Saturday, June 25, 2011

Geng rabun!

Dulu2....
dia selalu kutuk aku rabun.
mata dia power sangat.

sekarang..
bila nak tengok wayang aku cakap.
"Weh,nampak ke tu?spec mana? pakai spec cepat."
hehehe...

bila drive malam2..
dia sibuk cari spec dalam dashboard.
hahaha...

yes!!! dah ada geng rabun.
^_^

Monday, June 20, 2011

Monday, June 6, 2011

Sorry, My Princess!

As Salam.

Weekend ni sangat2 lah membosankan aku. dah lah family balik kampung aku tak dapat ikot sebab Public Holiday aku kena keje. lepas tu ahad, tak dapat jumpa hencik lebah sebab kereta dia masuk hospital. so aku pon dengan kebosanannya tunggu bus terus pegi Mid Valley.

Setelah menghabiskan masa selama beberapa jam di McD depan GSC tu untuk makan Ayam McD spicy sambil membaca novel aku pon mengambil keputusan untuk pusing2 satu Mid V pula.*eh,rindu pulak buat essei untuk SPM*  hahahahhh...

Aku melepak lama2 cuma kat McD untuk baca novel then habiskan masa dekat sejam kat MPH cari novel baru best2 and barang untuk DIY kad besday hencik lebah tak lama lagi. tu ajelah keje aku kalau kebosanan tahap impak maksima kat rumah.

Masa kat MPH ni, ada la aku jumpa couple ni. cantik and kacak. dua2 sedondon pakai baju putih. masa dorang leka tengok2 novel, balloon bentuk love yang Si Kacak tu pegang tercicir kat tempat aku duduk. Si Kacak tu tak sedar. sekali Si Cantik tu perasan pulak balloon tu kat sebelah aku.

Si cantik: laa..kenapa balloon ni boleh cicir kat sini..(sambil amek balloon kat sebelah aku tu)


Si kacak: ish...tak perasan pulak. sorry, my princess! (sambil senyum)


Si cantik pun gelak. aku tengok aje dorang. sweet!! mesti romantik Si Kacak tu ek? aku sure mesti harini hari bermakna untuk diorang kan? *eh,kepochi pulak aku nih* aku doakan dorang bahagia la sampai bila2. =)

hencik lebah last panggil aku princess masa dua tahun lepas on my birthday. tu pon aku cakap dalam hati,

"Eh,apehal pulak dia ni?"

Ecewah, gedik sungguh. padahal bahagia! haishhh!! rindooooo....

Tataaa..

p/s: semoga demam hencik lebah cepat2 pergi. Amin..=)

Thursday, June 2, 2011

Orang bertunang, happy. Aku bertunang, sedih.

As Salam.

Ha, mesti kengkawan semua terkejut lalu mengecikkan hati sendiri lepas baca tajuk kat atas kan? Ya, aku sekarang tunangan orang. maaf, tak beritahu sesiapa pasal hal ni.sebab benda ni terhebah secara sendirinya. bukan dari mulut aku. tak perlu la korang tahu siapa tunang aku tu. mesti korang tak sangka. semua ni terjadi secara tiba-tiba. hencik lebah pun tak tahu lagi perkara sebenar. aku stress sangat tau!!!! entah macam mana nak bagitau dia. mesti dia tak terkata apa nanti.

Sejak aku pakai cincin di jari ni, terbongkar lah rahsia yang aku dah jadi tunang orang. tapi ni semua bukan atas kehendak aku. aku dah cuba menafikan perkara itu. tapi semua orang tak percaya. aku nak kata apa lagi?? penat menjawab soalan orang.

mereka: eh, dah pakai cincin. bila tunang? tak cerita pon...


aku: mana ada..belum lagi. *sambil buat muka sedih cuba menafikan*


mereka: tak percayalah! anyway, congrats!!! 

aku terus diam. oh, sedihnya aku!!! bukan hencik lebah yang jadi tunang aku. nak nanges!!! sebab sebenarnya..






















































aku memang bukan tunang sesiapa!!!

LOL!!! kan aku dah cakap tu cincin bujang aku. tak percaya, tengok sini.awat susah sangat depa nak percaya nih?? salah ke gadis single lagi chomel macam aku ni pakai cincin kat jari. takkan lah asal pakai cincin aje dah jadi tunang orang. selama ni aku pakai cincin silver tak pulak orang pandang. haish!! aku sedih weh orang cakap2 pasal aku dah tunang ni. sebab ni bukan benda betul. kalau betul, aku happy la jugak kan. hohohooo...

penat nak jawab yang aku belum tunang lagi. jangan la gosip2 macam ni weh. jatuh la saham aku.. nanti takde sape nak ngorat aku lepas ni. dah la kat FB tu aku memang tak geng dengan hencik lebah. tak ngam. so dia memang takde kewujudan kat friend list aku la. senang la sikit sape2 nak ngorat aku. nanti korang tuduh2 aku macam ni langsung aku tak laku dah. hahahahahhhhh.

orang ketawa bila aku cakap ni cincin bujang aku. lawak ke???

Ok, fine! korang nak sangat aku ni dah ada tunang kan?? hencik lebah, kita dah bertunang la rupanya. heee~ tak sangka!!! tak payah susah2 awak beli cincin and datang bawak rombongan ek. tup2 kita dah tunang! tak fair ah camtu... ngeee~

Tataa...

p/s: best jugak perasaan jadi tunang orang ek?? hahahahahhhh.

semoga Tuhan  merahmati hubungan kami.
senyum.

Wednesday, June 1, 2011

The Day I've Been Treated Like A Princess.

As Salam.

Hencik lebah sangat la jarang nak tunjuk keromantikan dia kat aku. tapi sekali sekala, bila dia tunjuk aku memang cair leleh2 beb. hahahahhh.. masa besday aku haritu dia ikot aje aku nak buat apa pon. takde bantah2. =) suka. memula aku suruh dia bawak pegi tempat aku tak penah pegi. contoh, naek mana2 kawasan bukit untuk tengok KL. so dia bawak la aku pegi kat Cheras Baru.naek atas bukit area situ. lepas turun dari bukit tu, pegi membuang masa tengok wayang kat OU pulak. hee~

disebabkan tak pandai nak setting camera and takde lens yang superb *salahkan lens and camera pulak*, so jadi la hodoh macam ni gambar aku. nak tengok lagi hodoh???

hahahah..siyes burok gile!!! aku memang rasa cam haghaammm time nih sebab bape puluh kali snap pic tak jugak menjadi. last2 fed up. pastu snap benda lain pulak.

memaksa hencik lebah cari sisi gambar terbaek untuk si bunga kelihatan kurus. sadis kan?? hahahahhh.. ehem2!! toksah percaya dengan muka yang putih macam tepung gomak. flash aje tu...=)

masing2 kelaparan so beli burger daging special that we shared together. sharing is caring kan. ahahaha...kitorang memang suka share2. selain jimat duit, boleh jugak bermanja dengan kekaseh suruh dia suap lalu korang tak payah susah2 nak basuh tangan lepas tu. hahaha...

aku suka buli hencik lebah bila snap pic pakai flash. mata dia selalu tak boleh bukak. dah la bila gelak tak nampak mata. aku paksa jugak dia bukak mata..terkilan aku snap pic masa malam tu. susah benar nak dapat pic yang cantik. pic kitorang berdua. =(

tapi pape pon. mekaceh hencik lebah. layan saya macam princess!!



Tataaa...

p/s: walaupun awak tak belikan hadiah lagi, tapi saya tak kisah pon. saya cuma nak masa dengan awak. bukan hadiah2 tu..=)



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE