Wednesday, November 30, 2011

Selamat menjadi separuh dari aku.

As Salam.

Bukak2 dashboard terjumpa sesuatu yang sangat indah dari Blog Norhana Rosmida. tapi tak jumpa button komen untuk mintak izin share entry ni. cuma kredit kan kat awak. maaf ye. =)

Puisi Zahiril Adzim buat isterinya Shera Ayob.


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”




sangat lah indah ayat terakhir puisi tu. syukur masih ada lelaki macam dia. untung kamu, Shera.

untung jugak aku. sebab telah jumpa dia lama dahulu.
siapa lagi.
hencik lebah.
=)

p/s: moga Tuhan membuka hati kami menerima sebuah perkahwinan. amin.



Tuesday, November 29, 2011

Itulah Saat Aku Paling Cintakan Kau 1

Bila aku sesat jalan.
Aku call, kau cakap ayat kerek. "nak saya buat apa? cari la exit mana-mana"
Sambil nangis-nangis cari jalan pulang sendiri.
Tiba-tiba kau BBM.
Bebel-bebel. "apa awak ni. reti keluar tak reti balik!"
Hahahahaaa.. bongek betul kau ni.  tak tahu lagi makwe kau macam mana?
Buta jalan. itu aku lah tu....
Baru kau sibuk cakap ikot jalan ni, ikot jalan tu.
Nampak sangat kau risau.
Yang kau nak kerek2 kenapa?

Kau memang risau.
Sebab bila aku call kau terus jawab.
Selalu tak macam tu.

Dan kalau kau nak tahu...
Tiap kali kau buat kerek
Tiap kali kau bebel-bebel sebab aku lost
Tiap kali lepas bebel kau terus tanya "Awak kat mana sekarang?"

Itulah saat aku paling cintakan kau.

=)

sumber: Google

Surirumah punya cerita.

As Salam.

Oh, penatnya. balik keje shift pagi tadi pukul 2.30pm dah sampai rumah. balik je terus angkat kain kat ampai. pastu pegi keluarkan ikan dari freezer, nak masak untuk husband. barang2 masak semua prepare. nasi pon dah siap2 tanak. sementara tunggu ikan tu lembut, pegi iron baju keje husband. sakit2 belakang iron baju dia. konon nak bagi setiap bucu baju tu tajam sampai boleh jari tersiat kalau tersentuh.

Dah siap iron semua, potong2 terung nak buat sambal terung. cili blend dah siap2 buat weekend lepas. senang bila nak masak. tinggal tumis je. lepas goreng terung, goreng ikan pulak. sambil2 goreng ikan, pegi menaip entry baru. ok, ikan hangit sikit. tapi takpe. kita maintainkan kasi sebelah lagi ikan tak hangit. nanti time hidang kat husband kita letak yang tak hangit tu kat depan ye. takde la kantoi. ok, dah goreng ikan, tumis sambal untuk terung pulak. tunggu beberapa minit, ok dah siap! tunggu husband balik kejap lagi boleh la makan sama.

masak semua dah setel, baru pegi mandi. haish penat ye jadi suri rumah ni. kejap lagi nak amik anak balik tuition pulak. hari ni husband kene overtime. =(







ok, tamat dah cerita bohong aku.


hahahahhh!!!


jom makan, geng! aku memang masak. tapi untuk diri sendiri je. aku memang nak keluar jap lagi. tapi bukan amik anak balik tuition. aku nak dating ngan Cik Nana. heee...=P

mana pulak datang anak kalau tuan punya diri pon tak berhusband lagi kan.

ahahahahaaaa...

Tataa.

Monday, November 28, 2011

Monday Blues: Terima Kasih, Awak!

As Salam.

Ini nak cerita pasal semalam. lama tak story pasal hencik lebah kat sini yek. jangan risau. kitorang masih bersama. hee.. =D

Semalam aku stress gila. stress sebab asek kena push dengan si ayah suruh cepat2 kawen. uwaaa!!! T_T tak sampai seru lagi macam mana nak kawen. sabar lah ayah. nangis2 ngadu kat hencik lebah dalam BBM sebab stress sangat. aku gerak balik Puchong dari Sg Buloh. sampai2 je kat Puchong tengok2 hencik lebah ada kat  parking depan umah. terus senyum. even debar2 sebab tadi konon ngadu panjang berjela. tak sangka pulak akan jumpa dia lepas tu. haishh, malu! ^_^

dia ajak keluar tengok wayang. yeay!!! terus cepat2 hantar barang naik rumah. pastu tukar baju laju2 then terus turun. oh, before tu pakai shirt selekeh2 je. nak jumpa dia, harus lah tukar baju cantik sikit. takde la cantik mana. tapi baju baru. dia belikan minggu lepas. heee...

kitorang pegi Tropicana City Mall. first time aku pegi situ. ada la jakon jugak. tapi best sebab banyak restoran kat situ. sedap aku jamu mata. hahahahhh..aku tanya hencik lebah nak tengok cite apa. dia cakap nak tengok Tintin. jenuh aku pikir tu cite ape. sampai kat kaunter baru aku tahu Tintin tu cerita kartun. agak pelik di situ ye sebab kitorang tak penah tengok cerita kartun kat wayang. masa dah sampai depan hall wayang tu baru dia bagi tiket kat aku.

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1

terus pukul2 dada hencik lebah sambil jerit meroyan depan hall tu "bee tipu! bee tipu! kata nak tengok Tintin".

ok, tipu.

drama queen sangat pulak kalau aku buat gitu ye tak? hahahah.. hati sangat suka sebab hencik lebah tunai kan impian nak tengok cite ni. hahaahhhh. ayat tak boleh blah. balik dari wayang pergi makan kat Murni SS2. makan menu fevret aku, nasi goreng ayam pandan. nyummm2!!! dah kenyang hencik lebah hantar pulang. =)

Terima kasih, der. kita tahu awak sebenarnya kesian kat kita kan sebab stress kan? sebab tu awak bawak kita keluar.

sumber: Google

Ok tataa...

p/s: syukur ada kamu.


Monday, November 21, 2011

Monday Blues: Sleepy mode can't turn off.

I hate this Monday cos i have to do morning and night shift. 
Wake up, Myra Anne!
It's time for work.
gambate!
+_+

p/s: mata rabak. sempat tido dua jam je lepas balik kerja pagi tadi. 

Tataaa...

Monday, November 14, 2011

Monday Blues: Wad macam tongkang pecah??!!??

As Salam.

Semalam patient kat wad saya cuma tiga orang. tengah busy goyang2 kaki kat kaunter tetiba dapat call untuk satu admission. ok la, ade jugak keje nak buat. biasalah kalau ada admission haruslah ada report for new admission, serve medication, check vital sign and trace result apa yang patut. boleh la buat2 busy time patient cuma ada tiga orang kan. hahahahh

Hari ni, dengan kemalasan saat masuk kerja, tiba2 ada admission tengah2 passed over report kat shift petang. oh, ini salah satu tanda petanda wad akan busy nampaknya. iya betol! bila Pediatrician datang nak review Ultrasound punya result pada pukul 4ptg, itu memang tanda yang pelik sebab doctor tu memang tak penah ada kat wad time2 macam tu ya. dia cuma akan datang awal pagi and malam lepas pukul 10. dia nak transfer new patient dia tu ke Paeds Surgeon hospital lain. aku pon busy layan dia call sana sini. Call Sunway,Sime Darby Medical Center, Gleneagles.. semua Paeds Surgeon dorang tak dapat di contact. At last dapat refer case ni pegi Pantai Bangsar. yeay!!! setel yang ni.

tapi tetiba admission case ENT pulak tak sempat2 nak masuk. nak pegi OT sebab ada hemorrhage after done tonsillectomy last week. oh, tengah busy2 yang amat tu la tetiba infusion pump beeping menandakan drip dah habis, call bell sana sini, patient nak discharge,anaesthetic datang nak set line. jadi nya mana yang ada kat tangan di campak je barang tu ke sana sini. jadi la wad macam tongkang pecah. tengah busy tak cukup tangan tu la pulak Customer Care call nak hantar another admission. eh, hello!!! kami cuma ada dua staff ye. tangan n kaki kitorang masing2 ada dua je. so bergaduh tarik2 muka pulak dengan Customer Care.

hari ni sesape yang carik pasal memang wrong time la sebab tetiba period pain kan. kalau tengah period pain memang pompuan tetiba jugak jadi garang. mintak ampun sesape yang kena sembur dengan aku. hahahahh.. sape suroh cari pasal kan.

Sekian.

Tata..

* nak buat entry Monday Blues every Monday. nak story pasal apa yang jadi kat hari Isnin aku. so semangat la sikit nak update blog. korang pon boleh buat jugak. tapi kreditkan kat aku ye? hahaahhh


ini di saat wad tengah free. 
sempat pegi culik baby comel kat nursery, snap pic and letak dia elok2 balik.
=D

Sunday, November 13, 2011

Cerita pasal Mett.

As Salam.

Ehemm2..ada yang rindu tak? hee.. macam biasa. lama tak update sebab busy. kalau tak busy pon aku malas. hahahaha.. ni kali ni nak tunjuk gelagat2 kucing kesayangan aku si Mett. member blogger aku Cik Awin cukup suka dengan si Mett ni sebab dia manja mengada-ngada. =D

ini Mett dengan Aina. dorang ni memang kawan baik. Aina buat la apa pon kat Mett dia takkan marah. kalau aku and lain2 kacau Mett mahu nye si Mett ni dah kejar kitorang satu rumah semata2 nak gigit kaki. hahahahh. kejam kan ini kucing?

ini biasanya rupa Mett time baru bangun tido. ala macam blur2 tu... korang pon camtu jugak kan baru bangun tido...
 kalau dia duduk macam ni, aku panggil dia duduk macam tabung. ala macam tabung kucing, tabung ayam..yang kalau kita nak amik duit dalam tu kena pecahkan tu.

ini fevret pot si Mett. atas sofa. kalau ada sesape tido atas sofa ni dia pon selamba tido atas orang tu asal dapat tido atas sofa jugak.

 this is my territory katanya. hahahahhh

ni time mengada-ngada buat perangai panjat atas almari yang penuh kotak2. mungkin nak cari ketenangan. tapi bila turun je penuh sawang kat badan dia bawak turun sekali. hahahahh

 duduk diam2 sebab kaki luka lepas bergaduh. opss!! kantoi kaki saya cacat! +_+

 teman tuan dia Cik Myra Anne baca novel malam2. tapi dia dah mimpi dulu.

 iskk!!! silau la Cik Myra!!! tutup lampu cepat!

 "kalau panas nak tido kat atas sofa saya suka tido kat sini", kata Mett.

Ok,sekian cerita pasal Mett. nanti bila2 ada pic mengada-ngada dia lagi, aku upload ye. =) 

Tataaa.. nak pegi keje. shift petang hari ni.



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE