Saturday, August 20, 2011

Oh,my!!!! it's our Seven Anniversary! =P

As Salam.

Tepat je jam 12 malam tadi aku rasa macam nak jerit oh! nak tahu pasal apa? sebab 20 August 2011 ni aku dengan hencik lebah dah jadi teman gaduh tumbuk2 perut selama 7 tahun. so nak wish Happy Seven Anniversary, hencik lebah!!! =D excited gila. tapi nak bagi amaran. sape yang rasa nak muntah hijau dengan entry ni sila tekan pangkah kat atas belah kanan tu awal2 ye. =P


Tujuh tahun lepas pada tarikh 20 August 2004 (imbas kembali)
Masa tu aku baru lepas habis tuition kat Perfection, Kepong tu. haish terjumpa lagi si apek ni kat depan McD. hati melt sekejap. tak tahu la pasal apa hati debar2 tak hengat bila bertentang dengan mata sepet dia tu. oh, hati! toksah gedik sangat ok? =) Lepas Maghrib dalam jam 8 lebih camtu, aku dengan kawan aku decide nak balik. dalam hati, "alamak, bila dapat jumpa lagi ye?" dekat sampai bus stop, dia text aku.
"awak ade bf?"
"takde.."
"ok,dengan ni saya rasmikan awak jadi gf saya."
hahaha..it was so sweet!! so malam tu rasmi lah aku jadi girlpren kat mamat mata sepet nih. kui kui kui...=P


Sepanjang 7 tahun ni, ada la saat2 yang susah bagi kitorang. tapi paling susah masa tahun ke 6 laa.. teruk sangat kitorang di uji. sampai hampir2 break. Alhamdulillah, kitorang sama2 bertahan. sama2 cuba naik balik. tengok sekarang, dia jadi tempat aku lepas geram tumbuk2 perut lagi. hahahahhh.

hencik lebah tak pernah manjakan aku sangat. dia kata takut nanti bila dia takde aku susah. bergayut dalam tepon jauh sekali. adela dalam sebulan tu sekali dua je dia col aku. tu pon bila kitorang nak keluar sama dia dah sampai kat bawah umah aku ni ha call suruh turun. hahahhh. kalau dia busy dengan keje, kadang 2-3hari la dia tak text aku. tapi aku tak kisah pon. aku buat hal sendiri je. tiba saat gedik datang je aku merajuk ngade2. hee~

tapi ibu selalu pesan bila aku marah2 hencik lebah toksah dok ngamuk2 ngan dia. dia kerja carik rezeki, bukan suka2. nangis kejap T_T. ibu nih.. tak back up anak dia langsung! =(


mak oi, aku dah angau sangat dah ni! help! help! hahahahhh..

so untuk anniversary kali ni aku buatkan dia ala2 macam scrap book tu. tapi tak boleh la tunjuk kat korang lagi sebab tuan dia pon tak tengok lagi. heee~

oklah. takmoh cita panjang2. nak bbm ngan hencik lebah pulak.

Tataaa..

Tuesday, August 2, 2011

It's her turn to be the bride Part 3

As Salam.

Okeh Part 3 memang dah totally xde kena mengena dengan pengantin. tapi di sebabkan tajuk berkaitan dengan pengantin aku just nak cakap la yang mungkin time kitorang tengah berseronok kat Jonker Walk and pusing2 town sebab x jumpa kedai makan best pengantin kat rumah tengah bukak2 hadiah and lepas tu segera menuju ke bilik tido. ehem2! heee~ ok, tutup cerita pengantin.

Moh tengok gambar yang Cik Nana nanti2kan. lepas penat jalan petang tu kitorang check in kat hotel budget yang murah lagi selesa kat belakang Mahkota Parade. nama hotel tu The Legend. mandi2 and solat, lepas Maghrib terus keluar pegi Jonker Walk.













Lepas penat jalan kat Jonker kitorang pusing2 satu town carik kedai makan. tapi sampai masuk jalan hala ke Umbai tu. alang2 terus carik kedai ikan bakar. last2 jumpa satu terbaek punya kat Sungai Duyung. ko tengok gambar Cik Nana kat bawah ni. gila semangat kan? =P




muka kelaparan yang tak semenggah. +_+



siakap tiga rasa terbaek aku penah makan.
sedap gila woo!!!




Then lepas makan kitorang jalan2 kat depan Dataran Pahlawan tu. kan ade macam ala2 Downtown kat situ. terjumpa la Aizul Marcello kat situ ngan member dia. tapi takde la pulak aku menegurnya kan. yelaa.. orang femes.. mana pandang aku ni ha. kui kui kui... ada jugak kitorang pegi tengok kereta yang dah modified menunjukkan kehebatan masing2 kat depan DP tu. yang paling aku kagum dan jakun bila tengok ekzos keluar api ye kawan2. siap record dalam henpon. hehe.. tapi pic2 time tengok kereta2 smart ni ada dalam henpon. malas aku nak transfer nye. sory eh.

oklah.. stop here.

Tataa...

p/s: Cik Nana, puas hati dah dapat tengok pic time malam tu? =)

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE