Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 24, 2015

Iman datang lagi!!!


Hai TiNad!!!! Jom teman Iman shopping. hehehe..

Ok, mula-mula kita pilih legging untuk Iman pakai kat Sydney ye? Sana sejuk Umie cakap. 
Pakai ni boleh keep warm. Dah la TiNad takde nak hug Iman. TiNad kan warmer paling best! hikhikhikk..

Kasut nak beli yang mana eh TiNad? Umie cakap kat sana banyak tempat nak jalan. Iman nak beli kasut baru walaupun Iman baru je beli kasut masa birthday haritu. Takpe, kita swipe je pakai debit card Umie eh TiNad. Kikikiii.

Errrkkk. baru pilih dua barang Iman dah surrender. Kita duduk tepi jela TiNad. Biar Umie yang tolong shopping untuk Iman. =P

Haritu hencik lebah bagi can dating dengan Iman, Umie Iman and Papa Badang sebab hencik lebah busy. So dapatlah teman Iman shopping. Heheheh. Rindu Iman dah. Iman seminggu kat Sydney. Minggu depan kita jumpa eh sayang.

TiNad, Umie Iman and Iman Safiyya.

BFF since forever.
bila keluar selalu terpakai baju tema kaler sama walaupun tak plan.
SELALU.

Iman tidoq. Kitorang ambil can wefie kejap. =P

Mula-mula kena tinggal Umie and Papa pergi solat dia behave. 
Sengih-sengih sambil pose.
Main-main mata dengan mamat hensem meja sebelah.

Lepas dekat 20 minit, dia buat muka sendu. Dok melekat dengan TiNad buat muka sayu. 
Tapi Iman ni sangat good girl. Cakap kat dia, 
"Iman sabar ye. Umie pergi solat. Iman boleh bersabar kan?" 
Terus dia tak jadi nangis.. peluk je TiNad dia. hehehe..

Kesimpulannya, budak-budak ni kita kena rajin borak dengan dia. Kebanyakan anak yang bijak aku tengok sepanjang pengalaman aku jadi pediatric nurse dulu, semua yang jenis mak-mak dorang rajin layan borak. Walaupun lah anak tu tak paham apa pon lagi. Setiap apa yang kita cakap membantu perkembangan minda dorang.

Amboi, nak buat kesimpulan pendek je tapi pic kemain berjela. Heheheheh. Sabo jela.

Oklah. 

Till then.

****************************************************************************

Untuk tempahan Chocolate Moist Cake, Red Velvet Cheese and Chocolate Cheese boleh terus whatsapp ke +60196035169 (Myra)

COD area:
- Petron Bdr.Baru Sg.Buloh
- Paya Jaras, Sg.Buloh
- Manjalara, Kepong
- Sri Damansara
- Sri Hartamas

*Untuk lain-lain kawasan COD, sila whatsapp dahulu. Kita discuss ye? Tapi pembelian mestilah 5 bekas ke atas.

Chocolate Moist Cake
- 1 bekas RM10
- Beli 3 dengan harga RM25

Red Velvet & Chocolate Cheese
- 1 bekas RM12
- Beli 3 dengan harga RM35

1 set (Choc Moist + Red Velvet + Chocolate Cheese) RM32







No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE