Thursday, December 31, 2015

Business Meeting

Assalamualaikum.

Tadi lepak dengan girlfriend kat Publika. Tak tahu nak cakap dating saja-saja ke.. bisnes meeting ke. hahah.. sebabnya asal borak je mesti cerita pasal bisnes. Sebenarnya saja nak jumpa bff merangkap bisnes mentor untuk menaikkan semangat dan aura. Walaupun dia tak berapa sihat, tapi still gagah nak bagi kata-kata semangat kat kitorang berdua ni. Thank you sayam! =)


After few hours borak-borak santai, kitorang pon berpisah. Mimi nak balik. Aku dan Nana sambung berjalan. Sempat pergi makan Baskin Robbin sebab kan 31hb ada sale. Heheheh..


Semangat pon dah naik mencanak-canak. Harapnya 2016 yang mendatang ni akan menjadi tahun terindah dalam hidup. Sebab semua short term wishlist ada berkaitan dengan bisnes. Heheheee... Thank you, 2015 for being sweet with me. I'll remember you forever. Mmmuuahhh!!!

Till then.




Wednesday, December 30, 2015

Herbal Blend Shaklee dan Masalah Kulit

Assalamualaikum.

Haa, nak tanya ni. Siapa ada masalah kulit sensitif? Angkat tangan cepat. =)

Sebenarnya kulit aku ni ada jugak masalahnya. Kalau panas, start la naik gatal-gatal kat leher, belakang lutut and tempat-tempat yang mudah naik ruam. Kalau kena gigit nyamuk pulak, mesti berbekas tinggal parut hitam. Tu belum kalau pijak lantai simen lagi.. habis merekah tumit. Memang payah sangat nak maintain kulit elok. Pheeewww..

Tapi sejak jumpa Herbal Blend ni, memang syiokkk sangat! Multipurpose cream yang paling DAEBAK bagi aku. Hahahahahhh. *Gelak besar*

Dulu biasa pakai krim untuk heel cracked brand Sc***l. Katanya only 3 days dah healed tapi maybe tak serasi kot dengan aku so tak jalan. Dah la lepas pakai rasa berminyak-minyak. Memang kena gantung kaki dah lepas apply krim tu. Yang ni aku bagi realistic sikit la eh. Kang korang tak percaya pulak. Hehehee.. Ni testimoni aku sendiri dalam masa DUA MINGGU.

klik untuk tumbesaran gambar


Herbal Blend ni tak payah tunggu lama-lama. Lepas sapu, tunggu few minutes dah meresap semua. Selesa je. Takde melekit ke apa. Paling best, sesuai untuk budak-budak jugak. Common problem untuk kids mestilah Eczema kan? ha, boleh jugak pakai Herbal Blend ni.

Sekarang pergi travel mesti kena bawak Herbal Blend. Senang kalau kena gigit nyamuk, terus sapu. Penat berjalan pon boleh apply kat kaki jadi macam minyak urut. Ehehehe.. Kalau naik jerawat pon cepat-cepat sapu Herbal Blend bagi dia kecut. =)

Ada caranya untuk kurangkan skin problem dengan Herbal Blend ni. Nak tips nya kena la jadi customer aku dulu. Kihkihkihhhh.. Special consultation for special customer. =)


Till then. Adios gaissss!

Facebook : Myra Anne Noridin
Instagram : @myraanne35 
Whatsapp : +60196035169


Tuesday, December 29, 2015

Anniversary Celebration at Pullman Putrajaya

Assalamualaikum.

Entry kali ni rasa macam harus update. Senang kalau anak-anak nak baca bila Umi dia dah tak daya nak update blog nanti. Hehehe.. Haa, anak-anak... 29 November 2015 adalah ANNIVERSARY KEDUA mak dan pak hang.. Korang baca ni dah tahun bila? Umi dah tak larat dah ha. =D

Mula-mula kitorang plan nak ke Krabi dengan my bff Mimi sebab wedding anniversary we all tak jauh mana. So boleh la sekali double celebration kat sana. Tapi tahun ni currency Malaysia jatuh teruk. Umi tak tahu nak kabor sebab Pok Jib korang ke apa. So Umi and Abi.. Eh? Masa ni tak decide lagi Abi ke, ayah ke, babah ke apa.. tapi Umi bedal jela Abi ye? Macam best jek. hehehe.. So kitorang decide nak ke PD tidur kat Grand Lexis. Tapi bila fikir-fikir balik macam tak berbaloi pulak drive sejam ke sana untuk tidur satu malam.

Lastly kitorang ke Pullman Putrajaya jela. Dekat je.. drive pon tak sempat nak penat. Ada bajet lebih boleh stay dua malam. Hehehe.. Book hotel ni melalui booking.com. Survey kat Agoda total untuk dua malam RM590. Tapi masa nak confirm, cek balik kat booking.com lagi murah. RM540 dua malam untuk bilik yang sama.

Helloooo Pullman!

Welcome note from Pullman.

Bilik masa malam pertama Umi Abi kat sini.



Sememangnya niat kitorang nak rest sepuas-puasnya. Tu yang cari bilik ada bathtub.
Supaya dapat berendam sampai kecut sambil tenangkan minda. Hehehe..

Pastu kalau pakai baju yang nampak kurus wajib selfie kat cermin. Kahkahkah..

Untuk dinner kitorang ambil buffet je. 
Padahal before tu dah survey untuk candlelight dinner.
Tapi rasa macam tak berbaloi dengan kitorang yang kuat makan ni. =P

Second day breakfast.

Masa ni Umi mandi kejap je sebab tengah busy closing Shaklee. 
Pool dah best tapi hati tak tenteram. So duduk tepi je. hehehe..

Masa second day kitorang tukar bilik sebab previous room tu ada masalah aircond and air panas.
Masuk je bilik ni terus rasa awesome sangat.

Tengok bath tub tu. Mana la daku tak feeling princess tengah berendam kat istana.
Kaahkahkah...

Untuk hadiah anniversary, Abi belanja Umi spa kat sini.
Umi?
Belanja Abi makan kat kedai mamak je. Romantik kan Umi? =P

Nak balik dah. Kena back to work, back to everything. =(




Happy 2nd Anniversary, saiyang!
It's still two of us.
But i really don't mind.
I know that Allah will always heard our du'a. 
Just wait! Rezeki tak pernah salah alamat atau salah masa.

*Anak-anak, masa ni korang tak wujud lagi. Tapi Umi Abi tengah usaha la ni. Hehehee.. Kita jumpa nanti ya? =)

Till then.



Cut Steakhouse & Burgers by Chef Zubir

Assalamualaikum. 

Pada date 19 Dec 2015 hari tu, aku and hencik lebah merasa la makan kat restoran baru Chef Zubir masa hari pembukaan. Restoran The Cut Steakhouse and Burgers di Star Avenue. Star Avenue ni kat mana? Haa, tempat ni kat area Subang. Waze jela senang. hehehe..

Bos hencik lebah yang belanja makan sebab company diorang yang buat kedai Chef Zubir ni. Maka, aku pon dengan senang hati la pergi kan? Dah nama pon makan free.. =P

Ni mushroom soup + garlic bread
Hemmm.. i don't really like it tapi anak-anak kawan hencik lebah 
lajuuuuu je makan termasuk baby 6 bulan. hehehe..

Rasanya ini Spaghetti Carbonara kot.
Sorry! Menu dah di order siap2 oleh bos hencik lebah so kitorang tinggal makan je.  
So tak sure apa exact nama setiap menu ni. hehehe..
Yang ni sedap, cuma tawar sikit. Bila gigit ayam tu baru rasa sedap dia.

Nachos time! Ok, not bad. Rasanya nachos sama je rasanya kat mana-mana pon eh? 

Yang ni macam Potato Cheesyball.Sedapppp!

Ni Caesar Salad je tapi sedap. =P

Ribssssssssseeeedapppppp!
Gitewww. hahahha, Aku ni bukan penggemar ribs ke beef steak ke.. 
tapi yang ni seriously sedap.
Lembut and gravy dia pon best!

Ayam ni tak tau la masak apa. Gravy dia sedap tapi sebab ayam ni macam half cooked so aku rasa sikit je.. =(

Yang ni biasa-biasa jela menu dia tapi of course sedap. hehhee..

Dah habis makan, mestilah kena ada ice cream. Nyummms!

And....
"Chef, jom selfie!"

Ok, tu je food review untuk restoran ni. Boleh pergi cuba sendiri. Tapi kalau pergi steakhouse, jangan la order pasta pulak kan. Kena la rasa apa specialty dia. Ni alamat dia.

Cut Steakhouse & Burgers by Chef Zubir
L1-04,
No.3, Jalan Zuhal U5/179,
Pusat Komersial Arena Bintang,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam,
Selangor.

Till then guys!




Monday, December 28, 2015

Garage Sale : Pre-loved Malay Novels for sale

Assalamualaikum.

Sesiapa pengikut setia blog ni mesti tahu Myra selalu buat Garage Sale dari dulu, tapi special untuk let go novel je biasanya. Kali ni nak buat lagi sekali. Korang tengok-tengok dulu kalau berminat kita pm tepi. =)







Condition semua tip top! Semua Myra baca sekali je then terus simpan elok-elok untuk di let go. Takkan la nak jual benda tak elok kan? Harga yang ada di setiap gambar tidak termasuk postage. Thank you. =)

Untuk sebarang pertanyaan sila whatsapp Myra 019-6035169.







Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE