Saturday, January 12, 2013

Happy Married Syima and Billy!!

Assalamualaikum.

Hari ni 12 January 2013. hari ni wedding kawan blogger aku si Nuraitul Syima. aku tak ingat macam mana boleh baik dengan si Syima ni. tapi haruslah dari blog kan. hikhikk. so sempena wedding dia hari ni, aku pon gigih la pergi walaupon ngantok2 balik kerja malam pagi tadi, walaupon memang failed jalan2 kat Gombak tu. tapi sebab dah ada teman, aku on jek. terima kasih Dayah housemate ku sebab sudi teman. =) lagipun, teringin jumpa si Syima ni face to face. tak penah jumpa walaupun dekat. dengan si Awin banyak kali dah jumpa even dia jauh nun di Penang. hihii..

Masa sampai tu pengantin tengah makan beradap. aku sempat kacau dia kejap then menghilangkan diri pergi makan. lapar tahu?? lagi2 tengok catering Nurul Izzah yang memang dah tahu terbaik. lagi la tak sempat2 nak makan. kihkihkihh...



Nasib sempat tengok pengantin potong kek elok2 lepas aku habis makan. pastu siap plan dengan si Dayah nak sambung makan dessert pulak lepas snap pic pengantin potong kek. ngeee...


Before balik jumpa pengantin dulu amek berkat. sempat si Billy ni tanya "mana hencik lebah?" 
kalau tunggu hencik lebah alamat aku tak datang la wedding dorang ni. dia kan bakal YB. nak bertanding dah ni. busy la raih undi. kahkahkahh.. ok tak lawak. hencik lebah busy kerja. tu je. =P

terserempak pulak si Yana,kawan hencik lebah kat wedding Syima ni. kecik dunia ni ya?? =)

ok, dah balik nak sambung tido. malam kang kerja lagi weh. 3rd nite. wuwuwuuu.. tak sabar nak habis kan shift ni and cuti 3 hari. yeayy! 

Happy Married for u both!!! Semoga di berkati Allah hendaknya. Mmmuuuaahhhhh untuk Syima. =)

p/s: sayang tab Dayah ketat2. kalau takde tab dia, mahu nye sesat kitorang tadi. =P






Thursday, January 3, 2013

25 December 2012

Titititttt...titititttt...tititititttt... *bunyi alarm henpon*

Allah, malasnya nak bangun pegi kerja. kena pergi ke? PH kot.. kata aku dalam hati. dah la kena OT kerja morning shift and night shift. adoiyaiii..

tetiba henpon bunyi lagi menandakan bbm masuk. dalam hati dah pelik. aik, takkan hencik lebah bbm pepagi buta ni?? amazing nih. lalu aku pon tak sabar2 read bbm tu. rupanya...

"angah, ayah sakit. ambulance dah bawak ayah pergi hospital."

duppp!!! rasa luruh jantung. terus blur. apa aku nak buat nih??lepas golek2 kejap pikir apa nak buat aku terus call ward inform yang aku tak boleh datang kerja pagi ni. aku tak kisah la siapa nak ganti aku. ada or takde orang nak cover aku, aku dah tak kisah. yang penting aku nak balik sungai buloh.

6.50am aku gerak dari puchong, 7.10am aku dah sampai Hospital Sungai Buloh. jumpa kakak aku kat ER. masuk tengok ayah kejap kat dalam, ayah lemah sangat. BP low, SPO2 low, temperature high. =( then dari yellow zone ayah kena transfer ke red zone sebab BP low. 80/40mmHg camtu. Doc diagnose ayah, Septic Shock secondary to Viral Leptospirosis. risau nya aku, ya Tuhan..sepanjang aku jadi anak ayah, ayah tak pernah sakit teruk macam ni. 

dari pagi sampai tengahari tunggu ayah,then aku decide bawak kakak aku balik dulu sebab dia tak sempat mandi apa semua masa ikot ambulance tu. bila dah balik ibu cakap ayah kena masuk HDW (high dependency ward). petang tu kitorang pergi la lagi hospital. lepas habis waktu melawat aku terus siap2 nak balik puchong untuk masuk shift malam. penat?? serius penat. tak tidur satu hari lepas tu kena kerja malam. tapi otak dah tak dapat pikir.

esoknya lepas kerja aku balik sg buloh lagi. rutin dalam minggu tu sama je. balik kerja malam, tido dalam dua jam, bangun pegi hospital,balik untuk lunch, pegi hospital lagi, habis visiting hours kelam kabut balik rumah nak siap pegi kerja. sampai dah 3rd night aku kerja malam tu, aku dah stress habis. elok pulak dapat patient's parent yang perangai entah apa-apa kan. sabo jela aku nih.

lepas empat hari ayah kat HDW, baru ayah di transfer ke medical ward. masa 3rd day kat HDW tu, result keluar untuk Leptospirosis (kencing tikus) negative. 4th day pulak result Denggi keluar pon negative. syukur, alhamdulillah. ayah kena liver infection and pneumonia. BP harus di maintain dengan nor-adrenaline. sebab tu ayah perlu stay kat HDW. masa 2nd day condition ayah paling worst. tak boleh cakap langsung. on Venti mask. air mata aku ni memang non stop dah. =(

Alhamdulillah 31 Dec 2012 ayah boleh discharge. suka kemain ayah dapat balik rumah. hikhikk. Mett pon tahu rindu ayah tau! terima kasih kat kawan2 ayah yang tak putus2 datang bagi semangat kat kitorang and doa kan ayah. untuk family2 jugak.. sayang atok, ucu and makyang lebih sebab selalu teman kitorang adik beradik.

paling penting sekali, terima kasih kat hencik lebah sebab usaha curik2 masa datang lawat ayah and teman aku kat hospital. ayah pulak asek tanya je mana hencik lebah kalau tak nampak dia. adoi ayah, belum jadi menantu lah!!! hikhikhikkk.

p/s: maafkan aku atas kesibukan yang tak dapat di elak. kepada cik fuzie yang tanya pasal novel tu, i'll text u later okeh?? muahhh!! =)

Handmade guest book for Mimi

Assalamualaikum.

Guest book ni aku buat untuk bestie aku dari sekolah rendah sampai sekarang, Puan Mimi. Wedding Mimi & Shaiful ni berlansung pada 15 Dec 2012.. tapi yang sedih...hukhukk. aku dah la sampai lambat gara-gara ikot ayah. sampai kenduri sempat muah2 pipi ngan Mimi je. lepas makan tengok dia dah hilang pegi outdoor photoshoot. tak sempat snap pic dengan dia. =(

Ok, tutup cerita. meh enjoy the picture.


















So, who's next??? Kalau nak order mesti 3 bulan awal dari date kenduri okeh? sebab aku ni banyak nak kena bagi masa. nak bagi masa kerja, tidur, makan, jalan2, tengok tv. haaa.. =P

to order please email:
nensa_clarabelle35@yahoo.com

p/s: tak sabar nak start buat untuk diri sendiri. hikhikk

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE