Monday, February 28, 2011

Kisah Dentist dengan Liondance nye.

Kalau aku cerita pasal lion dance ni ada orang gelak tak eh?? sebab aku selalu kena kutuk ngan hencik lebah sebab lion dance ni tau. tulah aku tak suka setiap kali chinese new year. time ni adalah time2 horror bagi aku ya??? kalau korang nak tahu, aku cukup takut dengan lion dance. asal aku dengar je bunyi2 muzik lion dance tu, aku akan mengalami simptom2 seperti bijik mata terbeliak, jantung tiba2 palpitation, rasa peluh2 macam basah kat badan walaupon takde.. tapi kadang2 ada la peluh kat dahi. aku takut gila oh ngan si lion dance!!!!

tak tahu la nape aku boleh fobia pasal lion dance ni. aku takut gila tengok mata dia yang besar tu ha. pastu asal gerak je nak terkedip2 kan. nyampah aku tengok. tadi masa balik dari IOI mal tetibe aku dengar bunyi muzik2 lion dance tu kan. mana tak terbeliak mata aku carik mana datang bunyik tu. rupanya ada event apa entah kat Maybank depan tu. ada pulak lion dance. haish! bila aku dengar bunyi dia macam tetiba kuat kan.. aku spontan cakap camni.

"oh,please! jangan datang sini!!" <-- sambil badan ketar2. gelak2 kawan aku tengok.
ada sekali tu aku pegi Mid Valley ngan Cik Ima. time tu lepas raya cina. masa lepak2 kat dalam tempat bowling tu tetiba ada la lion dance ni datang buat show. aku dengar bunyi dari jauh dah nak lari keluar dari tempat tu. tapi tak sempat. memang takde jalan keluar. dorang dah blok jalan keluar tempat bowling tu buat show situ. aku dah memang rasa nak teriak kat situ. tapi sabar je sebab ramai orang. tapi singa ni nak datang dekat2 ngan aku. aku apa lagi. gelabah yang amat!!!! air mata dah bergenang sebab takut yang amat. badan gigil2. nasib baik si singa pegi tempat lain. phewww~ lega.

hey, walaupon ko pink aku tetap tak suka kau!!! jangan sekali-kali berharap aku akan suka ko ya?? cittt!!!!

Ni kisah pasal si Dentist pulak! dulu masa aku kecik2 aku suka je asal ayah ajak aku pegi Klinik Gigi Dr.Mansor kat Bandar Baru Sungai Buloh tu. tak tahu klinik tu ada lagi ke tak. tapi aku suka sangat dengan Dr.Mansor tu. dia dari Indonesia. aku tertarik la dengar cakap dia yang lembut tu sampai aku tak rasa pon dia cabut gigi aku hingga rongak atas bawah. time tu aku darjah 4. malu nak senyum. gigi depan lopong je. senyum je terus rasa macam ngilu sikit sebab angin masuk dari ruang2 lopong tu.

bila yearly check up kat sekolah tu aku tak penah missed. suka sangat sebab selalu dapat A. doc kata gigi aku cantik and bersih. mana tak nye. tahu je ada check up gigi, pegi sekolah gosok gigi macam gosok kertas pasir kat kayu nak bagi licin. pastu kalau dapat turn lepas rehat, sanggup takmo makan sebab nanti malu pulak nak nganga luas2 dengan sisa makanan penuh dalam mulut. hehehehe...
tapi,tapi,tapi.....masa aku Form 1, lepas check up gigi je dua-tiga hari lepas tu ketua kelas panggil aku pegi tempat doc gigi tu bukak segala kerusi and mesin2 dia tu ha. aku dah tak sedap hati. selalu kalau kena panggil mesti la sebab ada masalah kat gigi kan? setahu aku masa check tu gigi aku dapat A. nurse tu suroh aku baring. aku pon baring. aku masih was2. apa dia nak buat kat aku nih??? dah la nurse tu macam bisu je. tak explain pon apa procedure dia nak buat kat aku. pastu ada la sorang laki ni datang. amek mesin dia. terus pegi kikis gigi depan aku ni.

ko tahu kan bunyi mesin2 nak kikis gigi ni. ngilu dol kalo dengar. aku nak nangis dah kat situ.. wuwuwuwuuu~ apa salah aku ko tipu aku camni. kata gigi aku A. tapi ko pegi kikis2 ni apa hal??? sakit ko tahu tak??? lepas dia kikis2 tu, dia tampal balik. dah siap semua baru dia cakap, "gigi depan awak ni ada yang tak rata. so saya dah kikis sikit, bentukkan gigi tu and tampal balik." 

ah, takde guna dah semua penjelasan ko tuh! aku tak kan terima kata maaf dari mu untuk selama-lamanya. sebab kau lah, sampai besar ni aku takut ngan Dentist!
sekarang korang paham nape aku takut Dentist????

Sunday, February 27, 2011

Kronologi kisah Aku dan Kau

Ini Awin
mula2 aku kenal dia masa tengah blogwalking. jumpa blog dia. suka baca blog dia. lagi2 bila find out dia pon nurse macam aku. hee~ kawan2 nurse aku yang lain sume tak tahu pasal blog. kalo tahu pon dorang malas nak update blog. macam Cik Nana. hehehe.. so setiap kali si Awin update aku mesti baca. dah lama2 add dia kat FB pulak. haish! dah macam nak ngorat je kan kisah kitorang ni. pastu entah macam mana boleh rapat. tuka2 no fon pulak. pastu message2 pulak. pastu PM pulak kat FB. hee~ dah lama2 dating pulak. aik??
dia baik. comey gak macam saya. ermm..meby kitorang ada taste yg sama jugak. nengok kasut yg dia pegang tu. aku hampir2 beli kasut yang tu jugak masa keluar ngan hencik lebah. tapi sebab ada choice yang memang aku carik selama ni. aku tak jadi beli yang tu. hope boleh kawan ngan dia sampai bila2.

ok apa lagi?? siapa lagi kawan blog yang mau ngedate ngan aku?? kamon bebeh~ mari kita hang out sesama!! kalo jumpa kat luar jangan malu2 tegur aku ya? <--tetibe bajet macam artis. *hye kipas susah mati!* 

doink! doink!

dulu buku je nak bermuka2. sekarang blog pon ikot sama. =P

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN THE FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit

JOM JOIN THE FACEBLOG!!!

Thursday, February 24, 2011

Pagi-pagi dah jumpa Stacy beli henbeg online and main kucing. =P

Pagi2 ayah dah jemput nak bawak balik Sungai Buloh. yeay!!! aku pon pantang masuk kereta. mata terus nak lelap.padahal before tu melepak ngan member kat mamak segar je mata ni. pastu tetiba terjumpa Stacy pulak. Ala Stacy AF tu! ha, dia la. ermm..jumpa kat radio Era je. lagu Jahat dia keluar kat radio pagi2. oh, sangat suka!!! kihkihkih... kalo sorang2 dalam kereta ni mesti best! boleh melalak puas2. kalo dengan hencik lebah pon boleh melalak lagi kuat. saja nak bagi telinga dia pekak. sebab dia suka tutup telinga time aku nyanyi. sumbang kata nya. ada aku kesah??? muahahaha... tapi dengan ayah, malu sikit ah! heee~

*pic ehsan dari Blog Pretty Chique*
sampai umah je terus masuk bilik. ibu pon ikot masuk bilik. ibu cakap. "cepat lah bukak pos laju ko dapat tu ibu nak tengok!" hehehehe...ibu memang selalu excited kalo aku dapat bungkusan Pos apa2. bukak je terus suka sebab dah dapat pegang henbeg Jane Shilton aku order dari Pretty Chique ni. smart!!! =) terus ibu rembat henbeg lama aku. ibu cakap aku dah beli henbeg baru, yang lama tu sila bagi kat dia. sebab nya Cik Puan Syikin dah sebat henbeg ibu buat macam harta dia sendiri. hehehehe...berpusing2 je barang kitorang kan??

Rindu sangat kat Si Memet. terus pegi carik dia kat luar belakang dapur. bisik kat dia.. "Met...Met.." takmo panggil kuat2. nanti kucing lain dengar pon sebok2 nak serbu depan pintu. Memet dengar suara aku je terus dia laju2 masuk umah. main2 ngan Memet sampai ngantok. bila ibu marah suro pegi mandi and tido baru tinggal kan Memet. babai Memet! tunggu aku bangun kita maen2 lagi ok??

sangat ngantok! tataaa~


Wednesday, February 23, 2011

Kekeliruan kat Penang

Mood untuk berblogging merundum jatuh. tak tahu pasal apa. pada hal banyak je pic baru nak update kan..hehehe.. ni pon baru bangun tido. toksah nak kutuk aku cakap apa anak dara ni tengahari buta baru nak bangun. satu, tengahari tu tak buta sebab dia memang takde mata. dua, aku keje malam tadi. siang memang wajib tido. =)

Kebelakangan ni aku menghadapi situasi2 yang mengelirukan sampai buat aku berpikir panjang. aku cerita sikit eh. ecewahh! hehehe... kejadian banyak berlaku masa pergi Penang weekend lepas.

1) Hencik lebah asek BBM, text and call sana sini. aku senyap je. cuma marah time dia drive pon sebok nak text lagi. haaish! meh aku drive la!!! aku tak tanya pon dia sebok borak ngan sape. sekali time aku sebok2 pulak text ngan Cik Awin sebab nak jumpa and nak dia jadi tourist guide kitorang hencik lebah cakap macam ni. "Ayang sebok message ngan sape???" <--dengan muka tak puas hati. hei, lu tak payah buat muka tak puas hati and try2 nak skodeng wa text sape ok. wa memang nak gelak tengok muka lu tu. kihkihkih... jeles ah tu!! kompius aku. dia busy ngan henpon boleh! aku busy dia tak puas hati pulak.

takde bukti pulak dia pegang henpon time drive. kalo tak, sure dia dah kena saman kan? muahahahaa...

2) biasa lah perangai aku ni suka mengidam nak makan macam2. pastu cakap ngan dia macam ni.

aku: bee, teringin makan ikan bakar. malam nanti kita pegi carik ikan bakar nak??


dia: hish ayang ni! baru lepas lunch dah sebok nak makan lagi. asek makan, makan, makan!

aku touching sikit. sumpah, sikit je. tak kuasa aku nak touching banyak2 dengan mamat nih! tapi tak lama lepas tu.

dia: awin, kat sini mana char kuey teow best ek??


awin: awin tahu satu tempat ni. memang best la. tapi tak ramai sangat orang kat situ. sebab orang tak tahu kat situ sedap. nape? nak makan ke??


dia: boleh gak!!!

sekarang korang paham tak kenapa aku kompius??? Der, jaga sama perut lu tu k? kang kalah pulak orang ngandung 5 bulan. hehehehe... aku cakap pasal makan, dia bising. dia bising nak makan itu ini, takpe pulak? ok fine!!!

3) time balik. aku offer diri nak drive. dia biasa bawak pon 130-140km/j. sekali bila aku bawak 150km/j dia cakap...

dia: nak pegi mana bawak laju2?? kena saman kang baru tahu!


aku: takde pegi mana....


dia: padan lah ayah tak bagi ayang drive Wish dia. bawak macam orang gila.

waddeee...lu kalo tak kutuk wa sehari memang tak sah kan der?? lu bawak laju boleh?? time wa laju kena sound setepek gitu? ok2. wa tau lu sayang wa! kan3??? ngeee~

ok2. cukup2 ah tu ngan kekompiusan aku. moh kita layan pic pulak. chalor bette~

 welcome, Penang!!
 bangunan tu kitorang panggil KLCC kontot.
 tengok. kan ak dah cakap. tak habes2 ngan henpon.
ini tourist guide berhemah kami!

belakang tu tempat maen rollerblade kat dalam Queensbay Mall.
ala2 macam tempat ice-skating kat Sunway ah.
 ko tengok muka teruja aku nampak food.
hodoh kan??
 yogurt J.co terbaek!
tak payah makan Tutti Frutti dah pasni. mahal nok!!!
nengok muka budak chubby. sape? sape?
yang pakai baju kotak2 tu. huhu...
 singgah Hard Rock Cafe sebab hencik lebah nak beli t-shirt.
 ooo yeah!!
 pose gedik kami.
ngan tourist guide pulak. =)
 kat fitting room.
time ni hencik lebah melemparkan tohmahan mengatakan kitorang nak skodeng dia.
=_=
wa selalu kat dalam hati lu kan der??
=)
 aku gemok! tapi takpe. ade geng. tu si apek pon dah gemok.
muahahaahahahaaa...<--gelak keji.
wah! macam artis di skodeng paparazzi lak. ngee~
 balik dari  Penang singgah Cameron.
 sebab nak beli strawberry and jagung mentah segar-bugar je.
lepas beli terus balik.
 tapi sempat singgah makan brownies sedap kat kedai2 teh tu.
sedap! favourite kitorang.
and for the last..
harus di tutup dengan tuan punya belog.
=)

banyak lagi pic tak dapat di tayang kat sini. tapi takpe. cukup dah ni. hehe..
bulan 10 kawan aku ajak aku, hencik lebah ngan Cik Puan Syikin pegi Bangkok. wah! teruja... tapi kena tengok poket dulu. ngee~

Saturday, February 19, 2011

Saya.....
tak pandai jalan pakai heels.
tak cukup yakin bila jalan-jalan pakai skirt 
tak reti mekap lawa-lawa
tak pandai masak sedap-sedap
selalu ada masalah nak mix and match baju

tapi....saya pakai apa saya mahu
saya tahu masak dengan penuh kasih sayang

Saya....
tak kuat semangat macam awak
tak lemah lembut sangat
tak pandai bodek nak senangkan hati orang
tak seramah mana....

tapi...awak buat saya kuat.
jika tak pandai senangkan hati orang
saya lebih suka diam

Saya...
mungkin bukan perempuan idaman lelaki di luar
mungkin juga bukan calon pilihan menantu kesayangan
mungkin bukan anak yang cukup solehah

tapi saya....
berusaha jadi kesayangan awak.
menantu idaman keluarga di sana
anak yang membuat ibu ayah saya tersenyum

dan saya....
bangga
kerana saya adalah saya
dan tetap akan jadi saya
tak kira apa pun.

tanpa heels.
tanpa baju yang cantik.
tanpa ego.
tanpa ragu-ragu.
dan tanpa pura-pura.




Thursday, February 17, 2011

Cerita pasal header baru, Tempe dan superwoman.

HEADER BARU
First of all saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hencik Myung Dae kerana telah memberikan saya header baru secara percuma. sebab haritu saya telah masuk contest lalu berjaya menjadi salah seorang blogger bertuah dari sepuluh yang lain. terima kasih di ucapkan. =)


ok, tamat sudah sesi ucapan saya pada petang ni. sekali lagi, terima kasih di ucapkan kepada Myung Dae. =)

KACA MATA BAGI ORANG RABUN
hey, aku pelik la. ramai pulak tanya aku kebelakangan ni. aku ni betul2 rabun ke ape? ke saja je nak pakai spec skema tu konon nak nampak nerd? halo! halo! halo! <--buat gaya macam Dr.J kat hosp aku bila dia marah. aku ni sejak azali Darjah 3 dah rabun ok. kalau aku tak pakai spec, bukan saja aku tak nampak jerawat kat muka korang tu! malah akan membuatkan muka korang nampak bersih dari jauh. oh tidak! aku takkan benarkan perkara ni terjadi kat aku.

sebab tu aku pakai spec supaya jelas kat pandangan mata aku ni segala butir2 yang ada kat muka korang tu. haish! nak kutuk je reti. kalau aku tak pakai spec tu maknanya aku pakai lens la! dunia dah maju beb! jangan la bawah tempurung sangat... aku memang suka spec yg plastic frame camni. sebab aku ni sedar diri aku lasak. tak sesuai jenis yang frameless ke apa. hodoh kat muka aku ni spec2 camtu. lagi pon aku suka tertido dengan spec2 sekali. kembar katanya. tak dapat pisah. ngeee~

ehem2! saya dah ada teman skema dah sekarang ni!
hehehe...suka~

AKU TAK BOLEH MAKAN TEMPE??????
Pagi tadi aku pegi la check progress note aku. bagi korang2 yang tak tahu progress note tu apa, benda tu adalah note or rekod yang di buka bila korang pegi daftar kat hospital. if korang datang lain kali, staff akan guna je registered number korang yang before ni untuk cek rekod yang dulu2. so senang la nak tahu pasal rekod2 penyakit korang. 

so pendekkan cerita aku check aku punya blood result yang penah buat dulu. pastu pelik sebab uricacid dalam darah aku agak tinggi. dalam bacaan 4.0. uricacid ni dia berkaitan dengan gout or sakit2 sendi. aku terus risau and asek berangan pikir pasal masalah aku ni. aku pon start la find out pasal uricacid ni. Sister tanya aku, banyak makan daging or seafood tak?? oh, daging memang aku makan tapi takde la selalu kan.. seafood memang tak lah! sebab aku memang allergic. dia pon pesan kat aku supaya jangan makan sayur2 yang berkacang contoh kacang panjang. ooo..ok... no prob!! ops! bayam pon tak boleh makan ya. takpe2. aku memang tak suka bayam. and TEMPE jugak. 

TIDAKKKKKK!!!!!!! 

fevret aku memang tempe ya?? makan tetiap hari pon takpe.. ibu aku, makcik aku, Cik ImaCik Nana dan mungkin juga hencik lebah tahu aku memang suka gila makan Tempe. macam mana ni??? ok sedih. rupanya  tempe fevret ku telah menikam aku dari belakang lalu menyebabkan aku boleh kena penyakit gout or sakit sendi dalam usia muda. kene break off dengan tempe. *err..kurangkan makan je boleh tak?? tak payah stop terus. tapi ekceli memang aku ada masalah sendi. sendi kat bahu penah injured masa aku aktif maen hoki dulu. tetiba senior aku lalu bawak lunch beli dari cafe.

"kak, beli apa tu??"

"harini ada nasi ayam kat cafe. pegi beli cepat! nanti habis."

"nak2!!! sister, kejap saya turun beli makanan. jom Lat." <--ajak kawan aku Lathika.

terus lupa pasal uricacid and tempe.
=_=

SUPERWOMAN
pagi2 dah bangun nak pegi keje pagi. takdelah awal sangat. masuk keje jam 7am. tapi terjaga pukul 6.25am. petua tak boleh blaa aku penah bagi dulu suro sewa umah dekat2 ngan tempat keje kan. ha, time ni la rasa kelebihannya. tak payah kunci jam pukul 5.30am ya semata2 nak pegi tempat keje yang jauh nya sampai 40minit. ngee~

ok, 6.50am start jalan. 6.57 punch card. pastu jalan lenggang lenggok pegi wad. macam biasa, take over report, passed over medication... pastu keje la macam biasa sampai pukul 2pm. 2.30pm balik umah. makan nasi ayam beli tadi. duduk tengok tv kejap pastu try untuk tido. dah stat nak tido lena tapi tetibe ada unknown caller. ah! takde la unknown sangat. ejen insurance call aku. si Cik Puan Syikin yang bagi nombor aku kat dia. sumpah malas nak jawab. terus terjaga tak boleh tido sampai sekarang. kalau aku jumpa ejen insurance tu petang ni memang aku piat telinga dia. aku ngantok ah!!!!!! kejap lagi pukul 8pm nak stat siap2 pegi keje malam pulak.... aku buat OT harini... wuuaaa~ aku ngantok. tapi tak boleh tido. macam mana ni????

minum nescafe 3 in 1 la. aku ingat aku boleh jadi SUPERWOMAN harini. tapi kalau malam nanti aku takde kat nurses counter tu, sila carik aku kat stor ya? meby dah landing siap bentang blanket kat situ. =)

"Do you know what is hard about being too strong?? Nobody might care to ask if you are hurt - Tumblr"
(curik dari status Cik Nazneen Najib kat FB dengan kebenaran dia.)

takde siapa nak tanya aku ngantok ke tak. sebab aku kan SUPERWOMAN. =)

-TAMMAT-

Wednesday, February 16, 2011

Senyum!

Nak senyum jela malam ni.
tak perlu kata apa-apa
Excited!!!!
hehehehehe.....
taknak share ngan korang!
tungguuuuu~


cumel nye budak dari google ni!
^_^


Tuesday, February 15, 2011

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

*Aku memang cepat jatuh hati kat lagu2 camni dari Anuar Zain. sweet gile lirik dia. dah la suara dia bess!!! 
dari semalam asek play lagu ni lepas download kat 4shared. =)

Mulut kau memang lepas je kan???

SITUASI SATU
chatting kat FB.

laki: saya tengah tengok pic awak.


girl: oo..ok.


laki: awak dah kawin??


girl: belom.


laki: camtu boleh la saya isi borang??


girl: borang pe??


laki: nak jadi teman istimewa la..


girl: eh kata tengah tengok pic i tadi???<--kalo bersuara ni agak2 satu blok dengar si girl jerit.


laki: dah tu kenapa???


girl: takkan tak jumpa pic i ngan boyfren?? sukahati je nak mintak couple. bukan kenal pon!!!


laki: oo..ade eh?? mana?? takde pon...


girl: ade.


laki: ok2. sory...

SITUASI DUA
terima SMS....

sender: hye!!! morning sunshine~


receiver: tak payah nak sunshine sangat la. mendung je sini. matahari tak tegak lagi.


sender: oh..sory...=)

agak2 si sender sentap tak??

SITUASI TIGA
time borak2.

laki: saya suka tengok awak la. awak sweet! senyum manis je...


pompuan: eleh! kat sume pompuan pon ko cakap camni kan??? mulut nak manis je reti..

SITUASI EMPAT
chat kat FB lagi. dengan orang yang penah chat sama before ni.

laki: hye awak!


girl: hye.


laki: awak dari mana ek?? umur bape??


girl: before ni u penah tanya soalan yang sama dua kali dah. takde ulang tayang k??


laki: yeke?? sory.. malunya saya.

berdasarkan situasi2 di atas adakah korang rasa si receiver message or si girl or si perempuan tu bermulut lepas??? agak2 korang sape yang mulut camtu ye?? =P

kadang2 jujur sangat pon susah kan??? =)




Monday, February 14, 2011

It's The Girl's Time...

Wahhhhh!!!!! lama sungguh tidak menghupdate ini belog ya? emmm.. nak kata aku busy pon boleh gak. nak kata sebab bodben bangang yang lembap gile sampai aku tak dapat upload pic kat sini pon boleh gak..hee~

pic2 kat bawah ni dah agak pekasam. tapi sebab aku jarang update cerita pasal si adek beradek jadi aku nak hupdate gak harini. hehehe... ini masa 3 Feb lepas. Cik Puan Syikin jemput aku kat Puchong untuk hang out bersama si adek kesayangan Yana. kitorang pegi Ikano, IKEA and the curve...
wooo! aku rasa cam crazy bila tengok ini cutie tart. cumel kot stall dia. stall dia ni terletak kat cam jambatan nak pegi Ikano dari The Curve. alaaa.. aku pon tak reti nak explain lebih2. kalo korang biasa pegi The Curve mesti la tau camne nak pegi Ikano kan. ha, kat situ la! hehehehe... *rasa kedai ni cumel sangat sampai lupa nak bayar. lepas dia packing aku terus amek and nak blah.. nasib adek ingatkan suro bayar. ^_^
 sedap and cumel ok!!! aku nye favorite of cos la yang ada strawberry tu! =)
 cumel kan? kan??
aku rasa macam cornetto pulak tart cumel ni. hee~
bersama Cik Puan Syikin.
on the way ke IKEA.
kalo masuk IKEA tak sah kalo tak berangan kan?muahahaha...dalam kepala hotak dah plan nanti kat living room umah aku nak letak sofa cam gini, kat master bedroom nak letak katil cam gitu, nanti karpet nak bulu2 camtu.. wardrobe nak yang ini! dapur?? ok2, kabinet english style ya? nak ade yang island kitchen tu. ok, stop it!! =_=
Cik Puan Syikin masih kekal dengan tudung bawal dia. tapi aku dah berjaya hasut sikit2 suro dia pakai shawl supaya rasa lebih stylo walaupon tak sangat. =P tapi bila dah berjaya hasut sikit2, shawl aku pulak dia rembat. heheheheh...
si adek. Yana... memang dah berjaya hasut dia pakai shawl. siap bagi tutorial kat dia lagi. tapi bila dah berjaya hasut, asal keluar sama je dia pulak hasut aku suro belanja dia shawl satu. ngenggg!! oh, nak bagitau... ini 1st time dia makan Nandos katenye... takpe, tak payah rendah diri. semua orang ada saat2 1st time kan? =P
si tuan punya belog. ada yang tak kenal2 lagi ke???
ok2, ini dia lagi. kena angkat kening tinggi sikit sebelah kiri bagi nampak mata sama simetri. sebab sejak sakit mata, mata kiri dia cam cacat sikit, kecik sebelah... bengkak lambat surut. hikhikhik...
bersama Cik Puan Syikin lagi. orang kadang2 cakap..
"eh, macam kembar laa!!!"
"eh,suara korang ni sama. seram ah!" 
"eh, tak sama langsung pon???"
"mana satu kakak ni??"

ok,soalan yang last skali tu memang aku rasa macam nak tampar. =)

 aku beli benda alah tu kat IKEA.
alaa..yang tempat gantung2 baju kena pasang sendiri tu. berat ko tau tak benda ni??
aku bawak la dari IKEA ke The Curve nak sambung jalan2.
tapi terjumpa ex-schoolmate aku kat FOS the curve dia cakap aku bawak set pancing pulak.
=_=
 camwhore dalam toilet sementara tungu Cik Puan Syikin.
ye, ye...
aku tau aku gemok dari akak aku!
tak payah remind me k?

sekian la sudah cerita suka suki si Siblings yang together2 hang out tanpa si lelaki2 dalam family. best jugak oh! merasa aku Cik Puan Syikin belanja makan Nandos. jarang2 merasa dia belanja makan sebab dia busy ngan keje dia and outdoor activity dia.. ok.

tataaaa~

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE