Tuesday, February 16, 2016

Tabung DIY : Tabung Hijau


Good Morning!!!

Tabung Hijau ni tercipta lepas Performance Drink ku habis licin. Hehehe. Sayang nak buang bekas ni so panaskan scrapper lama aku jumpa kat dapur tu then terus tebuk lubang buat tabung. Dah siap, terus label "Tabung Hijau". Nak tunggu next Performance Drink licin, nak buat Tabung Merah pulak. =D

Oh, aku share tabung ni dengan hencik lebah. Alhamdulillah baru seminggu dah ada 11 keping. <-- Kes tak sabar nak tengok hasil. Hahahaa.. Target tahun ni nak holiday jauh-jauh lagi. Harapnya tercapai la. Setahun sekali pon ok sangat dah. Saja nak berjalan tengok tempat orang. Tu pon plan untuk backpacker style je. Nasib hencik lebah la dapat teman travel yang cheapskate. =)

Sebab aku ni jenis yang kalau pergi holiday, awal-awal decide holiday ni untuk apa. Kalau just untuk rehat-rehat dan tengok tempat orang, memang aku bawak duit cukup-cukup supaya tak memboros masa holiday.

Kalau aku decide, holiday kali ni nak shopping puas-puas, memang aku takde limit barang apa aku nak beli. Hehehee..tapi tak boleh buat selalu la. Kang bankrap. =_=

Holiday tahun ni rasa macam nak sightseeing je. So memang nak cari tempat yang cantik untuk bercuti. Taknak shopping dah sebab barang yang shopping tahun lepas kat Cambodia pon ada yang tak guna lagi. Opps! =P

Ok lah. Selamat menabung untuk korang. Kalau nak tabung macam ni jugak meh order Performance Drink Shaklee dari aku. Hehee..

Till then.


Monday, February 15, 2016

DIY Katil Pallet

Assalamualaikum.

Dah lama gambar terperuk dalam henpon. Bila dah ada notification memori penuh baru terhegeh-hegeh nak transfer ke lappy and terus update belog. Ehehehe.. Pernah baca tak entry Rumah Impian Ayah ? Ha, rumah tu dah siap. Kitorang dah officially berpindah ke rumah tu masa 1 January 2016 yang lepas.

Disebabkan bilik masing-masing dah ada, kena lah beli perabot sendiri. Hehehe.. Tinggal Si Yunnade dan Si Aziim jela ayah sponsor. Yang lain sendiri-sendiri ye. T_T

Perabot lama aku dah tukar tuan. Memandangkan Si Eby mungkin akan berkahwin dalam masa 3-4-5tahun lagi (hihihiiii..) so aku cadangkan dia guna je perabot lama aku tu. Dah nak kahwin nanti baru beli set perabot baru. Bernas tak idea aku? =)

Bilik aku paling comel kat rumah ayah ni sebab aku just balik weekend je kan. Tapi comel-comel pon tetap luas bagi aku sebab segala kasih sayang ada dalam ni. Eh???? Hikhikhikkk. Paling best sebab depan ruang makan. Senang sikit kerja aku. =P


Ni bilik aku before ada tilam. Macam ruang tamu pon ada. Tapi konon-konon nak feeling macam bilik Korean. =_=' (Nak sedapkan hati..)

Sebab bilik comel, maka aku and hencik lebah decide taknak pakai perabot besar-besar. Terkeluar lah idea untuk buat katil pallet. Weee... mula-mula ingat hencik lebah hangat-hangat taik ayam je. Tapi akhirnya siap jugak bilik kitorang macam yang di rancang.



1) Mula-mula guna grinder + kertas pasir untuk licinkan kayu. Taknak la kasar-kasar kayu dia kan? Kang ada pulak masuk selumbar dalam tangan tengah tidur. Bahagian bucu kayu tu boleh licinkan sampai dia takde bucu. Kurang sikitlah bahaya kalau terhantuk ke situ. So, selamatlah untuk budak. (hope so!)

2) Macam aku guna tilam size queen so 3 pallet dah cukup. Satu pallet tu hencik lebah potong dua. Kejap lagi aku tunjuk rupa dia jadi macam mana. 

3) Guna spray khas untuk pallet bagi mencantikkan dia. Hencik lebah guna macam kat pic bawah ni. Kitorang pakai yang clear color je sebab nak kekalkan kaler pallet tu. =D


4) Dah spray apa semua boleh la potong satu kayu pallet tu jadi dua bahagian. Kekalkan size yang lagi dua tu. Nanti kita susun dia cantik-cantik macam kat bawah ni. Yang pallet susunan menegak tu adalah pallet yang dah dipotong dua.

 

5) Dah siap susun kat tempat mana korang nak letak, boleh la pasang bracket bagi dia kekal setempat. Setiap sambungan pallet tu boleh pasang bracket ni. Actually pallet ni agak berat jugak. Mungkin takkan bergerak pon. Tapi untuk kekemasan, pasang jela bracket ni k? =)


6) Ok, dah siap pasang bracket, moh kita bukak plastik tilam. Hehehe..


Tadaaaaa.. 

Memang ada lebihan pallet bahagian hujung tilam. Kitorang sengaja tak potong bahagian tu supaya boleh duduk bersidai tepi katil. Hahahaha. 


Side table sedondon dengan katil pallet kitorang beli kat IKEA je. RM29.90.

Rak pon sedondon. Beli kat IKEA jugak. RM59.

 

Siapppp! Senang tak??? =D

1 pallet tu harga RM10. Hencik lebah beli kat Segambut. Sebenarnya bilik ni tak siap lagi. Bahagian kepala katil tu actually aku nak susun quotes frame. Tapi tak berkesempatan nak ke Kaison lagi. Baru ada 3 frame. Senang beli sekali harung suruh hencik lebah drill. Hehehe..

Oh, bilik aku ni memang takde almari untuk rasa lagi lapang. Cuma beli tempat hanger baju tu je untuk gantung baju.

In shaa allah kalau dah siap semua aku tepek lagi make over bilik ni ye? Semoga tips dan cara buat ni berguna untuk korang. =)

Till then.






Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE