Monday, June 18, 2012

Since you are 25.

15 June 2012

dia dah 25.
kita excited nak celebrate dengan dia buat kali ke lapan.
kita dah plan macam2.

tapi satu call masa kita kat kedai tengah cuci gambar.
buat plan kita spoil semuanya.
terus takde mood.
terus mata berkaca-kaca nak nangis.
tapi kita cepat2 senyum.
cepat2 positif.

ini kan birthday dia?

plan berjoli berdua-duaan tak kesampaian.
at last kitorang pergi celebrate dengan office colleague dia.
dengan bos dia.
yang dah plan and reserve table kat restoran untuk dia.
bos dia yang tunggu empat setengah tahun nak jumpa kita.
takpelah.
kita suka tengok dia gelak sakan sampai tak nampak mata dia tu.

since you are 25.
hati kita makin sayang.
hati kita makin cepat tersentuh dengan kasih sayang dia.
hati kita makin cepat beralah.
hati kita makin cepat faham.


Pernah tak korang rasa?

Pernah tak korang rasa?
Korang dah bersama orang tu sejak bertahun-tahun.
Tapi kenapa rindu tak kenal masa?
Kenapa sayang rasa tak tercukup nak bagi pada dia sorang?
Kenapa mata asyik nak pandang dia sorang?
Kenapa telinga asyik nak dengar karut-marut dia?
Kenapa hati masih debar-debar?

Haishhhhh...

Bahagia. =)

Friday, June 15, 2012

Entry ceria umur dah 24. =D

Hye As Salam.

Entry before ni dah update pasal novel2 yang nak di jual. sebab meby family aku nak pindah rumah nanti. meby laa... tak tentu lagi. hari ni aku dok mengadap picture2 yang di snap masa besday aku 26may lepas. rindu pulak kat hencik lebah. lama tak buat entry gedik2 bersama hencik lebah. heee...

masa 26may aritu, aku sangat terharu dengan hencik lebah sebab dia sudi amek cuti walaupun dia kena standby anytime orang call. so biasanya hencik lebah akan bagi aku decide la nak pegi mana. so aku pon cakap nak pegi Bukit Tinggi kat Pahang nun sebab tak penah jejak kaki kat sana. dia dengan rela hati bawak. masing2 tak tahu jalan so kitorang guna jela GPS. ada teknologi kan... buat apa kalau tak guna.

tapi teknologi yang ada pon tak guna sebab jalan yang ditunjukkan entah apa2. sampai kitorang sesat masuk jalan lama nak ke Bentong. boleh la kira berapa banyak kereta yang kitorang jumpa masa lalu situ. hencik lebah dah mula hangen. aku ni cool je. duduk diam2. sampai last2 aku cakap "bee,kalau ayang lalu jalan ni, sumpah ayang patah balik. seram gila" baru la hencik lebah tergelak2. siyes seram ouh!!! siang2 pon seram apa lagi malam.

then kitorang patah balik kat Bentong. lalu Tol Bentong tu, sila ringan mulut tanya akak Tol. akak tu cakap kalau dari Bentong senang. kalau dari KL memang konpius. so baru la kitorang jumpa exit ke Bukit Tinggi tu. aku yang dah bosan ajak je hencik lebah balik KL. pegi PC fair kat Mid Valley tapi dia tak nak. so aku pon seronok la. memang itu jawapan yang di cari. hahahahahhh..

sampai kat atas tu korang kena bayar tiket RM12 sorang untuk masuk kat dalam tu. lepas bayar tiket kitorang terus menghala ke Japanese Village. At first sampai kat tempat parking tu aku macam...

"Errr...kita bayar RM12 untuk apa ya?" sambil memandang sekeliling yang takde pape.

pastu hencik lebah tiba2 menghulurkan satu kotak ala2 kotak barang kemas tu. aku dengan penuh terperanjat buka la kotak tu. terus sengih2 tengok ada rantai and bracelet yang bertatahkan pearl. lalu mulut aku pon mengucapkan..

"Mana cincinnya?"

"Bongek!" kata hencik lebah.

hahahahhhh...aku paham, hencik lebah takkan bagi cincin sesuka hati dia. mesti dia nak tunggu hari nikah yang entah tak tahu zaman bila tu. heee... dia pon pakaikan aku bracelet and rantai tu. sempat la feeling macam drama jap bila lelaki pakaikan rantai. bahagia tahu??? =D

lepas tu baru kitorang perasan yang kitorang kena daki bukit sikit untuk naik ke Japanese Village tu. jenuh hencik lebah bagi semangat kat gelpren dia yang debab ni untuk jalan naik ke bukit tu. hahahah. takde makna.

baru suku jalan.paksa senyum.

setengah jalan. Aja Aja Fighting!!!

dah sampai atas. lihat lah betapa seronoknya tuan punya belog.
nak tahu apa ada kat sini, boleh la rujuk signboard Japanese Village tu. =P

jenuh suruh hencik lebah carik bangunan ada jambatan macam kon ni.
Colmar Tropicale Resort.
bila jumpa, sengih lebar macam baru dapat makan TGI Friday.
ehh?? apa kena mengena?
lepas tu sebok berangan bila la dapat merasa stay kat sini pulak ye. hehehee...

ko agak2 dari pandangan mata kuda 1 Malaysia ni, 
dia marah or teruja sebab aku nak cium dia eh??

ehhh??? baru pasan semua pic aku kat atas ni. ye dakk?? kang mula la ada orang komen aku syok sendiri. hahahahhh.. ada aku kesah?? aku keluar berdua je kot dengan hencik lebah. takkan aku nak letak pic dia banyak2 pulak kan? hee..


Selamat Hari Lahir, aku. haishhh! 24 sudah. bila nak bukak bisnes nih! aikk?? tetiba.. hahahahh..

Ouh,arini bersamaan 15June2012 adalah besday hencik lebah pulak. tua dah dia yekk? tapi tak mengaku. dulu aku kenal dia umur 17 je. dah 8 kali sambut besday sama2. aku hope dapat la sambut besday sama2 sampai tua. doakan ye, geng!

Tataa..




Garage Sale: 2nd hand novel.

September Yang Pertama
muka depan

sinopsis
Harga sebenar: RM22.90
Harga aku jual: RM11

Akhir Sebuah Cinta
*Buku ni masih baru. dalam plastik lagi.
sebab aku terbeli dua kali. lupa aku dah ada buku ni.
muka depan

sinopsis
Harga sebenar: RM19.90
Harga aku jual: RM15

Cinta Yang Kurasa
muka depan

sinopsis
Harga sebenar: RM25
Harga aku jual: RM12

banyak lagi ekceli novel2 aku nak jual ni. ada tinggal bape buah je yang aku simpan. 

kalau ada yang berminat roger2 aku kat:
email : nensa_clarabelle35@yahoo.com
twitter: @myraAnneNoridin







Tuesday, June 12, 2012

Respond for garage sale

As Salam.

Terima kasih geng untuk respond2 korang kat entry befire ni. tapi aku tak dapat update harini. sebab terlampau busy curi masa untuk besday hencik lebah jumaat ni. aku nak buat handmade kad untuk dia. penat perah otak. takde idea lagi. so nanti aku update pasal novel2 tu ya? Insyaallah mengkin khamis malam ke aku update.

Sekian.

Tataaaa

P/s: feeling macam tulis surat untuk para peminat pulak. hahahahahhhh

Saturday, June 9, 2012

Garage Sale: Half price secondhand novel. Mahu takkk???

As salam.

Hye geng. apa kabar? ni... aku nak tanya ni. aku ada few novel yang nak di let go. aku nak jual dengan harga half price. sebab meby hujung tahun ni family aku nak pindah rumah. so takkan la aku nak bawak benda2 tak penting kan. buat pancit tayar lori je bawak barang2 aku yang dah tak guna ni. heee...

Acane kawan2?? ada ke yang berminat nak tolong aku clear kan novel-novel and komik aku yang berlambak ni sebelum aku pindah? please respond kayh?? kalau korang respond nanti aku update pulak novel apa yang aku ada. kalau takde respond terpaksa la aku cari jalan lain ye dakk? huhuuu...

novel-novel ni ada yang masih baru, ada yang lama. sebab aku jenis baca sekali je. then simpan baik2. jarang bagi orang pinjam. penah sekali tu aku bagi member pinjam. tapi dia pulang kan balik sebab dia cakap novel aku macam baru. dia nak baca pon takut sebab takut t'kemekkan ke..apa ke... hahahaha...

PLEASE respond ya??

sayang korang ketat2!!!

mmuahhh!!!!



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE