Saturday, April 30, 2011

Selasa, please come fast!

Salam.
Hari ni bermula kehidupan aku tanpa hencik lebah. mak aih!! jauh nya dia pegi. Nun....Bali sana. huhu... sedih wooo~ aku hantar dia kat gate berlepas tu, aku dah cebik2. memang hodoh. ada aku kesah?? tapi takmoh nanges ah. malu. hee..

Sepanjang aku dengan dia, aku memang tokleh nak jauh2 ngan dia. tak biasa la. dulu masa aku dapat posting jauh2 pun, bila sampai je, terus call dia leleh2 air mata. hahahhh.. sumpah gedik. dulu masa aku posting kat Mersing sampai dua bulan dia datang jenguk aku kat sana. masa sebulan aku kat Pontian, aku balik kejap jumpa dia. haish! serius tak boleh blah kan perangai aku nih. huhu..

Sabar eh Cik Myra. Selasa nanti dia balik la. wuuu.. Selasa, please come fast!!!

Bye!

Aku merasa peluang jadi budak sekolah balik.

Salam.

Perkara ni benar2 terjadi. aku nak tipu pon tak berani. tipu tu tak baek woo~ tapi kadang2 aku ada jugak tipu hencik lebah. contohnya...

"Ayang dah makan malam??"


"Belom. makan siang tadi je."

Padahal baru lepas sendawa bau burger kuat2. hahahhh..ok. benda ni aku jarang buat. cuma kadang2 nak mintak simpati dia datang belanja aku makan. heee...

Tapi..Tapi.. yang ni aku tak tipu tau!!! kebelakangan ni selalu terjadi kat aku.

Satu
Masa beli cendol.

Pakcik Cendol: dah balik sekolah ye nak?? (sambil bungkus cendol aku)


Aku: saya dah keje la pakcik...

Dua
Masa beli henpon baru2 ni.

Aku: lain kali la i beli henpon ni. i survey je dulu.


Amoi: ala, lu panggil ayah lu angkat kasi lu ma.. 


Aku: buat apa suruh ayah i belikan. i dah keje. takde makna dia nak belikan i henpon.


Amoi: Haa??? i ingat lu sekolah lagi maa.. lu umur berapa??


Aku: Coming soon 23. (sambil senyum)


Amoi: betol ka? kasi lu punya IC i mau tengok.

Tiga
Masa nak beli baju kurung.

Aku: kak,saya reserve dulu baju ni. nanti gaji saya datang la beli. hahahhh..(sukahati aku je nak reserve baju kat kedai)


Salesgirl: tunggu gaji? awak umur berapa?


Aku: saya dah tua kak. 22 nak masuk 23.


Salesgirl: Laa..akak ingat awak sekolah lagi.

Haaa.. korang toksah nak gelak tutup2 mulut sampai nak patah gigi kat dalam tu eh. ni aku cerita betul. takde drama2 nye. aku tahu korang takkan percaya benda ni. yelaa..mesti korang cakap "ish,dia ni!perasan lebih. dah la debab.nasib comel!" hahahahhh.. ada aku kesah??

Yang penting aku nak cakap.

Terima kasih kat Safi Rania Gold!!!!! sebab bagi aku peluang jadi budak sekolah balik. hahahahhh..

Bye!

sumber pic lama2.
tarikh kejadian sama dengan tarikh pic diambil untuk header di atas.
=P

Thursday, April 28, 2011

Beza dating dulu-dulu dengan sekarang.

Salam.

Bila dah couple lama2, mesti banyak perubahan dalam hubungan korang kan?? tak payah la expect yang hubungan tu akan sama macam korang mula2 couple. bila usia dah makin meningkat, sikap and perangai masing2 pun mesti dah berubah kan?? betul ke tak aku cakap ni? huhuhu... ni aku cakap berdasarkan pengalaman aku dengan hencik lebah la. kalo pengalaman korang lain, baca aje apa aku nak tulis ya?

Dulu.
  • keluar dating naik tren. keluar rumah awal2 pagi. sebab nak jalan2 sampai petang.
  • pegi shopping mall. paling senang pegi Mid Valley. tren terus sampai sana.
  • pusing2 satu mall. semua kedai nak masuk. pastu pegi tengok wayang, makan, main bowling.
  • lepas makan, jalan2 lagi. even kaki penat. tapi hati gumbira. jalan dengan kekasih. =)
  • bila penat, duduk sekejap kat tempat duduk yang disediakan.
  • lepas tu sambung jalan lagi dah petang baru balik. 
  • kena himpit dalam tren. kalo sampai umah lambat, bagi alasan kat ayah tren penuh. tak dapat naik. tapi sebenarnya keluar dari Mid Valley memang dah lambat. =)
  • kalau kata nak pegi Jalan TAR, lepas ronda kat Jalan TAR pastu mesti pusing2 sampai ke Sogo, Maju Junction.. tak rasa letih pon. =)
  • lepas tu melilau carik tempat makan. dulu kan takde transpot. so jalan jela kemana2 pon.
  • bila dah pukul 6,kelam kabut pegi kat tren. kena sampai umah before kol 7.
Sekarang.
  • selalu keluar lepas Asar. tak penah dah keluar dari awal pagi. paling awal pun lepas Zohor.
  • before keluar message dulu tanya nak pegi mana.
  • kalo kata nak tengok wayang, terus pegi Mid Valley, beratur beli tiket, sementara tunggu time nak masuk wayang, pegi isi perut dengan makanan ringan2 dulu. ringan jugak la bila makan Carl's Junior share satu burger dua orang. =) lepas makan terus masuk wayang.
  • lepas habis wayang terus keluar dari Mid Valley.
  • singgah kedai makan area rumah sewa, makan, lepas tu terus balik.
  • kalau nak pegi cuci mata kat Jalan TAR, pegi je..dapat shawl yang berkenan satu, terus balik.
  • kalau keluar sebab plan nak makan sama, lepas makan terus balik.
  • kalau cakap nak beli baju, lepas beli baju plan cepat2 nak pegi makan or tengok wayang. lepas tengok wayang or makan, lepas tu terus balik.
  • even ada can nak overnite sebab duduk sendiri tanpa ibu ayah, tapi still balik umah awal. selalu pukul 10lebih dah sampai umah.
  • kalau tengok midnight movie pon..keluar umah terus pegi tengok wayang,lepas tu terus balik.
Haaaa... korang nampak apa bezanya dulu2 dengan sekarang?? dulu2 selalu menghabiskan masa melilau jalan sana sini. bape puluh kali tawaf shopping complex pon tak bosan. konon jalan dengan kekasih. sekarang, lepas pegi mana takde buang masa dah. terus balik umah. masih jugak jalan dengan kekasih. tapi waktu dah dipendekkan. kenapa?? alasan paling best.

"Jom ah balik. esok keje."

Nyampah aku.

itu baru beza dulu dan sekarang. belum masa depan lagi. masa depan agaknya tak dating dah kot. duduk umah je. hahahhhh

ehh?? apa kaitan dengan Lisa Surihani??

p/s: Cik Nana pon sekarang rasa pengalaman yang sama. dah tak sama macam zaman dulu2 kan babe? =)

Eh, aku kena buatan orang ke??

Salam.

Sekarang ni rasa nak nanges, nak jerit, nak hape entah lagi aku pon tak tahu. Aku serius tak paham kenapa ada orang yang mendengki kat aku sampai macam ni. Wuaaa~ tak tahan dol!


Aku perasan hal ni masa aku mula2 kerja part time lepas habis SPM kat The Store Sungai Buloh dulu. aku kerja kat butik baju ladies la. masa tu aku kerja dari kol 9.30am - 9.30pm. lama kan?? tula kerja pertama aku. jadi salesgirl. ok, tu bukan pointnya. pointnya sekarang, sejak aku kerja kat situ aku asek menggaru2, pastu naek bengkak2, kulit gatal2.. mula2 aku buat bodoh je. tapi bila keluar je dari tempat keje, gatal2 dah kurang, bengkak terus surut. pelik. aku kena buatan orang yang mendengki kat aku dapat keje kat situ ke???

Haish! Palis2... <--kata orang Sabah kalo nak ngelak sumting. ala macam orang Cina cakap "Choyyy!!!" 

Pastu kejadian paling teruk berlaku masa aku posting kat Hospital Putrajaya department DayCare. time ni setiap hari aku nak masuk shift, mesti aku debar2. takut gila. dah la dalam DayCare tu sumpah sejuk gila ok. aku walaupon banyak lemak nak panaskan di saat2 aku tengah sejuk, tapi wa cakap terus terang ngan lu, wa memang tak tahan sejuk tau!! time aku tengah2 kerja nanti kan, habis jari2 aku naik bengkak, badan naik gatal2, merah2... masa ni memang aku rasa nak nangis! tak tahan kau tahu tak???

Eh?? Siapa yang dengki sangat bila aku kerja dengan penuh berwibawa ni?? Siapa yang berani buat aku camni ni??? T_T


Bila dah dapat kerja sekarang ni..aku kerja macam biasa aje laa.. tapi bila aku start aje kena buat double shift, dah petang2 sikit, dah bulan makin timbul, dah environment makin sejuk, aku start la gatal2 balik. kadang2 malu nak cerita kat orang kenapa aku menggaru sana sini bila orang tanya. selalunya sampai kat rumah la aku menggaru2. sometimes sampai naik bengkak badan sebab gatal sangat. tengok tu, bila aku double shift, nak carik duit lebih sikit mesti ada orang dengki kat aku. bukti ketara sangat dah!!! time aku kerja single shift jarang pulak aku kena macam tu. kecuali la kalo aircond sejuk sangat. baru la aku start balik kena macam aku cerita tadi tu.

Sedih. Siapa la yang sabotaj aku sampai macam ni sekali. ko tahu tak seksa aku nak menggaru satu badan?? ko tahu tak kadang2 aku sampai susah nak bernafas disebabkan semua ni? ko tahu tak aku boleh kena anaphylactic shock??? ko memang nak aku mati ke???

T_T
nanges.










Eeh...kejap2!!! Ooohhh........ baru aku perasan! aku allergic dengan aircond yang centralized dalam bangunan tu rupanya. mana ada siapa2 buat aku lah!!! jangan negative thinking sangat boleh tak korang ni? haishh~

tu ah aku cakap aku malu nak bagi tahu orang bila orang tanya kenapa aku gatal2. sebab bila aku cakap aje mesti orang cakap,

"Eh, ada ke orang allergic dengan aircond dalam bangunan??"

aku jawab la "ada, aku la tu.sebab aku pasang aircond kat bilik aku takde pulak aku naik gatal2, bengkak apa semua kan."

Pelik dengan diri sendiri. Allergic tak tentu hala.

Bye.

Tuesday, April 26, 2011

Kenapa asal Maid je, kita panggil dia Bibik?

Salam.

Entry kali ni pendek je. nak ulang tayang chit chat aku ngan sorang patient aku ni ha. saja borak masa aku tengah bagi ubat tru IV kat dia. nak bagi bolus tu lama weh.. takkan aku nak diam je. dah macam orang bodoh pulak rasanya.

Aku: Kakak, malam nanti siapa jaga? mummy ke?


Kakak: tak lah..Mak Na...


Aku: Mak Na tu siapa?? 


Kakak: Mak Na tu adik mummy..


Aku: ooh...kat rumah pun Mak Na jaga ke??


Kakak: tak.. kat rumah Kak Yus yang jaga..


Aku: Kak Yus tu siapa pulak?? BIBIK eh?? <--banyak tanya kan misi ni. hehehhh


Kakak: taklah..dia MAID..

Okeh fine. terus diam.

Sunday, April 24, 2011

Jom kitew BOOOO kat sapew2 yang cakap macam tew!

Salam.

Point aku hari ni adalah untuk menaikkan point CGPA menyembur kat siapa2 yang berani2 nak message aku ke, komen2 status FB aku ke, PM aku ke dengan ayat mintak penampar macam ni.

"Hye awak! awak sihat kew? awak dari manew ek? nama awak sapew?"


"Ye keww?? sayew pown tak tau.."

Hey! waddehel laa ayat2 macam ni. geli aku nak baca tau tak??

Tiap kali ada orang message2 aku macam ni, aku teringin sangat nak tengok mulut dorang sebut perkataan tu macam mana ek. gila GELI! rasa macam nak tarik muncung mulut dorang tu kot. hish!

Ada la sekali mamat mana entah PM aku kat FB. bagi ayat2 macam tulah. aku terus sound,

"Weh,kalo nak borak tak payah la setiap perkataan ko tu ade huruf W. geli pulak aku nak bacanya."

Hamek ko! selamba badak aku sound. biarkan. bukan aku kenal pon mamat tu. yang gedik2 nak nyusahkan aku baca message dia siap suruh? terus la dia tak PM aku lagi sampai sekarang. Yeayy!!! =P


Korang2 sape agree perkataan2 yang ditulis camtu memang annoying?? angkat tangan macam Usop Wilcha. hahahhhh..

Bye!

Inner itu saya punya!!

Salam.

Aku di tag oleh Cik Fae pasal contest Inner itu saya punya yang dianjurkan Mrs.VIP. ecececehh..ayat nak skema jek. hahahh..so aku beranikan diri pertaruhkan gambar yang jadi header aku ni untuk contest ni.
Antara syarat contest ni aku kena bagi reason kenapa aku patut menang contest ni. ermm..sebabnya ialah....emm... (eceh,malu2 pulak!) sebab boleh tambah koleksi inner yang tak berapa nak banyak sangat tu. lagipon aku rasa meby muka aku akan jadi cantik berseri2 bila pakai inner yang Mrs.VIP nak bagi ni. ahahahhh... tu ajela kot sebabnya. aku memang suka pakai inner. tapi sekarang sejak geng nak berjalan ke Jalan TAR dah terbang ke Saudi, dah tak best nak pegi borong inner kat sana sorang2. masuk contest ni dapat jugak inner baru ye tak??itu pon kalo menang. eheee~

oklah. thanx Mrs.VIP buat contest macam ni!

Dua orang yang aku nak tag:
Cik Nana
Awin

XOXO

Bye!

psstt!!!yang tak pakai tudung pon boleh join contest ni. kalo dah menang tu, korang bagi la kat aku. hahahhhh

Wednesday, April 20, 2011

Cerita pasal Enam Tahun Lapan Bulan, bebeh!

Salam.

Merujuk kepada tajuk di atas, sesape yang rasa tak suka baca, sila nyah awal2. jangan korang baca sampai abes entry pastu nak kutuk2 hingga muntah hijau pulak.

Wuwuu..hari ni sudah Enam Tahun Lapan Bulan terbang dengan hencik lebah. gedik tak?? hahahhh..bukan ah kitorang sambut tiap2 bulan pon. tu memang melampau! tapi cukup la sekadar nak ingat setiap kali 20hb is hari kitorang bersama. tak perlu nak sambut Valentine pon! 20hb is enough for me. =)

Aku bersyukur jugak la sebab even hencik lebah berlagak macam mana dengan aku pon, tak message aku berhari2 pon, tak dating sampai dua minggu pon, tak belanja aku makan pon .. (eh,banyak pulak pon) tapi setiap kali 20hb dia mesti ingat kat aku. dia tak penah lupa 20hb. ngee~

Ehem2, malu nak cakap. =_=
Aku nih, dah berapa lama dengan dia pon, asal dapat message dari dia je mula ah terkinja2 macam kera dapat bunga. siap cakap "yeyayy! pakwe message!" hohohhh... gedik sungguh kan?? macam budak2 tak matang langsung. tu belum ko tengok kalo hencik lebah call lagi. senyum macam nak terkoyak dah bibir Angelina Jolie aku ni. hukhukhuk... hencik lebah tak tahu tau perangai buruk aku yang ni. sila jangan bocor rahsia. hahaahhhh...

Ok2. sudah la tu. takmo cerita lebih2.. malu ah! heee~ sumpah gedik. korang semua, sila doakan harini hencik lebah tak busy boleh tak?? sebab dia cakap kalau dia free dia nak datang bawak aku pergi tambah lemak kat Pizza. weeehhhuuuu!!!!! mak dah lama ngidam nok~ hahahahhhh

ni gambar masa muda trang tang-tang. ciss! hahaahhh..muda la sangat. gambar tahun lepas je kot.

sayang lu bangat hencik lebah!!!

Bye!

Psstt!!!!!! sangat rindu kat Cik Puan Syikin and Yunna De. tepek sikit muka dorang.


Tuesday, April 19, 2011

Rupanya aku keturunan diraja. terus jatuh gering!

Salam.

Hye! takde idea nak update. sedang gering ni. eh2?? bila masa ko jadik anak raja gopal nih? hee.. tipu2! toksah percaya sangat dengan tajuk besar gedabak kat atas tu. semalam start bangun dari tido petang tu dah start flu. tapi tak teruk sangat. sekali bila malam, masuk aje keje, dah la buzy macam disaster! keje dua orang. ha, amek la ko! terkejar2 sana sini. masuk bilik patient, sejuk kemain. haish dorang ni! dah macam kat kutub utara.

Punyalah aku tahan nak bersin. korang tau kan rupa nak tahan bersin tu hodoh yang amat?? haa, ce bayangkan muka aku. ok, sudah2!! toksah nak over2 pulak. balik aje keje pagi tadi dah tentu la nak tido kan. ngantuk yang amat. malam tadi busy. sekali badan sejuk2 demam pulak.. terus makan Panadol and Piriton langsung nyenyak sampai pukol 2 petang. bahagia. =)

Sekarang sakit kepala denyut2. tekak sakit. seksanya!


Boleh ke nak buat macam kat gambar tu?? =)

Bye!

psssttt!! sekarang musim staff kena Tonsilitis. ramai pulak MC. =(

Monday, April 18, 2011

Cerita pasal nak naik pelamin lah!

Salam.

Mode: baru bangun tido ni. jangan pelik. aku keje malam okeh. jadi memang siang waktu tido aku. Hari ni nak cerita pasal nak naik pelamin. ehem2! kalo nak tahu, tuan punya belog ni bukan maen takut lagi nak naik pelamin. asal nak pijak pelamin je kaki gigil2 macam hape entah. nak kata gayat, tapi pelamin bukan tinggi mana pon ye tak?? hehehhh. tapi dah takut2 nak pijak pelamin pon, tuan punya belog kemain gatal lagi nak kawen. hahahahhhh

ermm... biasalah bila dah sampai tahap umur macam sekarang ni. tak habis2 kawan2 terdekat habaq mai pasal plan depa nak kawen. nak kawen hujung tahun ni la.. nak tunang tahun depan la.. sudahnye aku jugak yang melopong tinggal sorang nanti takde kawan nak bercanda.

meh nak cerita pasal dorang2 yang nak naek pelamin nih.
pic malas nak edit.

tu kawan aku Azimah Aziz. panggil je Ima. yang laki tu Findi tunang dia. Ima ni room mate aku time kat kolej dulu. best oh room mate ngan dia ni. selalu je aku bangun tido makanan dah terhidang. tinggal nak makan je. hehehehe... kitorang suka minum teh O suam pakai sudu. nikmatnya! dia memang pandai masak. tak macam aku. aku pandai jugak. tapi pemalas yang amat. hehe.. ujong tahun ni dorang plan nak kawen. cepat sikit la weh!!! takmo tunda2 dah.. lambat benar nak tengok korang jadi pengantin.

yang ini pulak Cik Ty. nama betol dia Atiqah. nama glemer time kat kolej Tiqah Bilirubin. tak ingat aku mana datang nama tu. dia pulak panggil aku Mey. hehehe... kisah cinta dia ni tragis sikit. takmo cerita ah. tu bukan hak aku nak heboh2 kat orang. tapi lelaki dalam pic tu nama dia Paan. cinta baru dia. dorang baru je tunang sabtu lepas. nak kawen bulan 7 ni sebab bulan 7 ni adik si Ty ni balik bercuti dari oversea. cepat2 dapat anak ye Ty. mesti anak ko comey cam ko. ehehehe... *sory Ty. curik pic tu dari FB ko. hehehe..

yang pic gedik kat atas ni pulak bestie aku since dari first day aku register kat kolej. nama dia Nana. ala selalu je aku tepek muka dia kat blog aku ni ha... sebok je kan? ahahahhh. mamat tu boypren dia nama Dean. aku ingat lagi masa memula dorang kapel si Nana ni send MMS kat aku pic dorang berdua. terus aku cakap "eh. kenapa muka macam Bront Palarae!" hahaahhhh.. tapi lepas tengok banyak kali takde maknanya sama dengan Bront. cuma dagu je kot sama sikit. hehehe. mereka ni plan nak tunang tahun depan kot. dah siap pegi kursus kawen bagai. jeles aku dol! semoga korang bahagia hingga hujung nyawa~ tapi nanti ada anak jangan letak nama anak Aidan tau. nanti orang kampung dia tuka jadik Aidang pulak. heee...

yang ini nama dia Atikah jugak. tapi aku panggil dia Tikah je. dia orang Raub. mamat baju hijau tu Mirul orang Melaka. dah lama jugak dorang kapel. dari zaman kolej. macam2 masalah jugak dorang dah hadap. biasalah tu kan. sape kapel takde masalah?? meh habaq kat aku. dorang ni senyap2 je.. tiba2 aku tengok banyak pulak status FB si Tikah ni up pasal kawen kan. aku tak puas hati terus pegi tanya kat dia. dia cakap maybe hujung tahun ni time besday dia majlis nak langsung. congrats dear!!! tercapai jugak impian korang ye.
ehem2, pic ni curik kat FB dia tau. hehee

yang ni pulak...ehem2..mereka kapel lama dah. sampai orang cakap kalau kawen dulu, anak sekarang dah masuk tadika laa.. hahaahhh.. gila apa dorang nak kawen time sekolah! yang ini.. tak tahu la tahun bila nak kawennya. lambat lagi ah!! dalam dua-tiga tahun lagi kot. so korang takmo la balik2 tanya bila nak kawen. penat tau tak nak jawab??? tapi doakan ajela untuk kitorang ya?? moga2 impian aku termakbul, korang kawan2 blogger pon boleh merasa nasik minyak aku. nak tak? nak tak?? hehehehe...

Bye!

p/s: nanti aku, Ty, Tikah and Nana boleh balik kampung sama2. sebab Ty and Nana orang Melaka. Tikah pulak kampung bakal laki dia kat Melaka. Si Pemilik Tulang Rusuk aku pon kampung kat Melaka. hihihiii... Ima, kalo ko nak ikot boleh jugak. kita tak kisah... huhu..

Saturday, April 16, 2011

Untuk Misz Fae lagik~

Salam.

Yeay!!! Memandangkan Misz Fae dah tinggalkan link dia, mari kita review blog dia. bagi sesape yang tak kenal Misz Fae ni, dia follower aku ke 200. Sila tabik spring sikit! aiyaii captain! ahahhhh

Aku start baca blog dia dalam awal bulan ni jugak la. aku baca entry dia pasal dia terkena april fool ngan boyfie dia. hehehe.. tahun ni dia pulak terkena balik! aku ngan hencik lebah aku tak penah maen2 pasal April Fool ni. kang tak pasal2 aku nanges pulak. dia tu bukan betul. bab2 nak ngenakan kan aku tak payah tunggu April Fool. setiap masa aku di fool kan dia. hahahhh

blog dia pon banyak cerita pasal life and cerita boyfie dia lah. macam aku jugak. ehee.. blushing ah! eh, gedik pulak aku. ciss!!

so korang2 pegi la jenguk dia pulak lepas baca entry ni. huhu... ni je yang aku dapat buat untuk tunjukkan aku appreciate reader2 aku ni ha walaupon la tak ramai mana kan. ngeee...

ni hadiah untuk Misz Fae..


















eh? debar2nya!!

















Mmmmmuuuaaaaaaahhhhhhh!!!!!!!!!



Bye!

Hahahahhh..ini bukan Lesbo tau! ini hadiah ciuman tanda persahabatan. =)

Surat Chenta untuk Misz Fae-Si Follower ke 200.

Salam.

Eh, aku tahu lah follower aku tak ramai mana. baru jek 200. tapi still aku appreciate korang2 yang follow aku k??? Mekaseh kat Misz Fae sebab awak follower ke 200 saya. tapi saya tak dapat link awak lah! sila tinggal link awak untuk saya yek? please2~ * hope Misz Fae baca. huhu...

Thanx korang.
sudi jenguk blog buruk and cabuk ni.
huhu..

Mmmuaahhh!!!

Regards,
Myra Anne

Friday, April 15, 2011

Air liur meleleh, tak dapat ketagih~

Salam.

Kepada korang yang tak tahu, cik Myra Anne yang gojes debab nih memang suka benau ngan Red Bean Bun. kalau pegi seven E dengan niat nak beli roti, dia memang takkan pandang roti lain. masuk2 terus je capai Red Bean Bun lalu terus bayar di kaunter. semudah 1,2,3 kan? eehh..apa aku ngarut nih? hahahhhh

Di pagi yang mulia ni aku bukak mata lalu terus teringat kat red bean bun aku yang aku simpan dalam beg pegi keje. konon2 bawak bekal bila lapar kat wad. tapi sampai wad je, nasik kukus ayam berempah yang abang kereta biru rambut panjang dan kedekut tu jual lebih memanggil2 seleraku. haish!! panjang benau aku described abang tu kan? hehehe... di sebabkan kerinduan pada red bean bun aku tuh, aku pon dengan semangatnya bangun capai beg, amek roti lalu makan. eh? tak gosok gigi?? errr... hahaaahahhhh

pastu semangat nak google pic menarik lagi tertarik roti fevret aku ni ha.
OMG!!! (oh mak gad!) penuh gila red bean dia..shedap oh~

ini comey!!! nak carik ah nanti!
*nekad!*

ni yang aku selalu beli.sedap di makan time tengah amek report kat wad.
time lain tak feel sangat nak makan.
hahahhaahhhhh

kalau pau, aku punye fevret Yik Mun Pau yang femes sangat kat Tanjung Malim tu. memang superb ah pau dia!! dah la lembut, gebu macam saya ngan isi dia shedap!!! memang terbaek ah!! kalau balik kampung selalu ngendeng ngan ayah suro singgah beli pau ni. sedap di makan time panas2. kalau ayah takmo singgah aku boleh merajuk dalam kereta ko tau tak?? kihkihkih..

kat Yik Mun ni semua inti aku suka. tapi dia nye pau kacang merah memang shedap gila wa cakap lu..kalo ko koyak je pau tu tengok2 dia nye inti kacang merah macam melt. oh, memang menggoda lah!!! pau inti kari ayam and kari daging dia pon marveles~


dia ada jual dalam frozen pack jugak. tak ingat aku baper harga dia. dalam belas2 jugak la. aku jarang beli. sebab aku ni jenis kepala hotak pikir yang kat kedai je sedap. yang frozen tak sedap. hahahhh.. boleh gitu? tapi penah beli untuk hencik lebah. dia pon suka yaww! padan ah muka dah kembang macam pau. hahaahhhh

Sesape yang nak pegi kedai ni, jangan tanya aku ikot jalan mana ye. pegi je Tanjung Malim tu pastu tanya kat orang kedai ni kat celah mana. semua orang tau. tanya aku pon bukan aku reti. dah banyak kali pegi tapi tak penah ingat jalan. sebabnya selalu dalam kereta tido je. dah sampai depan kedai baru orang kejut. hehehee

bye!

p/s: aku tak paham nape sesetengah orang makan pau pegi koyak kulit pau nih. membazir dol! kalo aku, telan je semua. =P

Thursday, April 14, 2011

Meh aku nak ajar korang cara nak jaga anak demam.

Sepanjang pengalaman aku jadik nurse ni, ramai dah aku ketemu para ibu dan bapak yang tak erti cara mahu jagain anaknya yang jatuh sakit. eh! eh! nape keluar bahasa indon pulak ni? hahahhhh.. ok2, be serius bole?? ha, betol apa aku cakap. banyak sangat aku jumpa kes2 yang anak demam, tapi takmo nurse buat pape. dah tu ko masuk hospital buat apa??? aku lepuk ko kang nak?? meh bagi aku buat keje aku! haa, garang tak?? kihkihkih..

Aku bukan nak buat perkauman la kat sini. tapi ramai aku jumpa kalo chinese ni kan, anak demam lagi dia pakai kan baju kat anak tu berlapis2. pulak tu bukan pakaikan sweater ke apa. tapi baju ye kawan2. dah selekeh je aku tengok pakai shirt berlapis2.

ok first, kalo tengok anak ko macam tak sihat, haruslah ko check temperature dia dulu ye tak?? jadik, kewujudan termometer kat rumah sangat lah perlu. beli yang kepit2 kat ketiak or boleh sumbat kat mulut ok? kat hospital tempat aku keje memang jarang guna yang termoscan tu. means yang cek temperature kat telinga tu sebab kurang accurate bacaan dia.
dah cek temperature dia tu, kalo 37.3C tu dah kira low grade fever dah untuk baby. untuk dewasa tak demam lagi. bole la kalo nak bagi Syrup Paracetamol tu. pastu nanti later check balik ya temperature anak ko tu. kalo dah turun bagus la. kalo makin naik, kiranya temperature dah lebih 38.5C. bole la korang sumbat ubat kat bontot dia pulak. tapi kalo before tu korang bagi anak korang Syrup Ibuprofen, nak bagi ubat bontot harus tunggu lepas sejam eh. takut overdose pulak nanti.

lepas tu toksah gedik2 nak sayang sangat anak korang. kalo dia takde gigil2 sejuk bawak je pegi mandi. trust me!! kalo bawak mandi, kejap je demam anak ko dah turun. ni ada yang sayang sangat, anak tu takde gigil2 pon selimut tebal bukan main! aku nak tekankan kat sini. kalo dia takde menggigil toksah la korang balut dia macam balut cempedak pulak. bagus korang expose dia. biar keluar bahang panas dia tu. lain la kalo dia menggigil2 kan.. gila pulak kalo nak expose dia. kang biru anak korang aku tak tahu.

ada sesetengah mummy patient aku yang sayang sangat kat baby dia. bila cek temperature anak dia demam, kebetulan anak dia tido, aku cakap nak kejut nak bagi ubat then mummy dia pulak cakap "Eh, nantilah..dia kan tengah tido tu". ok, fine aku akan bagi masa kejap biar dia kejut anak dia sendiri. tapi kalo temperature dia dah lebih 38C....

aku: saya nak kejut jugak dia bagi dia ubat. then kalo bole mummy lap2 badan dia dengan kaen basah. cepat sikit turun suhu dia.


mummy: taknak la saya. kan dia demam tu. lagipon dia tido. dia susah mau tido maa...


aku: sebab dia demam la saya nak kejut dia bagi dia ubat.lepas makan ubat dia boleh tido lagi. lagipon, baby senang kena sawan tau kalo temperature dia tinggi sangat tau. tapi takpelah... kalo mummy nak tunggu dia bangun, nanti panggil je saya ok?? (psiko dia sambil senyum meleret)


mummy: eh, yeke baby senang kena sawan? kalo macam tu, misi tolong la bagi dia ubat sekarang. 


aku: (yes2! berjaya psiko orang) ok mummy! nanti saya tolong buat tepid sponging kat dia ok??

hahahahhhhh...camtu la cara aku psiko mummy yang sayang sangat kat anak sampai takmo bagi anak baik ni.kot ye pon sayang sangat anak, ikot cakap nurse ok?? kang anak ko kena sawan kat wad aku jugak yang kelam kabut. ko pon nanti susah hati kan??

kesimpulannya, simple je nak jaga anak demam ni.
1) cek temperature
2) bagi ubat demam
3) expose dia kalo dia takde shivering. jangan nak selimut tebal2.
4) after recheck, then temperature increase, masuk ubat bontot.
5) bawak pegi mandi or lap2 badan dia dengan kain basah. tumpuan kat celah ketiak, celah peha and kepala.
6) nanti recheck balik temperature dia la. tengok effective ke tak rawatan ko tu.

ok bye!

Tuesday, April 12, 2011

Lebah pon ada surat cinta tau!!


dear hencik lebah,
saya jatuh cinta dengan awak since saya nampak awak first time kat McD Kepong.
saya tak ingat tarikh tu. tapi dalam bulan enam tahun 2004 kot.
sejak haritu saya janji kat diri saya kalau saya diberi peluang untuk hidup dengan awak,
saya akan terima segala ujian yang Tuhan berikan,
biar susah mana dugaan tu...
tengok, saya masih kat sisi awak sampai sekarang.

dear hencik lebah,
saya takmo mintak apa2 kat awak.
saya tak mintak kawen kat hotel,
saya tak mintak hantaran ribu riban,
saya tak mintak hantaran GUCCI, Louis Vuitton or SK2,
saya cuma mintak awak sentiasa ada untuk saya tak kira saya senyum atau menangis,
sebab tu pon dah cukup bagi saya.

dear hencik lebah,
malam ni saya cuma nak kata saya sayang awak gila babeng!
saya susah hati tengok kepala benjol awak tu.
saya takut jadik pape kat awak.
and saya harap jugak supaya otak gila2 awak suka ngutuk saya tak tentu hala masih maintain
supaya saya masih boleh ketawa mengilai macam pontianak Nana

dear hencik lebah,
saya rindu lah!!
bila rindu awak saya selalu je lapar.
jadik sekarang ni...
saya cuma nak cakap yang....














saya nak tido la!
sebab bila saya tido saya tak makan.
kurang sikit risiko untuk gemok.

ngeee~

ok bye!

p/s: hencik lebah, Happy Six Years Seven Months Three Weeks and Two Days with me! =)

Monday, April 11, 2011

Lebah patah sayap

Salam.

Sedih. =(

Semalam hencik lebah eksiden. kereta dia terok. dia ada benjol kat kepala. ada lebam sikit. dia terhantuk kat cermin pandang belakang tu. sampai patah cermin tu. kuat gila dia terhantuk. lepas tu dia kompelin sakit kepala berdenyut2. nasib baik makwe dia nurse. terus bagi ubat tahan sakit kat dia.

kesian tengok dia. Tuhan, lindungi dia ya??

Friday, April 8, 2011

Malam berinai ku tak seindah malam berinai pengantin lain.

Salam.

Sory...sepanjang aku berblogging ni, tak penah aku habaq kat korang yang aku tengah busy pasal persiapan kawen kan?? elok je aku update itu, update ini.. tapi tak story pon pasal preparation aku. pastu tahu pulak nak jeles bila terbaca blog yang cerita pasal wedding preparation orang lain. so atas sebab tu lah aku nak bongkar kan semuanya kat sini gara2 aku sedih sangat pasal malam berinai aku. tak sampai berapa hari je lagi.. hukhukhuk...
ni pelamin nikah aku. oh, tak sabar nye nak duduk atas tu!!!

ni pelamin kitorang. buat kat dewan je...hotel dah fully booked. pic ni pon amek dari wedding planner kitorang. tak sempat nak pegi tengok sebab busy sangat. semua aku kena buat sendiri. sigh~ blogger2 yang nak datang, sila bagitahu awal2. aku nak reserve meja untuk korang. ok?

ni hantaran yang dah siap.

hand bouquet pon dah siap.

photoG dari Green Loves pon dah tak sabar2 nak snap pic aku.

tapi...sampai hati sedara-mara aku buat aku macam ni. sedih tahu tak???? tak penah aku tengok kenduri orang lain macam ni tau! selalu time nak berinai tu, ramai je sedara-mara datang nak sebok sekaki. sebok nak hulur jari nak tepek inai jugak. tapi aku.....
sedih tak??? sorang2 jek.pakai sendiri ok?? sangat sedih!!! tengok2. gigih tak aku??? nak berinai punya pasal. isk! takkan la nak kawen takmo pakai inai kan?

sedihnya takde pic malam aku tepek inai untuk hari bersejarah aku nanti...tengok, dah siap pon snap pic sendiri je. haru kan???
tapi takpela...hari aku berinai betol2 nanti akan aku snap pic banyak2. biar la aku tak boleh pose sebab jari2 tangan dan kaki penuh inai sekali pon, akan ku cuba sehabes baik untuk bagi pose terbaek untuk korang. aku janji tau!!! yang ni...berangan je lebih. berangan sampai ke laut. mana ada aku nak kawen!!! hahahahahhhh.

saja aku pakai inai untuk konon2 nak feeling pengantin baru. gatal gila! ni semua sebab ibu bawak balik inai banyak sangat dari Mekah. menggedik2 la aku nak pakai kan... hehehehe...

oh,ya!!! pic2 di atas aku amek dari Kerja Kahwin Design & Collections. aku adore gila pelamin2 dia. lagi2 yang macam kat atas tu. "Awesomenya!!!!" hencik lebah, wa sudah sangat berkenan sama itu pelamin la! mari kita kawen! kita mintak ayah sponsor ok tak?? sebab ayah yang sebok suruh kita kawen cepat2.  

hahahaahahhhhh...

Selamat Pengantin Baru,Myra Anne! *errkkkk...

bye!

p/s: siyes kawen nanti nak guna khidmat Kerja Kahwin and Hencik Fendi Green Loves!! =) ehem2! fendi, dah pomot ni. bila nak belanja meatball ikea and lawan bowling lagi? hahahaahhh

Thursday, April 7, 2011

Dengki dengan Yuyu Zulaikha and Fatin Liyana

Salam.

Ya, memang aku mendengki sangat dengan mereka. ada masalah???? Kalo boleh nak hack blog mereka lalu ketawa berdekah-dekah sambil buat muka dono bila perihal ni di perkatakan. kahkahkah...

T_T

Tapi..tapi... kenapa pulak aku nak mendengki tak memasal nih??? hahahahhh.. gempak lebih aku ni kan. dengki sebab mereka ada header yang comel lagi ganteng hingga menjeleskan aku. itu saje la. tapi sekarang aku tak perlu la nak bersedih selepas perasaanku di hasut setan tu sebabnya aku pon dah ade header simple lagi kacak seperti mereka dengan menggunakan khidmat dari sumber yang sama iaitu Kak Ezan!!!!

Hoyeh2!!! mekaceh akak comel kerana sudi membuatkan kita header comel tu. lain kali boleh buatkan lagi kan???

"boleh2...sediakan aja uangnya ya?" <--tolong jawab untuk Kak Ezan. hahahaahahhhh...

ni header simple lagi kacak yang terbaru.

ni header yang lama dapat free sebab masuk contest by Myung Dae

lepas ni boleh tukar2 header. hehehehehhh

Cik Yuyu and Fatin Liyana jangan risau ye! kita tak dengki dah...kita geng sama2 main masak2 ok tak? mmuaahhh!!!!

i Love You, my dear Lomo!

Salam.

Ramai jugak yang minat Lomo ni eh??? ramai pulak yang tanya pasal Lomo kat aku. macam aku terer sangat pasal Lomo. tapi kalo korang nak Lomo ni satu, meh baca entry ni sampai habes. heheheh..

elok2 lepas aku update pasal Lomo comel kat entry before ni terus aku terjumpa link untuk Lomo simple+comel macam kat pic bawah ni. "Awesomenye!!!"

Sebab dia sangat murah dan comel, langsung tak sempat2 nak ngendeng2 kat hencik lebah nak mintak as besday gift. terus laju2 nak order. huhu.. memandangkan Lomo ni pre-order so bulan depan baru boleh dapat barang ni. Pre-order akan berlangsung dari 1/4/2011-15/4/2011. Barang2 dijangka sampai 11/5/2011.

Cik Anis yang comel a.k.a tukang jual Lomo comel ni, kita harap dapat barang ni before besday kita ya? besday kita 26 mei bulan depan. boleh kita tayang2 dengan riak nya kat hencik lebah kita tu. ehehehehe...



Untuk Cik Linda yang teringin jugak Lomo ni, boleh la pegi kat sini -->Elmo Street. nanti kita snap pic pakai Lomo sama2 yea? kita pakai yang biasa2 punya dulu, nanti boleh try fish eye pulak. =)

Harga Lomo kat atas ni??? RM 40 bebeh! terkejut?? sila pergi order satu.. hehehehehhh

*aku tahu kalo hencik lebah tahu aku beli Lomo ni mesti dia bising cakap "tak habis2 dengan camera!!" so i better shut up until dapat barang ni supaya nanti dia hanya boleh geleng2 kepala tanpa mampu nak komen pape sebab aku memang dah beli. hahahaahhh

Tuesday, April 5, 2011

I Fall in Love With You, bebeh!

Salam.

Selalu kan, tengok je sesetengah orang guna camera Lomo tu. kadang2 jeles tahap gaban sebab tengok pic2 dorang "Ouh! Awesome nyaa!!!!"  dia punye efek cantik2. suka ah!!!

Lepas tu masa jejalan dengan Awin kat Sunway Pyramid terjumpa satu kedai Lomo ni kat dalam Asian Avenue tu. terus macam jakun tengok pic2 dia yang cun gila tu. Oh lebahku!!! i really want the Lomo camera lah!
kenapa DSLR takde comel camni huh???

Selalu kan dekat2 besday aku hencik lebah tanya nak apa. kali ni takde pulak. nak ngendeng ngan dia nak mintak benda ni. hohohoooo~ tengok keji gila aku gelak kan bab2 nak menghabiskan duit hencik lebah ni. tengah susun ayat nak pikat hencik lebah ni. besday bulan depan je ni. misi harus plan betol2. barulah boleh mission accomplish. kahkahkah..

"Sayang2...mau Lomo camera lah! boleh or takpe?"  wakakakakakakaaaaa....

"Kalo takmo bagi ini Lomo camera jom kita pegi Poh Kong beli cincin!" 

hahahaahahhhhhhhh...

Bye!

Jangan stress tau! nanti awak botak.

Salam. Awal pagi tadi aku balik Sungai Buloh dari Puchong. baru abes keje malam. before balik sempat singgah pegi beli white coffee kat cafe hospital. buat bekal tahan mengantok dari Puchong ke rumah. hehehh.. nak elak jem punya pasal aku pusing lalu kat Shah Alam. nak lalu Sunway?? huhh, alamat aku tido dalam kereta la jawabnya.

Drive macam biasa, pasang lagu kuat2 dengan harapan mata tak terlelap. aku memang ada masalah sikit. kalau aku mengantok suka hati aku tertido kat mane. tu yang aku risau sangat tu. hahahh..sampai kat tol Shah Alam tu aku pilih lane Touch n Go sebab Smart Tag dalam kereta ibu aku ni bengong sikit. selalu tak detect tau! malu aku bila tulis TIADA SMART TAG!!! hei, aku ada la!! tak caya? ha? ha? ... pastu kan...tak tahu apa salah orang depan sekali kat kaunter tol tu punya la lama dia stuck. tak tahu la tak cukup baki kat dalam kad ke apa. adalah dalam 15minit stuck kat lane tu.

Orang belakang aku tu dah hon2. aku bukan nak marah dengan kereta yang stuck kat depan sekali tu. tapi aku rasa marah sampai nak mencarut2 kat orang belakang aku tu. punya la biadap perangai dia hon2 non stop pastu siap bukak tingkap hulur2 tangan dah macam Karam Singh Walia sambil memaki2 orang depan tu. Astaghfirullahalazim.... aku cukup pantang orang perangai hodoh macam ni.

Aku intai dia dari cermin pandang belakang tu. Haishhh!!!!

laki tu botak. ada la rambut sikit2.bukan licin macam dalam pic sumbangan google nih.

ok, fine. maybe bagus kalau dia pegi Yun Nam Haircare. macam mana la ko tak botak. sikit2 stress dah menyumpah2 orang. kalo ko jadik nurse tak tahu la aku. dengan kepala2 ko sekali hilang agaknye dek stress melayan kerenah orang. haish!

Atok aku selalu pesan.

"Kita nak jadik pemandu kat KL ni kena banyak sabar. kalau tak sabar, lama2 boleh gila. Makan diri sendiri.."

Betul, betul, betul!!! <--sila tiru gaya Upin Ipin.

Tapi bagi aku,

"Kita nak jadi pemandu dekat KL ni, sila pakai kereta auto dan sediakan stok CD lagu2 Amy Search and Faizal Tahir dalam kereta supaya tak bosan time jem and kaki pon tak lenguh nak tekan2 clutch."

Hahahahahhhh...ok bye!

Monday, April 4, 2011

Kakak saya kawin dah. adik dia bila lagi? hahahh

Yesterday was her day. yes, her day! 
I missed her... Kak Yat.
dekat enam tahun kitorang tak penah jumpa.
dia kakak saya.
=)
dia dah kawen. so sweet!! dah la baju dia cantik!!!
vail pon.
Selamat Pengantin Baru, akak!
love u much!!!
ok, ini pulak Zara. anak saya yang lama terpisah jugak.
dia pon cantik comel macam mama dia.
kan???
tengok lah kitorang sama tang mana...
mata??
mungkin kulit yang putih gebu??? errr...
 oh, mungkin style yang sama??
mungkin jugak nak tiru gaya Fuhh! Awal Ashaari yang sama??
 tidak! takde yang sama langsung. sebab akak chomel ni la mama dia yang sebenarnya.
hahahahahahahhh..
ini adik Zara. mama dia panggil dia Iki kot. nama panjang sikit, Rizqi.
she's 24. and she got two nice+cute bala tentera to escort her anywhere. 
hahahhh.. comel!
 You are gorgeous kak!!!

guest book.
nak sign! nak sign!!
hahahhh..

Selamat Pengantin Baru untuk kakak angkat saya ni ha! semoga jadi isteri mithali ye kak. love you!! 

p/s: perasan tak entry kali ni sopan sikit? hahahhh. gedik gile!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE