Tuesday, December 30, 2014

Myramasak : Resepi Cheesy Butter Chicken

Assalamulaikum.
Emm.. tengahari ni korang masak apa? Aku ni takdelah pandai sangat masak tapi sejak kahwin ni dapat satu perangai. Kalau makan pape menu kat kedai, if tak puas hati mula lah nak buat sendiri kat rumah sampai puas hati. hehehe.. First time order Rice with Butterchicken ni kat kedai dekat area rumah aku kat Desa Parkcity tu. Ok, sedap memang sedap. tapi terlampau kering and sikit. So, gigih la cari resepi nak buat sendiri. Tak sangka simple and senang gila rupanya. =)
Straight to the point ok? Yang aku tulis bahan ni agak-agak untuk hidangan 2-3 orang. Kalau nak masak lebih, pandai-pandai la korang adjust eh.
BAHAN 1
- Ayam (setengah ekor)
- Tepung
- Telur 1 biji
BAHAN 2
- Cili api 5 biji (titik - ditumis)
- bawang kecil 2 biji (hiris nipis - ditumis)
- bawang putih 2 biji (hiris nipis - ditumis)
- daun kari 2 tangkai (ditumis)
- Butter (2 sudu besar)
- Susu cair (1 tin)
- cheese 2 keping (tak kisah brand apa)
- kiub ayam Knorr (1 kiub)
- sedikit serbuk lada putih
- limau nipis (untuk diperah air)
CARA MEMASAK BAHAN 1:
1) Salut ayam dengan telur, kemudian salut kan dengan tepung.
2) Goreng hingga garing.
3) Selesai goreng, ketepikan ayam.
CARA MEMASAK BAHAN 2 (masak guna api kecil): 1) Panaskan kuali. kemudian letak dua sudu butter, cairkan.
2) Bila butter dah cair, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. Tumis hingga naik bau. Ada bau pedas sikit sebab tumis cili api. hehehe..
3) Bila agak-agak dah garing, masukkan susu cair. Kacau supaya rata.
4) Kemudian, koyak-koyakkan cheese dan masukkan.
5) Tambah kiub ayam dan serbuk lada putih. Letak garam secukup rasa. Aku letak sikit je sebab dah tambah cheese.
6) Kacau hingga kuah makin pekat dan menggelegak. Ikot selera masing-masing ye. Macam aku, aku suka banyak kuah. So bila dah pekat, aku tambah air sikit dan tunggu lagi hingga pekat.
7) Perah sikit air limau nipis supaya ada rasa masam-masam sikit, tak muak sangat makan. dan supaya kuah tahan lebih lama.
8) Bila kuah dah pekat ikot selera korang, boleh la masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau supaya sebati dengan ayam.
9) Dah siap, boleh la deko ikot suka korang. hehehe.
P/S:
- kalau aku search resepi ni, rata-rata suggestkan guna isi ayam. tapi aku tak suka. aku rasa guna ayam campur-campur tak kira isi ke tulang lagi best!!! Lagi2 bila bab sedut-sedut kuah kat ayam tu. Perghhh. Marvelous! Kalau guna isi ayam kecik-kecik, tak boleh sedut-sedut ayam tu kan?hehehe. Try lah!
- Cheese tu kalau korang taknak letak pon takpe. Tapi sebab hencik lebah suka makan cheese, tu yang aku tambah tu. Tapi best sebab rasa dia lagi berlemak.
- Jangan masak selalu. Gemuk oiii!
Kalau dah try resepi ni and korang rasa best, tag aku kat Ig @myraanne35 dan #myramasak ye. Muuahhh!!!

Monday, December 8, 2014

Hantaran, handmade guest book, Chococheeseball.

Assalamualaikum. Tempahan hantaran Aku ni takde la kreatip mana. tapi kalau sedara mara kawen tu senang la jugak kira sebab dorang akan suruh aku buat hantaran and guest book. hehehe..
Kalau guest book memang fully handmade. hinggakan tulisan pon aku tulis je sendiri. takde pon nak print ke ape. Alhamdulillah pernah buat 5 buah guest book so far. semua puas hati. Tak sempat nak ambil order banyak-banyak sebab before ni terikat dengan kerja. Bila free baru bukak order. Tapi sekarang ok je.. boleh runding la kalau nak tempah. tapi make sure 3 bulan awal dari tarikh kenduri tau! =)
Chococheeseball ni memang sesuai dibuat gift or selit kat dulang hantaran. Sepanjang yang aku buat suka-suka ni pernah la dua orang tempah buat letak kat dulang hantaran tunang. hehehe... 1 box 16 biji, RM25. Kalau jual dalam 1 bekas plastik ada 4 biji RM3.50. Min order 20 bekas la.
Benda-benda simple ni boleh jugak kalau korang nak tempah kat aku Tapi untuk hantaran tu aku ambil upah jela. Barang-barang semua kena beli sendiri ye. =) Untuk sebarang tempahan, boleh whatsapp 019 6035169. Tataaa...

Thursday, December 4, 2014

Bulan itu.. Bulan cinta...


"Bulan ini, bulan cinta
Bulan ini bulan kita
Terangi gleapnya rasa
Sinari gelapnya cinta
Menghiasai malam asmara..."

Hamboi kemain Mak Temah nyanyi dangdut pagi2 ni ye, hehehe.. Sebab apa?? Sebab bulan ni adalah BULAN KEGILAAN bagi die hard fans VITAMIN E & VITAMIN C!!! Shaklee buat promo gila-gila ye bulan ni. Rugi korang tak rembat harga promo ni.


kahwin dengan

jadi


ehh.. macam gitu pulak final result bila VITAMIN E kahwin dengan VITAMIN C ye. hehehehe.. Sebenarnya bila kita amalkan dua-dua produk ni, hasil yang kita dapat memang kebabom kata kauuu!


Seriously, ramai dah cuba dan suka dengan resultnya. Aku sendiri pon memang suka gila dengan vitamin ni.

Apa kebaikan utama VITAMIN E?
  • mengandungi antioksida-penting untuk awet muda
  • vitamin "CINTA" - nbantu dalam hubungan suami isteri.
  • mengecilkan pori-pori di wajah
  • bantu mencegah kanser
  • memudarkan parut di kulit
Kebaikan utama VITAMIN C:
  • meransang pembentukan collagen
  • bantu mencerahkan kulit
  • melambatkan penuaan
  • menggebukan kulit
  • meningkatkan sistem imun
Antara testimoni dari Google yang korang sendiri boleh search.

ini akak comel yang paling famous bila search pasal testimoni Set Kecantikan Kulit. hehehe.


ini pulak datang dari customer Master Iffah. =)

ini dari Google.

Sebenarnya banyak lagi testimoni tapi takkan semua pulak aku nak letak kat sini kan. Karang entry ni tak settle sampai bila. Penuh dengan gambar je. hikhikhik..

Double promo ni akan berlangsung sehingga 31 Dec 2014.
Kedua-dua nya adalah promo BELI 6 PERCUMA 1.
Maksudnya if korang beli 6 botol Vitamin C/Vitamin E korang akan dapat percuma 1 botol.

Tapi jangan risau.. if nak beli 1-2 botol pon korang masih boleh dapat dengan harga promo. Jimat hingga RM30 bagi setiap botol. Harga cecah lantai ahkak bagi!
Retail price:
  • Vitamin C RM 92.50
  • Vitamin E RM 149
Nak harga promo dengan FREE GIFT menarik? Meh pm dekat fb Myra Anne Noridin atau direct whastapp 019 603 5169 ye?

COD area:
  • Bandar Manjalara / Desa Parkcity, Kepong
  • Paya Jaras / Bandar Baru Sungai Buloh.











Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE