Monday, September 7, 2015

DIY Flower Bouquet for Nafis

Assalamualaikum

Hari tu masa jumpa Dato' Rusly kat Kuala Kubu Baru dia ada cakap,

"Orang yang functional adalah orang yang jika diberi sesuatu kepadanya akan terhasil sesuatu yang lain dari barang itu."

Maka aku pon terperasan yang aku ni mungkin tergolong dalam orang yang functional. Kikikikiii.. Sebab bila aku dapat kertas, aku jadikan card atau guest book.
Bila dapat tepung aku jadikan cookies.
Dan tadi, bila dapat fresh flower aku jadikan flower + choco bouquet.






Not bad for the first timer huh?? hehehe.. So inilah hasil first time aku buat flower bouquet. Ni semua sebab kawan aku si Hidayah tu. Dia kat Sabah now, so dia nak surprise kan cousin dia ni ha. Dikerahnya daku buat bouquet ni. Dah la konon dari Anonymous. Poyo gila! Pulak tu terjadi perkara lawak masa deliver bouquet ni. 

Aku pakai la shades demi nak cover sikit muka biar si cousin dia ni tak kenal. Udah ler dengan aku rabun tak pakai lens. Nasib tak tertonggeng jatuh pulak kan. Pastu masuk-masuk je kedai si Nafis ni dia terus tegur aku, "Eh, Kak Nanad kan?" 

Ahahahaha. Takde guna la aku bershades bagai. Dia kenal jugak aku walaupun pernah sekali dua je jumpa gitu-gitu. Hahahah.. Nak tergelak-gelak aku kat situ tapi maintain cover cun. Muka si Nafis terpaksa di crop sebab Hidayah ni ngengada suruh tutup muka la apa la kalau nak update. Apa-apa la Dayah oii.

Happy Birthday, Nafis! Harap Nafis suka la bunga tu. Kita bedal je buat tengok demo kat Youtube. Heeee.. =)

Till then. Good night!

#SuperWifeStory
#tokeikedai






No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE