatuh. takut adik kecik aku si azim tu lemas pulak walaupon la dah pakai safety jacket. hehehe.. ayah naek bot ngan orang yang tarik kitorang ni sebab nak snap pic kitorang. rupanya atas bot ayah berpakat ngan orang ni suh jatuhkan kitorang kat tempat dalam. hahaa..sangat noty ye ayah aku?? menjerit2 kitorang. ayah gelak je tengok. yang ibu duduk kat tepi pantai dup dap jantung dia risaukan azim. hahahhahaha...

 pastu pegi sambung shopping lagi.heee.. time ni aku pegi belikan along backpack pulak. 
kedainya yang belakang tu la. kat Pekan Kuah.
 ini dekat Al-Ikhsan.ebby nak beli kasut. 
aku sempat tertido lagi kat sofa ni time dia pilih kasut.
ngantuk gila. penat berjalan.
orang cakap muka saya macam muka ayah saya.
of cos la!! kan anak ayah...
aku pulak slalu cakap muka azim macam muka Yana.
tapi male version nye. hahahaha...
 before balik. snap dulu kat lobi hotel.
 kat depan pantai jap.
ready to go home!
korang2 sangat bertuah dapat tengok muka rabbit aku ni.
kat FB tak upload tau yang ni. hehehe...
 oh! pic dah berterabur. ni time makan ikan bakar..
 kawasan perkampungan nelayan.
ni depan kedai tu je...
 ok, ni baru la real nak balik. time ni budak2 sekolah tu dah balik KL naek bus.
kitorang je naek flight sebab nak sambung lagi satu ari berjalan..
 babai Langkawi. see you in my hunymoooooon pulak. hehehe...
so,save the hunymoon suite for me k?? 
hahaha..
gatai!


sekian cerita hunymoon holiday aku. oh, banyak nya pic berjoli tak upload rupanya. sume gara2 lappy rosak haritu. ok la geng! so sape2 yang tak penah pegi Langkawi tu pegi la bila2 nanti ya?? memang besh!!!

take care! Adios!

Langkawi Part 2 (2)

Hye..Hye..Hye! 
bersambung kita dalam siri kegemaran anda iaitu cerita pasal holiday. ha, suka tak? suka tak?? sila paksa diri angguk kepala anda.huhu..hari ni rasa bodben cam laju sikit. jadi aku pon cepat2 la upload pic ni ha..


pada hari kedua aku kat langkawi ni banyak memang byk tempat aku pegi. yg pic kat bawah ni kat Galeri Perdana. tapi aku tak masuk. time ni aku dah penat gila jalan and snap2 pic. so kitorang lepak kat dalam bus and luar2 galeri tu je.


 so..ini aku and Yaya. peace, no war! err..yela. tak penah gado ngan Yaya lagi. huhu..
 jumpa kucen ni time kitorang nak pegi toilet. manja gila. dah ar tengah bunting. 
aku doakan ko dapat anak cumel2 ye mummy??
 tengok apa lagi kitorang jumpa time nak pegi toilet.
arrow yang dah tercabut dari tiang. 
heeee... 
bes oh benda ni!!!!
 tetibe dapat banyak idea nak snap pic.
ibu and mama Yaya gelak2 tengok kitorang. hahaha..
 ni la bus yang bawak kitorang jalan tu.
driver and tourist guide dia memang terbaek!
byk gila info pasal Langkawi dia bagi.
 ini van langkawi. heee~
 sila buang sampah di sini. jangan buang merata2!!!
babab kang!
 Yaya sengal.
 u are sooo Glee! =)
 ini adek saya,Yana.
dia berangan amek alih jawatan pemandu bus.
ni Ibu kesayangan saya! mmuuaahh!
huhuhu....
 last stop ngan tourist guide. Dataran Lang.
kalo datang Langkawi tapi tak jejak kaki kat sini korang anggap jela holiday korang tu tak lengkap.
hehehe...kerek tak ayat??
me and Yaya again.
kat belakang budak2 sekolah tu.

balik je malam tu kitorang terus makan kat hotel tu. then balik bilik nak wangi2 diri and rehat. tapi pas rehat2 tu, dalam kol10 aku and Yaya keluar melepak and shopping lagi. penat siot! huhu.. pastu ingat nak rasa oblong. tak penah makan. kat Langkawi ni bersepah2 oblong. kat umah aku Sungai Buloh tu tak jumpa pon?? tapi akhirnya hasrat kitorang kecewa. sebab oblong sangat laris. time aku sampai je dah abes. nak jalan carik tempat lain dah tak mampu dah. penat sangat. last2 makan hotdog special je share ngan Yaya then kitorang balik tido.. 

ok, nanti cerita pasal episod last pulak. pastu tutup cerita pasal Langkawi ok?? muaahh!!

Thursday, December 16, 2010

Langkawi Part 2 (1)

Salam pagi sume...
sory la.lambat pulak aku sambung Part 2 kan?
huhu..bukan sengaja.
ko pegi marah bodben aku yang mongok lembap cam siput nih.
dah ar banyak gila pic aku nak share on 2nd day aku kat sini.
dia buat hal pulak.
sudahnya aku buat keputusan nak stop takat ni je.
nanti aku sambung episod dua untuk tajuk Langkawi Part 2.
okeh??

ni dalam bus.on the way nak pegi Cable Car Gunung Mat Cincang tu.

oh, ibu..kau di siram bayu pagi..
ok.tetibe dah mendung kat luar.sangat ajaib bukan?heee..

aku and Yaya. ekceli kitorang tak dapat naek pon Cable Car ni sebab keadaan cuaca yang tak bes.
mau goyang kot gondola tu silap2 tercabut.eee...seram!!!
time ni angin kuat. so dia tak beroperasi.
singgah pulak..err..pe nama tempat ni?? aku lupa oh!
ko tau bot2 ni nak parking kat sini atleast sewa parking lot dalam 1K sebulan tau.
gila mak datok dia kaya! 

ni lak lunch kitorang.aku suka gila kedai ni. lauk dia berderet. banyak siot!
ulam2 pon banyak. Fevret!
ayam je bape jenis masakan. belum lain2 lagi.
ikan bakar dia memang sedap!
dah dua kali aku makan kat kedai ni.
mana boleh banyak2 kali.
Langkawi tu jauh.
ni la nama kedai tu. kedai ni kat area Tugu Keris tempat Mahsuri kena tikam tu.
lepas makan kitorang pegi Sungai Kilim. jangan tanya tempat ni celah mana.
aku memang tak tahu sebab on the way pegi tempat ni aku tido.
maklumlah lepas lunch.mata aku ni macam ada monyet bergayut je.
jeng3! nak naek bot! yeay!
ni harga pakej untuk tour ni.
saat ni aku rasa beruntung pegi ngan rombongan budak2 ni.
ko tengok la,paling murah satu bot rm200.
atleast kitorang naek satu bot 10orang baru kena bayar rm20 sorang.
kalo pegi setakat 2-3orang memang alamat tak shopping la kome pegi sana.
hohohohooo...

out first stop.
ni tempat ternak ikan. macam2 ikan ada. tapi yang aku ingat ikan pari and ikan sumpit je.
nape nama dia ikan sumpit??
sebab kalo korang kepal2 roti kat ujong jari pastu hala kat kolam ikan tu,
ikan ni akan lompat and amek makanan kat jari ko tu.
ala2 cam sumpit la. sebab tu dapat nama tu.
nice gila view dia kan?
tapi time ni sumpah panas gila!

ikan pari ni manja gila.korang boleh suap dia makan.
siap ade bunyi dia sedut2 lagi tangan korang menandakan nikmatnya dia makan.
pastu bila tuan dia usap2 boleh lak dia pusing2kan badan dia cam kucen kan.
aku tak pegang. geli!
ko jangan pegang ekor keli ni tau!!
nanti kena sengat. tu je petua nya.


2nd stop.
tak silap aku nama tempat ni Singa Besar la.
tempat bagi burung helang makan.
orang selalu bagi lemak ayam.
tapi tourist guide aku cakap ekceli lemak ayam tak bagus untuk helang.
sebab membantu kepupusan dia.
lemak ayam kan tak sihat.
yeay! bukti dah pegi Kilim Geoforest Park.
huhu...
3rd stop.
ni Gua Kelawar.memang banyak gila kelawar dalam ni.
geli aku tengok time orang suluh lampu kat atas2 batu tu.
ngeri aku bayang kan kalo tetiba dia jatuh atas kepala.hee~ geli2!!!!

oh,kalo korang nak tahu kelawar ni sifat dia kelakar sikit. kalo yang jantan tu,kecik2 lagi dah takmo dok ngan mak.sebok nak lepak ngan member2.balik kat mak bila nak susu je.kalo dia dapat survive, ok la. kalo nasib malang alamatnya jatuh mati la dia terhempas ke bawah.. ha,tula. sombong lagi ngan mak ko! kalo betina pulak asek kepit ngan mak sampai la dia boleh idup sendiri..

lepas abes tour kat Kilim ni kitorang gerak pegi Galeri Perdana. tempat Tun Dr.Mahathir Mohamad simpan hadiah2 yang dia dapat dari pembesar2 negara seluruh dunia. tapi time ni aku tak masuk.aku jumpa something interesting kat luar bangunan ni ngan Yaya and adek aku. nak tahu pe dia??
tunggu next entry k?? hahahaha....

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE