Monday, May 30, 2011

Jimmy Shanley buat kemunculan pulak.

As Salam.

Sempena 26May lepas iaitu born day aku, aku telah menghadiahkan diri sendiri dengan bermacam2 benda. Err.. tak ingat lah apa dia. banyak sangat! hehehe... saja nak manjakan diri sendiri. wishlist yang tak lepas lagi bulan ni cuma nak pergi Spa untuk masssage2. selama ni aku massage kat jiran aku je.. dia pandai mengurut orang lepas bersalin. aku pon tumpang la sekaki suruh dia urut badan aku and betulkan balik urat2 yang dah berselirat tu. hehe.. nikmat wooo massage ni. rasa ringan je badan lepas tu.

Okeh2. toksah melalut banyak sangat. ni nak tunjuk dua benda penting yang aku hadiahkan untuk diri sendiri.
So demi untuk entry kali ni, hencik Jimmy Shanley sudi buat kemunculan semula kat belog aku lepas kecoh pasal konflik perkahwinan dia kan. aku nak bagitau, selama ni memang Jimmy tido celah ketiak aku je tetiap malam. heee...

ni la hencik Jimmy yang aku kepit tetiap malam tu. heheheheh...kat riba dia tu lah hadiah untuk diri aku sendiri. BB Torch. dari Form 4 aku berangan nak pakai BB. dah tua2 ni baru mampu. hehehe...

pastu aku beli pulak cincin. ade sebab aku beli cincin yang ade bentuk love tu. sebab untuk gantikan cincin yang arwah opah bagi dulu yang dah tak wujud.. =( eh, sejak aku pakai cincin ni pergi mana2 kan, semua ingat aku dah jadi tunang orang la.. belum2!!! masih single. tapi tak available lah. hahaha... kalau orang tanya, aku cakap je "ni cincin bujang aku." nanti masa2 depan pakai cincin tunang and cincin kawen pulak kan. so sekarang pakai cincin bujang dulu. =)

tu ajelah yang mampu aku hadiahkan untuk diri sendiri lepas 23 tahun hidup. aku suka beli pape untuk diri sendiri lepas penat lelah kerja.. takdelah stress sangat kan?? tapi lepas ni dah janji kat diri sendiri nak simpan duit untuk kawen pulak. heee...

Tataa...

p/s: nak buat satu list untuk kemudahan masa depan. =)

Day 5: 10 wishes!!!

As Salam.

Heee..tak siap2 lagi games 10 Things aku kan?? kebelakangan ni mood berblogging, mood berfacebook-ing aku terbang melayang2. selalu on je lappy. tapi tak buat pape, tido tergolek. hehehe.. biasa ah. bilik aku ni kan style ala jepun. tilam je.. takde katil. =) Ok, jom la kita cerita pasal 10 wishes aku.

1) di sebabkan ayah, ibu and Cik Puan Syikin dah merasa pergi ke Mekah, aku pun mesti la ada cita2 nak pergi. impian nak pergi dengan husband. =)

2) nak pergi Bandung or Bali. nak tengok tempat orang. hencik lebah, jom honeymoon sana!!! =P

3) nak kawen!!!! sape taknak kawen oiii~

4) disebabkan aku dalam usaha untuk mendapatkan sebijik rumah, so aku wish supaya dapatlah aku men-deco rumah tu macam yang aku nak. simple and tidy =)

5) aku takde kereta.. so mesti la dalam wishlist ada niat nak own a car kan?? tak kisah la kereta pape pon.. yang penting boleh bergerak and aku mampu nak bayar tiap2 bulan. Lancer pon ok gak. hahahahhh..

6) aku suka sangat photography. kalau boleh nak belajar sampai jadi pro. nanti boleh carik makan ngan gambar2 pulak. hehe..

7) kalau ada rumah sendiri, nak buat satu mini library untuk novel2 aku yang melambak2 takde tempat nak letak tu. lepas tu boleh la beli novel banyak2 lagi. =)

8) dah cerita pasal kawen tadi, mesti la nak anak kan?? hermm.. aku nak 4 orang anak. tiga hero, sorang princess. dalam family aku lelaki ada dua je. so aku nak anak hero ramai sikit.

9) nak hidup dengan hencik lebah sampai nyawa di cabut. "Tuhan, ambil apa saja kecuali dia." eh2..Nur Kasih la pulak. =) siyes!!! aku touching time Adam cakap camtu oh!

10) dapat berbakti kat orang tua aku, kat atok and nenek aku, kat bakal mak and bapak mertua aku, kat husband aku sebelum aku tutup mata kat dunia ni..berbakti kat mereka2 ni, punya la besar pahala yang kau akan dapat. =)

Sekian pasal 10 Wishes!!! 

Tataaa..

p/s: next - 10 items you can't live without.

Wednesday, May 25, 2011

Besday Skandal Saya.

As Salam.

Ehem2. ada yang rindu dengan aku tak?? hahahahhh.. sori weh! serius aku takde masa nak blogwalking semua. sape2 yang tinggalkan link kat chatbox tu nanti aku jenguk ya?? sori sangat!

Ni pon saja nak update pasal besday skandal aku. toksah bagitau hencik lebah tau!! nanti panas pulak bontot dia dengar aku ada skandal. hahahhh..

Eh, korang. toksah percaya sangat dengan tuan punya belog. ada pulak orang nak kat dia sampai siap ada skandal kan? hahaha.. bukan2!! ni besday hencik Buden'z, kekaseh hati Cik Nana. so masa 22May haritu Cik Nana datang la rumah aku. kononnya dia plan nak suruh aku dengan hencik lebah pegi buat surprise kat Titiwangsa. kesian sahabat saya tu tak penah jejak kaki kat Titiwangsa *buat tangan bentuk L letak kat dahi tunjuk kat Nana* hahahahahhh... yang aku ni dengan hencik lebah pon pegi la membuang masa dan duit pegi tengok cerita Kongsi yang tak berapa nak best tu kat Pavillion dulu. ingatnya lepas tu baru nak pegi buat surprise la. sekali plan tak menjadi pulak sebab hencik Buden'z keletihan bekerja mencarik rezeki sebelum keluar dengan Cik Nana tu. last2 buat kat tepi jalan kat area Ampang Park tu je. hee.. so let's enjoy the picture!

ni kad and pop cakes dari Cik Nana untuk hencik Buden'z.

Elmo pop cakes yang super duper comel and cute!

tengok la besday boy. macam tak larat bukak mata dah sebab penat.

hey,geng!! lupa pic makan beradab.
suap-menyuap. heee~

ni pulak tukang meriah keadaan yang comel dan kekenyangan lepas makan kat HR Steakhouse.
heheheheheee..

Ekceli banyak je lagi gambar. tapi gambar gedik aku dengan hencik lebah la. takmo publish banyak2. nak bagi anak cucu pulak tengok. hahahahhhh. oklah.

Tata!!!

p/s: jom countdown untuk besday aku pulak. lagi 20minit. heee~

Thursday, May 19, 2011

Day 4: 10 things you wanna say to one person.

Salam.

Untuk cabaran kali ni, mesti la aku pilih untuk cakap 10 things kat hencik lebah. hikhikhik... gatal gila aku nih!
ok...

1) hencik lebah, terima kasih sudi main2 mata dengan saya dulu sampai kita tercouple. Dulu, Kini dan Selamanya okeh? eh, macam UMNO punya tagline lah! hahahahhh

2) hencik lebah, sorry la saya selalu buat awak marah even awak selalu pesan suruh saya jadi matang sikit. kadang2 saya memang macam budak2. sebabnya bukan apa.. sebab saya pakai Safi Rania Gold. jadi saya macam terawet muda pulak. hikhikhik...

3) hencik lebah, saya suka awak bawak saya jalan-jalan pegi holiday. bila nak belanja saya pegi Bandung pulak?? takpe, saya belanja awak makan pagi petang siang malam kat sana. tiket flight pegi balik and shopping awak support ya? hahahhh

4) hencik lebah, dah lama sangat kita bersama. saya harap awak tak bosan dengan saya. kalo bosan pon, sila buat bodoh ya?? kalo bosan lagi, jom kita pegi maen Daytona. hari tu saya dah maen dengan Cik Nana. =)

5) hencik lebah, awak keje kuat sangat sampai timbul muscle2 kat tangan awak. lalu awak melupakan saya sebab keje menimbun. tapi kenapa perut awak makin chomel? hikhikhik..jangan la keje teruk2. sebab bila awak keje teruk awak lupa saya. huuu~

6) hencik lebah, awak tu half of my heart, part of my life. jangan lupa tu ya??

7) hencik lebah, besday saya minggu depan je. awak dah prepare ke surprise pape yang patut?? dah beli hadiah ke?? saya tak kisah kalau awak nak beli purse roxy yang baru. sebab yang lama tu dah burok bebenau!!! hahahahahahahhh

8) hencik lebah, harini saya misplaced bracelet yang awak bagi masa 1st anniversary kita dulu. dah enam tahun saya pakai. tetiba harini takde pulak. terima kasih sebab susah2 awak pujuk saya sedangkan awak memang failed bab memujuk. T_T

9) hencik lebah, setiap kenangan dengan awak sangat2 bermakna. yang paling bermakna masa kita naek moto, pastu cover cermin kat helmet awak tu tercabut terbang entah pegi mana. dah rupa apek jual sayur saya tengok awak time tu. sakit perut saya memulas2 tahan gelak tengok muka awak.

10) hencik lebah, saya tak tahu nak cakap apa dah. saya sayang awak gila2 tahu tak?? kalo tak tahu, memang mintak flying kiss kick la kan??

Ok, korang. aku ngantok sangat ni. baru habis empat malam duty yang sangat busy. rasa macam dalam sorga bila dapat golek2 atas katil empuk dalam bilik kat umah mak bapak. heee~

Sekian,

Bye!

p/s: thanx kat korang2 yang singgah blog aku ni. dah dua minggu tak exercise jalan2 kat blog orang. tunggu aku bangun tido ye?? huaarhhh~

Monday, May 16, 2011

Hujan yang sedih.

Salam.

Wah!!! lama gila aku tak update kan?? busy laa.. sory2!! =) Ekceli nak update pasal 10 Things to say to one person tu. tak habes2 lagi projek aku. Cik Nuraitul dah katam dah dia punya. hehehehe... tapi nak tulis yang tu perlukan feeling sikit. so aku tak dapat la nak update lagi benda tu. tunggu feeling datang.

Tetiba aku rasa sedih bila time2 hujan macam ni. kejap lagi nak pegi keje. habislah seluar basah, lenjun2 pegi keje sebab jalan kaki. dulu kan, time sekolah ayah selalu hantar aku naek moto. bila hujan kena la naek kereta kan?? time tu suka sangat. dah la ayah aku tu suka benar nak hantar aku sampai tangga nak naek kelas. habis semua orang pandang. malu oh!!! tapi sukaa.. sebab naek kereta. hahaha.. gila!!

Masa sekolah rendah dulu, bila pegi sekolah agama aku selalu parking basikal kat rumah atok. sebab rumah atok dekat sangat dengan sekolah. jalan kaki tak sampai 5 minit. bila aku sampai aje, arwah opah bukak pintu tanya ada duit belanja ke tak? ibu selalu bagi singgit aje untuk sekolah agama. nanti arwah opah tambah lagi singgit. so aku makan la dengan mewahnya kat kantin. dulu2 makanan kan murah. heee~

Time balik sekolah, kalau hujan lebat mesti arwah opah tunggu dekat belakang kelas aku bawak payung. nak jemput aku. taknak aku kena hujan. kesian dia. masa tu dia dah sakit pon. arwah opah sakit Colon Cancer. tapi sanggup jugak dia pegi jemput aku. kadang2 aku rasa bersalah jugak. sebab aku tak suruh arwah opah jemput pon... aku boleh redah aje hujan tu.

Ada sekali tu aku demam lepas kena hujan 2-3hari sebelum tu. dari jauh arwah opah dengar aku batuk2, dia dah keluar rumah. terus tanya "ha, ni kenapa batuk2 pulak ni??" dia pegang dahi aku, panas! aku dah menggigil2 sejuk masa tu. dia terus call makcik aku suruh hantarkan aku balik. dia tak bagi aku naek basikal. masa tu ayah aku keje kilang je. dia balik keje jam 11 malam. so memang tak dapat jemput lah.

Oh, hujan!!! setiap kali aku kena jalan kaki redah hujan nak pegi keje mesti aku sedih. teringatkan arwah opah. kalau dia ada, dia akan teman aku lagi tak?? =)


Bye!

p/s: Al-Fatihah to arwah Non Maliha, arwah opah aku.

Sunday, May 8, 2011

Keje orang asek nak carik pasal dengan aku.

Salam.

Semalam lepas balik keje pagi aku buat keputusan untuk pegi bersiar2 kat Jalan TAR and Sogo demi mencari baju and shawl baru kat pasaran. hahahahhh..takde terbaru sangat la kalau aku beli plain pashmina fevret aku kan. dah berabad kot benda tu. hee~

Setelah menge"text" semua kawan2 yang ada untuk diajak shopping dengan menjanjikan penat sebagai upah, semua menolak dengan penuh lemah lembut. hahahahhh.. last sekali aku ajak senior aku kat tempat keje Kak Azriena untuk teman aku. nasib dia tak bagi alasan nak dating ngan tunang. kalo tak, aku nekad jugak pegi sorang2. huhu...

Sampai2 je terus pegi foodcourt Sogo. lapo gila weh! masa tu dah pukul5. aku last makan breakfast pagi tu je. lepas makan terus pegi beli hadiah untuk baby Zarif yang comel anak ateh hencik lebah. eh, mana ko tahu baby tu comel? ko tak jumpa pon lagik. hey, nama pon baby mesti la comel kan?? hahahahh..sempat bermonolog.

Then pusing2 pegi survey perfume untuk buat barang hantaran nanti. ok, mahal. jom pegi Jalan TAR. huhu... setelah bersesak2 berhimpit2 macam sardin berjaya beli pashmina kaler kunen and biru. sempat jugak rembat baju RM20 ala2 punjabi punya style. dah ar cotton. rasa macam best! terus hamek kaler fevret ijau lumut.

Balik amek Putra pegi Pasar Seni. tunggu bus balik Puchong kat bawah Pasar Seni tu. agak2 dari jam 8-9 jugak la kitorang tunggu. lama gila bai!!! aku memang macam nak mengamok dah kat situ. woi! mana pegi Rapid KL yang konon Rapid sangat tu. makin lama,makin ramai yang datang. yang penuh, dengan bangla and  pak hitam. dari tengah tunggu lagi memang aku hangin dengan bangla kurang ajar ni. bila ada kawan2 dorang datang je, terus pegi potong q ke depan sekali tempat kawan dia tengah tunggu. aku yang hot ni cakap la.

"Hah, mana lagi kawan2 ko? meh ajak semua pegi depan. kurang ajar betol!!"

Tak tahu la dorang paham ke tak. bila bus sampai aku buat keputusan nak guna touch n go je sebab nak rebut sit. aku memang penat gila weh. kaki rasa macam nak pecah. yang si bangla ni pulak pegi cop semua tempat kat sit rapid tu untuk geng2 dia. aku yang tengah bengang lagi hot terus buat muka garang duduk kat sit yang dorang tak sempat nak reserve tu. aku letak beg kat sebelah sit aku nak tunggu kawan aku yang tengah bayar tiket tu sampai. sekali ada sorang bangla yang duduk depan aku ni panggil suruh aku angkat beg tu. dia nak reserve untuk kawan dia. kepala hanggok ko!! aku buat bodoh. sekali kawan dia ni sampai terus aje nak duduk sebelah aku tempat aku letak beg tu kan. memang aku panas la.

"Hey,aku ada kawan nak duduk kat sini!" dengan suara hot aku.

terus dia buat muka tak puas hati pastu bangun pegi duduk kat lantai bus tu. aku memang macam nak cakap je.

"Itulah tempat terbaek untuk orang2 yang kurang ajar macam ko!"

Hish pantang betul aku orang2 macam ni tau! apa ko ingat ni bus masa zaman sekolah kau dulu nak cop habis  semua tempat duduk untuk kawan2 ko??? ko bayangkan ada dekat 12 sit dalam bus tu dorang sebok cop2 untuk member. satu sit yang aku reserve kat sebelah aku ni pon dorang nak amek memang takde la kan!!! bangang! dah la dengan perangai kurang ajar ko yang tak semenggah tu lagi. memang aku takde tolak ansur la . lepas tu yang duduk atas lantai tu dengan bangga pasang video lagu hindustan kat henpon sampai volume tahap max. grrrrr!!!!! tak bertamadun langsung la dorang ni!

Bongok.

Bye!

p/s: please respect others!!!!

Dear Ibu...

Salam.

Di tengah malam buta ni aku just nak wish Selamat Hari Ibu <--(dibaca dalam nada Upin Ipin yang wish selamat pagi cikgu tu) kat Ibu tersayang Puan Munira. Love you, ibu!!!

Angah suka masa ibu mengenakan kitorang pastu ibu terkena balik dengan kitorang. Contoh masa kita lunch satu family haritu:

"Bu, kenapa sikit sangat ibu masak tomyam ni? dah la sedap. mana cukup!" aku cakap dengan penuh rasa tamak.

"Haish!! apa tak cukupnya. tu 50 orang pon boleh makan." ibu merujuk kepada satu periuk kecik tomyam.

aku ngan sibling semua dah gelak2. isk! siap ibu... herrmmm...bila tomyam tinggal sikit.

"Bu, habis dah ke??" adik aku tanya.

"Haishh!! kan dah 50 orang makan. dah habis laa.." aku cepat2 jawab.

ahahahahhahaa....sape suruh ibu kenakan kitorang. ibu terus gelak terkekek2. terus riuh rendah kat dapur.

Lagi satu masa aku tengah cuci pinggan kat dapur, ibu datang menyakat.

"Oit. cuci pinggan ke...." 

"Tak la..kan tengah goreng ikan ni..." aku jawab.

wakakakakakaaaa....gelak lagi dengan ibu sampai ibu gelak takde suara. hahahha...

Sory, ibu. walaupun selalu mengenakan ibu tapi angah sayang gila kat ibu. walaupun selalu tak dengar cakap ibu tapi angah ingat setiap pesan ibu. walaupun angah selalu rasa angah yang betul bila ibu lebihkan hencik lebah time kitorang gado, dalam hati angah selalu mengaku apa yang ibu cakap tu betul. walaupun angah selalu bengang ibu masak laksa untuk Eby, tapi angah sayang ibu jugak sebab nanti ibu masakkan angah ssambal hitam ikan bilis kentang. walaupun angah tak suka dengar ibu pesan macam2 untuk alam rumahtangga yang entah bila tu, tapi dalam hati angah tetap nak jadi isteri and ibu terbaik macam ibu. Ibu, angah sayang ibu.. mmuuaaahhhh!!!

Selamat Hari Ibu!!

Bye!

Friday, May 6, 2011

Cerita pasal surat chenta yang dah sampai ke Bali

Salam.

Merujuk kepada picture di atas. hahahahahhh.. rasa gedik pulak tetiba. haritu before hencik lebah ke Bali, sempat la aku bagi bekal untuk dia bawak ke sana. aku bekalkan surat chenta la. hee~

takmo la expose kat korang pulak kan aku tulis apa dalam surat tu. malu. ouchh!! tapi tajuk surat tu "Itulah Saat Saya Cintakan Awak". agagagagagaaaa...aku sweet tak?? aku bagi surat tu before dia nak masuk departure gate tu. dia terus simpan dalam beg. tak tahu la pulak aku bila masa dia baca surat aku bagi tu.

bila dia balik Malaysia balik, aku pon jemput dia kat LCCT. siap pakai baju kurung kaler pink. saja nak senangkan hati dia. dia dah lama benau tak tengok aku ayu cam gitu. ahahahahhh.. dia memang suka kot aku pakai baju kurung. chomel katanye.. eh2! tak. tu aku yang kata. kihkihkih...

lepas hantar kawan2 dia balik rumah, kitorang pegi makan dekat Menjalara. makan nasik ayam kat kedai tepi parit area Petronas dekat dengan Tesco. hahhh! panjang tak aku described kedai tu?? hahahah... nasik ayam dia sedap beb. aku suka! dah sedap, mesti la rasa benda tu macam sikit aje kan.hahahh.. mula2 plan nak mintak tambah nasik lagi. tapi tetiba aku kenyang dengan bahan2,usik2,sakat-menyakat dari dia yang aku kuat makan. hey, gua lapar la der!!!

sekali time nak makan tu aku ternampak surat chenta yang aku bagi tu, sampul dia dah jadik macam belacan. haish!!! terus aku sound dia.

"hey, ayang bagi elok2. tengok dah jadi apa!"


"hey, jangan nak tengok luar je eh. dalam masih cantik tau!!!!" 

eh, dia pon nak hey2 aku pulak. kuang asam tol. tapi kan, bila pikir balik, beg tu dia memang bawak kehulu-hilir dia pegi mana pon. dah sah2 la surat tu sentiasa ada dalam beg tu kan?? padan ah jadik belacan. entah2 time dia pegi shopping pon dia angkut surat aku tu. ok2, pikir positif jela.

so sweeeeet lah kekaseh aku nih! pegi jalan pon bawak surat chenta. hahahahhhh. surat chenta pon dah sampai ke Bali. aku bila lagi?? haishh~

Bye!

Day 3: 10 things i hate!

Salam.

1) aku benci orang yang kurang ajar tak reti nak hormat orang lain. kalau jumpa orang macam ni, jangan harap aku nak hormat dia balik okeh?? mana manner ko ni beb?? dah ramai jumpa orang macam ni sepanjang aku keje..=_=

2) aku benci dengan jenis orang yang suka tikam dari belakang ni sebab aku penah kena. sakit wooo~ aku penah cakap kat hencik lebah. "saya tak agak2 nak bagi penampar kat dia kalau jumpa dia depan mata." benci gilaa!!! tak tahu nak describe in word macam mana. oh, tikam dari depan pon aku tak suka. hahahahhh

3) aku tak suka laksa, sardin and milo. kalau ibu buat laksa, tak pasal2 aku moody. kat rumah memang aku sorang je tak makan laksa. kalau ibu masak sardin, aku sanggup goreng telur. kalau pegi rumah orang, orang hidang air milo, aku mintak air masak je.. haisshhh! memang aku tak suka benau ngan tiga benda ni.

4) aku benci gila dengan menatang nama ular. ada sekali tu time aku posting kat Mersing, kitorang pegi Expo Merdeka kat depan Hospital Mersing tu. kawan2 aku buat khianat kat aku suruh orang yang bawak ular jinak tu letak kat leher aku. mahu aku tak jerit kat tengah2 Expo orang ramai tu. ko mampu?? hahahahh..sape suruh kena kan aku. gila.

5) aku benci dengan orang yang hipokrit. iskk! tak payah nak poyo sangat la weii~ terus terang and jujur kan senang.

6) aku tak suka keadaan panas. aku cepat rasa lemas.

7) aku tak suka dengan orang yang jenis suka ganggu hidup orang lain. hei, kau tak kenal dia, kau tak tahu life dia macam mana, yang ko pandai2 nak kritik dia kenapa?? kau bagus sangat??? ciss!! kenapa aku kerek sangat ni? hahahahhh

8) sekali dah keluar rumah, aku tak suka nak patah balik. rasa macam bad day je haritu..

9) aku tak suka bila aku berkenan dengan satu2 baju or seluar tu tetiba takde size pulak. hei, aku gemok sangat ke??? hahahahhh. pastu aku tak suka orang sebok2 cakap orang lain gemok sebab aku tak penah cakap camtu kat orang lain. terima jela orang tu seadanya wei. terima je aku macam ni! eh, pehal aku emo sangat ni.

10) aku tak suka orang menggatal dengan boypren aku. kalau boypren aku menggatal, memang mintak penampar la kan? hahahahhhh

p/s: point ke 9 and 10 tu memang macam rupa orang dah takde point nak cakap. hahahahahhh. okeh, tunggu next entry pasal 10 Things You Wanna Say to One Person. haish macam mencabar gila ni. 10 things to say to 10 person tak boleh ke? heee~

Thursday, May 5, 2011

Day 2: 10 things I love =)

Salam.

1) i love photography!!! suka pic cantik, suka snap pic, suka tengok pic, suka apa2 la yang berkaitan dengan picture! sebab bagi aku, picture tu adalah satu detik moment yang kita hentikan dan boleh kita tengok dan kenang sampai bila2. hohohhh~ aku sweet kan?

2) suka kucing!! aku ada kucing kacak nama Mett. sekarang dia sangat kejam. baru kejap tadi dia geget tangan aku sebab aku peluk dia kuat2. pastu bila aku kurung dia dalam bilik sebab nak ajak dia teman aku tido, dia balas dendam dengan cara geget kaki aku. haishh!!!

3) suka shawl sangat2. lagi2 plain pashmina. rasa bergaya je bila pakai. LOL. hahahhh

4) suka berjalan, suka holiday, suka pegi tempat yang cantik. tempat terdekat aku paling suka sekarang is Pullman kat Putrajaya tu. cantik dol!!! tapi tempat yang paling2 aku suka kat Malaysia ni... Langkawi!! sebab aku sangat2 suka cerita pasal Mahsuri dari aku kecik sampai la sekarang.

5) suka makan!!! hencik lebah suka bahan aku yang ni. ada aku kesah?? yang penting aku happy. hahahahhh... yang dia pon rajin melayan bawak aku makan sana sini nape? dia la penyebab aku chomel nih. =P

6) suka novel. tak dapat bayangkan hidup yang bosan tanpa novel. kalau takde novel..magazine, ujang or manga pon boleh. asalkan ada benda untuk di baca.

7) suka buat handmade kad untuk hencik lebah. walaupon biasa2 je kad tu tapi aku suka jugak sebab hencik lebah sangat2 appreciate kad yang aku bagi. huhu..

8) suka icecream yang perisa peppermint. nikmat gila!! bila sendawa ada rasa macam baru lepas gosok gigi. hehehehe... kadang2 saja pegi The Store Sungai Buloh ni sebab nak makan icecream tu.

9) suka kerja yang membolehkan aku jumpa ramai orang. contoh, keje aku sekarang la. seronok dapat jumpa macam2 kerenah orang even kadang2 memeningkan kepala. tapi bila kita jumpa ramai orang, kita akan jadi lebih matang. agree?? aku memang tak boleh keje duduk diam dalam opis mengadap computer lama2. mahunya tak sampai sebulan aku dah resign 24hr notis. hahahaahahhh..

10) aku suka orang yang wangi macam Sherah suka jugak. tapi aku sangat sensitif dengan bau perfume. kalau lalu kat bahagian perfume kat Jusco ke ape ke.. harus aku tutup hidung. kalau tak,alamat sehari la aku migrain. sebab tu aku ada satu je perfume. sebab susah sangat nak carik yang berkenan kat hidung aku ni...=)

Ok, tu aje kot. ekceli banyak lagi la aku suka. tapi dah kata 10 je kan. takkan aku nak kepochi cerita sampai pecah keyboard kot. hee~

Bye!

p/s: next entry pasal 10 Things You Hate pulak. tunggu ya?

Wednesday, May 4, 2011

Day 1: 10 things about Me, Myra Anne. =)

Day one challenge!

1) Anak kedua kepada Hencik Noridin yang glemer, dan Puan Munira yang gojes! even anak kedua,tapi ramai anggap aku anak sulung bila Cik Puan Syikin ada dengan aku. +_+

2) Aku tinggal kat Sungai Buloh. sama dengan Sherah. baru tahu dia duduk Sungai Buloh jugak sebab terperasan status dia update kat FB. =) but currently aku duduk umah sewa sebab keje kat Puchong.

3) Aku dulu penah sekolah kat SMK Dato' Harun kat Tanjung Karang masa Form 1 sampai awal tahun Form 2. lepas tu pindah SMK Bandar Baru Sungai Buloh sampai habis PMR. Form 4 pulak aku masuk SMT Selangor kat Sungai Buloh. alaa.. dekat sangat dengan rumah aku sekolah teknik. bak kata kawan2 aku, aku kentut pun boleh dengar sampai sekolah. hahahahhh.. lepas SPM sambung belajar dekat kolej nursing ehem2 kat Cheras. heee~

4) Dulu aku sangat slim masa sekolah. time Form 4 and Form 5 aku tuition kat Perfection Kepong. Perfection ni dekat dengan McD. itulah salah satu punca aku jadi chomel macam sekarang. hahahahhh

5) Sekarang keje kat one of private hospital kat Puchong. keje kat Paeds Ward (Wad Kanak-kanak). So memang no wonder aku pon riang-ria macam kanak-kanak. kahkahkah..

6) Takde memiliki sebarang kenderaan sebab merasakan simpan duit untuk makan dan kawen itu adalah lebih penting dari bayar duit kereta tiap2 bulan. heee... so cara paling mudah sewa rumah paling dekat dengan tempat keje. sangat bijak! =)

7) Tak pandai jalan2 pakai weges or heels. so memang sangat kagum bila tengok pompuan berjaya jalan dengan lenggang lenggok sambil pakai weges even dalam hati "Ya Allah! kalau aku pakai camtu, sure aku duduk diam2 taknak berjalan dah!"

8) Orang pertama dalam Malaysia yang ada bantal busuk yang sangat wangi. yerp, aku tak tipu!!! siyes wangi! kahkahkah...

9) Sangat2 fobia dengan Lion Dance. that's why aku sangat tak suka bila Chinese New Year datang. tapi best sebab dapat makan limau and dapat angpau dari kawan ayah. heee~

10) Aku diam bila marah, membebel bila tak puas hati, menangis bila terasa hati, ketawa bila bahagia, senyum bila senang hati..aku sama macam orang normal yang lain. =)

Sekian. Bye!

p/s: tunggu next entry about 10 Things You Love pulak.

Sunday, May 1, 2011

Let's Play A Little Game about the 10 things

Salam.

Haritu aku baca blog Sherah and jumpa this cute little game. rasa macam nak buat jugak. sebab aku memang tengah takde keje + saja2 nak ikot Sherah buat entry pasal ni. hahahhh

Day One: 10 things about you
Day Two: 10 things you love
Day Three: 10 things you hate
Day Four: 10 things you wanna say to
Day Five: 10 wishes
Day Six: 10 items you can't live without
Day Seven: 10 important people
Day Eight: 10 of your favorite songs
Day Nine: 10 ways to win your heart
Day Ten: 10 final words

Let's start the game!

Bye!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE