Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 4, 2015

#azimkikintunang : DIY mini pelamin, DIY gift, DIY make up & Catering (bukan DIY) =P

1 Ogos 2015

Selamatlah one of our Darling in family, Cik Kikin bergelar tunangan orang. Adiknya dah langkah bendul dulu. Tapi takpe. Mana-mana dulu pon boleh. Asal kan dah halal. Tapi kalau si Azim tiba-tiba mintak nak kawen memang Angah pelangkung ko. SPM dulu woi! hehehe..

DIY mini pelamin tunang


Disebabkan taknak membazir dan atas permintaan Ibu, maka Cik Kikin pon sewa la DIY pelamin ni. Kitorang buat sendiri je. Macam biasalah.. kalau ada sedara-mara kawen ke tunang ke.. memang aku paling sibuk. Dah macam lifetime kontrak pulak buat gift, hantaran or guest book. Hehehee..

Penatnya lahai buat benda alah ni walaupun mini pelamin je. Buat 4 orang. Aku, Cik Kikin, Dila (bini cousin) and si Yunnade. Berpeluh tiak ye. Asham angat. Hahahaha..

Untuk sewa semua benda ni korang boleh tengok IG Mini Pelamin Budget . No tepon 017 877 2404 (Kak Liza). Tempat pick up kat Selayang Baru.

DIY Cookies for Gift

Giant cookies - topping Sunflower seed & Pumpkin Seed



Cookies ni aku buat sendiri laa. Dibantu si Yunnade. Topping cookies tu bakal abam ipar yang request. Heheheh. Ikot laa. Yang penting sedap ye. Terasa lemak-lemak gitu bila gigit seeds tu.

Boleh follow IG The.Cookies.Kingdom or page FB Homemade Cookies Sungai Buloh. No tepon 019 603 5169. Pick up kat Sungai Buloh.

DIY Hantaran




Hantaran bakul buah, coklat & tafsir Al-Quran : DIY by me
Victoria Sandwich : IG Teratai Cakes and Bakes
Sirih junjung : IG Petals 2 u

DIY Make up



Disebabkan Cik Kikin ni takut nak hire MUA sebab dia ni memang tak pernah make up.. maka sekali lagi aku jadi bidan terjun pulak. Malam before tu, kitorang belajar kat Youtube je cara buat smokey eyes. Nasib ada rupa. kihkihkihh.. Tang kening je dia buat sendiri sebab aku tak reti. =P

Eye shadow NAKED beli kat kawan aku. Murah baq ang. Aku nyaris2 beli yang harga RM35. Sekali dekat dia RM15 je. =D

Ni FB dia : Aziera Khoriri

Hand bouquet tu recycle masa aku kawen dulu. Order kat IG Pastelicious_handbouquet

Catering

Sayur goreng jawa


Ikan bakar

Asam pedas daging tetel

Kambing golek

Seriously semua lauk licin. Lagi-lagi daging tetel tu. Heheee.. So far family kitorang kalau buat event memang biasanya ambil catering dari Chef Zaini ni. Lauk-lauk dia memang terbaik!!! Nak lauk kampung boleh, western pon boleh. =)

Catering Chef In Action. No tepon : 019 385 9494 (Zaini)


Susah benor nak snap pic cukup corum. Ni pon si Azim takde haa.

Anyway, congrats Along! Tasabar nak berabam ipar sebab abam biras dah berderet. Heheee. Jaga hubungan baik-baik. Orang kata time bertunang ni banyak dugaan. Angah dulu tak pernah rasa dugaan bukan-bukan. So tak boleh nak cakap banyak. =P

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai









No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE