Tuesday, February 16, 2016

Tabung DIY : Tabung Hijau


Good Morning!!!

Tabung Hijau ni tercipta lepas Performance Drink ku habis licin. Hehehe. Sayang nak buang bekas ni so panaskan scrapper lama aku jumpa kat dapur tu then terus tebuk lubang buat tabung. Dah siap, terus label "Tabung Hijau". Nak tunggu next Performance Drink licin, nak buat Tabung Merah pulak. =D

Oh, aku share tabung ni dengan hencik lebah. Alhamdulillah baru seminggu dah ada 11 keping. <-- Kes tak sabar nak tengok hasil. Hahahaa.. Target tahun ni nak holiday jauh-jauh lagi. Harapnya tercapai la. Setahun sekali pon ok sangat dah. Saja nak berjalan tengok tempat orang. Tu pon plan untuk backpacker style je. Nasib hencik lebah la dapat teman travel yang cheapskate. =)

Sebab aku ni jenis yang kalau pergi holiday, awal-awal decide holiday ni untuk apa. Kalau just untuk rehat-rehat dan tengok tempat orang, memang aku bawak duit cukup-cukup supaya tak memboros masa holiday.

Kalau aku decide, holiday kali ni nak shopping puas-puas, memang aku takde limit barang apa aku nak beli. Hehehee..tapi tak boleh buat selalu la. Kang bankrap. =_=

Holiday tahun ni rasa macam nak sightseeing je. So memang nak cari tempat yang cantik untuk bercuti. Taknak shopping dah sebab barang yang shopping tahun lepas kat Cambodia pon ada yang tak guna lagi. Opps! =P

Ok lah. Selamat menabung untuk korang. Kalau nak tabung macam ni jugak meh order Performance Drink Shaklee dari aku. Hehee..

Till then.


No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE