Sunday, April 17, 2016

Myra Masak : Resepi Ayam masak Cendawan Mudah

Assalamualaikum.

Selamat hampir ke tengahari u olls! Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Jom try resepi simple lagi senang ni. Resepi ni pon sebenarnya aku bedal je sebab dalam fridge jumpa cendawan dan ayam. Macam best je kalau gabungkan. Ikot sedap tekak. =P

Bahan kisar:
- Bawang merah 4-5 biji
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 2-3 ulas
- Halia (agak-agak jee..) kalau suka rasa halia letak la lebih. hehee..
- letak la air sikit nak blend tu.

Bahan lain:
- ayam
- cendawan shitake
- black pepper
- sos tiram
- kicap pekat 
- tomato

Cara-cara masak refer pada gambar ye?

Tumis bahan kisar sampai naik bau & pecah minyak.
Tengok la sampai kering sikit. Lepas tu pergi second step.

Dah kering sikit bahan tumis tu boleh masukkan cendawan.

Black pepper ni memang favourite. Kalau boleh masak apa-apa semua nak letak. Hehehe..
Ikot lah korang suka letak banyak mana.

Masukkan sos tiram. Jangan banyak sangat nanti masin pulak.
Boleh campur air sikit lepas letak sos tiram supaya senang sos ni blend dengan bahan masak tu.

Kicap pekat ni letak sikit je sebab kita taknak rasa kuah dia lari sangat.
Agak-agak dalam 1 sudu kecik.
Ni bukan nak buat masak kicap ye.
Cuma nak bagi kaler dia pekat sikit je.=) 

Dah nak siap tu boleh la rasa cukup masin ke tak.
Biasanya aku kalau dah nak masak guna sos tiram jarang letak garam sebab sos tiram kan dah masin.
Step last sekali boleh la masukkan tomato. Tunggu menggelegak dan boleh tutup api. =)

Wallaaaaaaa!!!! 

Hencik lebah cakap sedap. So kira boleh jual la ni? Hahahaha..

Till then.
Selamat mencuba!

Jemput share kalau nak. Halalan toyyiban. =)



No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE