Tuesday, April 30, 2013

My DIY mini pelamin for engagement

Assalamualaikum.

Mini pelamin ni adalah permintaan ibu aku sendiri. setiap kali aku balik dia akan suruh aku carik bridal boutique untuk sewa mini pelamin.. disebabkan kesian tengok ibu aku berharap sangat aku pon decide nak DIY sendiri mini pelamin aku nih. 

Just letak backdrop, sofa kecik and hiasan bunga + frame kat tepi, kain bulu2 utk dijadikan alas. backdrop,bantal and kain bulu tu aku sewa kat kawan aku je si Masitah. sebab dia memang sediakan barang2 sewaan untuk mini pelamin ni.mula2 aku ingat nak sewa kerusi kat bridal boutique. tapi kawan ucu aku tetiba offer untuk pinjam saja kerusi kat rumah dia sebab rumah dia memang konsep english style. banyak kerusi cantik2 kat rumah dia. aku pon pinjam jela. dah jimat kat situ kan? hehehee...


frame tu hadiah dari housemate, Hidayah.

dah tempah awal2. so date tu memang tak boleh tukar dah. huhu

bunga yang di gubah Cik Ida.

simple saja. tapi aku puas hati. =)



disebabkan tak sempat nak buat ala2 photobooth props tu, aku just cuci gambar, lekat kat batang chopstick  and letak je dalam balang ni. sebenarnya lupa beli lilin jugak untuk letak dalam balang ni. hehehe. tu yang ganti dengan gambar.

Kos untuk mini pelamin ni tak sampai RM 150 pon. huhuu. so jimat kan? dari sewa sampai RM300-400.

Ok lah. babai!






The Preparation

Assalamualaikum.

Selamat pagi. kihkihh..mata terkebil2 still mengantuk tapi ada hati update blog. huhuu.sehari sebelum majlis makcik and jiran2 ada datang tolong sikit. takde apa nak dibuat pon. Babah Aina tolong pakukan dinding untuk gantung backdrop aku. Cik Ida datang tolong gubahkan bunga untuk diletak sebelah mini pelamin. makcik2 datang tolong buat apa yang patut.

Rayyan sebok nak tolong babah aina. berkenan betol dia dengan tangga tu.

ucu tolong buatkan bunga rampai untuk dijadikan salah satu hantaran.

gift preparation.

Mett. tukang jaga hantaran. dok terbaring je dia sebelah hantaran2 aku.
dia yang paling sebok sekali. dah la ada hati nak curi coklat yang aku buat hantaran tu. ehehee

Ok. itu saja pasal preparation. jom tunggu next entry kejap lagi. =D












Thursday, April 25, 2013

The Hand Bouquet - DIY

Mari cuba buat sendiri hand bouquet. yeayy!

Bahan-bahan diperlukan:
- artificial rose
- beads
- batang untuk cucuk bunga tu
- kain lace (untuk balut pemegang batang tu)
- ribbon (untuk hiasan)

pic dari henpon.




satu ni je pic dari camera. so kualiti elok sikit. ehehe..

Ramai berkenan hand bouquet aku nih. tak agak2, terus bukak offer kat cousin2 sape nak sewa lepas nih.hahahhh.

Bai!!!



The Engagement's Day - Doorgift

Assalamualaikum. 

Entry ni akan bercerita pasal doorgift je. walaupon cuma bertunang, tapi aku saje2 nak bagi doorgift buat ingatan orang2 yang datang meraikan aku jadi tunang si hencik lebah tu ha..hehehe. tetamu harus dihargai okeh?

Barang-barang yang diperlukan:
- botol kaca (aku recycle botol2 susu ready-made kat nursery hospital je)
- dawai halus
- kain net
- potpourri
- perfume drop for potpourri
- ribbon
- gam UHU

Tadaaaa...

Gift ni haruslah simple aje kan. sebab aku buat sendiri jek. cadangan aku kat korang2 yang nak bagi gift untuk Engagement Day korang haruslah jangan membazir ye. banyak lagi hal kawen yang lagi penting wajib korang dulu kan. kawen nanti kita bagi doorgift santek2 and mahal sikit yek. hehehe

Another gift.

Frame kaca tu di sponsored by one of Eby's friend. Eby ni adik laki bawah aku. dah kawan dia nak bagi. aku terima je seikhlas hati. huhuuu. syukur,Alhamdulillah. cookies tu pulak ayah yang sponsor. dah alang2 banyak orang nak sponsor pulak kan. aku beli paper beg tu kat Pasaraya OTK kat Puchong ni dengan harga RM5 something tak silap aku. 1 packet ni ada 100pcs. hias comel2 dan jadikan doorgift. =)

*mintak ampun kat Famy and Akmal.lupa bagi korang gift ni. adoiyaiii.

Gift ni aku asingkan dua. yang paper bag ribbon purple aku isi potpourri and cookies untuk jemputan yang datang. yang ribbon pink pulak aku isi frame kaca and cookies. khas untuk kawan2 baik and family hencik lebah. 

Yang ribbon purple-pink ni pulak khas untuk hencik lebah. kuikuikuiii. ni special sikit. ada something extra kat dalam. hehehe...

"Maafkan bulu aku yang serabai.lupa nak sikat," kata Teddy.

Ok bai!





Wednesday, April 24, 2013

Kisah bertunang dan sireh junjung

Assalamualaikum.

Saat aku tulis entry nih, aku dah selamat jadi tunang hencik lebah selama dua hari. kihkihkihh...lawak tahu??? sebenarnya kisah nak bertunang adalah salah satu benda yang tak dirancang kitorang sebab before ni dah decide masing2 taknak tunang. awal tahun ni aku dapat offer untuk apply sambung belajar dalam Pediatric Course. jadi aku pon tanya kat dia.

"Kita nak kawen bila ni?kalau lambat lagi kita nak pegi sambung belajar"

"Errr..nanti bincang dengan family dulu," katanya.

Dan pada 19January2013 dia pon bincang dengan family dia. lalu laju2 bbm aku.

"Kita tunang 20April ni ok?"

Masa tu aku tengah drive nak balik Sg.Buloh. masa baca ni kepala otak aku macam lampi tiba2. tak dapat catch up. sambil drive aku curik2 lagi baca bbm dia tu. ade la dalam 5minit kot baru message tu sampai kat otak aku. bila dah dapat terima kenyataan, langsung aku gelak berdekah2. walaupon sorang2 dalam kereta. kahkahkahhh.. rasa lawak tiba2. eh. seronok ke lawak? aku pon konpius.

Start dari tu preparation pon bermula. bukan takat preparation nak tunang je. preparation kawen pon kitorang settle kan sekali. tiap2 minggu asal ada Pameran Pengantin haruslah muka kitorang muncul kat situ. paling best bila pegi carik catering. food testing paling aku suka sekali. hikhikk. jadi, masa February semua yang harus di booking untuk wedding dah kitorang settle kan. bulan March aku focus untuk tunang pulak.

Eh, lupa bagitau. date bertunang aku ditunda sehari sebab penamaan calon untuk PRU13 tu dibuat pada 20April kan. sebab ayah aku busy time tu, jadi wajiblah ditunda ke 21 April 2013.

Jadi, setiap kali cuti haruslah di isi dengan perkara bermanfaat. contohnya ini.

buat sireh junjung. takdelah junjung sangat aku punya ni. tapi aku suka gila. sebab aku buat sendiri. hahaha. guna daun sireh artificial je. tapi nampak macam daun fresh kan?? disebabkan semua benda aku decide nak buat sendiri, jadi guna daun fresh adalah tak praktikal untuk aku dan masa aku yang terhad. so daun artificial ni jadik pilihan sebab boleh buat awal2.

Apa kata aku terus je tunjuk cara aku buat sireh junjung ni. lain entry boleh cerita pasal benda lain. ehehee..
Barang2 yang di perlukan:
- gabus (ikot suka nak size apa)
- crepe paper kaler hijau (untuk balut gabus)
- bunga (ikot kesukaan korang)
- gam UHU
- gambir,pinang dan kapur (sebagai mengikut adat)


potong batang bunga ni agak2 korang nak cucuk berapa dalam. tapi penting sekali, batang bunga ni jangan dibuang. boleh guna untuk dijadikan batang daun sireh macam dalam pic bawah ni. jangan membazir okeh?? re-use apa yang boleh.

gam kan hujung daun dengan UHU pastu lilitkan sampai jadi macam kat pic tu.
buat banyak2 ikot korang la nak cucuk banyak mana.

mula cucuk bunga dari bahagian tengah. 
so korang boleh agak nak bentukkan dia macam mana kasi simetri.
*petua dari aku yang zero ilmu pasal gubahan bunga*
kihkihkihhh

bila dah siap jadi la macam ni. 
lepas tu start la cucuk daun sireh sampai jadi macam kat pic first tadi.
last sekali korang cucuk la pinang,gambir and kapur tu kat mana2 korang rasa cantik.
and siapppppp!!!! huhuuu..senang je.
ni first time aku gubah bunga. hasilnya ok lah..taklah cantik. tapi aku puas hati sebab hasil tangan sendiri.


bunga ros tu aku beli kat kedai kat Semua House tu dengan harga 1 ikat = 10 kuntum = RM 10.90.
pinang,gambir and kapur yang dah siap dibentuk bunga tu, aku beli kat kedai yang jual barang2 kawen ni dengan harga RM20. mahal gila kan? huhuuu. aku rasa macam tak patut je. 

Tips: untuk dapat bunga dengan harga berpatutan + super cantik (nampak macam fresh flower) boleh pergi kat Kaison,Paradigm Mall (sebelah Popular). aku bandingkan harga bunga kat Kaison and kedai kat Semua House tu, Kaison lagi murah wooo. nyesal aku beli kat Semua House. huhuhuu.

Sampai sini je dulu. tunggu next part entry pasal bertunang ni pulak ye.

Adios.









Saturday, April 6, 2013

Selamat hampir ke dunia ku. =)

Assalamualaikum.

April.


aku akan dirisik
akan di sarungkan cincin tunang.
hikhikhik.
blushing.

Doa for us,ya?



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE