Wednesday, August 29, 2012

Nak awet muda sihat cantik berseri?? meh semua baca entry ni. =)

As Salam.

Entry kali ni aku nak update pasal Prida Alofica Collagen. Aku nak cerita pon sebab produk ni bagus. kalau tak bagus tak berani aku nak promote kat korang pulak.





Produk ni ialah collagen yang dapat tolong korang sentiasa kelihatan muda, kulit pon cantik berseri-seri. macam kawan aku sorang ni. dulu selalu aku complain muka dia banyak jerawat and nampak tak bersih. sejak2 mengamalkan Alofica ni kulit dia putih gebu. suka aku nengok nya. huhuu.

Kebaikan Alofica ni ialah:
- antipenuaan (300kali lebih tinggi dari Vitamin C)
- menggalakkan pengeluaran sel baru.
- restore skin elasticity and firmness.
- mengecilkan liang-liang pori kulit.
- kurangkan kedutan wajah, garis-garis halus, kulit menggelebeh dan kulit kusam.
- boleh kurangkan melanin, bintik hitam kat muka, freckles and tanda penuaan.
- memutihkan dan menggebukan kulit.
- kurangkan eyebag. (tak payah guna uncang teh lagi...=P)
- melindungi kesihatan Miss V.
- bagus untuk sendi- sendi dan otot.
- boleh memejalkan breast dan punggung.
- salah satu antioksida yang berkesan.
- memperbaiki sistem imunisasi.
- mempertingkatkan tenaga batin. tubuh badan.
- mengurangkan keguguran rambut dan mengukuhkan akar umbinya.
- bagus untuk yang ada problem kuku rapuh.

Haa banyak kan kebaikan dia? meh nak ajar cara nak makan dia pulak.

Sekotak ada 16 sachet dalam bentuk serbuk (perisa oren). Untuk bulan yang pertama, di galakkan mengambil DUA kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Lebih afdal kalau korang koyakkan sachet tu then terus masukkan serbu tu dalam mulut. (jangan masukkan plastik sachet tu sekali ya kawan2. hikhikk). bagi yang tak suka makan serbuk tu direct camtu boleh la campur dengan 100mls air suam or jus buah then minum sampai habis. tapi macam aku cakap tadi lebih afdal makan terus serbuk macam tu je.. =) untuk bulan-bulan yang seterusnya boleh la korang ambik sekali je sehari. sama ada sebelum sarapan or sebelum tidur.

Produk ni sesuai untuk lelaki or perempuan atas 15tahun. so far takde side effect la.. untuk yang pregnant tu, kena tanya doctor dulu. tapi untuk ibu yang breastfeeding, produk ni selamat di gunakan.

Untuk sesetengah orang, kesannya boleh nampak dalam masa 2-4minggu lepas makan Alofica ni. ada yang lambat sikit. depends on each individual. better ambik 2 sachet sehari untuk mendapatkan kesan yang superb.

so ada yang berminat tak??? harganya kat pasaran RM69 for semenanjung and RM74 untuk Sabah Sarawak. tapi aku jual RM65 jela untuk semenanjung and RM70 untuk Sabah Sarawak. and yang penting harga ni termasuk harga pos. murah dakk?? heee..

sape-sape yang nak order boleh email aku 24/7 kat:





Monday, August 20, 2012

Tahun ke lapan kau di sisi. =)

As Salam...

Selamat Hari Raya, bloggers sekalian. Awal-awal entry ni aku nak mintak duit raya ampun kalau ada salah silap aku sepanjang aku menulis blog ni. mana tahu ada terkecik hati walaupon badan korang besar gedabak. hahahahhh. Waktu korang baca entry ni mungkin aku tengah bersuka ria beraya kat kampung ayah aku kat Perak. sebab ini adalah schedule entry aku set untuk publish pada hari ni.

Hari ini 20 August 2012.

Hari ini genap LAPAN TAHUN aku bersama dengan hencik lebah. Syukur,Ya Allah!

Hari ini... dalam suka gelak tawa aku, mungkin aku sayu.
Hari ini... dalam riuh bunyi meriam meletup pung pang sana sini, mungkin hati aku sunyi.
Hari ini... dalam aku seronok makan lemang ketupat rendang, mungkin aku harap dia ada di sisi.

Sebenarnya time aku tulis entry ni pon hati dah sayu semacam. haritu dengar lagu raya kat radio masa tengah drive sorang-sorang, terus air mata menitik2. oh, sayu nya anniversary tahun ni berjauhan dengan dia..terus nekad. hujung tahun ni nak masuk meminang dia. tahun depan before puasa nak kawen. so raya tahun depan dapat raya sama-sama. hikhikhik..bole cam gitu???

Dah lapan tahun ni...tak payah cakap la bab-bab sayang. bak lirik lagu Black ngan Malique tu.
"ketawa bersama, menangis bersama. ku bersumpah harap kita mati pon bersama.."
sumpah aku sayang.

tak payah cakap pasal sanggup berkorban apa saja. biar kami aje tahu.
tak payah cakap jugak pasal gaduh. jarang bergaduh. sekali gaduh sampai seminggu bawak diri. hikhik..
tak payah cerita bab dia membongekkan kan aku sampai aku sendiri gelak terkekek-kekek.
tak payah tanya "tak bosan ke lama-lama couple?" jawapannya tidak.
tak payah cakap macam mana seronoknya aku tiba-tiba atok naikkan taraf status dia jadi tunangan aku.
Bestie aku si Mimi cakap, aku and hencik lebah ada instinct yang kuat antara kami.
tak payah cerita jugak apa dia. yang dekat2 dengan kami aje tahu. hikhikk.

sumpah, aku rindu.
Terima kasih ada setiap kali hari lahir.
setiap kali 20 haribulan.
setiap kali ahad.
setiap kali ramadhan.
setiap kali syawal.
setiap masa.


Senyum tengok cincin itu.
Happy Eight Years Anniversary, my dear!!!

p/s: jangan cuba2 nak komen tanya bila nak kawen. jawapannya TUNGGUUUUU... hikhikhikk..

Friday, August 10, 2012

Garage Sale : Novel secondhand =)

Novel murah-murah!!!! Condition still good. baca sekali je. terus simpan kat rak. tak sentuh2 lagi. hikhikhikk...
Anugerah Cinta

harga sebenar: rm19.90
harga aku jual: rm10

Cinta Dua Jiwa

harga sebenar: rm18
harga aku jual: rm9

Seribu Kali Sayang

 harga sebenar: rm 19.90
harga aku jual: rm10

Cuma Dia

harga sebenar: rm19.90
harga aku jual: rm10

Seteguh Cinta

harga sebenar: rm19.90
harga aku jual: rm10

Resah Kasih

harga sebenar: rm19.90
harga aku jual: rm10

Jatuh Cinta Lagi

harga sebenar: rm19.90
harga aku jual: rm10

Suara Cinta Kita

harga sebenar: rm25.90
harga aku jual: rm13

Segalanya Untukmu

harga sebenar: rm19.90
harga aku jual: rm10

Rindu Milikmu

harga sebenar: rm23.90
harga aku jual: rm12

All novels are sold out!!! =)



Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE